Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PART 18 : The dark room

Present
The dark room

Gelap.
Bilik yang sangat gelap itu hanya diterangi dengan cahaya bulan dari celahan tingkap.

Ketika ini, Tilda masih tidak sedarkan diri kesan daripada chloroform yang ditekup ke mulut dan dihidu oleh hidungnya.

Sudah dua kali dia tidak dapat menyelamatkan dan mempertahankan dirinya.

Ilmu karate yang dipelajari masih belum dapat diaplikasi sepenuhnya walaupun ketika dirinya terancam.

Namun tidak lama kemudian, Tilda mulai perlahan-lahan sedar apabila kesan chloroform mulai hilang.

Matanya dibuka melihat keadaan sekeliling yang sangat gelap.

***********

Tilda's POV

Ketika mataku terbuka, aku hanya nampak kegelapan.
Aku mahu mengeluarkan suara tetapi terhalang.
Arghh!
Suaraku hanya bergaung di dalam hati.
Mulutku diseal dengan duct tape.

Peluh dingin mula terbit.
Aku cuba menggerakkan tangan dan kakiku tetapi tidak berjaya.
Kedua-duanya terikat kemas dengan seutas tali jenis polyethylene.

Aku mencuba lagi dengan harapan boleh melonggarkan ikatan.

Setelah beberapa kali cubaan, aku berhenti bergelut, mengatur nafas baru sebelum telingaku menangkap bunyi tapak kaki orang berjalan dan berbual dengan menggunakan bahasa Itali bercampur bahasa Inggeris dari pintu luar.

Aku menelan liur.
Mataku pejam rapat-rapat.
Aku belum bersedia untuk berhadapan dengan sesiapapun yang telah menculikku buat kali kedua ini.

**********

Makin dekat tapak kaki itu makin kuat debaran jantungku.
Dup dap dup dap.
Macam nak tercabut dari tangkai dibuatnya.
Aku masih buat-buat tidak sedar walaupun dalam hati ini meronta-ronta ingin tahu siapakah dalang sebenar.

Aku menganggarkan ada lebih kurang tiga orang sedang menghampiri kedudukanku.

Melalui kekuatan bunyi tapak kasut dan suara yang bergema pula, aku tahu semuanya adalah lelaki.

Gulp! Siapakah mereka ini?

SPLASHHH!

Allahuakbar!

Tanpa amaran, satu baldi berisi air disimbah ke arahku.
Lenjun. Habis basah aku dibuatnya.
Dengan penuh rasa terpaksa, aku membuka mataku perlahan-lahan.

Aku nampak 3 orang lelaki di hadapanku.
Tepat tekaanku.
Dalam masa yang sama, aku mendengar salah seorang daripada lelaki itu melepaskan tawa besar.
Sekejap.
Bukan 3 orang.
Ada seorang lagi yang muncul antara mereka bertiga.
Suara itu macam aku pernah dengar.
Dia menyedut cerutnya dan menghembuskan tepat di wajahku.

Aku memalingkan wajahku.
Nafasku sesak tetapi aku tiada pilihan lain selain menyedut sahaja asap yang dihembusnya.
Aku cuba membunyikan suaraku. Meronta ke kiri ke kanan dengan harapan mereka tahu yang aku mahu
duct tape pada mulutku ini dibuka.

" Oh look at this little kitten... " suara itu seperti mengejek-ejekku.
Desah nafasnya menampar tepi telingaku.

Setelah nafasku kembali stabil, baru otakku dapat berfungsi dengan baik.

Suara lelaki itu.
Memang suara yang aku kenal.
Papa Isaac!

Aku membulatkan mataku dan aku nampak dia memandangku dengan senyuman sengetnya.

" You missed me, love? "

' DAMN! ' aku mencarut di dalam hati.

************

(A/N)

Cliff hanger guys!
Ini memang sengaja.

Lol!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro