PART 35 : Escaping!
Rose memegang handphonenya dengan genggaman yang kuat dan erat.
Ketika merasakan ada getaran menandakan mesej masuk, mesej itu dibuka tanpa lewat sesaat.
Razif mengerling cuba membaca tetapi nyata dia langsung tidak memahami tulisan Korea itu.
" Where should we go now? " suara Razif bergema dalam ruangan bangunan itu.
Talia dan Haider mengikut di belakang.
Senyap tidak mengeluarkan apa-apa bunyi kecuali bunyi tapak kasut.
" To the west of this building.. " jawab Rose seperti yang tertulis pada mesej itu.
Langkahnya penuh goyah.
Dia tidak tahu yang hari tenangnya akan kembali menjadi huru-hara.
Pautan pada Razif masih kemas.
Jae-Ha, Ha-Neul please stay strong.
Hold on, Omma will come to you, nae-ttall (my daughter).
Langkahan mereka diteruskan menuju ke arah barat bangunan tinggal sekolah lama itu.
Satu-persatu tangga dipijak, Talia menyapu wajahnya yang terkena sarang labah-labah.
Dia terbatuk sedikit.
Haider terpaksa menunduk untuk membantu Talia membersihkan wajahnya menyebabkan langkah mereka berdua ketinggalan ke belakang.
Perhatian Haider kepada Talia berpaling apabila..
ARGHHHHHH!
Mereka berdua mendengar suara Madam Rose menjerit nyaring.
Razif sedang bergelut dengan si penyerang.
Haider berlari hendak membantu mereka berdua sebelum dia ternampak seorang lelaki yang bertubuh besar menekup mulut Talia dan menarik tubuh wanita itu pergi meninggalkannya.
Haider mengejar tetapi gagal apabila dua lagi lelaki bertubuh besar menyerang dan menumbuknya bertubi-tubi dalam kelam malam.
Dalam posisi defend, Haider membengkokkan lututnya.
Lean forward dan menghempas bahagian belakang tubuh attackernya ke lantai.
Jeritan Talia dan Madam Rose kedengaran sayup-sayup.
Haider menerajang lelaki itu selepas dijatuhkan sebelum lelaki yang seorang lagi membuat aksi hip throw with arm-lock.
Terkeluar urat-urat pada dahinya menahan sesak nafas.
Haider cuba menaikkan leg-kick untuk pull off the attacker's arm, masih cuba mempertahankan diri tanpa bantuan senjata.
Bersama dengan kekuatan yang masih bersisa, Haider slide kakinya ke bahagian belakang badan lelaki itu.
BANG!
Satu das tembakan dilepaskan.
Allahhhh!!
Allah!
Haider tergeletak.
Seperti terkena renjatan elektrik, Haider terkujat-kujat menahan sakit.
" Haiderrrrrrrrr!!! " suara Uncle Razif dari jauh kedengaran.
Dia berjalan mengesot-esot ke arah Haider yang ditembak pada bahagian belakang badan.
Razif menyeret kakinya yang terseliuh akibat pergelutan dengan lelaki-lelaki misteri yang tiba-tiba membawa pergi Rose dan Talia.
Peluh mula menitik deras.
Haider terketar-ketar.
Azab mula terasa.
Dari jauh dia nampak bukan setakat Uncle Razif tetapi.....
" Hold on! Hold on! "
Belakangnya terlalu sakit.
Pandangannya berpasir.
Deria pendengarannya terasa tumpul.
*************
Tak boleh jadi ni!
Isaac bergerak keluar dari persembunyiannya di dalam semak, mengarahkan yang lain untuk bergerak sama.
Suara jeritan yang dia dengar bukan satu tapi dua!
Dengan larian pantas, dia kini sedang menghampiri tangga yang menuju ke tingkat dua pada bangunan bahagian barat itu sebelum telinganya menangkap bunyi satu das tembakan.
Oh crap!
Siapa yang menembak?
Siapa yang ditembak?!
Serentak, glock yang tersisip di pinggang di keluarkan dan digenggam.
Trigger diputar.
Telunjuk direstkan pada badan glock tetapi bersedia menekan picu pada bila-bila masa sahaja.
Dia berlari-lari mempercepatkan langkah dan memijak anak tangga dengan langkah yang besar.
Di hadapannya terdampar dua orang lelaki, seorang sedang menggeletar di atas lantai, bajunya basah lencun dengan darah, dan seorang lagi sedang menyeret kakinya menuju ke arah si lelaki yang sedang tercedera.
" Hold on! Hold on! " Isaac mengarahkan dua orang lelaki suruhannya untuk mengangkat kedua-dua lelaki itu dan membawanya ke dalam kereta yang sedang standby.
" Bring them straightaway to hospital! " arahnya.
Dia dan Dominic berjalan menuju ke arah laluan yang terusik dengan gut instint yang mengatakan bahawa jalan ini boleh membawa kepada Anna, Tilda, Madam Rose dan Talia.
Tidak lama kemudian, kedengaran siren polis berbunyi.
Isaac dan Dominic tidak menghiraukan bunyi itu dan masih cuba menjejaki keempat-empat wanita itu.
The same thing happen twice.
Dulu melibatkan Tilda seorang, tetapi kali ini empat orang sekaligus telah ditawan.
Kesemua tempat sudah dicari dan digeledah sehingga ke satu bilik,
Isaac hanya nampak satu sofa lusuh dan dua bangku bersama tali yang terlerai.
Shit!
They escaped with 4 of them!!!
Isaac melepaskan tumbukan padu pada dinding.
Beberapa orang anggota polis kemudian berlari datang menghampiri kedudukan mereka.
Dengan suara yang termengah-mengah,
" The attackers gone! " Dominic memberitahu anggota polis tersebut.
***********
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro