Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ch. 31- Namja Berbulu Detected!

Masing-masing tidak membuka mulut selepas  memasuki lif. Taehyung membuat isyarat mata kepada Jhope menunjukkan yang kakinya tersepit di antara beg rodanya dengan beg roda Jhope tetapi Jhope tidak mengerti dengan tindakan Taehyung.

Namjoon menyandarkan kepalanya di dinding lif. Sesekali dia menjeling ke arah Jungkook yang berdiri dihadapannya. Hampir saja rambut milik Jungkook itu mahu memasuki lubang hidung Namjoon. Kedudukan mereka terlalu rapat.

Tiba-tiba pintu lif terbuka. Kesemua bangtan memandang nombor tingkat yang tertera. Eh, belum sampai Ground Floor lagi la.

Mata mereka tertancap sayu kepada sepasang suami isteri yang mahu memasuki lif itu tapi tidak berkesempatan. Suga tersengih.

"minta maaf ya.. P-penuh" kata Suga sebelum sempat dia tunduk hormat pada sepasang suami isteri itu, pintu lif hampir tertutup. Kalau tidak, tersepit la kepala dia.

Suga menghembuskan nafas yang panjang setelah dia bertahan dari mula masuk lif lagi.
Sungguh, keadaan dalam lif teramatlah sempit.

Jin memerhatikan setiap barangan yang dibawa. Memang berbeza dengan masa mula-mula mereka sampai lagi. Semakin bertambah.

"satu dua tiga empat tujuh sepuluh tiga belas.. Mwo?!"

Jimin yang berdiri di sebelah Jin hampir termelatah dek suara Jin yang naik seoktaf.

"aku rasa beg dari awal sampai akhir.. Sama je bilangan dia"

"lif ni makin kecil kot" kata Taehyung dengan mata merahnya melilau melihat sekeliling lif.

Ke diorang yang makin membesar?

Jhope takut nak pandang Taehyung. Dia hanya mampu buat isyarat 'kau-sabar-kejap-lagi-aku-lempar-beg-tu'.

-

"aku hairan la tengok Jin hyung"

"wae?"

"buntut dia dah pulih ke?"

Soalan yang dituju oleh Jimin membuatkan maknae line diam seribu bahasa. Dari tadi dia memerhatikan pergerakan Jin. Macam orang normal.

Aaa ye memang la normal.

"okay gais. Tunggu sat aku pergi ambil kereta. Alert tau! Aku tunggu depan tu" Kata Jin sambil mengheret beg rodanya ke tepi dinding.

Jhope, Suga dan Namjoon turut memerhatikan benda yang sama. Mata mereka memang tak lepas memandang buntut Jin a.k.a Junnie. Dah pulih ke?

"hyung line lagi teruk dari kita. Siap tengok woo buntut Jin hyung eee pervert"

"weh gais!"

Jhope mengajak semua bangtan duduk di kerusi yang tersedia di lobi.

"kau kalau duduk takleh ganas lagi ke?" perli Jimin.

"cer duduk macam aku ni ha---"

"Jimin!!" panggil Sarah, yang kebetulan baru turun dari lif. Jimin pantas mencari empunya suara.

"eh Sarah!"

Jimin membetulkan posisi duduknya kepada yang lebih ayu sikit.

Taehyung pandang Jimin dari atas ke bawah.

"eo? Korang balik harini juga?" Sarah memandang beg-beg yang dikumpulkan disatu tempat iaitu tepi dinding tadi. Jimin mengangguk.

"ha,ah. Tengah tunggu kereta"

Sarah sekadar membuat mulut berbentuk O. Tiba-tiba mata Taehyung bertembung dengan mata Irene. Kantoi, Irene juga tengah pandang Taehyung. Terus Taehyung kepitkan kedua-dua kakinya.

"blonde, brown, orange..." muncul Zizzy dari arah kaunter berjalan menuju ke tempat Sarah berdiri.

Namjoon dah pandang Zizzy pelik. Dah kenapa yeoja ni perhatikan rambut mereka?

"i think, you are the fur" Zizzy menuding jari ke arah Jungkook.

"what? Kau kata aku bulu--"

Pin pin!

"Wuih Jin hyung dah sampai.. ppali wa!"

Jimin terus menarik Jungkook dahulu dan berjalan menuju ke kereta.

"woih! Beg kau ni sape nak heret?!"

"tu kata! Kau pun Jimin heret aku terus ke kereta kenapa" Jungkook menarik tangannya kasar. Sudahlah dia dicop sebagai bulu tadi.

Jimin sebenarnya faham akan maksud Zizzy. Dia pun cepat-cepat mengambil beg rodanya lalu berjalan ke arah kereta.

"see you again, Sarah!"

"ah.. Nae" jawab Sarah, pelik dengan tindak-tanduk Jimin yang tergesa-gesa itu.

Jungkook merengus geram. Tak pasal-pasal begnya ditinggalkan keseekoran di lobi. Apa yang dia boleh buat ialah tarik beg dan

Berjalan ke arah Zizzy dengan gaya tak puas hatinya itu tadi.

"see you again, sweetie" 4 patah perkataan dibisikkan di telinga Zizzy.

Zizzy yang masih berdiri itu terpinga-pinga. Bara api yang masih ada dalam dirinya tadi bagaikan sudah dipadam dengan bus. Bus? Apetah menda warna putih tu. A.k.a alat pemadam api.

Pipinya membahang serta merta.

"ape dho masalah mamat tu.. Wehh Zizzy kau kenapa?!" Mia menepuk-nepuk pipi Zizzy yang sudah kelihatan merah.

"see you again, namja berbulu"

••••

Suasana di dalam kereta kembali menyepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Jungkook sudahpun terlentok di sebelah pemandu. Mudahnya dia terlelap.

Suga pula seperti biasa, dari mula dia masuk kereta sudah dipejamkan mata. Jhope, tidur mati dalam keimanan sambil earpod terlekat di telinga. Taehyung dan Jimin, sama seperti mereka.

Kecuali Namjoon. Jin tidak mengetahui yang Namjoon masih berjaga. Perlahan-lahan dia melepaskan keluhan.

"kau lenguh ke hyung?"

Terkejut Jin. Dipandangnya cermin pantulan belakang.

"a-ani. Sikit je ni"

"kau ada rasa sakit lagi ke?"

"ala biasalah dalam kereta. Bonggol di mana-mana sahaja haha-- Aduh!!"

Melompat satu kereta. Baru je sebut pasal bonggol, kereta mereka dahpun dinaiki bonggol.

"aku menyesal tegur bonggol"

"kau ni Jin.. Tak berubah la"

"aku memang tak berubah"

"kau kalau masih sakit, cakap. Jangan paksa diri tu"

"alahh lek lek ah Joon. Aku okay"

Namjoon menggelengkan kepalanya. Main berdebat dengan Jin ni memang tak habis.

"kau ni... Aku kan ada, boleh tolong kau drive"

Jin menelan air liur dengan perit. Memang sekarang ni dia kebas buntut. Bolehkah dia bertahan?

••••

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro