Ch.25- Waterpark pt.2~
Kamu kamu janganlah risau. Namjoon tidaklah seperti budak2 yang lain..
••••
Jin dan Taehyung sedang berjalan jalan disekitar kolam renang. Tiba-tiba mereka ternampak ramai orang berkerumun di satu kolam renang ini.
"Ada orang lemaskah?" Jin bertanya dengan perasaan penuh ingin tahu. Terus dua namja ini bergegas ke sana.
Didalam kolam itu ada Namjoon dan beberapa orang guard keselamatan sedang menjalankan operasi pencarian sesuatu. Jhope pula duduk diluar kolam.
"Apa dah jadi ni hope?" Taehyung mendekati Jhope yang terketar ketar kesejukan.
"Seluar pendek Namjoon hilang. Tuu diorang tengah cari la tu"
(This part author tulis sambil dengar lagu di atas so Boleh la pasang lagu di atas while baca part di bawah 😂)
Itulah lagu yang boleh menggambarkan,betapa sedihnya perasaan diorang atas kehilangan seluar Namjoon. Masing2 mengelap air mata yang telah tertumpah.
"Jangan buat drama lah!" Jerit Namjoon yang berada di dalam kolam.
Dalam lebih kurang 3 minit centu, mereka masih tidak menjumpai seluar pendek Namjoon. Guard keselamatan tu pun sudah penat mencari di belakang gelongsor,bawah2 air dan sebagainya.
"Sayonara seluar Namjoon...."
Taehyung dan Jin berjalan pergi meninggalkan mereka semua yang menantikan penemuan seluar Namjoon. Jhope melambai lambai 2 tenuk itu.
Namjoon pun dah penat. Dia membasahkan mukanya sesekali dia menyelam. Kulit mukanya kering.
"Abang abang!! Seluar kite jumpa!!" Jerit seorang budak dlm lingkungan 4 tahun begitu. Semua yang berada di kolam memandang budak tu.
"..........."
••••
"Kita doakan agar seluar abe Joon selamat dijumpai...ya Jin ya?"
Jin mengangguk angguk. Pelampung di tangan Jin seperti dibuat perhiasan semata mata sebab masih tak digunakan lagi. Jin bercadang hendak bermain di tempat yang Namjoon dan Jhope main tadi tapi bila fikir balik, kang tak pasai-pasai seluar depa pulak hilang. Mereka takut.
"Jin.. cam best ja gelongsor tu.." Taehyung menarik tangan Jin dan menuding jari ke arah gelongsor tersebut.
"Kau nak main ka?" Jin pun rasa ada bagusnya juga kalau Taehyung pergi main kat situ sebab tidak ramai orang sangat.
Dengan lajunya Taehyung mengangguk dan tersenyum petak. Jin meletakkan pelampung ditepi dan mereka berdua masuk ke dalam kolam.
"Jin,kau tunggu aku kat hujung sana tau! Aku naik dulu" kata Taehyung.
"Okay"
Jin pun menunggu dihujung gelongsor. Taehyung sudah menaiki tangga dan sekarang dia mahu meluncurkan diri ke dalam gelongsor.
"Ready!"
Sesekali Jin menoleh ke kanan dan ke kiri kot2 terjumpa jodoh ke...
Yeeeiihhh (๑ิټ ิ)
"Aiik..lamanya nak menyampai ke hujung..." Jin mengomel perlahan. Hairan pun ada. Nak kata gelongsor tu panjang,takdelah sangat. Kenapa Taehyung belum sampai lagi ke penghujung?
Jin pun mengintai..nak mendapat kepastian.
"Jin..aku tersangkut!!" Taehyung jerit meminta tolong. Dari hujung gelongsor, Jin sudah boleh nampak Taehyung yang tersekat di tengah2 laluan. Sempat lagi jintan ni gelak.
Nak tarik kaki,tak sampai pula Jin nak capai.
"Oh tidak jangan budak!! Jangan naik! Abang masih ada disini noo—" Taehyung menoleh kebelakang dan terlihat ada beberapa budak baru masuk ke dalam gelongsor. Ini bermakna Taehyung akan ditendang keluar bersama budak2 itu.
Dushhhh
Taehyung jatuh terjelopok ke dalam air kolam. Jin membantu Taehyung bangun. Dia melihat budak2 yang menendang Taehyung tadi hanya ketawa dan terus melarikan diri. Seronok kau ye budak.
"Pinggang aku...." Kata Taehyung.
Jin membawa Taehyung naik ke daratan. Taehyung berjalan seperti nenek si bongkok 2...belum masuk 3 lagi.
"Tulah kau..lain kali kalau nak naik tu ajak lah aku. Boleh aku tendang kau sekali
(๑ิټ ิ)" Jin memerli Taehyung.
"Kau jahat!"
••••
Jungkook sudah penat mencari Jin. Dia tidak mahu berjalan dengan Suga. Semuanya Suga taknak!
Tengah-tengah jalan,Jungkook ternampak Jin dan Taehyung duduk di satu bangku.
"Jin- eungg!!" kata Jungkook sambil berlari mendapatkan Jin.
"Eh kook! Mana Suga?"
"Entah"jawabnya sambil lewa.
Terus Si Jungkook menarik tangan Taehyung untuk pergi bermain bersama.
"Woi Woi pinggang aku sakit!!"
Jin geli hati melihat 2 rakannya itu. Tiba-tiba dia teringatkan Jimin. Terus senyuman ketawanya tadi mati.
"Mana dia eh?"
Sudahlah Jimin merajuk sebab takde partner. Kalau dia datang memujuk...tak apakan?
"Taehyung,Jungkook! Aku nak pergi cari Jimin sat!" Jin menyarungkan seliparnya dan membetulkan rambut,buat gaya forehead.
Malangnya, tenuk2 itu tidak dengar pun dan Jin mendapat bluetick. Biarlah, baginya Taehyung dan Jungkook akan leka bermain di situ dan tidak perasan akan ketiadaan dirinya nanti.
Jin mencari disekitar kolam renang budak-budak, gelongsor terowong gelap dan lain-lain lagi. Tapi tak jumpa pun.
Tapi Jin tak putus asa. Dia tetap teruskan pencariannya walaupun waterpark ini sebesar alam. Nak kenal Jimin senang ja. Tengok gaya rambut pun sudah tahu
"Dimana dimana dimana kau wahai Si Jimin..
Si Jimin si Jimin anaknya Park Jeman
Park Jeman Park Jeman Park Jeman Park Jeman Park Jeman yeeiiihhh"
Sudah macam orang gila insan yang bernama Jin ini. Cari-cari tak jumpa. Kalau cari jodoh rasanya sekejap je.
"Wargh mana kau Jimin!!!"
Tiba-tiba datanglah seorang budak menegur Jin. Budak itu rupanya seperti orang indon.
"Bang, apa bener abg sedang mencari temen abang ya?" Tanya budak itu.
"Kata abang emang sih gitu" Jin mencangkung bagi ketinggiannya sama paras dengan budak itu.
"Hikhikhikhikhukhuk"
"Apaan kamu gelak sih?" Jin berasa seram bila bercakap dengan budak yitu.
"Begini,tadi didi lihat temen abang itu berkata sama ceweknya....
Saranghae Jimin
Saranghae cute girl
Saranghae Jimin
Saranghae cute girl
Saranghae Jimin
Saranghae cute girl—
Apa bener kan iya kan benerkan iya temen abang itu ada ceweknya hehehhe" Budak itu ketawa lagi.
"......... PARK JIMIN!!!!"
Jin berlari meninggalkan budak persis indon tu.
••••
2019'NOTE
P/s: siapa masih ingat fanfic ni? Author publish pada tahun lepas (2018) awal bulan 12, then unpub sebab im too busy. And now publish balik 😂hope korang still baca untill the final part! 💜
Sooo that is the last chapter author tinggal. Lama tuu 😂 nantikan part yang seterusnyaaa
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro