😈 ENAM 😈
Ryu memandang penuh kasih kepada Yuri yang sedang menangis tersedu-sedu di hadapannya. Hailah Yuri. Perangai bukan main brutal tetapi ada juga cengeng di dalam dirinya. Dasar anak tunggal manja!
"Itu darah kucinglah. Sebelum aku sampai sini, aku selamatkan kucing kemalangan. Kena langgar lari," bohong Ryu.
"Tipu!" bentak Yuri.
Apa Ryu ingat dia bodoh? Selama dua tahun mereka bersama sebagai ahli kumpulan, dia sudah arif mengenai perangai jejaka itu. Dia tahu membezakan yang mana satu ayat tipu dan mana satu ayat betul yang keluar dari mulut seorang Ryuken.
"Mustahil kau tak cedera. Kau tahu... tendangan aku..." Yuri menunduk.
"Alah. Setakat tendangan kau tu, aku tak apa-apalah. Aku kan kuat," pujuk Ryu.
Alamak, menangislah pula gadis brutal ini. Dalam keadaan ini, dia berasa serba salah. Macam mana dia nak pujuk? Dia tak reti. Yuri Katsune sangat jarang menangis. Jika menangis pun, bukan di depan dia.
"Kau tahu tak yang muka kau sangat hodoh sekarang? Macam hantu lidi," ujar Ryu.
"Hantu lidi pun hantu lidilah. Kisah pula aku." Yuri semakin kuat menangis.
Melihatkan itu, Ryu semakin tak tahu nak buat apa. Dengan keadaan dirinya sendiri pun semakin dirasakan bila-bila masa saja akan tumbang, otaknya tidak dapat berfikir dengan betul. Kesakitan di bahagian abdomennya berasa semakin tidak tertanggung!
"Aku okey je, Yuri. Dahlah, pergi balik bilik kau. Aku kena cepat ni. Anak-anak buah aku sedang tunggu tu." Akhirnya, Ryu mengambil jalan selamat.
"Betul?" tanya Yuri sambil menyeka air mata.
"Betul. Aku okey. Dah-dah. Syuh. Cepat balik bilik." Ryu membuat gaya menghalau.
Dalam pada itu, dia juga terkocoh-kocoh ke keretanya. Tidak menunggu lama, pantas pintu kereta dibuka dan dia memboloskan diri ke dalamnya. Tidak lama kemudian, enjin keretanya dihidupkan dan dia memandu keluar dari kawasan sekolah.
Namun, lain pula halnya dengan Yuri. Figura Ryu yang semakin menghilang dipandang dengan air mata tetap berlinangan di pipi. Sungguh, hatinya pedih apabila memikirkan apa yang terjadi. Teringatkan tendangan itu saja pun, hatinya gundah. Kejadian dua tahun lalu serta-merta singgah di fikirannya.
Dua tahun lepas, di sebuah markas Yakuza Mahiro...
"Yuri-chan, abang cinta sayang," ujar Tobio.
"Cinta? Kau merepek apa ni? Bangsat seperti kau tak layak nak cintai aku!" bentak Yuri.
"Abang buat semua ni demi sayang," tekan Tobio.
Bebola matanya yang seolah-olah tersembul bergerak ke kiri dan kanan. Matanya berurat merah menandakan bahawa dia sangat tertekan sekarang. Keringat pula membasahi bajunya yang sedia dibasahi darah merah.
"Kau gila, Tobio!" sembur Yuri.
Perasaannya takut. Di dalam bilik tahanan Yakuza Mahiro ini, dia dikelilingi oleh puluhan orang anak buah Tobio. Lelaki berperut buncit berumur 40-an di hadapannya itu pula sedari tadi memandangnya.
"Abang tergila-gilakan sayang. Salah ke?" Tangan Tobio menjalar di muka Yuri dan kemudian, berhenti di leher. Dia bernafsu melihatkan gadis cantik yang dirantai tangan dan kaki di hadapannya sekarang.
Puh!
Yuri meludah tepat ke muka Tobio. Dasar jantan miang tak sedar diri! Sudah ada anak bini pun masih tegar mencari anak dara lain. Memang tak cukup ke lima orang isteri di rumahnya? Itu tidak termasuk lagi dengan perempuan simpanan.
"Yuri..." Tobio berasa maruahnya tercalar.
"Apa?" jerkah Yuri.
Tak guna! Jika tidak disebabkan kemarahan yang lebih menguasai diri tadi, sudah tentu dia tidak akan bertembung dengan ketua yakuza ini. Sudah tentu juga, Tobio Kaburangi takkan berjaya menculiknya!
Haih. Semua ini salah datuk dan ayahnya. Kerana mereka berdua memandai-mandai menjodohkannya dengan Hikaru Dai si ulat buku tambah nerd, dia marah. Dia tak rela bersuamikan bakal ahli politik muda itu!
Disebabkan berang dengan keputusan orang tua tersebut, dia melarikan diri dari rumah sebagai tanda protes. Nanti bila hatinya sudah sejuk, pandai-pandailah dia cari jalan pulang. Apa yang penting, sakit jiwanya mesti diubati dulu.
"Sayang menyesal ke lari dari rumah, hah?" Tobio mencekak rahang Yuri.
Cekakan maha kejap itu menyepaikan ingatannya terhadap sebab kenapa dia boleh terjatuh ke dalam tangan Tobio. Dek tidak berhati-hati, keberadaannya berjaya dikesan oleh seterunya. Tak guna!
"Menyesal pun tak guna, tau. Mesti sekarang ni, datuk dan ayah sayang tengah gila kan? Maklumlah, pewaris tunggal mereka hilang," sengih Tobio.
Lantas, dia menarik kepala Yuri mendekatinya. Lauk sudah terhidang di hadapan mata. Jadi, mahu tunggu apa lagi? Peluang keemasan untuk merasmikan gadis dambaannya sudah terbentang luas!
"Bangsat!" Yuri cuba melepaskan diri daripada cengkaman Tobio.
Segala macam teknik melepaskan diri yang dipelajarinya selama ini cuba diaplikasikan sebaik mungkin. Namun, walau usahalah sekeras mana pun, rantai besi yang membeliti badannya bermula dari bahu hingga ke buku lali menjadi penghalang.
"Nak lari ke mana tu, Yuri-chan..."
Tobio semakin galak ketawa lalu cuba mendaratkan bibirnya di pipi Yuri. Namun, belum sempat dia berbuat demikian, satu bunyi tembakan maha kuat bergema di dalam bilik tahanan tersebut.
"Berani betul kau kacau Yuri aku!" laung satu suara dengan nada marah.
"Ryu... ken..." Serta-merta dunia Yuri berasa cerah.
Assalamualaikum semua. Dah baca? Sudikanlah tekan bintang. 🤭
Next update: 9.00 malam nanti.
____________________________________
- TEASER BAB TUJUH -
____________________________________
"Tolonglah exercise banyak-banyak, Tobio. Kata ketua yakuza? Tapi kau, gendut," provok Ryu.
Serentak dengan provokasi tersebut, Ryu ketawa keras lalu menghadiahkan sebiji penumbuk kencang ke muka Tobio. Efek daripada tumbukan itu, Tobio terundur ke belakang dalam keadaan kepalanya terteleng.
"Sedap tak?" Ryu bergerak menghampiri Tobio lalu menjambak rambut lelaki tersebut sehingga terdongak ke atas.
____________________________________
Nota - Segmen Ilmu Untuk Anda akan dimuatnaik lain kali.
__________
6 Julai 2021
8.30 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro