dua
𝕷𝖔𝖛𝖊 𝕻𝖆𝖗𝖙𝖓𝖊𝖗 𝖎𝖓 𝕮𝖗𝖎𝖒𝖊
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 02
"Ouch, Seokjin hyung ! Slow-slow lah sikit!" jejaka berambut biru gelap itu mengerang kesakitan, menepuk-nepuk bantal lantaran penangan padu urutan rakannya.
"Itulah kau, siapa yang suruh? Kau sendiri yang tergedik-gedik nak ragut dia.
Kan dah sengal satu badan kau dia kerjakan." selamba saja Seokjin berbicara, tanpa sebarang riak wajah yang menonjol.
Dia menyangka rakannya akan berasa simpati, rupa-rupanya tidak. Kena perli adalah.
"Aku nak mencuba je, sebab selalunya perempuan ni jadi cemas bila kena ragut.
Tapi perempuan aku ragut ni lain fiilnya, puas-puas dia pijak belakang aku dengan kasut but. Sakit bodo!" tergeleng-geleng kepala Seokjin setelah jejaka itu meluahkan ketidakpuasannya terhadap gadis terbabit.
"Dah penjenayah ragut sama penjenayah. Memang padanlah muka kau, Jimin oi!" pandangannya teralih pada seseorang yang bersandar pada daun pintu sambil berpeluk tubuh.
Disebabkan belakang tubuhnya masih diurut Seokjin, Jimin hanya mampu menggulingkan anak mata, meluat dicemuh oleh hyungnya lagi seorang. Siapa lagi kalau bukan Yoongi.
"Em dahlah hyung, okey dah ni." Seokjin lantas menghentikan urutan setelah diarahkan Jimin.
"Kalau kau suruh urut lepas ni sebab benda sama, aku tak teragak-agak nak patahkan tulang belakang kau lepas ni." gurauan kasar Seokjin disambut Jimin dengan tawa berbahak-bahak.
Seokjin pun meloncat turun dari katil lalu membawa diri keluar dari kamar tidur Jimin.
Memandangkan Jimin bersendirian, jadi dia menekup wajah pada bantal. Malu menyelubungi diri tatkala mengenangkan insiden yang ditimpanya semalam.
Tetapi pada yang masa, jantungnya berdengup kencang di saat wajah gadis yang berselindungkan topeng mulut itu terbayang-bayang dalam benak fikiran.
"Kenapa aku beria-beria nak ragut dia? Walhal aku tak berniat langsung pun. Jangan kata yang aku ni-" dia berjeda untuk meneruskan bicara.
"- cuba ragut hati dia?" pantas Jimin menoleh ke arah gerangan yang berkata begitu.
Dia adalah...
....
Rambut palsu gaya potongan paras bahu aku mula pakaikan atas kepala, menutupi rambut ombreku. Ini kerana kegiatan yang jalankan selama ini dirahsiakan oleh sesiapa, termasuklah orang yang tinggal sebumbung bersamaku.
Setelah ralit menilik ketrampilan pada pantulan cermin, aku pun akhirnya melangkah keluar dari tandas awam lalu pulang ke rumah.
....
"Aih baru nampak batang hidung ni, pergi keluar mana agaknya?" kepulanganku disambut persoalan berbaur perlian daripada teman serumah.
"Aku pergi ambik angin sekejap, Sophea oi. Kau sendiri tahu kan aku off harini, takkanlah nak mereput dalam rumah sorang-sorang waktu kau pergi kerja?"
Sophea melemparkan pandangan ye-tak-ye-jugak lalu tersengih. Mahu saja aku menanggalkan but, deria pendengaranku disapa dengan bunyi nada dering dari telefon, yang pastinya bukan milikku.
Segera Sophea mengangkat panggilan lalu menekap skrin pada telinga.
"Hello?"
Aku pun menghenyak punggung atas sofa, sementara menatap wajah kegusarannya yang terpancar kelihatan. Dalam lubuk hati, aku mula tidak sedap hati.
"Okay, okay!" suara Sophea sedikit menaik bersama linangan air mata, memeranjatkan aku. Telefon Huawei P30 dilemparkan atas sofa setelah menamatkan panggilan.
"Kenapa ni?" aku bingkas berdiri lalu mendapatkan Sophea yang sudah jatuh terduduk atas lantai.
Soalanku ajukan dibalas gelengan.
"Ceritalah. Mana tahu kalau-kalau aku boleh tolong." bicaraku seikhlas hati sambil mengusap lembut belakang tubuhnya. Ya, aku sudi membantu.
Lagipun, Sophealah satu-satunya insan yang aku raih kasih sayang setelah pemergian ibu bapaku dua tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.
Setelah memujuk, akhirnya dia membuka mulut untuk memberi perihal sebenar.
"Tak ada apalah, pakwe aku mintak putus je." ujar Sophea yang masih erat memeluk lutut. Entah mengapa aku sangsi akan pengakuannya.
"Wooyoung mintak putus? Betul ke ni?" soalku sekadar ingin tahu. Anggukan kecil dibalasnya.
Secara spontan aku menggeleng, mengenangkan nasib kawanku sorang ni.
"Itulah kau, aku dah cakapkan, jangan couple dengan budak Wooyoung tu.
Tapi kau degil, dengar dia mengayat terus nak ajak couple. Tengok sekarang siapa yang sengsara?" tempelakku habis-habisan tentang dirinya bersama Wooyoung yang merupakan rakan sekerja kami berdua.
"Iyalah Airish oii." acuh tak acuh Sophea membalas, terkilan akan sikapnya dulu.
Pengakuannya mengenai panggilan diterima tadi sebenarnya masih membuatkanku rasa sangsi. Seperti dia merahsiakan sesuatu daripadaku.
Namun aku beriakkan biasa di hadapannya, tidak mahu bertanyakan apa-apa secara lanjut.
"Em sudah, jangan habiskan air mata berharga kau disebabkan mamat tu. Jom tidur, dah lewat malam ni." pandanganku tertancap pada jarum jam dinding digital yang menunjukkan angka 11 malam.
"Hiks... okey." jawabnya yang masih tersedu sedan.
Kami pun beredar pergi dari ruang tamu untuk mula masuk tidur.
....
Prang!
Bunyi objek pecah berderai menyedarkanku dari tidur. Angkara ingin tahu, diriku masih mamai meloncat turun dari katil, cuba mencari punca bunyi tadi.
Sekali lagi bunyi objek pecah jelas kedengaran, dan ianya berpunca dari bilik tidur Sophea. Akibat tidak sedap hati, aku pun memulas tombol namun terkunci dari dalam.
"Airish tolo-umph!" jeritan Sophea yang terjeda tiba-tiba menggusarkan lagi hatiku. Pasti dia menghadapi masalah genting detik ini.
Dengan kudrat yang ada, aku pun menendang kuat pintu dan kerja kerasku berhasil.
"Woi!" jerkah aku sekerasnya lantaran satu figura bertubuh sasa menindih Sophea di atas katil.
Sekali lagi aku hadiahkan sepakan padu, hinggakan tubuh jejaka itu jatuh tergolek ke bawah. Segera aku dapatkan Sophea yang menggigil ketakutan.
"Apa dah jadi, Phea? Cuba bagitahu." ujarku sambil menggenggam erat kedua-dua tangannya.
"Sebenarnya, bukan Wooyoung yang call. Tapi orang atasan kepada lelaki tu. Dia nak aku langsaikan hutang tu, kalau tak..."
"Hutang apa? Kalau tak ap-" bicaraku terganggu lantaran kedua-dua tapak tangan lelaki itu menekup mulutku dari belakang.
Tubuhku dihempas pada dinding sebelum pergelanganku erat dipautnya.
"Kawan kau ada berhutang dengan boss aku. Katanya, kalau betina tu tak langsaikan secepat mungkin, dia nak jadikan kawan kau sebagai pelacur." terkedu akan penerangan kasar dari lelaki bertatu dan bertubuh sasa ini.
"Okey, okey, kalau begitu, biar aku saja yang langsaikan. Lepas hutang dah habis dibayar, jangan sesekali berani jejak rumah ni. Kau ingat tu!" aku dengan bersahaja menawarkan diri untuk menolong Sophea. Tidak lupa juga aku menghamburkan gertakan.
Ya, keputusan yang aku buat ni agak gila untuk dilaksanakan, namun demi sahabat, aku sanggup.
"Baik, kawan kau ada hutang dengan boss aku lebih kurang 5 juta won.
Pastikan kau langsaikan semuanya sebelum 12 tengah malam esok. In cash only!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro