Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ch.12- Dating~

"Yup benda tu duduk kat atas pagar rumah"

"Benda tu jenis apa..Langsuir ke toyol ke kak limah ke" tanya Jin.

Jimin memegang dagunya sementara memikirkan ayat. "Benda tu aku tengok...baju putih...sekor botak,sekor lagi rambut panjang duduk berdua di atas pagar rumah kita sambil kepala sekor tu diletak atas bahu sekor tu..pastu tangan sekor lagi tu tgh tunjuk langit pergh kalau korang tgk memang macam pasangan couple lah!!"

Jimin menyambung ayatnya. "Pastu aku rasa macam aku ni orang ketiga dalam situasi tu..aku pun tutup pintu slow2 dan lari masuk bilik"

Kelihatan,Jhope sudah menggeletar.

"Korang rasa tak apa yg aku rasa" tanya Suga.

Jimin memandang rakannya yang lain. "Rasa apa?"

Perlahan lahan, Jungkook dan Taehyung menarik selimut Jimin untuk menutup muka mereka.

"Hantu tu berdating sebenarnya"kata Suga.

Taehyung: hantu...dating..?

"Apa kejadah diorang dating depan umah kita hahhaha tak sweet langsung! Atas pagar rumah plak tu!!" kata Namjoon sambil ketawa. Semua bangtan memandang Namjoon.

"Kau ketawa,ketawa jugak Joon.kang nanti dia dtg kacau kau nk minta couple...haaa" dan Namjoon terus mendiamkan diri.

"Cam mana kau tau hantu tu tgh dating,Suga? Kot2 diorang tgh plan nak takutkan manusia ke.." tanya Jimin.

"Aku tau sebb aku dh pernah nampak sebelum ni" tiba2 Jungkook terus memandang Suga.

"Ohhh yang Suga hyung tersshi shhi  haritu ke?? Alahh ingat tak yg seluar hyung basah haritu masa kita balik dari kerja kul 12 pagi..dan hyung terus masuk bilik air" 

Hahaha aiyyokk kantoi kau Suga

Suga merenung Jungkook sedalam dalamnya. Member yang lain sudah menahan ketawa mereka. Taehyung meng high five Jungkook.

"Benarkah itu,Suga?"

Suga mengangguk. "Masa tu aku terdengar bunyi pagar mcm digoncang..pastu aku tengok diorang tengah usaha nak panjat pagar, nak duduk la kot. then kebetulan diorang ternampak aku..aku terkaku masa tu!!"

"Oooo ni mesti kes tak lepas nak panjat pagar" selamba Jin. Mereka semua pun melepaskan ketawa mereka yg sudah lama ditahan.

KTANGG!!

BTS terdiam. Mereka terdengar bunyi seperti ada benda jatuh dari dapur. "Jap aku pergi tgk haishh ni mesti kerja kucing ni" Jin pun keluar dari bilik.

"So korang lepasni, tutuplah pintu balik selepas masuk ya~ nnti tertengok drama sweet free depan mata" kata Jimin.

"Aku rasa nanti buta dulu mata kita lepas tgk diorang" Taehyung mencelah.

"Itulah..mujur tak terjumpa Momo" Suga menggelengkan kepalanya.

Tersedak Momo Twice.

"WARGHH JINNIEE AKU!!!" kedengaran suara Jin menjerit dari dapur.

"Eh apahal tu?"

"Entah..jom gi tengok Jin!!" Namjoon pun mengheret Suga keluar dari bilik. Jhope mengikuti dari belakang. Jungkook dan Taehyung stay dalam bilik utk teman Jimin. Kang tak pasal2 hantu tu culik Jimin buat pasangan sehidup semati yg kekal abadi.

Sampai sahaja didapur, mereka melihat Jin sudah terduduk di lantai dan memegang...frying pan pink dia yg dh terbelah dua? Jhope melihat muka Jin sudah merah. Mereka mendekati Jin.

"Siapa yg jatuhkan Jinnie aku sampai patah dua nii HADOI AKU HELOK2 SANGKUT WAE BOLEH JATUH ㅠㅠ" Jin meratapi Jinnie nya yg tidk boleh digunakan lagi.

"Takpe Jin..kita boleh lekatkan balik pakai gam gajah" kata Suga lalu Namjoon menyengkeh kepala Suga. Keluar dah idea bingo dia.

"Ini je laa satu satunya frying pan kesukaan aku..aku suka jinnie sebab kalau aku tinggalkan dia sekejap atau lama,dia takkan hangitkan masakan aku!! Sapee jatuhkan huwaaaa" Jin memeluk Jinnie.

"Oh patut buntut Jinnie hitam pun" kata Jhope dgn perlahan tapi dapat didengari oleh mereka semua. Namjoon pun menyengkeh kepala Jhope pula.

"Eh sehitam hitam buntut Jinnie pun, dia inilah yg selalu menyedapkan masakan kita tau??!!" Jerit Jin. Fuh bergema dapur. Senduk,sudu garfu dan segala yg tergantung bergoyang akibat lantunan bunyi yg dihasilkan oleh Jin.

Namjoon cuba utk mengawal keadaan.. susah dapat member yg kuat menyakat ni.

"Esok ahad right? Haa esok kita gi cari pan lain kat mana2 supermarket" Namjoon menghulurkan plastik hitam kepada Jin.

"Nak...wat apa ngan plastik ni?!"

"Letak pan tuh dlam ni. Nanti kita gi try tanya and tgk kot2 adaa yg spesies sama ngan pan kau tu" terang Namjoon. Jin mengangguk lalu memasukkan Jinnie kedalam plastik itu. Selepas itu, Jin membawa plastik itu masuk ke dalam biliknya.

"Aku tak masak harini,pandai2 lah korg hidup" sempat Jin berkata sebelum menutup pintu biliknya. Jhope,Namjoon dan Suga yg berada di dapur tercengang selepas Jin berkata demikian.

"Sape lh cari pasal ngan Jin harini..adui tengok! Hilang mood dia" Jhope merungut. 

"Aku rasa hantu yg kita cakap tadi kot..sebab kan, lepas Jin cakap yg hantu tu tak lepas panjat pagar, terus ada bunyi pan dia jatuh. Aku rasa hantu tu buat sebab..."

"Geram kat Jin?"

"Yess pandai kau!"

Namjoon dan Suga berhigh five. Jhope ketawa. "Habis, sape nak masak harini?"

Namjoon dan Suga memandang Jhope. "Aku ngan Joon boleh! Cakap jee nak makan apa harini"

Jhope mula berfikir. "Ok jap!! Bagi aku masa nak sediakan list dan cara2 nak masak sup and buat air dengan betul" lantas Jhope pun mengeluarkan kertas dan pen yg taktau dia ambil dari mana lalu menulis di meja makan.

Namjoon dan Suga yang tahu maksud Jhope itu hanya mengangguk.

"Aku akan awasi korang..huehue" kata Jhope. Dia taknak peristiwa hitam haritu berulang lagi~

••••

Malam pun tiba~

Selepas makan malam,mereka semua berkumpul di ruang tamu kecuali Jimin yg terus sahaja masuk ke bilik selepas makan ubat. #prayforchimchim

Taehyung membuka tv dan terpaparlah iklan GoGo waterpark yg mereka berniat ingin pergi yitu.

"Tak sabar aih nak pi"-Suga
"Kan..duit ada dah nii hahaha" -Namjoon
"Nanti kita naik yg pelampung terbang tu nak??" -Jungkook
"Onn" -Jhope
"Pastikan bilik air kita nanti ada tab mandi hoho"- Jin
"Tak sabar nak jumpa awek2 cun hihihi" -Taehyung

Keadaan menjadi sunyi serta merta. Taehyung tersengih sambil menggigt remote.

"Acer kalau kau terjumpa Yoona?" Saje je Jungkook ni mention nama ex diorang.

"Yah! Jangan sebut nama yeoja tuh!! Aku akan bunuh dia kalau aku terserempak dengan dia" lalu dilemparnya remote itu. Kebetulan Jin duduk berdepan dengan Taehyung. Remote yg dilempar tadi terkena tepat atas kepala Jin.

Jin memandang Taehyung dengan pandangan maut. "Maaf lah tangan licin tadi Jin heheh sakit ke" Taehyung mengusap kepala Jin. Kelihatan asap sudah berwap wap keluar dari kepala dan telinga Jin.

"Huwaaaa mianhae Jin hyunggg" Jin memegang kedua dua belah pipi Taehyung dan mengangkat mukanya. "Pfffft"

"Hahaagagaga lawaklah kau ni Taehyung! Haish takde apa lah. Aku dh biasa kena hantuk kt kepala ni" Taehyung seakan tak percaya. "Dah biasa?"

"Yup. Hari2 kepala aku kena ketuk dengan Namjoon ni"

"Aku?!" Namjoon pun tak percaya yg dia buat.

"Kau tak sedar, setiap kul 1 pagi kau akan bangun dengan kayu garu kat tangan kau, datang katil aku pastu katok pale aku dgn mata tertutup. Aku siap boleh hafal lagi timing bila kau akan mengigau" Jin menyilangkan tangannya sambil memandang Namjoon.

Namjoon:

"Masa bila?!?!?"

Jungkook,Taehyung dan Jhope hanya ketawa saja bila melihat senior diorang ni berbalah. Tiba2 mereka terdengar suara Jimin menjerit.

"Sesiapa tolong aku!!!"

Mereka yang berada di ruang tamu hanya senyap.

"Jungkook or Taehyung sini kejap tolong aku.. urgent!!!"

.....

"Taehyung,tukar channel 395,aku nak tengok music bank" kata Jhope. Taehyung turuti saja.

"TOLONGGGGG!!!!"

Meremang bulu roma bangtan. Jungkook dan Taehyung terus bergegas ke bilik mereka.

...

"Weh Jimin kau ok tak??!" Tanya Jungkook sejurus saja dia membuka pintu bilik itu. Kelihatan Jimin sedang berada dalam selimut.

"Jimin...." Taehyung mula mendekati Jimin. Jimin pun keluar dari selimut.

"Oh korang dah sampai ya? Haa tolong aku tutup lampu bilik..aku nak tido"
Dan Jimin masuk selimut kembali.

"......"

Jungkook dan Taehyung masih tercegat disitu.

"Eeii Jeman ni kecik besor kecik besor aku tengok"

"Entah dia ni..ingat amenda tadi haih cau!"

Mereka berdua pun keluar dari bilik dan menutup lampu. Sempat lagi Taehyung menutup suis kipas siling. "Sweet dreams Jimin" ucap Taehyung.

15 minutes later...

"Asal aku berpeluh ni? Panasnyaa" kata Jimin. Digulingnya ke kiri dan ke kanan lalu...

Terjatuh katil.

"Malaunn mana tutup kipas nihh?!"

••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro