PART 23 x 1 : Don't Leave Me
Present
Cottage house
Cascina, Tuscany
4.30 am
Isaac's POV
Aku memerhatikan Tilda yang sedang tidur lena.
Wajahnya ku pandang sayu lagi-lagi apabila pandanganku jatuh pada luka dibibirnya.
Menyelami kesakitan yang terpaksa ditanggungnya.
Air mataku hampir mahu menitis.
Tilda masih tidak sedarkan diri semasa aku bawa ke cottage house milikku yang kubeli beberapa tahun dulu.
Nafasnya tenang.
Tubuhnya berombak perlahan.
Beberapa helai rambut yang melindungi wajahnya kuselak dan kuselitkan pada telinganya.
Biasanya aku akan ke rumah ini pada hujung minggu yang free daripada sebarang client meeting dan business trip.
Aku akan menghabiskan masaku dengan melukis dan bersantai.
Rumah ini adalah tempat hiatusku.
Mencari kedamaian dan ketenangan setelah sesak dengan pelbagai hal-hal yang bersangkutan dengan kerja.
Anna Maria sendiri belum sempat kubawa ke sini.
Aku mengakui yang aku menyeksa hati dan perasaan Anna apabila terpaksa mengabaikannya demi memenuhi tuntutan kerjaya dan bisnes.
Aku tak sempat mengenalinya dengan erti kata mengetahui asal usulnya, kisah kehidupan bahagia yang dilaluinya, juga jika dia sudi menceritakan segalanya tentang diri dia, mengetahui kekurangan, kelebihan, kesukaan dan perkara yang tidak digemarinya.
Belajar bertoleransi dan saling menerima perbezaan.
Tak sempat.
Semuanya hanya bahagia.
Tiada perbalahan.
Tiada selisih pendapat.
Anna Maria terlalu easy-going walaupun dia sukar dipujuk.
Dan apabila dia menghilang, rasa kesal semakin menggunung.
Kesal kerana aku tak sempat menghadiahkan kebahagiaan untuk dikenang.
Keluhan kulepaskan.
Aku tak sedar yang pemikiran dan perasaanku sedang keliru.
Antara Anna Maria dan Tilda Rose.
Tak mahu berlama-lama lagi di dalam bilik ini bersama Tilda, aku membuat keputusan untuk membiarkan dia menikmati lenanya.
Aku menarik selimut Tilda sehingga ke paras dada dan merenungnya buat kali terakhir.
Ketika aku hendak bangun dari katil, aku terasa pergelangan tanganku digenggam erat.
Dalam nada suara yang rendah aku dengar,
" Please don't leave me...."
Tilda menggumam dengan matanya yang masih terpejam.
Aku tergamam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro