PART 19 : LA club party!
OHM Night Club
Hollywood Boulevard
Los Angeles, USA
Mid October 2017
Giovanno's POV
Dari kaca cermin pejabat, aku melihat anak muda menari terkinja-kinja di atas platform tarian.
Aku sengaja meminta DJ memutarkan lagu-lagu Pitbull malam ini.
Lagu yang paling hit malam ini tentunya 'Don't Stop The Party'.
Disebabkan keadaan cermin yang fully tinted ditambah dengan keadaan kelab yang gelap dan hanya disinari lampu neon pink dan biru, tiada seorang pun perasan diri mereka diperhatikan olehku dan dua orang pengikut setiaku dari tingkat 2 itu.
Setiap malam kelab ini tidak pernah sunyi.
Ada sahaja manusia yang datang tanpa mengira bangsa dan warna kulit.
Kecuali untuk yang di bawah 18 tahun, hampir semua lapisan umur memilih untuk berhibur di sini.
Aku menyedut cerut jenama Gurkha Black Dragon sedalam-dalamnya.
Asap yang berkepul-kepul kulepaskan dengan perasaan puas.
Dari pentas tarian, aku membawa mataku ke bahagian bar.
Hanya ada beberapa orang sahaja di situ memesan dan meneguk minuman memandangkan pengunjung kelab yang lain sedang asyik menari di atas pentas mengikut rentak lagu yang dimainkan DJ.
Aku mengecilkan mataku melihat ke satu sudut yang agak tersorok tetapi masih jelas dilihat dari sini.
Ada seorang wanita sedang duduk berseorangan.
Dia seperti langsung tidak berminat untuk menyertai pentas tarian.
Tangan kanannya memegang gelas sambil digoyang-goyangkan perlahan-lahan kekiri-kekanan.
Dengan sekali teguk, air di dalam cawan itu habis ditelannya.
Dia duduk bersandar dan kakinya disilangkan.
Terserlah kaki panjangnya yang putih melepak.
Pandangannya kemudian tepat memandang ke arah tingkat 2, tepat dituju ke arah pejabatku.
Aku mengangkat keningku. Pandangannya bagaikan hendak menembusi cermin tingkap yang terlindung ini.
Aku memerhatikannya dengan penuh minat.
Wajahnya kutilik dari jauh.
Walau dia nampak kecil di mataku oleh kerana kedudukan kami yang agak jauh tetapi aku masih boleh nampak bentuk mukanya dengan jelas.
Is she an American?
Or Chinese-American?
Korean-American, maybe?
Aku terlalu asyik bermain teka-teki sehingga tanpa sedar, aku melepaskan bunyi hissss.
Fred, salah seorang daripada pembantuku mara ke depan.
" What things bother in your head, Gio? " dia memanggilku dengan nama kerana aku yang memberi kebenaran kepadanya hanya disebabkan Fred adalah orang kanan yang sangat aku percayai.
Dia ada bersamaku dari semenjak awal lagi dan tak pernah mengkhianati.
Aku menunjukkan telunjukku ke arah wanita yang duduk seorang diri di sudut sebelah kanan kepada Fred.
" Who's that chick? "
Aku bertanyakan kepada Fred.
Fred kelihatan turut memandang wanita itu.
" Well, I just happen to see that she's been spending her time in our place for three days in a row.. "
" Her name? " aku mula berasa tidak sabar untuk tahu siapa wanita itu.
" Give me a minute. I'll check with Angie, " Fred meminta kebenaran.
Aku sekadar mengangguk.
Angie orang penting dalam kelab ini.
Dia memegang kesemua database customer yang keluar masuk dan dia juga selalu memastikan setiap kes yang berlaku di dalam kelab ini ditangani dengan baik.
Tidak berapa lama kemudian, Fred kembali mendekati kedudukanku dan mengekalkan posisi biasanya di sisiku.
" Angie told me her name is Anna Maria.."
" Anna Maria.. Great name... " Aku menyedut cerutku sekali lagi.
" I think she had caught your attention, Gio.. " Fred mengusikku.
" Sort of... " aku mengukir senyuman senget.
**************
Anna Maria's POV
Aku menelan air coca-cola yang berada di dalam gelas dengan sekali teguk.
Aku tak berniat untuk mabuk dan kehilangan kawalan malam ini.
Sudah 3 minggu aku memburunya.
Semasa dua minggu pertama, hampir seluruh Itali sudah aku jejaki, bertanya, berlakon dan mengorek maklumat tentang dirinya.
Mujur Tray dan Xavi setia membantuku.
Setelah menerima maklumat dari seseorang yang dipercayai, aku membawa diriku ke Los Angeles, Amerika Syarikat. Sudah hampir 4 hari aku disini.
Appa sudah mula meraguiku.
He keeps pressure aku setiap hari sehingga aku merasakan tertekan.
Ikutkan aku tak mahu melibatkan diri dalam hal ini tetapi mengingatkan kembali matlamat aku untuk menjejaki Omma, aku gagahkan jua menempuhi kesukaran mencari seorang lelaki yang bernama Giovanno Forza Benjamin ini.
Mendengarkan muzik bingit yang sedang berkumandang, disco ball yang menyilaukan, bau peluh yang tidak menyelesakan menyebabkan aku tiada mood untuk join the dance floor hari ini.
Tak kuasa aku hendak menyesakkan diri dalam lautan manusia yang sibuk menari-nari itu.
Yang menarik minatku hanyalah pejabat di tingkat 2 kelab ini.
Yang tak nampak dengan jelas di mata tetapi dia ada.
Aku juga tahu setiap lorongnya dipenuhi dengan bodyguard yang besar, terlatih dan sangat protective.
Mustahil untuk aku masuk ke dalam pejabat itu tanpa urusan yang kukuh apatah lagi menceroboh masuk.
Lelaki bernama Giovanno itu terlalu berbahaya.
Tersilap langkah membawa padah
Dia sangat licik dan banyak terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.
Setiap manusia yang diculik, dibawa lari dan diheret secara paksa akan dijual di dalam auction event.
Di situlah dia mengumpul harta kekayaannya yang berjumlah bertrillion-trillion Dollar.
Dia seorang billionaire tetapi billionaire yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Aku mempertaruhkan nyawa dan keselamatanku bukan hanya untuk disia-siakan tetapi aku mahu menyelesaikan tugasanku yang diberikan oleh Appa iaitu mencari Omma di dalam tahanannya yang entah berada di mana ataupun menggeledah masuk ruang pejabatnya sama ada di dalam kelab ini atau di kediamannya mencari fail yang berkaitan dengan jual-beli antara dia dan si pembida tertinggi.
************
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro