Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

~32~

Aku mencelik mata aku apabila ada sesuatu yang bergerak-gerak di sebelah aku.

Aku melihat Hyunjae yang sudah bangun bersama dengan Eunseol yang di meniarapkan di atasnya.

Aku tersenyum kecil melihat Hyunjae bermain dengannya.

Mungkin disebabkan pergerakkan aku terlalu kasar, dia menoleh ke arah aku.

"Oh! Awak dah bangun. Selamat pagi"

"Selamat pagi" balasku.

"Saya nak pergi mandi dulu. Nanti saya buatkan sarapan." Kataku.

"Tak payah. Biar saya yang masak." Kata Hyunjae sambil mendokong Eunseol.

"Betul ni?" Soalku tak percaya. Kalau dia nak masak, tak payahlah aku masak. Lagipun aku bukan pandai masak pun.

"Ye. Awak pergilah mandi"

"Okey"

---

Apabila aku turun ke bawah aku ternampak Hyunjae sedang beri Eunseol makan.

Pandai pulak dia buat makanan eunseol.

"Oh! Haesoo. Saya ada masak nasi goreng. Awak makanlah dulu. Saya nak beri Eunseol makan dulu" kata Hyunjae yang memberi tumpuan kepada Eunseol.

Aku tidak bercakap apa-apa. Aku terus ambil nasi goreng yang dimasak oleh Hyunjae.

Sambil aku makan, sambil tu aku melihat Hyunjae melayan Eunseol.

"Hyunjae" panggilku.

"Wae?"

"Awak...suka budak?"

"Nae. Kenapa awak tanya?"

"Saje...."

Aku kembali memberi tumpuan pada makanan aku.

"Haesoo" kali ni Hyunjae pula memanggil aku.

Aku memandangnya sambil mengunyah nasi goreng yang ada dalam mulut aku.

"Pasal...5 tahun lepas tu, saya nak minta maaf" ucap Hyunjae bersalah.

Aku hanya diamkan diri dan mendengar penjelasan dari Hyunjae.

"Yang awak nampak tu....sebenarnya--"

"Tak perlu cakap pasal tu lagi."

"Ta-Tapi..."

"Saya tahu. Cukup awak buat pada saya sekarang ni untuk menjelaskan kejadian tu." Kataku.

"Apa maksud awak"

"Selepas tengok awak cuba memulihkan hati saya, saya rasa awak bukan macam lelaki yang lain."

"Jadi...maknanya...awak maafkan saya?"

"Nae"

Hyunjae tersenyum girang.

"Jinjja?!"

Aku menganggukan kepala aku tanda 'ye'.

"Eunseol! Haesoo imo maafkan ajusshi!" Kata Hyunjae pada Eunseol.

Eunseol yang tersenyum seperti biasa kerana masih tidak faham.

"Hyunjae, jom pergi berkelah dekat pantai" ajakku.

"Pantai? Boleh je."

---
🏖🏖

Sepanjang kami berada di pantai, Hyunjae yang malayan Eunseol sepanjang hari.

Aku hanya mengikutinya dari belakang.

Kalau tengok dari belakang, Hyunjae seperti Appa Eunseol.

Aku curi-curi ambil gambar hyunjae yang letakkan Eunseol di lehernya.

---

Kami bentangkan tikar. Aneka makanan di hidangkan.

Sementara aku hidangkan makanan, Hyunjae bermain dengan Eunseol.

Hyunjae mengikat rambut Eunseol yang menutup dahinya.

Pandai pulak tu ikat rambut.

"Haesoo-ah" panggil Hyunjae.

"Nae?"

"Awak...masih suka saya?" Soalnya.

Membutang mataku mendengarnya. Tiba-tiba je....

Aku mengigit bibir bawahku tidak tahu nak jawab apa.

"Haesoo-ah...."

"Ha? Emm...saya....saya...." aku betul-betul tak boleh jawab.

"Saya apa?" Soal Hyunjae sambil merapatkan wajahnya dengan aku.

Jantung aku mula berdegup laju.

"Hm" jawabku tanpa membuka mulut.

Mata Hyunjae membesar dan wajahnya bertukar serious.

"Serious ni?"

"N-Nae....w-wae?" Jawabku gagap.

Kenapa muka dia serious sangat?.

Sedikit demi sesikit dia melemparkan senyuman.

"Boleh saya peluk awak?"

"Tak."

"Alaa...saya gembira sangat ni. Tak pelah. Saya peluk Eunseol jelah" Hyunjae memeluk Eunseol.

"Eunseol, Haesoo imo masih suka Ajisshi..." kata Hyunjae pada Eunseol.

Apa dia buat ni. Buat malu je lah...😶



TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro