PART 32 : His secret
Tilda's POV
" Mom, Haider's with me. He's taking me to my apartment. Ya ya.. I'm sorry. Got a bit dizzy just now. Can you tell Lia to bring all my belongings together.. Ahaa..thanks to Lia..See you tomorrow. Daa.. Good night mom, dad, Lia and all. Thank you so much, " aku mengakhiri perbualanku dan menekan butang merah.
Handphone Haider yang kupinjam itu kuserahkan semula.
Dia menyambut handphone tersebut dengan pergelangan tanganku sekali.
Membawa aku dekat dengan tubuhnya sehinggakan bau badannya memenuhi rongga deria bauku.
Aku sekarang ini sehelai sepinggang.
Satu barang pun tiada padaku, termasuk handphone.
Tubuh kubawa mengikut rentak langkah Haider.
Ketika ini aku sedang diselubungi rasa bersalah dan tidak tenteram.
Haider diam.
Hanya dengusan nafas sahaja yang kedengaran.
Langkah kami seiring menuju ke arah Land Rover Range Rover Evoque SE Premium SUV miliknya.
Dia membukakan pintu dan menolak lembut tubuhku masuk ke dalam kereta.
Dengan perasaan nak dengan tak nak sama banyak, aku ikutkan sahaja rentak gerakannya.
Tubuh kusandarkan pada passenger seat dan dia kembali ke sebelah muka pintunya dan menghenyakkan tubuhnya di sebelah tempat driver.
Tanpa sebarang kata-kata, dia menarik seatbelt dan memakaikannya pada tubuhku.
Aku hanya membatu.
Hanya anak mata sahaja yang melihat bagaimana rapatnya tangan Haider pada tubuhku ketika dia hendak menarik seatbelt pada sisi sebelah kiriku.
Teringatkan Isaac yang meminta aku sendiri memakai seatbelt membuatkan aku melepaskan keluhan.
Mereka terlalu berbeza.
Haider masih mendiamkan diri.
Pintu kereta dikunci dengan automatic lock.
Dia menekan button power dan terus memulakan pemanduannya.
Haider terus membelokkan keretanya ke arah jalan besar.
Tangan kanannya kuat menggenggam stereng.
Manakala tangan kirinya membuka radio.
Berkumandang lagu Animals nyanyian Maroon 5.
Gross! Aku terasa geli mendengar lirik lagu psiko itu.
Tetapi aku masih tidak berkata apa-apa.
Pandanganku tumpah ke arah jalan raya yang ada sekelilingku.
Signboard kuperhatikan.
Eh kejap.
Ini bukan jalan balik ke Gombak!
" Haider, where are you taking me?" aku memalingkan tubuhku ke arahnya.
Haider masih menumpukan kepada pemanduan.
Seolah-olah tidak mendengar kata-kataku.
" Haider, where are you taking me?" aku mula menguatkan sedikit suaraku. Kegelisahan menguasai diri.
Haider menarik nafas.
" Bangsar.." jawabnya.
Aku mula merasa tidak selesa. Kenapa ke Bangsar pulak ni?
Jam dah nak dekat pukul 11.00 malam. Dahlah satu apa pun aku tak ada ni.
Handphone yang paling penting tu pun aku tak teringat nak ambil tadi.
" Kita nak buat apa ke Bangsar?" aku bertanya lagi dengan nada suara yang tenggelam timbul.
" Ke syurga.." jawabnya sambil mendengus sinis.
Aku kembali memandang ke depan semula.
Plan plan plan.
Ini dah macam nak dekat sama macam apa yang berlaku dekat Rome je.
Takkan Haider pun nak culik aku.
Plan plan plan.
Bangsar tak jauh mana dari Ampang.
Apa aku kena buat ni.
Haider please lah.
Aku percaya dekat kau.
Aku berdoa di dalam hati.
Aku nampak Haider memperlahankan keretanya ketika memasuki perkarangan Alila Condo Bangsar.
Dia menyua kad resident dan halangan dibuka.
Haider membawa keretanya ke kawasan parking dan memarkirkan kenderaan pada kotak parking yang diletakkan no plat keretanya.
Ok jadi dia sekarang ni bawa aku pergi apartment dia?
Shit!
Nak buat apa pergi apartment dia pulak malam-malam ni.
Aku menelan air liur.
Kekuatan kukumpul.
" Why are you taking me here? " luahku.
" To have deep conversation with you.. " jawabnya.
" We can talk here.. " aku membalas kata-katanya.
" No.. " dia menghampiriku, menekan push button dan seatbelt terbuka.
Aku memegang lengannya, menggeleng-gelengkan kepala.
" Haider.. Please. I trust you..," Aku memandang matanya sedalam-dalamnya yang mungkin.
Haider merapatkan wajahnya ke arahku.
Aku masih tidak melepaskan pandanganku ke dalam matanya tetapi tubuh kuundur ke belakang sedikit demi sedikit.
Ketika wajah Haider tinggal seinci daripada wajahku, aku memejamkan mata serapat-rapatnya, tidak mahu menyaksikan wajahnya serapat ini.
Dengusan nafasnya berat.
Dan bukkkkk!
Dia melepaskan tumbukannya pada cermin tingkap keretanya yang terletak di belakangku.
Aku membuka mataku perlahan-lahan dan aku melihat dia sedang menekup wajahnya. Kembali menjarakkan tubuhnya daripadaku.
Lega sedikit. Sekurang-kurangnya dia tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya.
" Til.. Come with me.. " suaranya rendah.
Gulp!
Ok Tilda, apa-apapun percaya yang dia takkan buat perkara yang tak baik dekat kau. Sebab apa? Sebab mom and dad sangat baik dengan family dia.
He is your fiancee now.
Please please please.
Trust him at least.
Aku termangu-mangu.
Dia membawaku ke pintu lif.
Butang nombor 3 ditekan.
Kami berjalan menuju ke satu pintu.
Haider memasukkan passcode dan tubuh kami menghilang di sebalik pintu itu.
Aku menunduk sebelum pandanganku terpesong pada titisan darah yang menitik pada lantai.
Oh gosh!
" Haider.. Haider.. You hurt yourself.. " aku menekup mulutku.
Tangan kanan Haider kucapai dan lukanya kuteliti.
Tetapi Haider merentap tangannya kasar.
Tersentak tubuhku dibuatnya.
" Don't act like you care, Til. You hurt me more.. " dia langsung tidak memandang ke arahku.
Hatiku terasa perit.
Aku cuma tidak mahu lukanya melarat. Kenapa dia perlu berkasar macam ni?
Dia membawa langkah ke satu bilik yang suram dan gelap.
Jangan..
Jangan kurung aku dalam tu.
Aku dah janji dengan mom nak balik jumpa diorang esok.
Kalau aku tak ada, mesti mom and dad akan kerah polis.
" My darkroom.. " katanya.
Dia membuka pintu itu dan masuk ke dalamnya.
Aku melihat dari luar.
Photography dark-room to be exact.
Macam mana Haider boleh ada bilik ni?
Dia bukan photographer.
Dia adalah businessman.
Aku memberanikan langkahku masuk ke dalam bilik itu.
Pintu kubiar buka sedikit.
Satu-persatu gambar yang tergantung dalam bilik itu kuteliti.
Berdecit suaraku menahan kejutan.
" Its all about you Tilda.. All of you..." suara Haider berada betul-betul dibelakangku.
Aku memandang ke seluruh gambarku. Dari sejak kecil sehingga gambar beberapa hari yang lepas.
Bilik ini seperti merakamkan dokumentari kehidupanku.
Peluh mula terbit dari dahiku.
Tanganku mula terketar-ketar.
Ini bukan sayang.
Ini obsession namanya.
" Haider, you buat apa dengan gambar I banyak-banyak ni? " aku menggigit bawahku, menahan getaran pada suara.
" Now you know how much I love you,Til. Cinta I lagi hebat dari lelaki yang peluk you tu kan..." dia meletakkan dagunya ke bahu kiriku.
Bulu romaku meremang tegak.
Tangannya bergerak mengelilingi pinggangku.
Kembali menguncikan bahagian belakang tubuhku rapat ke badan hadapannya.
Rambutku dihidu-hidunya.
" You jangan macam ni Haider. Ingat Allah..ingat Allah.."
Dan tidak semena-mena,tubuhku dilepaskan.
Mengambil peluang itu aku berlari keluar ke arah muka pintu tetapi Haider lebih pantas.
" Til..I'm sorry I'm sorry.." dia menahan tubuhku.
" I masih percayakan you,Haider, please.." rayuku.
Haider membuka pintu darkroom itu dan menuju ke ruang tamu.
Aku sudah bersiap sedia hendak menuju ke arah pintu keluar apartment itu.
" Tilda Rose..Tolong jujur dengan I please..." langkah kuhentikan.
" Jujur ten..tang apa?" tanyaku, teragak-agak.
" Pandang mata I dan bagitahu yang you don't love me," dia memandangku dengan pandangan yang terluka.
Aku memejamkan mataku kuat-kuat sebelum membukanya kembali.
" I'm sorry Haider. I really really sorry but... I ... don't love you..."
Dengan kata-kata itu, Haider terduduk lemah.
Dia tak berdaya lagi untuk merapatiku.
Dengan langkah yang pantas, aku pergi meninggalkan Haider.
Meninggalkannya dalam ruangan apartment itu.
Aku berlari menuju ke pondok pak guard.
Aku tidak mengendahkan soalan pak guard bertanya ke mana aku hendak pergi dan handphonenya kupinjam.
" Lia..Lia...pick me now Lia...I dekat Alila Bangsar Condo.."
Handphone pak guard itu kuserahkan.
" You jangan bagitahu I dekat mana ya..I minta tolong sangat-sangat.." pak guard itu sekadar mengangguk dan tidak banyak soal lagi.
Dan aku terus menyembunyikan diri di celahan kawasan tersembunyi.
Tidak sampai beberapa minit kemudian, Talia berada di hadapanku.
Aku terus melompat ke dalam kereta Talia tanpa banyak soal.
" What the hell is going on right now Til?" Talia menghamburkan soalannya.
" Haider taking me to his apartment and show me his darkroom.."
" Dark..room? OH GOD! Haider rape you ke Til?" Talia menekan pedal minyak sekuat hati.
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
Air mataku mengalir deras.
Talia sempat menarik nafas lega.
" Darkroom photography. Dalam bilik tu penuh gambar I Lia.. Creepy... " jawabku.
" Damn! Haider obses dekat you Til.. " Talia menoleh ke arahku sekejap-sekejap dan aku nampak jelas wajah tidak percayanya.
" Patut I rasa tak sedap hati the moment you call mom guna phone Haider... "
Talia memulas sterengnya dan membuat pusingan u-turn menuju ke Gombak.
" Lia.. I think its time for me to tell you everything that happen to me at Italy.... "
Aku akhirnya memberanikan diri membuka cerita tentang segala yang berlaku di Itali yang sebelumnya telah aku simpan kemas-kemas dalam kotak memori.
Satupun tidak aku tinggalkan.
Sehinggalah peristiwa tadi.
Ketika Haider ternampak yang Isaac sedang memelukku.
Talia membulatkan matanya.
" That man... "
" I love him Lia.. I love him with all my life... "
Talia hanya ternganga.
Masih tidak percaya pada luahan hati yang aku sampaikan.
" Jangan main dengan api, Til... "
**************
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro