Ch. 33- Angin Seketul Jimin
"aku dah agak reaksi diorang akan jadi macam ni"
Namjoon menggelengkan kepala melihat Suga dan Jhope yang sedang memeluk kaki Jin. Dah macam rupa anak minta ampun pun ada.
"Huwaaa Jin hyung tak duduk dengan kitorang sekali dah ㅠㅠ" meraung Jhope sambil hidungnya digeselkan di seluar Jin. Jin pula memandang mereka sayu.
Ini baru Jhope dan Suga.. Kalau 3 maknae lagi tu?
"bila kau balik hyung?"
"lusa. Eomma appa aku datang ambil"
"eo? Kereta kau macam mana?" soal Namjoon pula.
"aku tinggal. Senang la kau nak bawa diorang ke mana-mana" Jin sebenarnya risau jugak dengan kereta dia. Sudahlah kemik di bumper depan haritu tak tukar lagi.
Suga mengangkat kepalanya lalu tangan Jin dicapai. Jari kelingking milik Jin ditarik keluar.
"Jin,kau janji dengan kitorang, jaga diri kau elok-elok. A-ada masa datang lah lawat kitorang.. Kitorang tak gi mana pun duduk sini je study"
Srottt! Hingusnya ditarik.
Lalu jari Jin dan jari Suga pun bertaut.
"ya. Aku janji dengan korang" jari yang bertaut itu diketatkan lagi.
Jhope melilau sekeliling. Dia memerhatikan keadaan sekarang. Dia tengok Namjoon dan Jin yang duduk di atas katil miliknya manakala dia dan Suga duduk bersimpuh bawah. Tiba-tiba dia tergelak kecil.
"lawaklah" katanya.
"apa yang lawak?"
"kau tengoklah sekarang. Kita ni macam anak-anak yang minta restu ngan mak ayah pulak.. Ok aku nak pergi gelak jap"
Lantas Jhope berdiri dan berlari keluar dari bilik. Taklah, niat sebenarnya nak pergi ambil penyapu. banyak sangat habuk yang diorang berdua hasilkan tadi.
"haah lah" Suga pula gelak. Cepat-cepat dia bangun dan beredar ke meja belajarnya.
"adeh hilang swag aku"
NamJin yang hairan dengan perubahan Jhope dan Suga tadi hanya menggarukan kepala, pelik dengan perubahan drastik mereka berdua.
"sampai hati Jin hyung kan..."
••••
Suga memerhati Jungkook yang dari tadinya keluar masuk bilik, dapur dan bilik air. Tak tenteram hidup dia bersantai di ruang tamu disebabkan Jungkook.
"cari ape kook?"
"hah Suga hyung! Kook cari Jimin ngan Taehyung..ada nampak tak?"
"eo? Diorang pergi mana?"
"kau tanya aku kenapa, mana aku tahu! Yaiishhsjaishshh sorry hyung" Jungkook mengambil tempat duduk disebelah Suga. Rambutnya diserabutkan.
"hikkss.. Mana diorang pergi..." esakan kecil mula kedengaran.
Suga dah panik. Dia paling lemah dalam bab-bab memujuk budak. Kalau tak dilayan nanti, kejam sangat nampaknya.
"yah Jungkook.."
Belakang badan Jungkook digosok perlahan oleh Suga. Eee takleh la tengok budak menangis ni 😩
"siapa yang menangis tu?!" laung Jin dari arah dapur.
Suga automatik jadi gelabah. Berselang-seli dia memandang Jungkook dan dapur. Habislahh kalau Jin tahu yang dia buat Jungkook!!
Eh apanya dia buat. Dia tak bersalah. Dia cuma nak menenangkan Jungkook tapi Jungkook makin kuat menangis. Habislah kalau Jin hyung tahu yang dia buat!!
"ok Suga hyung, Kook dah okay hyung hyuNG oi hyUNG SAKIT HYUNG!!!"
Suga bukan lagi menggosok perlahan di belakang badan Jungkook tapi lebih kepada menepuk kuat tanpa dia sedari.
"ah sorry sorry! Aku mengelamun tadi..."
Jungkook buat muka terkejut gila namatey macam tengah tengok yeontan terbang.
"kau kenapa?"
"hyung cakap sowwy eh tadi?"
"h-haah.. Salah ke---awe Jungkook jantung haku!!!"
"huwaaaa Kook sayang hyung!!!!"
Maka berlakulah drama tanpa director dihadapan sepasang mata Kim SeokJin.
"aku kena snap ni, post dekat ig
caption, Suga yang dulu bukanlah yang sekarang"
Lalu Jin mencapai telefon yang berada di atas kabinet dapur itu.
••••••••
Jam di dinding menjadi tatapan mereka berlima. Sudah pukul 2 pagi. Tapi Taehyung dan Jimin masih lagi tidak pulang. Hajat mereka dari petang lagi mahu cari mereka berdua tapi Namjoon melarangnya.
"biar diorang berdua tu reti sikit kalau lapar ke apa balik sendiri." kata-kata Namjoon masih terngiang-ngiang di telinga Jungkook.
"hyung... Jom pergi cari." Jungkook dah memaut lengan Namjoon.
"jom lah. Ni teruk sangat dah ni. Budak lari rumah pun reti balik sendiri haihh"
Dan mereka pun mula menyarung selipar masing-masing dan keluar mencari.
Suasana pada ketika itu sangat hening, sejuk dan gelap. Lampu-lampu di tepi jalan hanya membantu sedikit sebanyak saja dalam pencarian mereka.
Jungkook dan Jhope dari awal keluar rumah sudah sedia memaut lengan Namjoon. Jin dan Suga berjalan bersama. Suga juga turut risau. Yelah, tak pernah-pernah bangtan seonyeondan buat hal macam ni.
"h-hyung.. Diorang ke tu?!"
Jungkook ternampak 2 kelibat sedang duduk di atas buaian di sebuah taman permainan berdekatan rumah mereka. Dari jauh memang dah dapat cam. Sorang pendek, sorang tinggi.
"lahai, lari rumah pun jauh-jauh la sikit. Ni depan rumah je hahaha ok Jungkook. Pergilah sergah diorang" kata Namjoon dan Jungkook pun terkedek-kedek berlari memasuki taman.
-
"kau dengar tak apa yang aku dengar?" soal Taehyung. Dia dah mula memeluk tubuh.
"dengar apa? Eee kau ni. Dari tadi tanya soalan sama. Tu bunyi semaklah! Anjing woff woff ada situ!" Jimin pula geram dengan pertanyaan Taehyung. Sudahlah dia sakit hati dengan orang-orang di rumah nuh.
Berahsia dari mereka.
"takk! Ni bunyi lain.. Aku dengar bunyi tapak kaki.."
"kau nak kata yang diorang tengah cari kita lah? Gitu?"
Taehyung diam. Tak pasal-pasal dia kena marah dengan Jimin.
Ey gigit kang.
"haah, kitorang risau tau dak? Takleh fikir ke?" datangnya Jungkook dari arah belakang sambil bercekak pinggang. Mukanya dah memerah.
"Jungkook...tch"
Kata-kata Jimin terbantut sama seperti tuannya bilamana melihat Jin, Jhope, Namjoon dan Suga datang menyusuli Jungkook.
"dah tak reti nak balik rumah ke?" Namjoon mula bersuara saat Jimin dah berpaling ke arah lain.
Taehyung dah telan air liur. Haa ni sekor lagi nak marah-marah.
Jimin sengaja tak menjawab, buaiannya perlahan-lahan bergerak.
"eii jawablah! Hyung tanya tuh!" marah Jhope pula.
"haah, eh korang pun tak reti nak berbincang sama-sama dah ke?"
Jin terkejut. First time dia tengok Jimin macam ni.
••••
TBC
Aiyokk dah datang angin dia haa 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro