
Bab 3
"Aku takutlah nak terima semua ni, Di!" Danny luah perasaan. Anak mata pula tidak lepas memerhatikan dokumen yang sudah ditandatangani.
"Kau takut, tapi kau tandatangan juga!" bidasnya perlahan.
"Aku tak fikir sebelum buat keputusan. Aku menyesal!"
"Nasi dah jadi bubur, Danny. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi. Hendak tak hendak, kita terpaksa pikul tanggungjawab ni. Sekarang, pengurusan hotel dengan syarikat terletak ke atas bahu kita. Semua tu amanah daripada atuk dan nenek kepada kita!" Dia cuba bertenang dan mengikhlaskan hati sendiri.
"Aku takut, aku tak mampu uruskan semua ni!" Danny meluahkan apa yang terbuku di sudut hati.
"Jangan risaulah, Danny. Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar." Dia cuba meredakan kebimbangan sepupu sendiri sedangkan separuh jiwanya juga turut merasa kegelisahan yang serupa.
"Menyesal betul aku tak melawan cakap atuk! Kalau aku melawan, aku yakin atuk takkan senang-senang paksa aku ikut cakap dia!" Danny masih tidak sudah-sudah meluahkan kekesalannya hingga dia yang mendengar bebelan Danny terus sahaja menghambur tawa.
"Tak baik melawan cakap orang tua! Menderhaka! Berdosa tahu tak?!" ucapnya terus sahaja menyambung tawa. Hilang kusut yang bersimpul di dalam kepala.
"Aku serius, kau boleh gelak ya, Di!" dengus Danny tidak senang.
"Hesy, sudahlah tu! Aku nak balik, layan kau sampai ke subuh pun tak habis. Okeylah, jumpa dekat hotel pagi esok!" Dia bangkit dan memberi isyarat untuk segera pulang.
"Yalah, pergilah balik! Kau ada pun, buat sakit kepala aku aje." Danny menghambur rajuk.
"Pirahhh..." Bersama tawa, dia terus sahaja masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin untuk pulang ke rumah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro