Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ch.14 - New Jinnie~

Keesokannya~ seperti yg dijanjikan, misi BTS mencari frying pan baru Jin yg sebelum ini telah terbelah dua. Mereka menaiki rapid utk ke bandar Seoul. Jin lah orang pertama yg bangun awal pada hari itu.

Sesudah sampai di supermarket berkenaan, mereka terus ke bahagian alatan dapur.

"Apa nama jenama Jinnie kau tu?" Tanya Suga

"Dope. Tapi biasanya dia terletak sebelah jenama Run" lalu Jin berjalan ke arah rak2 frying pan.

"Ni ke?" Namjoon menunjukkan pan berwarna pink separa leper pada Jin.

"Eh bukan..ni sedara Danger. Keturunan baru ni..Dope jenama lama sikit" terang Jin. Mereka semua ternganga bila mendengar tentang keluarga yitu.

"Yg ni pulak?" Jhope pula menunjukkan kuali hitam kepada Jin.

"Ini kuali laa!! Frying pan takde telinga ada ekor je"

"Ekor pulak dah" mereka semua mengeluh bila tak jumpa frying pan spesies Jinnie.

"Ini?"

"Bukan..ni Agust D"

"This one?"

"Nope. Ini..apetah nama dia..DNA!! Tak sama ngan Jinnie"

"Ni?"

"jenama baru sangat ni...bukan"

"Kalau ni?"

"Haaa ni keluaran selepas Dope. Tak sama"

"Jin..aku dah jumpa!!!" Jungkook menunjukkan frying pan yg dijumpainya.

Taehyung menjauhi pan itu. Dia sudah fobia dengan Hello Kitty.

Jin terkejut. "Oh akhirnyaaa...." bangtan memandang Jin dengan mata yg bersinar sinar. Mengharapkan frying pan yg Jungkook jumpa adalah betul.

"...Bukan juga"

ㅠ ㅁ ㅠ

"I'm so sick of this—" Jimin memulakan tangisannya.

"Fake hope~ Fake hope!! Fake hope!!" Namjoon,Suga,Jhope,Taehyung dan Jungkook menyambung.

"I'm so sorry but its-"

"Ok cukup2" Namjoon sudah malu.

Orang sekeliling memandang mereka semua yg sedang meratapi nasib.

Tiba2, idea bingo Suga keluar buat kali keduanya. "Eomma kau banyak kumpul jenis frying pan kan?"

Semua BTS memandang Suga. Jin mengangguk dengan sungguhnya. "Tak try tanya eomma kau ke kot2 dia ada satu set family Dope ni"

"Eomma aku...erm haritu gi oversea semalam balik dah kot japp aku call" lalu Jin mengeluarkan phone nya dan mendail nombor. "Hallluu eommaa-" Jin bercakap sambil berjalan tanpa arah tuju.

Sementara menunggu jawapan eomma Jin,BTS pergi melilau ke tempat lain. As always, maknae line akan pergi ke bahagian snack dan hyung line pula pergi ke bahagian peti sejuk. Jungkook si tukang penolak troli.

Selepas seminit, mereka kembali ke tempat alatan dapur tadi dan kelihatan Jin sedang membelek family pan yg lain. Sekali sekala dia membuka tutup pintu microwave. Takde kerja -..-

"Cam mana Jin?" Jhope menepuk bahu Jin.

"Ada kat umah aku..one set"

"So...kena pergi rumah kau la ni amik Jinnie versi 2?"

Jin mengangguk. "Kalau tak,aku takkan masak~"

"Eleh..sedangkan boleh je pakai pan lain..pan juga" Kata Jimin pula.

"No,not my taste"

"Xahksjans wheijwbdkbd" terkeluar bahasa asing mereka.

Selepas itu, mereka bergerak ke kaunter untuk membayar segala benda yg telah diambil.

"Semuanya RM 82.50 sen ya incik" kata cashier yeoja itu. Jin terkejut yg begitu amat terkejut. Dia memandang member yg lain. Duit kertas rm100 dihulurkan.

"Terima kasih. Sila datang lagi esok" BTS tersenyum kepada cashier yeoja itu.

"Tak pa tahun depan lak" ucap Jin.
Mereka pun berjalan keluar dari supermarket itu.

P/s : Sebenarnya, maknae line amik snack sikit ja. tapi mereka ambil yg harga cekik darah ~_~ hyung line pula ambil sedozen air bliss and banana uyu. Stock utk pergi bercuti sekali katanya.

Jin: rip my money 💸 T^T

••••

Di rumah Eomma Jin 💃🏻

Rumah Jin ni terletak di tengah bandar.. Dikatakan mereka sekeluarga membela seekor anjing dan seekor setan, adik lelakinya Kim Seok Tan.

"Aku tak sabar nak jumpa setan..mesti dia kiut" kata Namjoon. Bangtan yg lain turut setuju.

"Eh Anakkuu Jin dah sampaii~!"

"Oh eomma appa bogo shippeo~"dipeluknya orang tua itu. Adiknya terkaku di sebelah.

"Kau mesti adik Jin hyung kan?" Tanya Jimin. SeokTan mengangguk.

"Oh.. Annyeong setan" ucap Jhope.

"Sape setan?"

"Kau la setan"

"Nama aku Kim SeokTan laa Setan tu nama gelaran abang aku bagi kat aku"SeokTan bercekak pinggang. Mulutnya dicebik tanda geram.

"Oohh SeokTan nama kau..alala jangan marah hehe" Jhope menundukkan kepalanya. SeokTan mengambil kesempatan untuk mengusap rambut Jhope. Jhope terkejut.

"Jangan risau, aku tak gay. Dah ada yeojachin"

BTS: *shook* aduh adik sape ni🤦‍♂️

"Uitt kacak2 blake kawan yg kamu bawak ni hoho kenalkanlah kat eomma" Pelukan dileraikan. Jin pun memberitahu nama mereka semua.

"Ooo satu skolah rupanya"

"Ya ahjumma.."

"Btw, eomma ni muda lagi..kalau panggil ahjumma macam eomma ni terlalu tua lah..panggil je Sis okeh?"

Membulat mata mereka 0_0

"Baik sis.."BTS rasa bersalah bila nak sebut panggilan tu. Jin yg sudah mengenali perangai eomma nya sekadar ketawa.

"Appa,ini semua kawan Jin kat skolah" Appa Jin melihat BTS atas bawah. Gulp!

"Hurmm"

"H-Hai..ahjussi.." BTS gagap XD

"Yow anak muda skrg! Hahaha jangan panggil ahjussi aduuu..call me appa ~" Appa Jin dicampaknya tongkat ketepu lalu membuat gaya swag. Suga terkesima. SeokTan pun beredar dari situ. Malu dengan perangai parents nya.

"Eh dia ni tak padan dengan umur buat gaya swag" kata Eomma Jin

"Dia pon sama tak padan ngan umur suruh orang panggil dia sis..heh" kata Appa Jin pula sambil mengflip kain pelikatnya.

"Eomma appa aku mmg camni heheh korg jangan serius sangat muka tu takut aku tengok"

"Alah lek2 lah brader! Jom masuk,tak baik duduk luar lama2" pelawa Appa Jin. Bangtan menuju ke pintu rumah dan mula membuka kasut.

"JinTan, pergi buat air" Appa Jin menyuruh anak mereka buat air. Sekali lagi,BTS terkejut.

"Jintan?!!"

"Yup! Nickname bagi dua beradik ni haaa SeokJin dan SeokTan ^" terang eomma Jin

"Senang nak panggil la katakan agagaga" Appa Jin pula gelak. Tidak lama lepastu, Jin dan SeokTan kembali ke ruang tamu dengan membawa dulang.

"Sebenarnya kan Eomma, Jin datang nak ambil frying pan je..tak perlulah sampai bawa keluar stok kuih raya haritu.." Jin melihat eommanya mengeluarkan satu kotak yg penuh dengan balang kuih raya dari dalam almari dan letak di atas meja.

"Alah takpelah..kan ramai ni ada 6 orang haa boleh la tolong abiskan kuih ni..nah bawak balik sorang 2 balang" lalu eomma Jin mengagihkan balang2 yitu.

"Gomawo ahjumm-"

"Brape kali aku nak kabo panggil sis!!" Marah eomma Jin 🌚.

"Yeaa sis gomawo sis!!"

"Haaa gituu" rambutnya di flipkan.

••••

6 petang

"Terima kasih la dtg..nanti ada masa mari la sini lagi hohoh"

"Haah next time datang kita buat bbq night party" kata Appa Jin sambil mengiringi mereka ke luar pagar. "Bbq? Wahhh mesti seronok!!Yaa kami akan datang lagi" kata Jimin.

BTS tersenyum. Selepas salam dengan parents Jin, mereka pun balik ke rumah dengan menaiki rapid. Malam nanti Jin dah boleh masak sebab pengganti Jinnie dah ada~

15 minit kemudian,mereka sampai di hadapan simpang masuk rumah. Mereka semua berjalan bersama sama seiring berpegangan tangan. Takut kena tarik dengan hantu.
"Ok guys..nak makan apa malam ni haa cakap je aku akan masakkan" Jin bertanya. Mereka semua ligat berfikir menu makanan utk Jin masak.

"Nak omlette telur" -Taehyung
"Tomyam dengan sup sayur" -Jhope
"Chicken girl" -jungkook

Pegangan Namjoon dilepaskan. "Kau nak ayam betina kook?" Masing2 menunjukkan muka terkejut.

"Tak pernah lagi aku dengar makanan chicken girl" Suga hairan.

"Alahhh yg orang buat panggang tu...apa nama dia?" Jungkook menghentakkan kakinya sebab lupa nama makanan itu.

Ppap!! Jin memukul kepala Jungkook.

"Chicken grill bukan chicken girl" Jungkook mengusap kepalanya yg sakit itu. "Haaaa chicken gerill!!"

"Hmph lantak kau lah kook nak sebut apa" geram Jimin.

"Eh betullah kan sebutan dia 'gerill'.. kan Namjoon kan?" Jungkook memandang Namjoon. Namjoon pun buat ya tak ya je.

"Ok aku akan masakkan" kata Jin. Mereka pun berjalan sampai ke pintu rumah.

Jin awal2 lagi sudah masuk dapur utk masak makan malam mereka. Dia membuka kotak yg diberikan oleh Eomma nya. Dia merenung frying pan yitu.

"Sayang pulak nak guna Jinnie..baru lagi ni.. berkilat.." Jin menggelengkan kepalanya.

"Ish tak boleh tak boleh!! Aku akan rasmikan Jinnie esok. Malam ni call pizza delivery je lah" dia menutup kembali kotak tersebut dan mendail nombor abang pizza delivery.

"Halluu pizza hot-.."

••••

Bangtan memandang Jin yg sedang asyik makan pizza itu. Mereka berasa pelik..takkanlah pan Jinnie boleh menghasilkan pizza sebanyak 7 kotak ni?

"Makan lah selagi masih panas tu..aku call pizza delivery je tadi" kata Jin.

"Awat kau tak masak?" Namjoon mula mengagihkan kotak2 pizza kepada membernya.

"Emm aku sayang nak guna Jinnie..berkilat lagi kott"

BTS: *belasah Jin*

"Takpe..janji dapat makan" Jhope pasrah sebab tak dapat merasai tomyam feveret nya.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro