~17~
Tumpuan aku asyik terganggu.
Aku tak boleh nak memberi tumpuan pada Cikgu Jang yang sedang mengajar di depan.
Mata aku hanya memandang ke arah Hyunjae.
Apa yang dia katakan semalam, asyik terngiang-ngiang di dalam fikiran aku.
Dia betul-betul maksudkan ke?
Tapi, kenapa sekarang?
Kenapa bukan dari dulu?
Kalau dari dulu, mungkin aku terima dia terus.
Tapi, sekarang mungkin lambat untuk memikirkannya.
Aku juga teringat apa yang Hyunjae cakapkan malam semalam.
Flashback...
Hyunjae hantar aku ke rumah selepas hujan reda.
"Haesoo, mianhae sebab buat awak rasa tak selesa." Maaf Hyunjae bersalah.
"Sa-Saya okey.."
"Hyunjae" panggilku.
Dia pandang aku.
"Pasal tadi tu...saya...--"
"Jangan jawab sekarang. Saya nak awak jawab selepas hari graduet nanti" kata Hyunjae dan berlalu pergi.
Flashback end.
Huh...😧
Fikiran aku serabut.
---
Kelas Pend.Jasmani.
"Cikgu nak kamu sepak bola dari sini seorang-seorang" arah Cikgu Kim.
Semua orang beratur di belakang bola.
Semasa time aku, aku rasa nervous sangat.
"Haesoo! Sepak kuat-kuat!" Jerit Hayoung di tepi padang.
Dia dah lepas, senanglah cakap.
Dia tendang tadi perlahan gila.
Bola tak sempat nak masuk ke dalam gol dah berhenti.
Ok!
Fokus Haesoo!
You can do it!
1
2
3
Buk!⚽
Mata aku memandang kasut aku yang terbang jauh masuk ke dalam gol.
Seriouslah kasut aku terbang ke sana?😮
Aku melihat kaki aku yang sudah kehilangan kasut aku.
Weh!!!!
Aku maluuu!!!😣😳
Semua orang dekat situ ketawakan aku.
"HAHAHAHAHA!!!" Pehhh!!! Beria gila kau Hayoung gelakan aku!
Sampai hati kau Hayoung...
Baru sahaja aku nak ambil semula kasut aku, Hyunjae terlebih dahulu dapatkan kasut aku.
Dia berjalan ke arah aku bersama dengan kasut aku.
Dia melutut sebelah kakinya dan menyarungkan kasut aku di kaki aku.
Aku...
Aku...terharu...
Selesai sahaja dia sarungkan, dia mendongakkan kepalanya memandang aku.
Dia melemparkan senyuman dan berlalu pergi.
Wow...
Dia tengah tunjuk pada aku betapa dia suka dekat aku ke?
---
Perpustakaan sekolah
Hayoung dah balik. Katanya dia nak study dekat rumah je.
Aku kalau study dekat rumah cuma 5 minit je depan buku, lepastu merayap naik atas katil.
Aku berjalan ke satu lorong rak buku untuk mencari buku rujukan Inggeris.
Ouh! Aku dah jumpa!
Ala...tingginya...
Kenapa letak tinggi sangat...😩
Haih...
Terpaksalah aku kena cari kerusi.
Semua kerusi dah diduduk oleh pelajar-pelajar.
Pengetua yang bersalah dalam hal ini!
Belilah kerusi banyak-banyak untuk perpustakaan ni...
Haih..
Mana pulak aku nak cari kerusi ni.
Cari punya cari, akhirnya aku jumpa satu kerusi biru yang beroda.
Beroda-berodalah...
Aku heret kerusi tu ke rak tadi.
Aku panjat kerusi itu dengan berhati-hati.
Mak ai! Aku dah panjat pun tak sampai lagi?
Seriouslah!
Sekarang macam mana aku nak dapatkan buku tu.
Terpaksalah aku menjengketkan kaki aku.
Aku jengket dan regangkan tangan aku ke atas untuk mengambil buku inggeris itu.
YES!
akhirnya aku dapat capai buku tu!
Uhuk! Uhuk!
Pehhh!!! Berabuk gila!!
Kalau benci sangat dengan Inggeris, janganlah biarkan dia berabuk.
Cuba bersihkan paling kurungpun 1 minggu sekali.
Ini mesti pengawas perputakaan tak buat kerja.
Report dengan pengetua beru tahu.
Terbutang mata aku apabila ada labah-labah dekat tangan aku.
Aku mengelabah dan pada masa yang sama, aku hilang imbangan badan aku.
Disebabkan ada roda dekat kerusi itu, kerusi itu berpusing.
Apa nasib malang yang akan timpa pada aku ni....
Tubuh aku berpusing 180° dan disambut oleh seseorang.
Dia memeluk pinggang aku.
Tanganku memegang bahunya.
Dia mendongakkan kepalanya memandang aku.
Masa seakan-akan terhenti.
Jantung aku berdegup dengan laju bagaikan selepas lari 10 pusingan padang sekolah.
"Awak okey?" Soalnya sambil memandang ke dalam mata aku.
"N-nae..." kataku yang masih terkaku.
Dia angkat aku dan letakkan ke bawah.
Woah! Kuatnya dia.
Aku rasa macam diri aku ni masih budak 5 tahun pula😋
Kali ni aku mendongak memandangnya.
"Go-gomawo..." ucapku gagap.
Hyunjae hanya senyum lalu ambil buku yang aku nak ambil tadi.
Wow... tinggi betul anak Lee ni.
"Gomawo" ucapku lagi.
Sekali lagi dia hanya melemparkan senyuman dan berlalu pergi.
Sejak dia luahkan perasaan dia hari tu, dia tak pernah bercakap dengan aku.
Dia cuma senyum, senyum, senyum...
Haih...aku rindu masa dia bercakap dengan aku...
TBC.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro