😈 LAPAN 😈
"Sial!" sumpah Tobio.
Dengan tersungkurnya dia di atas lantai, serta-merta anak-anak buahnya yang masih gagah berdiri menerpa ke arahnya lalu menbantunya bangun. Ketika ini, kemarahannya semakin meluap-luap. Hampir saja dia menjadi gila dek penangan Yuri.
"Pengecut!" jerkah Yuri.
"Kau orang," panggil Yuri kepada anak-anak buahnya pula.
"Habiskan dia orang semua. Jangan kasi 'hidup'!" arahnya pula dengan suara dikeraskan.
"Baik, cik muda!" Bergema suara ahli kumpulan Yakuza Suichiro memenuhi ruang seksaan Yakuza Mahiro.
Serentak dengan itu, sesi bergasak diteruskan kembali. Batang besi lawan kayu bet, pedang lawan parang. Tumbukan lawan tendangan, terajang lawan tandukan. Libasan nunchaku lawan rantai besi, parang lawan pisau. Pendek kata, darah memercik merata-rata di situ.
"Yuri, jom!" Ryu menarik tangan Yuri untuk segera beredar dari situ.
"Tak nak. Aku nak saksikan heaven," tolak Yuri.
Jiwanya sedang seronok menyaksikan percikan-percikan darah menyimbah dinding dan lantai. Cecair merah likat berbau hanyir itu membuatkan deria baunya tergoda. Jika tadi dia hanya mampu menjilat darah miliknya sendiri, kini dia mahu merasa darah segar dari tubuh orang lain pula.
"Kau gila, Yuri," marah Ryu.
Ah, tak guna betul. Masa inilah 'hantu' dalam tubuh gadis itu ingin mengambil alih. Sudahnya, dia mencapai sekali lagi tangan Yuri lalu menariknya agar mengikutinya keluar dari situ walaupun gadis itu meronta dan menjerit-jerit tak puas hati.
"Aku nak rasa darah dia orang," jerit Yuri seraya memukul tangan Ryu yang dilindungi sarung tangan hitam berlogo naga merah.
"Kau nak mampus?" marah Ryu.
Dia memberhentikan langkahnya lalu berpaling menghadap Yuri yang berwajah cemberut. Mahu saja dia menampar wajah putih kemerahan ini jika tidak disebabkan jasa gadis itu dalam menyelamatkannya tempoh hari.
"Darah bukan makanan kau, Yuri. Sedarlah yang kau bukannya Yura. Kau Yuri. Yuri Katsune!" tekan Ryu.
Siapa Yura? Sebenarnya, dia pun tak tahu siapakah gerangan pemilik nama yang bernama Yura ini. Cuma, apa yang dia tahu, Yura itu berbahaya. Dia macam... sesuatu yang muncul apabila Yuri melihat darah dalam kuantiti yang banyak atau mendengar perkataan berkaitan bunuh.
Dr. Benjo Felix, pakar psikiatri dari Amerika Syarikat turut membuat analisis keadaan Yuri. Namun, ia tidak membuahkan hasil yang diingini apabila keputusan ujian menunjukkan Yuri adalah normal sama macam orang lain.
"Nak sikit je..." rayu Yuri.
"Tak boleh," pangkah Ryu.
Lantas, tanpa mempedulikan rayuan Yuri, dia kembali menarik tangan gadis itu ke kereta. Walau apa pun alasan yang digunakan oleh Yuri, dia tetap tidak mahu tunduk dengan rayuan tersebut.
"Masuk." Ryu menolak tubuh Yuri ke dalam kereta.
"Ryu!" Yuri mengeraskan badannya.
"Yuri!" Suara Ryu naik seoktaf.
Geram pun ada dengan gadis ini. Orang suruh masuk tu, masuklah. Takkan nak tunggu balaci-balaci Tobio berjaya tangkap dia orang pula? Jika itu terjadi, baik tak payah susah-susah selamatkan dia.
"Sikit... je." Yuri mengerdip-ngerdipkan matanya beberapa kali. Acah comellah tu!
"Kau nak?" Ryu menyingsing lengan jaket hitamnya lalu lengannya disuakan kepada Yuri.
"Gigit lengan aku," arahnya.
Melihatkan itu, Yuri menentang anak mata Ryu. Dia mencari kepastian dan keikhlasan daripada jejaka itu. Lantas, dengan teragak-agak, dia merapatkan bibirnya ke lengan Ryu. Namun, belum pun sempat giginya menyentuh kulit jejaka itu, suatu suara meminta maaf terlebih dahulu menampar gegendang telinganya.
"Gomen (maaf)."
Kuk!
Kepala Yuri berasa berpusing dan pandangannya berpinar-pinar. Bagai ternampak saja butir-butir bintang mengelilingi bulatan. Seketika, otaknya berasa kosong sebelum dalam beberapa saat, ia kembali pulih.
"Mattaku (haih)..."
Yuri mengangkat kepala lalu memandang ke arah pemilik keluhan tersebut. Ryu? Buat kali kedua, dia berasa bingung dengan apa yang terjadi. Bukan ke tadi, dia sedang berlari keluar? Jauh juga jarak bilik tahanan itu dengan tempat parkir. Takkanlah cepat sangat dia sampai ke sini?
"Kau dah sedar?" soal Ryu.
"Sedar apa?" Bagaikan orang bodoh, Yuri bertanya kepada Ryu.
"Sedar daripada bengong kaulah," jawab Ryu seraya menggeleng kepala.
Menurut Jin Katsune, satu-satunya cara untuk mengejutkan anak perempuannya daripada belenggu Yura adalah dengan memberikan tamparan atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan otak Yuri sedikit 'bergegar'.
Lagipun, sejak dulu lagi, hanya itu sahaja cara yang paling berkesan untuk mengembalikan siuman gadis tersebut. Nampak kasar cara itu, tapi nak buat macam mana? Itu sajalah jalan terbaik.
"Kau ketuk kepala aku?" Yuri menjengilkan mata. Patutlah rasa macam biul saja kepalanya.
"Eh, taklah. Aku terajang kau sampai ke Tokyo," balas Ryu sarkastik.
"Eh, dia ni!" Yuri acah sepak Ryu.
Seketika, kedua-duanya saling beradu pandangan sebelum ketawa keras terhambur dari mulut masing-masing. Rasa bahagia menyelinap masuk ke dalam hati mereka berdua sebelum tiba-tiba, kemanisan perasaan itu direnggut dengan suatu tempikan nyaring.
"Bangsat!"
Assalamualaikum semua. Dah baca? Sudikanlah tekan bintang. 🤭
Next update: 10.10 malam nanti.
____________________________________
- TEASER BAB SEMBILAN -
____________________________________
"Bangsat kau!" tempik Tobio. Kemarahannya mencanak naik.
"Well, aku kan badboy."
Ryu menarik senyuman sinis lalu sengaja menyerabaikan rambutnya sebelum dengan penuh gaya, dia kembali merapikan rambut berjuntai di dahinya dengan jari telunjuk dan jari hantu yang dibentuk dengan bentuk V. Sengaja dia acah cool.
____________________________________
Nota - Segmen Ilmu Untuk Anda akan dimuatnaik lain kali.
__________
6 Julai 2021
10.00 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro