😈 DUA BELAS 😈
Ryu menelan air liur yang terasa melekat di kerongkong. Habislah. Menang mati dia dikerjakan kalau dah perempuan itu memanggilnya dengan nama penuh. Nael Rizq? Alamak, apa ibu buat dekat sini?
"Ibu." Ryu menoleh ke belakang lalu menarik senyuman terpaksa.
Puan Zahrah, ibunya merangkap pengetua sekolah tempat Yuri mengajar mencerlung mata memandangnya. Dapat dilihat nafas ibunya turun naik menahan geram.
"Bergasak lagi?" Puan Zahrah melontarkan soalan.
"Cedera teruk?" Soalan kedua lebih tajam.
"Ingatkan dah mati semalam." Zup! Ayat ketiga membuatkan Ryu termati kata. Sakit bhai!
Figura Arata dan Kazu yang mengintai dari sebalik rak pinggan dipandang penuh geram. Macam mana ibunya boleh tahu dia berada di sini kalau tak sebab salah seorang daripada mereka membocorkan rahsia.
"Tak payah salahkan Arata ataupun Kazu. Ibu yang paksa mereka." Bagaikan memahami pandangan geram anaknya kepada dua orang Jepun tersebut, Puan Zahrah terus memangkah.
"Cis!" Ryu berdecit geram.
"Kamu ni, tak boleh ke berterus-terang je dengan Yuri? Konon tak nak buat dia risau, tapi tengoklah apa jadi. Haprak." Kemarahan Puan Zahrah menggunung. Mendidih darahnya.
"Ibu." Sakit-sakit, Ryu berjalan perlahan-lahan mendapatkan ibunya.
"Stay situ." Puan Zahrah bergerak mendapatkan anaknya lalu memimpinnya ke katil.
Melihatkan perbuatan ibunya, Ryu menarik senyuman di dalam hati. Berbisa sungguh kata-kata ibunya, tapi perilakunya penuh dengan kasih sayang. Pelik sungguh wanita tegas bernama Puan Zahrah ini.
Macam manalah ayahnya Encik Kenzaki Ryuto boleh tahan dengan perangai itu? Nak kata takut bini, tak juga. Selalu pun, ayahnya yang menang dalam pelbagai hal. Mungkin, sayang isteri kut?
"Kenapa ibu datang ke sini?" tanya Ryu setelah berasa selesa berada di atas katil.
"Sebab nak bunuh kamu," jawab Puan Zahrah.
"Uish, takutnya. Tak risau ke ketua Yakuza Ryuji balas balik?" uji Ryu. Dia nak ketawa, tapi ditahan.
"Nak takut apa? Ibu ni bini dia," jawab Puan Zahrah. Angkuh.
"Ha, yalah." Ryu memenangkan saja ayat ibunya. Apa boleh buat? Kuasa wanita!
"Teruk ke cedera kena kick dengan Yuri?" tanya Puan Zahrah sambil melabuhkan punggungnya di birai katil.
"Macam yang ibu tengok. Alhamdulillah masih hidup," jawab Ryu selamba.
"Hish, kamu ni," jeling Puan Zahrah. Geram.
Dua hari lepas, terburu-buru Yuri mendapatkannya di pejabat. Teresak-esak gadis yakuza itu menangis di depannya dengan mengatakan bahawa dia yakin yang Ryu cedera. Orang yang menyebabkan Ryu cedera pula adalah dia, Yuri Katsune!
Disebabkan itulah, pantas Puan Zahrah mengerahkan orang-orang suruhan suaminya supaya mencari Ryu. Segenap pelosok negeri dicari, namun hasilnya hampa sehinggalah pada suatu hari, kelibat Arata yang sedang membeli sayur di pasar raya dikenal pasti.
Natijah daripada itu, seperti hari inilah. Dia sendiri menjejakkan kaki ke kedai makan Cina-Jepun milik Arata dan masuk ke dalam ruang rahsia kedai yang beroperasi sebagai klinik tidak berlesen. Akhirnya, jumpa pun anaknya.
"Yuri... okey?" Tiba-tiba, Ryu melemparkan soalan.
"Okey sangat sampaikan semua benda tak nak buat kecuali masuk mengajar," jawab Puan Zahrah.
Mendengarkan itu, Ryu tergelak sendiri. Alahai, Yuri. Takkan sampai macam itu sekali penangan kehilangannya? Padahal, selepas balik ke Malaysia pun, mana pernah dia muncul di depan gadis itu secara depan-depan. Cuma menjadi pelindung di sebalik bayang saja.
"Gelaklah lagi selagi boleh. Kamu mesti bertanggunggjawab, Nael Rizq." Puan Zahrah menyilang tangan ke dada.
"Kenapa pula?" Gelakan Ryu terhenti.
"Sebab kamulah, Yuri dah macam orang kematian laki," cebik Puan Zahrah.
"Apa pasal minah Jepun tu?" Ryu turut mencebik.
"Kamu juga yang pernah janji nak kahwin dengan dia. Lupa ke?" perli sang ibu.
"Lah, Ryu mana boleh kahwin lagi dengan dia. Datuk dia kan tak setuju?" bidas Ryu.
"Itu dulu, Nael. Siapa suruh kamu jadi badboy? Acah cool ke apa? Memanglah orang tua tu tak suka. Cuba kalau kamu dedahkan identiti sebagai pewaris Yakuza Ryuji, kan senang?" leter Puan Zahrah.
"Ibu," keluh Ryu.
"Nael seorang polis, ibu. Warganegara Nael, Malaysia. Bukan Jepun," sambungnya lagi.
"Tapi kamu polis antarabangsa, Nael. Tugas kamu ialah tangkap pembunuh arwah Duta Malaysia di Jepun sana," balas Puan Zahrah.
Omongan ibunya membuatkan Ryu terdiam. Betul juga kata sang ibu. Tiga tahun lalu, dia kembali ke tanah kelahiran ayahnya atas dasar tugas memburu pembunuh Duta Malaysia yang mati di Jepun. Tapi, tidaklah dia sangka bahawa hidupnya akan terkait dengan Yuri Katsune.
Mengikut inteligen yang diterima, gadis itu adalah pembunuh sebenar duta tersebut. Disebabkan itulah, dia mendekati gadis itu semata-mata mahu menangkapnya dan membawa ke muka pengadilan. Dalam proses itu, dia menyamar sebagai badboy dan masuk ke dalam kumpulan yakuza keluarga Yuri.
"Sekarang, kumpulan Tobio dah sampai ke sini. Kamu mesti ambil tindakan, Nael," tekan Puan Zahrah sekali lagi.
Mendengarkan itu, Ryu menarik nafas panjang. Apa boleh buat kalau keadaan sudah mendesak macam ini sekali? Nyawa gadis itu di ambang bahaya. Bagaikan telur di hujung tanduk. Kalau bukan dia yang melindungi Yuri, siapa lagi? Hanya dia yang Yuri percaya.
"Jadi, Nael perlu buat apa?" tanya Ryu.
"Tak susah pun." Puan Zahrah bangun dari katil lalu membuka pintu.
"Arata, bawa beg plastik tu ke sini," arahnya kepada Arata yang sedari tadi mencuri dengar di muka pintu. Dia merujuk kepada sebeg plastik yang diletakkan di sudut kaunter.
"Apa tu, ibu?" soalnya Ryu.
"Baju." Puan Zahrah mengambil beg plastik daripada Arata lalu meletakkannya di atas katil.
"Baju? Untuk apa?" Ryu mula pelik apabila melihat ibunya menayangkan sehelai uniform tukang cuci.
"Apa lagi? Esok, Nael akan mula kerja sebagai tukang kebun." Puan Zahrah menayangkan senyuman sinis.
"Apa?" Rahang Ryu terjatuh. Dia yang ada rupa macam ini kena jadi tukang kebun? Ini semua tak masuk akal!
Expect tak Ryu kena jadi tukang kebun?
Kesian. Tapi, betul ke muka macam ni 👇 betul-betul akan jadi tukang kebun? 😌😂
___________
9 August 2021
9.50 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro