PART 25 : Why is everything so HEAVY?
Rome,Italy
Isaac's POV
Volume radio kukuatkan apabila lagu Heavy yang dinyanyikan oleh Linkin Park & Kiiara dimainkan di dalam radio.
Lagu yang sangat bersesuaian dengan apa yang sedang aku rasai sekarang ini.
Dalam masa yang sama, aku menekan pedal minyak sekuat hati.
Aku tak tunggu hujung minggu seperti biasa untuk ke Tuscany.
Hari ini aku terlalu rindukan dia.
Hatiku meronta-ronta mahu mencium bau Tilda pada katil yang tidak sengaja menjadi tempat kami tidur bersama.
Masih segar diingatanku tendangan yang dihadiahkan Tilda di pagi hari apabila dia tersedar dari jaganya, gigitannya dilenganku yang hanya tinggal bekas lebam serta mulutku yang luka akibat hentakkan kepalanya pada daguku.
Mengingatkan Tilda sahaja sudah membuatkan hatiku terusik.
Tilda yang out-spoken, loud and bold.
Dia sangat jujur dan tegas dengan apa yang dia sampaikan tetapi dalam masa yang sama tahu mengalah apabila dia sepatutnya mendengar daripada berkata-kata.
Tilda dan Anna Maria.
Wajah yang serupa tetapi personaliti mereka terlalu berbeza.
Bagai langit dan bumi.
Anna Maria yang jauh lebih banyak menjaga hatiku, mudah mengalah, tutur katanya berhati-hati, banyak melebihkan aku sehingga aku sukar hendak mengetahui apa kemahuannya dan dia seorang yang penuh dengan rahsia.
Rahsia yang membuatkan aku diselubungi amarah.
Fred dan papa telah menceritakan kepadaku bagaimana pertemuan mereka dan Anna Maria bermula ketika mereka diinterogasi.
Dari Los Angeles ke Beverly Hills. Anna Maria seduce papa sehingga papa hanyut dan leka dengan perhatian yang diberikan.
Aku menghentakkan tapak tanganku pada stereng, melepaskan geram dan kemarahan.
Why Anna?!!
Why do you hurt my heart?!
Dadaku sakit menahan rasa marah yang tak lepas.
Jujur, kasihku kepada Anna tak lebih daripada kasihan.
Kasihan apabila dia merayu untukku menyelamatkannya dari diculik oleh penjahat.
Kasihan apabila dia kelihatan ketakutan dan tiada tempat bergantung.
Aku mencengkam stereng.
Apabila aku merasakan aku tidak mampu memfokuskan pandanganku kepada pemanduan, aku memberhentikan keretaku ke tepi, bersandar sambil memejamkan mata.
Keluhan berat kulepaskan.
" I don't like my mind right now,
Stacking up problems that so unnecessary,
Wish that I could slow things down,
I wanna let go but there's comfort in the panic,
And I drive myself crazy,
Thinking everything's about me,
Yeah, I drive myself crazy,
'Cause I can't escape the gravity..
I'm holding on,
Why is everything so heavy?
Holding on,
So much more than I can carry..
I keep dragging around what's bringing me down,
If I just let go, I'd be set free,
Holding on,
Why is everything so heavy?
You say that I'm paranoid,
But I'm pretty sure the world is out to get me,
It's not like I make the choice,
To let my mind stay so fucking messy
I know I'm not the center of the universe,
But you keep spinning 'round me just the same,
I know I'm not the center of the universe,
But you keep spinning 'round me just the same..."
Aku betul-betul immerse dengan lagu itu sehingga aku merasakan pelupuk mataku basah.
Keliru, kusut dan kecewa berkumpul menjadi satu.
Habis sahaja lagu Heavy dimainkan di radio, aku memandu kereta semula tanpa arah tujuan sehinggalah dalam sepuluh minit kemudian, tidak jauh dari tempat aku berhenti tadi, kini aku berada di Ponte Fabricio, Rome yang leading out to Tiberina Island.
Aku keluar dari kereta dan menghirup udara luar.
Tidak lama kemudian,aku berjalan sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.
Aku menuruni tangga dan melabuhkan punggungku disitu sambil merenung kejauhan.
Aku membuka unlock screen pada handphoneku.
Aplikasi whatsapp kutekan.
Aku membuka voice note yang aku terima daripada Lexi, salah seorang pakar IT yang paling aku percayai di syarikat teknologi yang aku usahakan.
Aku membuka satu-persatu voice note itu mengikut masa.
Tak banyak panggilan keluar dan masuk yang dilakukan oleh Tilda hari ini.
Aku mendengarkan perbualan itu walaupun adakalanya perkataan yang digunakan Tilda bercampur-aduk antara bahasa Inggeris dan bahasa asing. Mungkin bahasa itu adalah bahasa yang digunakan oleh penduduk negara Malaysia.
Aku sekarang ini sedang mendengar suara Tilda bercakap dengan seorang lelaki.
Hati aku tiba-tiba panas.
Perbualan mereka ringkas tetapi aku dengar suara Tilda ketawa.
Tawa ikhlas yang tak pernah aku dengar walau sekali pun ketika dia bersamaku.
Dua hari lepas pula aku ada mendengar perbualannya bersama seorang lelaki yang digelar dad, perbualan itu pun tak lama mana, tetapi dari situ aku dapat agak yang Tilda memang not in a good term dengan ayahnya.
Kemudian aku mendengar dia berbual dengan Talia yang aku percayai orang yang sama dia call masa mula-mula mendapat handphone daripadaku. Itulah call yang kerap dilakukan oleh Tilda.
Aku menekan butang power dan menggelapkan skrinku semula.
Membuang pandang ke hadapan.
Apa yang perlu aku buat kalau aku bertemu dengan dia sekali lagi?
Patutkah aku mengikut terma perjanjian yang telah kami persetujui?
Atau pergi kepadanya dan jeritkan sekuat hati,
Hey Tilda! I am madly in love with you!!!
Aku meraupkan wajahku.
' God, if you ever exist, could you give me another chance to pursue the love of my life and lend me the happiness? '
Aku memandang ke langit.
Dengan serendah-rendah hati, aku mula berdoa mempercayai bahawa Pencipta itu ada.
************
(A/N)
Hi readers!
Korang expect tak POV Isaac yang sendu ni?
Huuuuuuuu...
Kesian Isaac..
Hati dia kecewa bertimpa-timpa sehingga dia menjadi atheist dan tak mempunyai agama.
Tapi tak sangka apabila dia mula merasakan perasaan dia pada Tilda adalah cinta, dia mula merasakan Tuhan itu ada dan berdoa.
Hopefully, Isaac dibukakan hati ya.
Aamiin..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro