Ch. 35- Sayonara, Jin ~
"Even the thousands of friends come, no one can replace you. You are the one. The only one"
Kttang! Kttang tungg tingg!!
Macam2 bunyi kedengaran dari arah dapur. Hal ini telah membangkitkan roh-roh manusia yang enak dibuai mimpi seketika lalu. Roh jelah, jasad belum lagi.
"siapa lak buat bising kat dapur tu.."
"tak lain tak bukan, Jin hyung la weh.." kata Jhope dengan mamainya. Dalam keadaan mamai pun still otak berhubung.
Jhope decide nak bersihkan diri dahulu. Habis bersihkan diri, dia mula melangkah ke dapur, tempat dimana bunyi yang kuat terhasil sampaikan dia terjaga dari tidur tu.
Jhope ternampak figura ala-ala Namjoon sedang berdiri di hadapan sinki.
" morning Namjoon hyung" sapa Jhope.
"morning.. Ning kau. Tengah hari dah ni.. Matahari dah mencacak atas kepala still kata morning eyya budak jaman now"
Namjoon mula membebel persis Kim SeokJin. Dengan tangannya yang dicekakkan kat pinggang sebelah, sebelah lagi memegang pinggan.
"woo woo relax ah hyung. Kau membebel sama je macam Jin hyung hahahah"
"memang la. Dia dah pergi, aku la yang kena gantikan dia"
"ahahahah- nani"
Jhope yang sekarang ingin buka tudung saji itu terbantut kerjanya. Matanya tepat-tepat menikam anak mata Namjoon.
"Jin hyung dah pergi?"
Namjoon mengangguk.
"tanpa hai hai bye bye kat kitorang?"
Namjoon mengangguk. "dah, korang tengah hari sangat roh sampai. Eomma and appa dia mari Subuh lagi"
Jhope terdiam. Terkesima. Hilang kata. Tak sangka perpisahan mereka dengan Jin begitu saja.
"patut la Tae rasa barang dalam bilik air kurang..kebanyakkannya botol warna pink takde" kata Taehyung yang kebetulan terdengar dan mula melangkah masuk ke dapur.
"haaa bagus mata kau."
Semakin lama, ruangan dapur di penuhi dengan bts. Muka segar belaka. Baru kebah dari demam katakan.
"Jin hyung mana?" soalan kedua yang bagaikan soalan killer dituju oleh Jungkook.
Dan jawapan yang diberikan kepada mereka memang cukup memperanjatkan, sama seperti Jhope reaksinya.
••••
Jungkook merenung sapu tangan teddy bear yang dijahitnya tempoh lalu. Niatnya nak bagi sapu tangan tu kepada Jin di hari akhir Jin berada disini tapi..
Jungkook dah officially guna dulu, buat lap air matanya. Kecil je sapu tangan tu, berwarna pink lagi, warna kesukaan Jin.
Jimin dan Taehyung turut sama merenung sapu tangan yang dibuat oleh mereka sendiri. Last-last, mereka yang merasmikannya. Tak ada dah rasa marah dalam diri mereka kerana marah itu nanti akan memakan diri sendiri jua.
"bila la kita boleh jumpa Jin hyung lagi.. Rindu wajah handsome dia ha ha ha apa aku mengarut."
"dah la gais.. Jin hyung bukannya tinggalkan kita buat selamanya pun. Nanti dia jenguk kita em percayalah ahaha haha haaaaaaaaa"
"marilah kita move on. Eh, jom ajak Namjoon hyung pergi mall nak? Beli alat tulis"
Jungkook dan Jimin yang sedang peluk tiang katil itu mencerlung Taehyung.
"aaa jom! Aku nak beli correction tape aku yang kesekian lamanya tak beli"
Dan mereka bertiga pun keluar dari bilik dan menjengah bilik Namjoon. Takde orang.
Ok. Maka mereka bertiga pun keluar dari bilik Namjoon dan menjengah bilik Jhope dan Suga.
Ok takde orang jugak. Maka mereka pun berjalan terus ke ruang tamu dan melihat hanya tv bercakap sorang.
Masing-masing sedang bermain telefon.
"hyungg hyung hyung"
Ketiga-tiga orang itu menoleh ke arah Jungkook.
"jom pergi mall.. Beli alat tulis"
••••
"aku ajak pergi mall.. Bukan nirwana.."
"alahh kedai juga kan? Jom cari correction tape kau"
Jungkook memuncung sedepa. Harapannya yang tinggi menggunung mahu menjejak shopping mall akhirnya di balas dengan nirwana. Namjoon tergelak kecil. Suka tengok reaksi Jungkook dan Jimin yang gigih memujuk Jungkook.
"Tae nak beli apa?" soal Namjoon.
"Taetae nak beli emm pencil box!! Weh kau tahu tak pencil box aku tahun ni dah rupa macam seluar jeans Suga hyung? Ya ampun koyak sana sini!"
Sambil Taehyung membebel, sambil dia mengheret Namjoon sekali. Dah macam anak dan ayah.
Jhope dan Suga saling berpandangan.
" apa teruk sangat ke seluar aku pakai ni hope?"
" okay je kot sampaikan Taehyung samakan pencil box dia dengan seluar kau"
Jhope pun berlalu begitu sahaja meninggalkan Suga di belakang. Suga dah terpinga-pinga sambil melihat seluarnya.
"kang kalau aku pakai skirt, kata aku ni buang tabiat.. Ishh tak swag laaa"
Penjaga kaunter yang berhampiran dengan Suga hanya sekadar memerhati dan ketawa kecil.
<skip>
Keesokan harinya.
1/1/2020.
Rabu.
Hari pertama mereka bersekolah bagi sesi 2020. Namjoon sudah melangkah ke tingkatan 6. Suga dan Jhope pula tingkatan 5 manakala Jimin, Taehyung dan Jungkook pula tingkatan 3.
Tahun ni adalah tahun peperiksaan besar bagi mereka semua.
"kitorang masuk kelas dulu." kata Suga dan Jhope yang sama-sama berjalan seiringan.
Namjoon melihat pula Jungkook, Jimin dan Taehyung. Terpinga-pinga mencari kelas.
"yow Namjoon!"
"yoww Jihoon! Ahahahsh berjumpa lagi kita ye"
Mereka saling berpelukan. Sahabat karib tuu berkenalan dari tingkatan 1 lagi sampai sekarang.
"eh, kau kelas sama dengan aku.. Jom! Aku nak gi cop tempat!!" Jihoon lantas menarik tangan Namjoon menjauhi 3 maknae itu.
Sempat Namjoon melambai ke arah mereka.
"ok ddaeng. Jom cari kelas"
"brr brr Wwaeng."
-
Kringggggggg
"kurang asam tul junior baru tu..dia ingat dia sape hahh eii dah rambut warna biru" - Suga
"alah tahulah rambut kau putih je setiap tahun" - Namjoon.
"kau sampai ke kantin bawa kalkulator.. Susah sangat ke math tadi?" - Jhope
"eeee tak tahu aku cikgu Sajat tu! Awal masuk sekolah lagi dah belajor.. Wehh tolong aku Tae ㅠㅠ" - Jimin
"ambil jelah buku tulis aku dalam buku teks tu" - Taehyung.
"gaiss!!"
Jungkook baru sahaja sampai ke tempat lepak bangtan. Mereka terperasan yang dibelakang Jungkook ada 5 orang lagi. Nampak macam junior
"siapa yang kau bawa tu?" Namjoon dah terhendap-hendap melihat sesekor.
"junior kelas 1C. Kenalkan, ni Soobin, Yeonjun, Beomgyu, Taehyung dan yang paling comel macam aku ni HeuningKai."
"Taehyung?"
Soal Taehyun yang rasa dirinya dah salah orang.
"ah sorry.. Terdengung huruf belakang lak.. Ni TaehyuNNN"
Dan kelima-lima junior itu pun bow ke arah bangtan.
"kau!! Yang rambut biru tuu!"
"ehh ahjussi rambut putih tadi!!"
Maka berlakulah satu pergelutan antara Suga dan Yeonjun.
Namjoon membiarkan saja. Biarlah, mereka sudahpun besar dan boleh menikmati zaman persekolahan sendiri.
Tiba-tiba perutnya menghasilkan satu bunyi yang cukup meleret. Jimin dengar akan bunyi itu.
"hyung.. Jom la Jim teman pergi beli makanan"
Namjoon tersengih. Masa rehat berbaki 10 minit lagi dan sempat lah kalau dia mahu makan sekejap.
"ya dik, nak apa?" soal penjual di kantin tu.
Sambil-sambil Namjoon meliar melihat makanan yang ada, dahinya berkerut.
Tapi dia masih tidak mengangkat mukanya. Khayalan dia kot.
"nak roti coklat ni satu"
"eh bukan kau suka roti kacang merah ke?"
Jimin yang sedang mengorek poket pula mengerutkan dahi. Lantas kepalanya diangkat dan....
"OMG Jin hyunggg!!"
"pe?"
THE END.
-15/12/19-
Thankss kepada yang masih setia dengan fanfic ni♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro