(S2)Ch.36- Comeback!
Memandangkan masa rehat bagi sesi menengah rendah masih lagi tinggal 15 minit, Jin memilih untuk duduk setelah sekian lama dia berdiri.
Lepasni kena hadap sesi menengah atas pula.
Melihat sekeliling ruang kantin yang sudah mulai lengang itu membuatkan Jin berasa hairan.
"For the first time budak-budak ni masuk kelas awal."
Hanya tinggal beberapa orang murid saja yang masih duduk di meja makan. Tapi mereka bukan tengah makan. Semuanya sedang menghadap buku.
Jin sempat merenung muka-muka budak itu dan dia merasakan dia kenal semuanya.
Yang rambut biru tu selalu bergaduh dengan Suga.
Yang muka innocent tu rajin menyanyi dengan Jhope.
Yang pendek sikit tu sentiasa berjalan dengan yang sama pendek macam dia iaitu Jimin.
Yang tinggi macam galah tu pula seringkali menanyakan hal matematik dekat Taehyung.
Dan yang mata sepet tu.. Jin tak pasti sangat tapi dia pernah nampak Jungkook dan lelaki itu mengusha cikgu Sajat dalam dewan makan para guru.
Jin melihat jam tangannya. Sudah 5 minit dia memerhatikan budak-budak itu.
Dia memutuskan mahu pergi menjenguk mereka yang masih tidak terdetik di hati mahu balik ke kelas.
Namun langkahnya menjadi perlahan tatkala ada budak yang tinggi galah itu mula meroyan dengan sikap rakannya.
"Aku dah kata formula luas segi empat ni panjang darab lebar! Yang kau pergi darab dengan tinggi tu kenapa! Nak cari isipadu ke luas sekarang ni?!"
"Luas..."
"Ha dah tu?! Ikut cakap aku!"
Lalu rakannya itu pun mula memadam jalan kiranya dengan correction tape. Saat itu Jin rasa nak hempuk sahaja lelaki itu.
Ada patut budak ni buat jalan kira dengan pen? Mahu nanti satu buku tu dipenuhi dengan tape putih itu saja.
"Hallu~ boleh hyung duduk?"
"Ha duduk jelah itu punㅡ eh Jin hyung hehe sila-sila."
Tak jadi rakan sebelahnya nak sambung memadam bukunya dek terhibur dengan sikap si galah yang cepat saja berubah.
"Buat apa lagi ni?"
"Eo? Ni ha tengah siapkan nota sejarah sebab lepasni ada ujian sejarah..matilah aku~"
Jin mengangguk faham. Dipandangnya si rambut biru yang sedang gigih menulis nota sejarah kerana selepas ini mereka akan menjawab kertas sejarah.
Eh kejap.
"Apesal kau siapkan nota pulak sedangkan lepas ni exam??" soal Jin, baru sahaja menyedari akan tingkah laku pelik budak rambut biru ni.
"Entah la dia hyung, dia memang macam tu. Pelik dari orang. Tengok lah rambut dia pun pelik dari orang..biru gituㅡ"
"Diam Heuningkai,kau diam. Cara aku study memang macam ni! Lain lah kau..apa pasal kau buat latihan matematik sedangkan lepasni exam sejarah?!"
Jin pun terus menoleh ke arah Heuningkai yang sudah menggarukan kepalanya.
"Jap, lepasni exam sejarah ek?"
Heuningkai mula gelabah menutup buku matematiknya selepas menyedari yang dia sudah salah subjek.
"Ye gila! Aku perhati jee kau dengan Beomgyu buat matematik..nak tegur tapi tulah kau kan dah pandai sejarah~"
Heuningkai merengus geram, terus sahaja buku-bukunya dipeluk lalu lelaki itu berlari menuju ke kelasnya. Manakala Beomgyu pula terpinga-pinga melihat Heuningkai yang sudah menjauh itu.
Dia pun turut salah subjek.
"Apa nama dia? Kai?"
"Heuningkai. Aku Yeonjun. Sebelah aku yang pendek ni Taehyun pastu yang duduk hujung meja tu pulak Soobin. Dah, aku nak sambung tulis ni."
"A-aku tak tanyaㅡ OKAY OKAY HA SAMBUNG LA MENULIS!"
Yeonjun menjeling tajam ke arah Jin, geram dan pada masa yang sama pemikirannya agak serabut.
Sebab sejak Jin datang ke tempat mereka tadilah, satu patah perkataan yang dia mahu tulis jadi tak tertulis-tulis.
"Aishh..Z.A.M.A.Nㅡ "
KRINGGGGGGG
Sejurus selepas loceng tersebut berbunyi, terus Jin berlari ke tempat menjual makanan sebelum dia dimarahi oleh junior yang pelik itu.
••• ••• •••
"Nak roti kacangㅡ"
"Aku tahu. Nah."
Namjoon tersenyum lebar, gembira dengan sikap Jin yang masih ingat akan makanan kegemarannya.
"Weh, jom ar lepak dengan bangtan. Diorang rindu gila dekat kau."
Mendengar sahaja perkataan rindu sudah mampu membuat Jin tersengih malu. Haish, dia pun rindukan housemate nya.
Tanpa menghiraukan orang sekeliling, Jin terus mengikuti langkah Namjoon, menuju ke tempat lepak mereka.
"Yow Jin hyunggg!"
Jimin lah orang yang pertama menyedari akan kehadiran lelaki itu. Dia pun sudah penat menghadap buku. Biarlah dia hadap wajah kacak Jin pula.
"Yooww Jimin!"
Suaranya bagaikan Jeon Jungkook BTS, mampu menarik perhatian mereka yang berada disitu. Terus dilemparnya pen yang dipegang masing-masing.
"HUWAAA JIN HYUNG! AKU RINDU SANGAT DEKAT KAU!!"
"Wehh wehh, jangan..jangann himpit aku!!"
"Tak swag peluk sekarang. Habis rehat baru aku peluk."
"Like seriously Suga...ah Jin hyung!! Kook rinduu!"
"Taehyung rindukan hyung!! Bagai bulan jatuh ke bumi!"
Sesi peluk memeluk pun terhenti selepas mendengar kata-kata Taehyung.
"Apa-apa jelah! Yang penting sekarang ni korang dah makan ke belum?"
Pelukan terlerai dan mereka mula beredar duduk ke tempat masing-masing. Jin bagaikan dipalau melihat bangtan yang mula fokus membaca, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Aik? Apa aku salah cakap ka?"
Namjoon mengeluh. Hal inilah yang dia tak suka lihat. Bangtan sudah mula menunjukkan protes masing-masing.
"Diorang sebenarnya rindukan masakan kau, Jin. Lagi-lagi bila kau yang tanya soalan tu kat diorang. Lagilah diorang teringat."
Jin terpempan lagikan terkejut lagikan berasa sebak. Dia memilih untuk duduk di kerusi kosong yang ada disebelah Jungkook.
"Gais...dah makan ke belum ni..?"
Sengaja dia menanyakan hal yang sama walaupun dah tahu yang bangtan amat sensitif dengan ayat itu.
"Pergilah menjual sana. Hyung dah tak sayang kita." kata Jungkook sayu. Lelaki itu mula menjauhkan kerusinya dari kerusi Jin.
Jin sedikit pun tidak terasa hati malah mendekatkan lagi kerusinya dengan kerusi Jungkook.
Apa ke keling sangat ayat aku ni.
"Hey na na na~ ape ni merajuk dengan aku. Tak swag lah!"
Jin memandang Suga yang masih menunduk menghadap buku. Dahinya berkerut. Tiada tindak balas dari lelaki itu apabila perkataan swag disebut.
"Belum."
Itu dia, tindak balas dalam diam seperti pokok semalu.
Namjoon mengeluh kepenatan, nak duduk pun tak boleh sebab kerusinya sudah diambil oleh Jin. Namun dia hiraukan rasa penatnya apabila melihat keadaan sudah berubah menjadi lebih tegang.
Jin menjeling Namjoon yang dari tadinya diam. Dia mengharapkan Namjoon menolongnya tapi hampeh.
Namjoon pun sedang menggigit kuku.
Dia tidak boleh pergi begitu sahaja meninggalkan bangtan dalam mood angin tak helok gara-gara disebabkan dirinya.
"Okay macam ni."
Jin menepuk meja makan itu dengan kuat bagi meraih perhatian kelima-lima rakannya.
Dan ya, Jin tersenyum lega selepas berjaya mendapatkan attention.
"Hari ni korang ada kelas tambahan?"
Soalannya tidak dijawab malah dibalas dengan gelengan kepala dari masing-masing. Lihatlah betapa tingginya level merajuk bangtan.
Bertambah lebar senyuman Jin apabila jawapan itu lah yang diharapkannya.
"Okay cun! Petang ni, aku datang ke rumah, masak sedap-sedap untuk uolls..okay?"
"datang rumah...?"
Jin mengangguk.
"Seriuslah??"
Jin mengangguk.
"Jin hyung balik rumah?!"
Jin mengangguk.
"WUHUUUWEUWEUWEU !!"
Suasana kantin menjadi kecoh dengan suara comeback mereka. Tadi punyalah senyap bagai mahu tercetusnya perang dunia ketiga.
Jin gembira melihat bangtan yang sudah mula berubah sikap. Buku mereka ditutup, pen dimasukkan ke dalam bekas pensel seraya menjauhkan diri dari buku -buku tersebut.
Dan melangkah menuju ke tempat makanan untuk membeli makanan tengah hari mereka.
"eh Namjoon. Korang start exam minggu depan kan?"
Laju kepala Namjoon menoleh apabila perihal peperiksaan bertandang ke telinganya.
"Yep..untuk minggu ni khas untuk menengah rendah." terang Namjoon.
Lelaki itu mula membuka bukunya dan ingin menunjukkan sesuatu kepada Jin. Memandangkan Jin tidak mengambil tingkatan 6, jadi ada baiknya kalau dia berkongsi ilmunya serba sedikit dengan Jin.
"Kau tengok ni ㅡ "
"KIM SEOK JIN! AKU SUMPAH KAU JADI BAWANG NANTI KANG! SINI TOLONG HAKUU!"
Tak jadi Namjoon nak meneruskan kata-katanya saat suara lantang milik ahjumma kantin mula bergema di segenap kantin.
"My gad. Habislah aku kena cincang lepasni."
Jin pun dengan langkah yang sedaya upaya dibesarkan, menuju ke tempat dia menjual tadi.
........TBC 🐨✌
peringatan; satu chapter will take 600 - 1000 words so no wonder kalau reader terasa bosan 😂 im sorry.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro