PART 31 x 2 : The Confession
" Til..Til..Tilda Rose..Freeze! "
Haider mengejar langkah Tilda yang laju berlari meninggalkannya.
Dia memanggil Tilda namun wanita itu tidak menghiraukannya.
Haider mahu mendengar penjelasan Tilda.
Penjelasan segala-segalanya.
Tentang hati dan perasaan.
Tilda melajukan langkahnya. Berlari tanpa arah tujuan.
Ini bukan masanya.
Semuanya terlalu pantas berlalu.
Dari pemikiran yang kusut, hati yang kasihan, persetujuan yang diberikan sehinggalah ke hari yang sepatutnya menggembirakan dua keluarga, Tilda tahu dia telah menghancurkan hari bahagia ini.
Cincin di jari manis ini telah mengikatnya.
Haider.. Haider..
Haiderlah yang paling kecewa.
Dan yang paling memedihkan apabila dia menyaksikan sendiri perkara yang sepatutnya tidak berlaku pada hari bahagia ini.
Tilda memperlahankan langkah yang semakin lelah.
Ketika tubuhnya hampir terjelepok, Haider cepat-cepat menangkap tubuh Tilda dan memautnya kemas.
Dia memegang bahu wanita itu dan mereka sekarang sedang berdiri berhadapan.
Tilda tersedu-sedan.
Bercampur dengan dengusan nafas yang tidak teratur. Semput.
" Til..why Til? " Haider merendahkan tubuhnya dan memandang mata Tilda sedalam-dalamnya.
Mata Tilda berkaca-kaca.
Air matanya bertakung berat.
Dia memandang wajah Haider yang kusut.
" Haider.... " suaranya tersangkut-sangkut. Jeda.
" Why you did this to me? " Haider masih memegang kedua-dua belah bahu Tilda dan menundukkan wajahnya.
Ada air mata yang tumpah.
Tilda masih tidak mampu mengatur bicara lagi-lagi melihatkan air mata Haider tumpah kerananya.
" Siapa lelaki tu Til? Siapa? Kenapa dia peluk you Til? Kenapa you biarkan dia peluk you Til? " Haider menggoncang-goncangkan bahu Tilda.
Kini, berjuraian air mata Tilda membasahi pipi.
Mulutnya tak terkata apa-apa.
Hanya tangisan mengisi ruang bicara.
************
Tilda's POV
3 hours before
Aku merenung wajahku dari pantulan arca cermin yang berada di hadapan.
Wajahku sedang ditata rias oleh make-up artis terkenal dari kenalan Talia iaitu Yna Sakinah.
Kata Talia, she own the magic hands.
Aku hanya memberitahunya bahawa aku inginkan solekan minimal dan tiada fake eyelashes.
Aku mahukan ianya natural dan sekadar menaikkan seri wajah.
Terkenangkan kembali bagaimana aku akhirnya bersetuju dengan pinangan keluarga Haider, tak sangka pertemuan bersama Haider beberapa hari yang lepas benar-benar menggoyahkan hati ini.
Apabila mom and dad meminta aku pulang ke rumah pada keesokkan harinya, aku tahu aku perlu memberikan jawapan yang telah aku peram lebih daripada seminggu.
Talia sentiasa berada disisiku.
Memujuk dan menceritakan betapa sayang dan kasihnya Haider terhadapku.
" Marry a man who loves you more than you love him.. "
Kata-kata mom terpahat dalam hatiku.
" A man who loves you will never abandon you and the man who misses you will always show up..."
Aku tahu aku tidak sanggup melukakan hati mom, dad dan Haider.
Lebih-lebih lagi Aunty Su dan Uncle Aamin yang banyak membantu keluarga kami dari dulu.
Aku tahu, berharap kepada Isaac adalah suatu sandaran harapan yang sia-sia dan aku patut melepaskannya sepertimana dia melepaskanku.
Dan, dengan hati yang penuh kecelaruan, pinangan Haider kuterima dan malam ini malam untuk meraikannya, Aunty Su akan menyarungkan cincin dan sebentar lagi dengan rasminya, aku bakal bergelar tunangan kepada Haider Fitri bin Aamin Khan, my childhood friend who turn to be my fiancee.
*************
Dewan yang berhias indah dengan konsep floral di Floral Terrace ini mengagumkan aku.
Aku tidak sekalipun menyangka sebegini meriahnya majlis yang dikelolakan oleh mom dan Aunty Su dalam diam.
Dalam hatiku bergetar hebat.
Merasakan satu beban tanggungjawab yang berat pada bahuku.
Tanggungjawab untuk menerima, membahagiakan dan setia kepada Haider sampai akhir hayatku.
" Tilda.. mari duduk di atas pelamin. Kejap lagi family Uncle Aamin dan Aunty Su akan sampai, " aku hanya mengangguk apabila mendengarkan kata-kata Mama Long, kakak kepada Dad.
Dengan langkah yang perlahan, aku mengatur langkahku dan melabuhkan punggung di atas pelamin.
Mataku memerhati ke seluruh tetamu yang sedang memenuhi tempat duduk. Aku melemparkan senyuman dan mataku mula mencari keluargaku yang berada di hadapan.
Demi memandangkan keluargaku, aku tergamam.
Wajah dad, mom dan Talia kupandang silih berganti.
Dan pandangan mataku tumpah kepada seseorang.
' The man who misses you will always show up..'
Allah.
Aku terasa jantungku hampir gugur.
***********
Majlis pertunangan antara aku dan Haider berlalu pantas.
Selepas pihak sebelah lelaki menghantar wakil berunding dengan pihak sebelah keluargaku yang diketuai oleh Papa Long, tidak lama kemudian Aunty Su datang menghampiriku.
" Assalamualaikum Til, Aunty Su datang ni, nak sarungkan cincin dekat jari Til.. " aku hampir menitiskan apabila mendengar kata-kata Aunty Su.
Aku mengangguk, menjawab salam di dalam hati.
Dengan perlahan-lahan, Aunty Su menyarungkan diamond ring ke jari manis kiriku.
Tidak lama kemudian, aku mendengar arahan photographer yang memintaku mengeluarkan sedikit tangan yang baru sahaja disarungkan cincin tadi.
Dengan berat hati aku meletakkan tanganku bersilang di atas paha.
Fokusku kepada majlis ini semakin hilang.
Aku hanya membalas pelukan Aunty Su dengan perasaan kosong.
Kemudian mom pula datang menghampiri dan mencium pipiku kiri dan kanan.
" Congrates my love. " ucapnya. Mom mengambil tempat dan duduk di sebelah kiriku.
Photographer kemudiannya merakamkan gambar kami bertiga di atas pelamin. Aunty Su, aku dan mom.
Datang pula beberapa lagi tetamu mengucapkan tahniah dan merakamkan gambar kenangan yang membuatkan aku hampir melupakan kehadiran dia.
Selepas tetamu yang datang ingin bergambar denganku reda, Haider pula memunculkan diri, melemparkan senyuman yang paling bahagia.
Aku cuba memaniskan wajah.
Pandanganku cuba kufokuskan hanya untuk Haider.
Haider datang menghampiriku.
" Hi Til.. You look gorgeous. I'm so lucky, " dia memandangku sambil mengenyitkan matanya.
Bibirku bergetar-getar, cuba berlagak tenang.
" Same old, Haider. Same old, " aku membalas kata-katanya ringkas cuba mengusir debaran dan menghadiahkan senyuman kepadanya.
Aku tahu ada mata yang masih memandangku tepat dari jauh tetapi aku memilih untuk mengabaikannya.
Ada banyak hati yang perlu aku jaga malam ini dan selepas daripada ini.
***********
Aku turun dari pelaminan menuju ke meja yang berdekatan.
Menyapa dan bersalam-salaman dengan tetamu yang ada.
Memaniskan wajah dan mengucapkan terima kasih.
Aku sedar aku sedang menghindari meja yang diduduki olehnya. Dan, Dominic. Aku nampak Dominic juga memandangku.
Kepada mom, dad, Talia dan family Aunty Su termasuk tunangku, aku memberitahu bahawa aku ingin ke ladies dan akan kembali semula ke dalam dewan.
Mereka mengangguk dan memberikan ruang kepadaku.
Aku mengatur jalan laju menuju ke tandas yang terletak di hujung koridor dewan.
Cuba menenangkan jiwa yang gundah-gulana sebelum disedari oleh ahli keluargaku.
" Tilda.. "
Berderau darahku.
Beberapa langkah sahaja lagi sebelum aku sampai ke dalam tandas tetapi dipintas oleh dia.
Dia yang aku rindui, siang dan malamku.
Aku cuba memekakkan telingaku dan meneruskan langkah.
" Tilda Rose.. " kali ini dia menyebut nama penuhku.
Tubuhnya berdiri tegap di hadapanku.
Pandangan kami bertaut.
Aku terundur selangkah.
" I never thought I meet you here. On your big day, Tilda.. " dia berjalan menghampiriku.
Aku berundur kebelakang perlahan-lahan. Masih tidak berkata apa-apa.
" Don't act like I am a stranger, Til.. " dia mara selangkah merapatiku.
Aku cuba mengumpul kekuatan.
" I am someone's fiancee Isaac.. " aku menunjukkan jari manisku tepat diwajahnya.
Isaac menghela nafas dalam-dalam.
Dia nampak termengkelan.
" I'm sorry.. I'm sorry.. " Isaac memegang kepalanya.
Aku merasakan mataku mula panas.
" I thought we never meet again, Isaac.." lirih nada suaraku.
Aku meletakkan kedua-dua tanganku rapat ke dada.
Isaac mengangkat wajahnya.
" I love you Tilda. God knows how I much I love you.. " serentak itu, setitis air matanya tumpah.
Aku menekup mulutku.
Ya Allah!
Ya Allah! Kenapa baru sekarang dia mengatakannya?
Kenapa bukan beberapa minggu lepas?
Aku tak dapat mengawal diriku.
Perasaanku berbalas.
Dia mencintaiku.
Sama seperti aku menyayanginya.
" I love you too Isaac, no words could describe how much I love you.. "
Dan dia terus membawaku ke dalam pelukannya yang erat.
Erat dan mendamaikan.
Prangggggg!!!
Kami meleraikan pelukan.
Isaac menoleh ke belakang.
Ada seorang wanita yang memerhatikan kami dari arah bertentangan.
Wanita itu berlari meninggalkan kami dan menuju ke tangga.
Isaac memandangku sayu.
" Tilda, I got to go now. I've got something to settle down.. " aku berat mahu melepaskannya.
Dan aku tetap terpaksa melepaskannya.
Isaac memelukku kali terakhir.
Dia mengisyaratkan kepadaku bahawa dia perlu mengejar wanita itu.
Aku bersandar pada dinding menahan rasa.
" Who's that man, Tilda? "
Mataku membulat.
Suara Haider memukul gegendang telingaku.
Dengan tindakan refleks, aku mengatur langkah laju.
Laju meninggalkan dia.
" Til..Til..Tilda Rose..Freeze! "
Namun tidak kuhiraukan.
************
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro