Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PART 14 : Dilema

Flashback
In about 5 months before,
Itaewon, Yongsan-gu, Seoul, South Korea.
October 2017

" Ha-Neul ah," wanita berusia 26 tahun itu tersenyum apabila mendengar namanya dipanggil dari belakang.

" Appa... " Shin Ha Neul berlari-lari kecil memeluk ayahnya.
Melepaskan kerinduan.
Last dia berjumpa dengan ayahnya adalah pada 3 hari yang lepas, dan hanya mendapat panggilan pagi tadi dari pembantu ayahnya Seonsaeng-Lee (Mr Lee), memintanya pulang ke rumah.

Mereka tinggal berasingan.
Setahun yang lepas, Ha Neul memilih untuk tinggal di apartment yang terletak Gongdeok-dong, Mapo-gu, Seoul walaupun dia ditentang keras oleh ayahnya.

Dia mahu hidup sendiri tetapi tetap dibawah pengawasan ayahnya melalui Tray dan Xavi,orang suruhan paling setia sejak ayahnya berkhidmat di Yongsan US Military Base lagi, itu perjanjian mereka ketika ayahnya mengalah untuk memberikan keizinannya hidup sendiri.

Ha Neul tetap mahu memeluknya ayahnya. Pelukan dieratkan walaupun balasan yang dia dapat hanyalah satu pelukan dingin.

Ayah yang telah membesarkannya sendiri tanpa kehadiran seorang ibu di sisi.

" Neo oneul eotteoni?" (How are you today?), soalnya kepada si anak.

" Na gwaenchanh-a, uli appa, " (I'm fine my father) jawabnya.

Shin Kyun Sung membawa langkahnya menuju ke sofa. Langkahnya diikuti oleh Ha Neul.

" Appa, wae na hante jeonhwahaneun geoya? " (Why you calling me,dad? ) Ha Neul melabuhkan punggungnya di atas sofa yang bertentangan dengan ayahnya.

" Nae ttal-eul naega buleul su eobsda?" (Can't I called my own daughter?)

" Appa... " Ha Neul tergelak manja.

" Neoui oppaleul gidalil su-iss-eo, " (Lets wait for your big brother)
Kyun Sung mengambil surat khabar yang diletakkan di atas meja. Cermin mata yang diletakkan di dalam poket dikeluarkan.

Ha Neul menemukan ibu jari dan jari telunjuknya sambil mengangguk mengatakan ' Okay. '

Keadaan sunyi tanpa perbualan apabila Kyun Sung tenggelam dengan pembacaannya, manakala Ha Neul sedang seronok melayan KakaoTalk.

Maid kemudian datang dari arah dapur membawa dulang berisi seteko teh dan makanan ringan.

" Gomawo," (Thank you) Ha Neul memaniskan wajahnya sambil menghadiahkan senyuman kepada Ahjumma Kim, maid yang paling lama berkhidmat di dalam kediaman mereka di Seoul ini.

Ha Neul menuang air teh ke dalam cawan dan membawa cawan tersebut kepada ayahnya.

Ketika dia sedang menuang air teh ke dalam cawan untuk dirinya, tiba-tiba kedengaran suara menyapa dari arah pintu utama.

" Annyeong appa..nae yeodongsaeng, "
( Hi dad, my little sister)
Serentak kedua-duanya menoleh ke arah si empunya suara.

" Oppa! "
Ha Neul menghampiri abangnya dan memeluk lengannya manja.

Kepala dilentokkan pada dada Shin Min Jae sambil membuat aksi aegyo.

" Neomu gwiyeowo, yeodongsaeng." (So cute my little sister) Min Jae menggosok rambutnya adiknya sehingga gadis itu menepis tangannya, menghadiahkan jelingan tajam dan mereka sama-sama melepaskan tawa.

Mereka baru sahaja hendak melabuhkan punggung di atas sofa, apabila tiba-tiba Kyun Sung berkata,

" Naneun neohui dul-ege malhal geos-iissda, " (I have something to tell both of you.. "

***********

Ha Neul's POV

Aku masih cuba menghadam kata-kata yang disampaikan oleh ayah dan setiap plan yang telah dia rancangkan.

Semua perkara datang serentak.
Suatu bukaan kisah silam yang tak terduga dan kenyataan yang pahit.

Min Jae. Dia nampak sudah bersedia ketika mendengarkan setiap perkara yang disampaikan oleh ayah.

Aku berjalan menuju ke katil.
Bilik yang sudah lama tidak kujenguk ku pandang sayu.
Tubuhku rebahkan di atas katil sambil merenung siling.

Selama 4 tahun ayah mengupah gyosa (teacher) datang ke rumah, mengajar dan memastikan aku menguasai 2 bahasa serentak iaitu Inggeris dan Itali dengan cemerlang, baru hari ini aku tahu apa tujuannya berbuat demikian.

Dia menjadikan aku bonekanya,
untuk membalas dendam atas kehilangan ibu.

Dia mahu menggunakan aku untuk membawa ibu pulang semula ke dalam rumah ini.

" Omma... " aku menyeru perkataan itu yang tak pernah aku sebut semenjak lahir.

Ada air mata yang mengalir membasahi pipi.

Siapa dia ibuku yang sebenar selama ini?
Berkali-kali aku bertanyakan kepada ayah semasa kecil.

Keluargaku tidak sempurna.
Aku tiada ibu.
Dari kecil lagi soalan itu selalu dibiar tidak berjawab sehingga aku letih untuk bertanya lagi.
Aku tak tahu siapa dia sehinggalah hari ini.

Potretnya kugenggam erat.


Aku menyeka air mata.
Menghalangnya dari tumpah lagi.

Aku tak kisah menjadi boneka ayah atau orang suruhannya.
Yang penting aku mahu memastikan keluargaku sempurna seperti orang lain.

Kegembiraan keluarga adalah matlamatku.

Dengan langkah penuh keazaman,
fail berwarna coklat yang diserahkan oleh ayah tadi kubuka.

First thing first,
Esok pagi aku akan bertolak ke Rome, Italy membawa identiti baru mencari lelaki bernama Giovanno.
Giovanno Forza Benjamin.

***********

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro