17 - Cyberhuman
C y b e r h u m a n
-------------------------
"Hanya kau sahaja yang dapat ubah masa depan manusia." - Viktor
.
.
.
[ P e t a C y b e r h u m a n ]
.
SEPASANG kaki itu diturunkan satu persatu menuruni tangga kayu itu. Comot yang melihat dari atas, cuma mampu memandang pasrah. Tak boleh buat apa dah dengan Ali ini. Semangatnya terlalu tinggi!
Elok-elok boleh tunggu Viktor balik, dia pergi naik cari sosok tubuh itu pula.
"Ergh, berapa lama nak sampai bawah ni?" Terselit kecil rungutan Ali. Haih... macam dia ingat berapa jumlah anak tangga.
Agak-agaknya Ali masih tidak tahu yang rumah pokok itu setinggi tingkat dua! Tersilap langkah engkau, memang tercabut jantung!
"Ali, kau buat apa tu?"
"WARGH!" Tangan Ali serta-merta terlucut dari tangga. Comot yang menyedari laju menahan Ali dari belakang. Sedar-sedar sahaja, tangga itu sudah dipeluk Ali.
Nafas Ali menjadi tidak teratur. "Huh... huh... kau ke, Viktor?"
"Meow..." Comot tidak berganjak dari belakang Ali. Ah, risau betul dia dengan tuannya ini.
Tapak kaki berdetup dari atas. "Ali! Kau okey, tak? Kenapa kau turun?" Viktor menjenguk ke bawah, risau dia mendengar getaran pada suara Ali tadi.
Ali segera membalas. "Kau ni Viktor! Terkejut aku! Nasib tak jatuh tangga kalau tak patah riuk aku dibuatnya! Macam mana kau boleh sampai atas?" Ali membetulkan posisi tangannya pada sisi tangga.
Malu pula tangga itu jika dipeluk lama-lama.
"Aku panjat dari pokoklah" Riak Ali seperti tidak terperanjat mendengar jawapan Viktor. Mungkin sudah kenal dari seseorang.
"Eh, Ali! Jangan naik balik! Aku memang nak turun bawah ni! Teruskan turun!" halang Viktor. Kesian pula si Ali terkial-kial turun tangga tadi. Kali ini, sesi turun tangga Ali tidak keseorangan.
Saat mendaratnya kaki Ali ke tanah, bunyi kanak-kanak riuh rendah menyapa ke telinga. Ada yang menjerit keriangan, ada yang sibuk memanggil teman. Terdapat juga suara yang datang dari pelbagai arah.
"Ha, kau termenung apa?" Tangan Viktor tidak semena mendarat ke bahu Ali, sekali gus melenyapkan lamunannya dalam lautan suara didengarinya.
Ali meraba sedikit belakang telinganya. "Tak adalah."
"Kau tak nak jalan-jalan dekat sinilah. Hirup udara segar ke. Lagipun lama kita tak jumpa, kan?" Viktor sudah seperti penunjuk pelancong pula. Lambat-lambat Ali bersetuju sahajalah, lagipun seram duduk dekat rumah puan Ong lama-lama.
Ali memulakan perbualan. "Kau buat apa je dekat rumah... ah tak ingatlah nama dia."
"Rumah si Ramli ke maksud kau? Ah tak adalah aku tolong dia baiki barang, eh ada ranting." Viktor menundukkan kepala Ali ke bawah. Tidak fasal fasal Ali kena jalan membongkok buat beberapa saat. "Bantu baiki paip. Rosak katanya. Tapi dapat upaaaah."
Viktor sengaja menunjuk berkeping duitnya yang entah dari mana. Perasan tiada perubahan air muka Ali selain anggukan sahaja, Viktor menyimpan duitnya semula.
"Kalau ada apa apa kau nak tanya, tanyalah."
"Dekat sini memang tak guna telefon ke?" tanya Ali, ingin tahu. Viktor terkedu mendengarnya. "Memang tak ada sangat sebab kita orang tak terdedah mana dengan teknologi luar. Game pun cipta sendiri."
"Sekejap..." Viktor memberhentikan ayatnya. "Macam mana kau tahu kita orang tak guna telefon?"
"Deria mendengar?" Ali cuba buat membuat andaian sendiri.
"Deria mendengar?"
"Ha, ya. Mendengar."
"Dengar?"
"Ha, dengar sahajalah."
"Eh, eh. Fuyooo..." Tidak disangka Viktor pendengaran Ali begitu tajam. Rasa teruja Viktor mengeluarkan soalan untuk Ali. "Macam mana kau dalam hutan tu... maksud aku, kau buat apa 4 tahun tu?"
"Entahlah... makan, minum." Mendatar sahaja nada Ali. Tanpa disedari, situasi janggal mula dicipta gara gara soalan dan jawapan itu.
Yang berbunyi sekeliling mereka sekarang hanyalah bunyi budak, rima flora dan bunyi kepak Comot yang mengibaskan sayapnya. Ha, sudah... kakinya berjalan tapi mulut dua dua tidak tahu mahu cakap apa.
"Aku tak tahu pula yang ayah kau... manusia." Viktor meluahkan setelah beberapa tempoh senyap antara mereka.
Ali yang cuba menguntum senyum terkendur semula. "Entahlah. Mungkin sebab... aku pun tak tahu, tak nak jadi macam ini kot." Ali mengusutkan rambutnya. "Ah, aku pun tak tahu apa aku merepek ni!"
"Eh, eh, eh. Dalam hutan ni, kau seriuslah tak pernah terserempak dengan mana mana Cyberhuman atau manusia langsung?" Viktor tadinya nak sambung diam tadi, nasib ada soalan yang terpapar di mindanya.
"Erm..." Ali kerutkan dahi, memikirkannya. Dalam sibuk otaknya sibuk memproses, tubuhnya dilanggar oleh seorang budak lelaki.
"Maaf, bang."
"Ah, tak apa tak apa."
Ali sambung memikirkan semula. "Erm... tak adalah pula." Punyalah lama fikir tadi, akhir sekali angkat bahu sahaja? Mungkin efek kena langgar tadi kot.
Viktor mengecilkan matanya, sukar mahu dipercayai. "Tak ada langsung? Jadi betullah ada orang kata dekat aku yang Hutan Sakti ni... Cyberhuman tak bol..."
"Wey, wey. Niki tu siapa?"
"Meow meow?"
Terkebil-kebil Viktor ketika dipotong ayatnya. Bukan seorang, malah termasuk kucing lagi! Bagilah dia habiskan kata dia dahulu!
"Aik, kau dah jumpa Niki? Yang rambut Afro dan ada pakai tuala dekat kepala tu?" Viktor memastikan kenalan mereka berdua tidak tersilap. Mana tahu acik Niki jiran sebelah ke.
"Ah, macam tu ke rupa dia? Dia lawat rumah mak kau tadi. Nak ambil makanan katanya." Viktor terasa mahu menepuk dahi sebentar. Lupa pula kondisi Ali ini. Maafkan kawan baikmu, Ali!
"Ha, iya betullah." Sebak sedikit nada Viktor. Ampunkan Ali, aku member paling teruk!
"Siapa dia? Orangnya macam berani sangat tapi tak adalah hebat sangat." Wah, sungguh berani Ali mengutuk Niki di sini. Nanti tak fasal-fasal Niki terbang atas kepala kau, Ali.
"Kalau kau nak tahu, dia inilah orang paling berani dalam nak lawan Cyberhuman. Sekejap... rasa lenguh pula. Duduk sekejap." Viktor melabuhkan punggungnya bawah pokok. Ali pun apa lagi, ikut duduklah.
Viktor menyambung. "Tapi sebab dia punya kaki dan tangan yang... dalam keadaan teruk, dia tak pernah lagi keluar menentang Cyberhuman. Eh, tapi orang kata sebab satu peristiwa. Entahlah. Kena tanya orang juga ni."
Ush, tak sangka Viktor sebenarnya seorang penggemar gosip. Ah, patutlah dapat jawab semua soalan Ali bak wartawan tadi!
"Aku ada soalan satu sahaja lagi." Ali mengangkat satu jari dengan wajah sepuluh sen. Dasar... buatlah muka seringgit pula. "Kau boleh jawab, kan?"
"Asalkan kau tak tanya warna seluar dalam aku apa, aku boleh jawab." Viktor seloroh kecil. Terhambur sekejap gelak mereka berdua. Hanya Comot sahaja serius di situ. Tak apa, Comot. Biarlah dia orang dalam dunia dia orang.
"Analogman datang dari sini ke? Dia manusia... kan?" Eh, Ali ini. Kata nak tanya satu soalan sahaja.
Viktor memegang mulutnya, mengasah memori gosipnya. "Analogman tak pernah berasal dari sini." Tangannya dialihkan. "Waktu dia mula-mula muncul tu, aku pun terkejutlah sebab tak pernah nampak pun muka dia."
"Tap... tap..."
"Sekarang macam mana dengan Analogman?"
"Tap... tap..."
"Oh, dia..."
Percakapan Viktor terjeda apabila satu yoyo terbang melalui atasnya. Niki yang berada di belakang Viktor menangkap yoyo yang dituju ke arahnya lalu dilepaskan perlahan.
"Ali, aku boleh baiki IRIS kau."
•||••||••||•
Gelas bersisa sedikit air diletakkan ke atas meja. Kunci berantai itu diseret dari meja turun ke tapak tangan sebelum dimasukkan ke dalam poket. Poket itu ditepuk tepuk mengeluarkan debu yang melekat. Rasanya sudah tiba masanya untuk bangun dari kerusi rehatnya.
Seorang lelaki dengan sarung besi pada tubuhnya muncul dari pintu masuk belakang si tua itu. "Analogman sudah bersedia?"
Analogman ketawa penuh sinis. "Sudah 4 tahun aku merehatkan diri. Sudah pasti aku bersedia." Tongkat yang disandarkan itu digenggam erat hujungnya.
"Sudah lama kita tak jumpa pemerintah bodoh itu kan? Tak sabar nak tengok keadaan rakyatnya bagaimana." Salah seorang konco menyampaikan cara 'rindu' nya kepada Cyberhuman namun lebih kepada menyindir.
Analogman berjalan sama dengan tongkatnya. Sudah lama tidak dengar khabar si raja itu. Otak tuanya cuba mengingati riat bentuk wajah raja itu.
"Marilah!"
Wajah seorang budak dengan spek mata modennya menyeringai di dalam bayangan memorinya.
"Aku dah bersedia."
'Heh, budak bodoh.' desis hati Analogman. 'Aku masih terfikir adakah kau hidup ataupun sudah tiada.'
Dinding tua itu menjadi pengiring bagi Analogman dan konconya ke satu pintu yang terletak jauh lima kaki dari atas siling. Menggunakan tongkatnya yang kini boleh memanjang, Analogman menarik pintu lubang tanah itu. Pintu itu terjatuh ke bawah bersama tangga yang terjuntai ke bawah.
Cahaya mentari bebas masuk menyinari ke dalam. Analogman menghalang matanya terkena habuk cahaya. Sinisnya kelihatan. "Masa untuk mulakan rancangan sebenar kita."
...
Nota Nooroo
Inilah jadinya apabila writerblock lepas exam (lama bhai tak update) 😔 + lepas ni Kacang pula exam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro