15 - Cyberhuman
C y b e r h u m a n
-------------------------
"Hanya kau sahaja yang dapat ubah masa depan manusia." - Viktor
.
.
.
[ P e t a C y b e r h u m a n ]
.
PERMUKAAN dinding itu diraba-raba lalu diturun sedikit arahnya ke bawah. Setelah yakin bahawa tangannya menyentuh penyandar sofa, Ali keberatan untuk melabuhkan punggungnya pada sofa itu. Maklumlah badan dia sangat comot walaupun kakinya telah dibasuh tadi.
'Aduh, awkwardnya rasa. Dahlah Viktor tinggal aku sorang je dalam rumah dia.' Ali mengeluh panjang di dalam hati. Kenapalah si abang Ramli itu nak panggil Viktor di saat dia memerlukannya?
Persekitaran yang dipijaknya pun sumpah terasa asing baginya. Yang dia tahu sekarang ini, ada terdapat sebuah televisyen menyala tidak berapa jauh dari kedudukannya. Sekarang yang menjadi penunjuk arahnya ialah dinding dan Comot sahaja.
"Haiya, kenapa tak duduk lagi Ali? Kan lenguh berdiri lama-lama," tegur puan Ong, ibu Viktor yang baru keluar menembus langsir dapur.
"Tak apa ke?" Ali teragak-agak untuk menerimanya.
"Ala, bukannya kalau sofa tu kotor pun. Duduk jelah." Danish selamba mengucapkannya sambil matanya memandang konsol permainannya.
Ali tersenyum kekok. Memanglah sofa itu tak kotor, masalahnya diri ini yang kotor.
"Meow." Ali mengalih mukanya ke arah ngiauan Comot. Nampaknya seperti Comot memujuknya untuk duduk bersamanya. Lambat-lambat Ali menurut sahaja pujukan itu.
"Kalau kamu nak mandi, baju dan tuala aunty dah sediakan." Suara puan Ong secara tiba-tiba membuatkan Ali yang duduk tadi bingkas bangun. Sampaikan terterbang Comot dibuatnya.
Puan Ong memandang pelik Ali yang tiba-tiba bangun namun wanita itu mengendahkannya. Mungkin anak itu rasa janggal. "Air suam aunty dah sediakan. Nanti kalau nak mandi, mandilah."
Mendengar tapak kaki puan Ong yang seakan menjauh, segera Ali memanggilnya. "Aunty."
"Kenapa?" Puan Ong yang teringat sesuatu pantas menambah. "Ha, bilik air dekat dalam bilik Viktor, duduk dekat tingkat atas sebelah kanan."
Mendengar tapak kaki Puan Ong sudah kian menjauh ke dapur, Ali hanya terpinga-pinga di situ. Tangannya naik ke dinding. Tingkat atas sebelah kanan? Ali membuat andaian sendiri lalu mula melangkah.
Comot memandang pelik si Ali. Kepaknya mula dikibaskan. Eh, seriuslah tuan dia ini? Tahulah duduk dalam hutan lama sangat tetapi jangan buat macam serba tahu pula!
Ali dengan keyakinan diri yang teguh menuju ke lokasi yang tidak diketahui dengan berpandukan dinding dan Comot. Harap-harap tak termasuk dalam bilik stor sudahlah.
Tangannya membelok mengikut struktur dinding. Kaki Ali berlanggar perlahan sesuatu yang terasa seperti tembok tangga. Tangga itu dipanjat sedikit demi sedikit. Tangan yang berada di dinding bertukar tempat pada atas pagar tangga.
Comot terbang sedikit rendah saat Ali menaiki tangga. Masakan tidak, tangga ini tidak berbumbung. Siap ada burung bertenggek atas pemegang tangga lagi. Ini kalau tenung ke bawah, boleh nampak rumput yang jauh beberapa meter dari dipijaknya.
Ali ini pun satu, dia punya keyakinan itu tidak boleh bawa bincang.
"Meow! Meow! Meow!" Comot mengiau meminta Ali berhenti. Kalau jatuh ini tidak larat Comot mahu mengangkat Ali. Yang penciptanya pun satu, buatlah molek molek sikit.
"Apa, tak apa. Aku tak nak menyusahkan orang." Ali terus memanjat anak tangga. Comot memandang Ali tidak puas hati. Tidak menyusahkan orang tetapi menyusahkan kucing adalah!
Danish yang berada di bawah menghentikan permainannya buat seketika. Dia menoleh ke belakang."Apa fasal sunyi semacam ini?"
"Eh, hilang pula? Mungkin aunty dah bawa Ali pergi bilik Viktor kot" Danish mengangkat bahu dengan hipotesis sendiri. Betullah tu, dah puan Ong sekarang tengah memasak. Baik dia sambung main game.
Ali mencapai tombol pintu. Tombol pintu itu sekaligus dipulas dan ditolak ke dalam. Ah, tengok! Ingatkan orang buta tidak tahu mana arah sendiri sahaja. Ali ini tidak tahu Comot sudah tercungap-cungap memastikan dia tidak terjatuh.
"Baik mandi dululah! Aduh!" Malang benar nasib Ali, boleh pula terhantuk pada dinding. Dia laju menggosok dahinya. "Adududududu.. aku langgar apa tadi? Rasanya dah buka dah pintu."
"Ali, kamu okey tak?" Kedengaran suara Puan Ong bersama bunyi tapak kaki bercampur maju ke arahnya. Ali memusingkan kepalanya ke suara itu sambil tangannya dialihkan dari dahi
"Maaf, aunty tak tahu pula kamu... b... tak nampak. Lupa aunty nak bagitahu yang bilik air Viktor rosak. Bilik aunty ada kat bawah." Nada puan Ong berbaur rasa bersalah. Yalah, tak fasal-fasal kawan anaknya itu tercium dinding.
"Abang Ali ni. Janganlah malu minta tolong. Nanti jadi apa-apa kan susah." Gaya cakap si Danish itu pula sudah seperti orang dewasa. Macam mana nak minta tolong kalau engkau main game?
"Selamat tengah hari, puan Ong!" Bunyi perempuan melaung dapat didengar dari atas dahan pokok berhampiran mereka. Comot serta merta menyorok ke belakang Ali.
Perempuan itu kemudian melompat turun daripada dahan itu lalu bertapak pada dinding pokok selama sesaat sebelum mendarat ke arah tangga. Dekat sini kita tahu wujudnya tarzan moden perempuan di Cyberhuman.
"Oh, awal pula kamu datang, Niki." Pandangan puan Ong bersilih pandang antara Niki dan Ali. "Maaflah, aunty tak siap lagi makanan tu. Harap kamu dapat tunggulah."
Raut puan Ong ini macam tidak terkejut pula si Niki ini bergayut macam tarzan melompat masuk ke rumahnya. Mungkin setiap hari Niki buat kot. Kita bersangka baik...
"Tak apa, saya tunggu." Mata Niki terpaku pada Ali yang berada di situ. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke depan. "Siapa tu? Budak tu tak pernah nampak pun."
Ali mengetap bibir, rasa diperhati. Mahu sorok mana muka aku ini. Sudah kalau Comot menyorok belakang aku, tak akan aku nak sorok belakang Danish pula. Tidak kena gamaknya.
Ali mengundur ke dinding ketika merasa aura Niki menghampirinya. Ketika sudah dekat, Niki memproses raut wajah Ali melalui mindanya.
Sumpah, dari mata, hidung, bibir. Semuanya seakan pernah bertemu dalam memorinya suatu ketika dahulu. Cumanya, mata itu... mata itu sahaja yang berlainan. Warna kelabu.
"Mak c..."
"Niki..."
Mata Niki terbuntang kala wajah seorang perempuan melintasi mindanya. Kakinya terjarak satu langkah daripada Ali. Tidak mungkin dia ini... "Kau..."
Mata Niki tertarik pada poket Ali yang menyala cahaya biru. Baru sahaja dia ingin mengeluarkan suara, puan Ong segera memyampuk. "Oh, Ali. Mari ke bawah. Maaf tak tolong Ali tadi."
"Tak apa aunty, saya okey je." Ali memegang Comot sebagai penunjuk arah. Cepat-cepat dia mengikuti langkah puan Ong. Rasa seram pula duduk dengan perempuan itu tadi!
Danish mengangkat wajah, memandang Niki di sebelahnya. "Niki, nak main game sama sama, tak?"
Niki menghembus nafas keresahan beberapa kali. Matanya berorak rasa marah bercampur rasa keliru. Dadanya berombak kencang. Tidak sangka dia akan bertembung dengan 'dia' lagi.
"Kalau macam tu, Danish turun bawahlah." Danish menuruni tangga, meninggalkan Niki mengelamun sendiri. Lambat sangat nak merespon pun.
"Okeylah, aku main." Niki menurut. Kakinya jatuh pada anak tangga satu demi satu. Namun, mindanya masih lagi ke arah lain.
'Macam mana 'dia' ada dekat sini?'
•||••||••||•
Kepala Ali yang tenggelam dalam air keluar dari tab mandi. Ali memegang pemegang tab itu, sekaligus air keluar daripada tab itu. Rambut Ali menitik-nitikkan air jatuh menggelosor mukanya.
"Lama tak mandi macam ini." Ali mengukir senyum pahit sendiri. Ataupun lebih tepat, lama dia sudah tidak merasa kehangatan begini. "Sejak peristi..."
Tidak semena-mena satu-persatu memori bercakap di sebelah telinganya. Sorakan Cyberhuman atas kekalahannya. Tapak kaki orang yang melarikan diri. Bunyi api yang marak.
"Meow..." Ngiauan Comot berjaya menjentik Ali ke realiti. Degupan jantung Ali berdenyut laju. Matanya yang terbuntang kian mengendur.
Ali tidak fasal-fasal tersedar sesuatu. "Comot, kau mana boleh tengok aku tengah mandi! Shuh! Shuh! " Ali memeluk tubuhnya seraya mulutnya menghalau Comot keluar.
Comot membuat muka lantas keluar daripada bilik air tersebut. Dia pun tidak inginlah!
Niki yang bersilang kaki itu teralih ke arah bilik puan Ong yang ditutup itu. Riuh benar suaranya. Mandi ke main air? Dia menyoal puan Ong apabila puan Ong muncul di situ. "Siapa budak tadi, aunty?"
"Oh, tu Ali." Puan Ong meletakkan bungkusan makanan ke atas meja kecil. "Viktor kata tu kawan dia. Jumpa dekat hutan katanya. Jangan risau, dia pun manusia macam kita."
"Ali..." Niki mengiyakan sendiri. Jadi itu nama budak itu?
"Tetapi dia buta." Penjelasan puan Ong menarik perhatian Niki. Tidak sempat Niki mahu bertanya lebih lanjut, puan Ong sudah berjalan. Puan Ong berhenti sesaat. "Sekejap ya, aunty nak ambil satu lagi bungkusan pula."
Dedaun pintu ditolak berbunyi. Ali dan Comot muncul di sebalik dedaun pintu itu. Pintu itu ditutup kembali. Ali menyembunyi rasa gugup dalam hati. Aduh, asal dia keluar sahaja, aura seram ini menyelimuti diri dia lagi!
"Oh, abang Ali dah keluar." Danish sambung mengunyah kerepeknya. Fuh, makan pula? Tadi main game tidak ingat dunia.
"Oh, Ali. Macam mana dengan baju Viktor tu? Maaflah kalau besar sangat." Puan Ong keluar dari dapur dengan bungkusan makanan di tangannya.
"Tak apa, aunty. Terima kasih atas baju ni. Err, Viktor tak marah ke orang pakai baju dia?" Ragu-ragu Ali bertanya. Mana tahu si Viktor yang kedengaran tenang itu boleh jadi raksasa. Tak naklah dia jumpa versi yang itu.
Niki bangun dari duduknya menuju ke arah Ali. Dua bungkusan yang diletakkan atas meja tadi sudah dimasukkan ke dalam beg silang Niki.
"Ala, tak apa. Ah boy (Viktor) itu pemurah orangnya. Lagi-lagi kalau kamu tu kawan dia." Mesti kalau Viktor ada di sini, terkembang-kembang hidungnya dipuji di hadapan ibunya.
"Ah Boy?" Ali berbisik sendiri. Tidak sangka pula Viktor ada panggilan khas untuknya.
Dalam luar kesedaran Ali, Niki cepat-cepat menyeluk poket Ali, mengeluarkan IRIS. IRIS itu bertukar kedudukan masuk ke dalam poket Niki.
"Oh, Niki. Maaf, maaf. Kirim khabar pada Mak Yah juga." Puan Ong memasukkan bungkusan itu ke dalam beg Niki. Niki bersiap sedia dengan duit di tangan menghulur kepada puan Ong. "Tak ada hal lah aunty."
Niki menyilangkan beg itu pada bahunya. Dia terus menuju ke pintu utama lalu keluar daripada situ. Sempat dia berhenti mengambil keluar IRIS dari poketnya. Dia berjaya untuk dapatkannya!
Niki berdesis perlahan. "Kalau betul dia ini anak Aliya, mesti benda ni dia yang cipta."
Niki menyambung langkahnya. Dia baru sahaja mahu mencapai ke arah penghujung lantai, tangannya seperti dililit sesuatu. Tahu-tahu sahaja dia jatuh ke belakang.
Lilitan itu hilang dari tangannya. Lekas dia bangun dan memusing ke belakang. Kelihatan Ali di muka pintu dengan raut wajahnya yang marah. Niki segera menuju ke anak tangga tetapi dihalang oleh Comot.
Dalam masa yang sama, sebuah yoyo terkena pada tubuhnya dari tepi menyebabkan dia tercampak berlanggar sama pagar tangga. Bergegar seketika rumah pokok puan Ong gara-gara serangan itu.
IRIS yang berada tidak jauh darinya laju diambil namun tangannya kini dililit kembali oleh yoyo itu. Mata Niki bertembung dengan renungan tajam Ali.
Walaupun Niki tahu Ali tidak dapat melihatnya, pandangan Ali cukup memberikan dia rasa meremang.
Ali meluang kuat. "APA KAU NAK DENGAN IRIS, HA?"
...
Nota si Nooroo
Fuh, ambil kau 1700 patah perkataan lebih! Pelepas writerblock. Ya, maafkan penulismu tidak update berminggu-minggu. Tiba-tiba lepas balik kampung terserang writerblock pula.
Harap-harap kau orang boleh jatuhkan senjata kau orang depan rumah aku. Ya, ya. Aku dah update dah ni.
Fuuuh, harap-harap Ali tak jumpalah aku. Angin dia pun tak baik dah sekarang. *Auto kunci pintu bilik*
Jumpa di chapter akan datang!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro