Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ch.28- Nani??

Keesokan harinya.....

Seperti biasa, GoGo Waterpark pasti akan membuka peluang untuk kanak-kanak bermandi-manda di pagi hari. Bangtan juga tidak terkecuali untuk sertai bersama.

" Jin hyung!! Kitorang nak pergi mandi!"

"tak boleh! Aku tak boleh jalan ni, siapa nak pantau korang?!"

"eh sudah-sudah!" Namjoon menghentak tangannya di atas meja, bagi isyarat untuk diam. Semua mata-mata memandang ke arah tangan Namjoon yang sudah berona merah.

"Semua nak pergi mandi ke?" Namjoon bertanya semula. Dipandangnya semua bangtan kecuali Jin yang terlantar di atas katil. Mereka semua mengangguk.

"nae Hope! Kau tolong pantau mereka" lantang Namjoon bersuara. Jhope terus membulatkan mata. Andwae... Dia kena jaga 3 hyperactive boys?!

Matanya melirik ke arah Suga pula.

"ape khau?"

"kita sebaya kan awak kan :3" Jhope mendekatkan kerusinya dengan kerusi Suga. Pipi masing-masing digeselkan.

#SugaPasrah2019

"haa ye la ye la aku ikut"

Kalau ikutkan hatinya, dia tak mahu ikut sekali mandi. Suga mahu habiskan masanya di balkoni, tenangkan diri katakan.

Kemudian, Jhope menjauhkan kerusinya semula.

"Jungkook-ah, jangan makan banyak sangat nanti kau sakit perut" tegur Taehyung.

Suga yang baru saja siap makan itu, terus bangun dan berjalan balik ke bilik. Em, mereka sekarang di bilik Jin dan eh jap

"Weh! Kau nak pergi mana?!" Jhope yang baru tersedar kunci bilik nya hilang mula berlari kejar Suga. Dia tahu yang Suga akan ambil iPod miliknya!

Bahaya kalau dia pakai airpod milik Jhope sekiranya belum dibersihkan. Itu yang Jhope gelisah. Bahaya. Bahaya.

" basuh pinggan ye anak-anak~" laung Jin persis ibu berpantang pfftㅡ

••••

"lahai sendunya.." keluh Namjoon sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.

"aku lagi sendu" Jin tak setuju dengan Namjoon. Dia merasakan dirinya lagi sendu sebab keadaan Junnie nya yang semakin membengkak dan sakit. Ya, dia lagi sendu.

Suasana kembali sepi. Jin mencapai remote tv dan mula menukar siaran. Tiba-tiba terkeluar satu berita.

"Seorang pelajar telah digemparkan dengan berita dia sudah lama berkurung di dalam biliknya kerana kemurungan yang melampau. Menurut ibunya, Lai Ja Kun, 26, mengatakan anaknya telah mengetahui skema jawapan SPM dan dia murung kerana jawapan yang dijawab banyak yang salah. Masalahnya sekarang anggota polis di daerah Seoul langsung tak saman empunya pembocor jawapan. Okelah, kita kembali ke seri pentas"

Namjoon dan Jin saling berpandangan.

"wuuyyoo murung siap" kata mereka serentak.

"kalau aku, aku pun murung.." Namjoon mula mengambil tempat disebelah Jin.

"cakap fasal SPM kan, kau dah fikir ke nak buat apa lepas ni?" soal Jin, ingin tahu.

"aku ingat nak sambung tingkatan 6,ambil STPM pula"

Laju Jin memalingkan muka, memandang Namjoon.

"Serious lah?!"

"yee aku tak pernah main-main" remote tv dirampas oleh Namjoon. Bosan dari tadi asyik berita pasal budak SPM je keluar.

"okay la kalau macam tu.. At least kau masih ada dengan budak-budak tu" perlahan Jin berkata. Mukanya mula menunduk ke bawah.

"apa maksud kau? K-kau nak tinggal kan kitorang keee"

"bukannn! Tapi haah, sebab aku tak sambung tingkatan 6"

"lepastu kau pergi mana??" mata Namjoon kelihatan sudah berair. Serius mukanya memandang Jin yang dulunya suka bermain-main, bergurau senda tapi tidak untuk sekarang, muka Jin nampak sedih.

"Namjoon...." Jin memegangkan kedua-dua belah bahu Namjoon. Matanya dicelik seluas-luasnya.

"Janji dengan aku, tolong jagakan diorang sampai kau habis tingkatan 6. Taehyung, Jimin, Jungkook. Diorang tu still kena ada jagaan orang besar. Suga dengan Jhope boleh tolong kau sekali kalau kau tak reti masa--ADUH!!"

Jin mengusap Junnie yang dah dipukul oleh Namjoon. Habis percakapannya tergantung.

"kau jangan buat citer sedih. Bagitau aku, kau nak pergi mana??!"

Jin diam tak berkutik. Hingus yang meleleh disedut kembali. Air mata yang mengalir di pipi tidak dilap, biar muka glowing begitu.

Bukan apa, dia tengah tahan sakitnya buntut dia sekarang.

" before that, janji dengan aku dulu" Jin menghalakan jari kelingking ke arah Namjoon.

"yaa yaa! Aku janji!! Kalau aku mungkir, kilat akan sambar aku" Namjoon mengetatkan lagi pinky promise mereka,menunjukkan dia akan bersungguh memegang janji Jin.

Jin tersenyum.

"ok now cakap. Kau nak pergi mana?"

Jin menarik nafas yang cukup dalam sebelum memulakan perbicaraan. Pergh, ayat XD

" aku dah janji dengan eomma dan appa aku. Aku akan bekerja lepas habis SPM ni. SeokTan pulak nak masuk asrama. Jadinya eomma appa aku tak kesunyian dah la" terang Jin. Namjoon kini mengangguk faham. Air mata diseka kembali, lega katakan.

"aku faham. Tak apa Jin, sekurangnya kau tak alone. Dan bagus la kau teman eomma appa kau..hikss terharu aku" Namjoon mengambil langkah untuk memeluk Jin.

"bilalah kita boleh berjumpa lagi kan? Aku akan rindukan korang" kata Jin. Belakang Namjoon ditepuk perlahan. Pasti dia akan rindukan saat-saat mereka bercuti bersama ini tapi tulah. Buntut dia lak buat hal.

"jauh ke tempat kau kerja?"

"tak jauh. Dekat tempat kerja eomma dan appa aku je"

Namjoon mengerutkan dahi.

"dekat mana?"

"tengah bandar Seoul"

"............." Namjoon mula mengepal penumbuk lima nya. Rasa geram ada, nak marah pun ada.

"kau kenapa Joon?"

Namjoon cuba untuk senyum. Dirinya didekatkan lagi dengan Jin.

"a-apa kau nak buat.. Jo-NAMJOON SAKIT!!!! WOIII BUNTUT AKU, JOON!!!"

"YAHH!! KAu cakap macam jauh je tempat tu!!! Padahal boleh je berjumpa!!!"

Namjoon melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah Junnie. Punya lah berdrama, gayanya macam nak pergi jauh je. Last-last, dekat dengan rumah dia je!

Jin pasrah. Berkerusi roda lah dia nanti.

••••

" Suga... Jangan pasang kuat sangat.. pekak telinga haku!!!" jerit Jhope sambil tangannya tak henti memegang telinganya. Dia sekarang sedang berkongsi airpod, sebab Suga punya dah masuk air.

"Seesaw! Seesaw! Sodihhh ala pekak sebelah jee!" Suga ketawa mengekek. Matanya tak lepas melilau mencari kelibat 3 maknae.. Haih sekejap je hilang.

"wehh mana diorang?!"

"haaa tu lah kau, pasang lagu kuat-kuat lagi. Kan dah tak nampak haish meh la aku cari kejap" bebel Jhope. Airpod yang dipakainya tadi disumbat balik ke telinga Suga.

Suga buat muka pelik.

"apa kena mengena dengar lagu dengan nampak ke tak (ಥ_ಥ)??"

Suga buat tak endah dan sambung dengar lagu.

-

"gais! Gais! Gous!!"

Jungkook dan Jimin segera memandang Taehyung. Kemudian, mereka berpaling ke kanan, ke kiri, ke kanan, ke kiri hora horay!

"korang kenapa?" soal Taehyung yang pelik dengan MinKook. Cari siapa?

"kau panggil fauziah gous sekali ke tadi?" Jimin menggaru kepalanya. Rasa aneh bila Taehyung memanggil nama artis Malaysia itu sekali.

"Nani?? Aku panggil korang lah" Taehyung kini berlari anak mendekati MinKook. Ada sesuatu yang hendak dibisikkan.

"aku nampak Jhope hyung datang cari kita kat sini.. Aku taknak dia nampak kita!" kata Taehyung separa bisik sambil matanya toleh kanan dan kiri.

"Jinjja? Habislah kalau dia tahu kita skode--"

"shhh shhh! Korang nak selamat kan? Ikut aku" Jungkook menarik tangan Jimin dan Taehyung ke sebuah kolam yang berdekatan. Mereka sudah berdebar. Apa pula rancangan si kookie nihh

Sesudah sampai, Jungkook memberi body language kepada mereka. Jimin dan Taehyung cuba mencerna dan...

"uishh, seriouslah??!!"

••••••••••••••

Hi i'm back! 🌚 Setelah beberapa bulan menyepi.. 😂





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro