Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PART 23 x 2 : Sleeping next to her

Isaac's POV

Aku tergamam.
Kakiku terpasak di tepi katil yang dihuni oleh Tilda.

Tilda meracau-racau.
Mulutnya berbunyi-bunyi seperti mengomel-omel.

Aku meletakkan belakang tapak tanganku pada dahinya.
Suam-suam rasanya.
Kalau tak didemah takut nanti boleh melarat menjadi demam pula.

Bajunya lembap sedikit dibasahi peluh.
Aku dapat rasakan yang dia tidak selesa tetapi bajunya tidak kutukar disebabkan tiada orang wanita yang boleh aku minta tolong untuk menyalin pakaiannya.

Tangannya yang menggengam pergelanganku kuleraikan lembut-lembut dan kuletakkan ke sisinya semula.

Tidak lama kemudian, aku berlalu mengambil tuala kecil di dalam almari lalu kubawa ke bilik air.
Tuala dilembapkan kemudian aku meletakkannya di atas dahi Tilda.

Dia kembali tenang dan racaunya mula berhenti.
Aku mengerling jam yang sudah mencecah 4.45 pagi.

Aku kembali leka memerhatinya tidur dan entah bila mataku mula memberat.
Badanku terlalu letih.
Dan aku tak sedar yang aku mula terlelap bila semuanya gelap dan damai.

******************

" ARGHHHHHHHHHHH!!! "

Aku tersentak.
Terkejut dengan jeritan nyaring yang boleh menggegarkan satu rumah ini.

Badanku ditendang kuat sehingga tergolek ke bawah katil.

" Oh shit! " aku menggosok bahagian belakang badanku yang terhempas ke bawah.

Tilda menarik comforter rapat ketubuhnya.
Dia menggigil ketakutan.

Aku menepuk dahiku.
Damn! How can I sleep there!
There beside her!

Aku bangun cuba menenangkan Tilda yang macam orang histeria memandangku.

" Tilda, easy.. Easy.. Its me..I'm sorry.. I didn't do anything to you..I was asleep last night....I'm sorry.. " aku menuturkan kata maaf berkali-kali.

Tilda memandangku dengan pandangan tidak puas hati.

" You are liar! What are you doing to me?!! We are in the same bed! Where am I??!!! " Tilda mula bangun. Dia mencampakkan comforter dan cuba mengatur langkah melarikan diri daripadaku.

Aku mara kehadapan menghampirinya.
Tilda mengundur.
Aku nampak dia membuka langkah seperti...
Is she try to defend herself?

" Tilda..I said sorry.. see you still have your clothes on is it? " aku menunjukkan baju yang masih terlekap pada tubuhnya.

Tilda memeluk tubuh.

" How can I trust you? I even wake up this morning and see your hand wrap on my waist you idiot! " Tilda menunding jari tepat di wajahku.

Aku terpempan.

" I was asleep last night Tilda. You were not feeling well.." aku masih mempertahankan diriku yang tidak bersalah even technically things gone wrong! How can I slept with her just like that!

" You are taking this easy on me just because I'm sick. Bullshit! " Tilda mendadak berlari menuju ke arah pintu bilik.

Aku terkejut dengan tindakannya.
Dengan tindakan refleks, aku tackle pinggang dia dan Tilda rebah di atas badanku.

Tilda meronta-ronta.
Aku masih memeluk erat pinggangnya, menahan tubuhnya dari pergi meninggalkan bilik air ini dan seterusnya meninggalkan aku.

Whoaaa!! Tilda memang kuat.
Aku teringat time dia tanduk dagu sampai berdarah mulutku dibuatnya.
Tilda menendang-nendang.
Aku mengetap gigiku.

" Tilda you are not going anywhere! " aku melepaskan suaraku.

Tilda masih tak mahu mengalah.
Dan aku tak tahu macam mana, bila aku rasa tanganku perit.

Tilda menggigit lengan yang kulilit pada pinggangnya.

Aku spontan melepaskan pelukan dan mengaduh kesakitan.

Mengambil peluang itu, Tilda berlari keluar daripada bilik.

************

Tilda's POV

Aku dah agak dah lelaki semua sama!
Minus dad.

Biar padan muka dia, siapa suruh ambil kesempatan, kan dah mendapat.
Puas hati aku dapat gigit tangan gorila tu.

Okay now focus! Cari jalan keluar.
Aku berlari menuju ke pintu keluar dan mahu memulas tombol pintu sebelum ianya dibuka dari luar oleh orang lain.

Aku menanti dengan debar siapa yang berada di sebalik pintu dan mataku membulat.
Dominic!
Arghh!
Dia betul-betul di hadapanku dan 2 orang lagi lelaki yang aku tak pernah aku nampak sebelum ni.

Aku berundur ke belakang dan berpaling hendak berlari apabila kepala terhantuk pada sesuatu yang keras.
Aku mendongak.
Jantungku berdegup tak tentu arah.

Mamat gorila tu!
Dia siap menyeringai lagi bila pandangannya tepat jatuh ke dalam mataku.

Okay aku nak buat apa ni. Aku nak buat apa ni...

" Tilda..we saved you last night.. " Dominic menghampiriku dan berada hampir di belakang.

Dua orang lelaki tadi di kiri dan kananku.

Dengan mamat gorila yang ada dekat depan mata ini, jelas yang aku sedang dikepung. Checkmate!

Aku dapat rasa bibirku terketar-ketar.

" Yeah.. We saved you from Gio, " Isaac mengulangi kata-kata Dominic dengan spesifik.

Ya. Aku baru teringat.
Mengingatkan kejadian semalam tiba-tiba badanku menggeletar.
Baru terasa sakitnya belakang badan yang dirotan semalam.

Isaac mendekatkan tubuhnya kepadaku.
Dia menundukkan kepalanya supaya pandangan kami searas.

" Tilda, I think you have to go back to Malaysia.. Italy is not for you..," aku terkedu. Kata-katanya terbenam dalam hatiku memberi isyarat yang pedih.

Perlahan-lahan aku anggukkan kepalaku.

Isaac membawa tangannya ke dua-dua belah bahuku.

Anehnya aku tidak menghalang sentuhan itu dan aku menatap sedalam-dalamnya sepasang mata miliknya.

" Look, Tilda.. I'm so sorry for the worst things that happen to you here. I am truly sorry for what my papa had done to you. I am really really sorry right from the start.. Dragging you at my villa by mistake.. " dia menarik nafas. Jeda.

" Now its time to let you go.. I promise you just like our agreement that both of us had agreed. Pretending that we are not knowing each other after this. You can go now Tilda. Dominic will take you to the airport along with your belongings. Take care, my love.. " dan dengan kata-kata terakhir itu Isaac melepaskan bahuku perlahan-lahan sebelum tubuhku dipaut oleh Dominic.

Dan apa yang hati aku rasa tak seiring dengan perbuatan yang sedang aku lakukan.

Tubuhku kini berada dalam kereta yang akan dipandu oleh Dominic.

Mataku menatap rumah yang asing itu buat kali terakhir.

Aku nampak Isaac.
Dia tidak melambaikan tangannya kepadaku.
Tapi aku nampak dia mengesat matanya sebelum rumah itu akhirnya hilang dari bayangan.

Aku memegang dadaku.
Dan tak semena-mena air mataku mengalir tanpa kupinta.

' I know I wanted to see him again, to say that this is the hardest goodbye I've ever had in my life.. Goodbye Italy. Goodbye Isaac.. '

*************

(A/N)

Sorryyyy sis sedih...
Perpisahan memang menyakitkan kan?
Tak kisahlah ditinggalkan atau meninggalkan..
Korang feel tak rasa sedih dengan perpisahan antara Isaac dengan Tilda ni?
Komen la sikit.. Nak tahu jugak apa yang korang rasa..
Btw, nak letak ship name apa ek untuk Tilda dengan Isaac ni..
Ada idea tak?
Hee..

Till the next update, bye!
😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro