Bab 7
Benjamin menyentuh pipinya yang ditampar oleh customer perempuan tadi.Ya Benjamin tiba-tiba muncul dan berdiri di hadapan Adelia. Maka tamparan itu lah yang terkena di pipi Benjamin bukan pipi Adelia..
" Cik...boleh saya laporkan kepada pihak polis sebab buat kekecohan di cafe ni..Cik juga boleh disabitkan kesalahan guna kekasaran pada pekerja di cafe ini...Tu cctv telah merakamkan segalanya...So macam mana Cik ? Nak settle sini dan Cik beredar dari sini atau kita settle di balai polis? " kata Benjamin tenang.
Customer perempuan tersebut tersentak dan diam.Ye dia mula rasa takut dan gelisah dengan kata-kata Benjamin.Memang kalau ikutkan cctv yang dikatakan Benjamin, kesalahan akan tertuduh ke atasnya.
Tanpa berkata apa-apa, customer perempuan tersebut terus beredar cepat-cepat dari situ.Seketika customer yang lain juga membuat hal masing-masing semula.
Selepas itu Benjamin terus masuk ke dalam mengambil penyapu dan juga penyodok untuk menyapu cebisan kaca-kaca tersebut.Tidak dihiraukan Adelia di situ yang memerhatikan dirinya.
" Benjamin..tak apa saya buat.." kata Adelia.
Benjamin memekakkan telinganya.
"Benjamin..sini biar saya yang sapu kaca tu.." kata Adelia lagi. Kali ini dia ingin mencapai penyapu dipegangan Benjamin.
Zappp ! Benjamin terus menahan tangan Adelia. Di genggam pergelangan tangan Adelia yang berlapik dengan baju itu.
" Tak payah..biar aku yang uruskan semua ni..Kau pergi masuk dalam uruskan apa yang patut.." kata Benjamin serious sambil menatap tajam ke dalam anak mata Adelia.
Glurp ! Adelia tertelan liur sendiri apabila dia menerima pandangan tajam dari Benjamin itu. Sebenarnya, Adelia rasa bersalah dekat Benjamin. Disebabkan kecuaian dirinya, Benjamin pula yang menjadi mangsa tamparan tadi.Hish mamat ni pun satu, yang tiba-tiba muncul dekat depan aku dah ken
apa?
Akhirnya Adelia mengalah dan berlalu membiarkan Benjamin menyapu kaca-kaca tersebut.
Benjamin membelek-belek pipinya di hadapan cermin. Melihat akan kesan tamparan tadi. Fulamak merah bhai...Dah la kulitnya memang putih.
" Itu lah Ben...kalau dah cinta apa pun sanggup berkorban..." kata Benjamin di hadapan cermin.
Seketika Benjamin pun keluar dari toilet cafe neneknya. Dia mula bergerak ke hadapan cafe. Takut-takut ada ramai pelanggan ke apa.
Di hadapan hanya ada beberapa sahaja pelanggan. Seketika Benjamin datang menyempit di kaunter pembayaran.
" Hai kak Anis..." sapa Benjamin
" Hah hero kita..." balas Anis.
" Hahaha apa lah kak ni..mana ada hero..Benjamin pertahankan hak orang yang tak bersalah lah.." kata Benjamin.
" Ohh hahahaah ye ye aje kamu ni.."
Seketika Benjamin melihat sekeliling mencari sesuatu.
" Kak Anis...Adelia mana ? Tak nampak pun ? " tanya Benjamin.
" Oh Adelia...tadi rasanya ada dekat belakang.."
" Belakang ea kak ? Okay -okay.." kata Benjamin seraya berlalu ke belakang.
********
Adelia mengeluh banyak kali di pintu belakang cafe. Ya Adelia tengah mengelamun di pintu belakang. Entah hari ni moodnya hilang entah ke mana...Dah tu buat kerja semua serba tak kena.
Tetiba dia teringatkan Benjamin yang terkena tamparan customer tadi. Hmmm disebabkan aku , orang lain yang kena tempiasnya.
" Ehem-ehem..." berdehem seseorang tiba-tiba mengambil tempat di sebelah Adelia.
" Kat sini rupanya kau ea.." kata Benjamin.
Adelia sedikit tersentak lalu memandang ke arah empunya suara.
" Kenapa ? Awak cari saya ke? "
" Ermmm tak lah...tak sengaja nampak kau kat sini.." nafi Benjamin.
Adelia meng'o'kan kata-kata Benjamin.
" Kau okay ? " tanya Benjamin sambil memandang ke arah Adelia..
Adelia saat itu hanya memandang jauh ke hadapan.
" Awak tu yang patut saya tanya okay ke tak ? Pipi awak yang kena tampar tadi bukan pipi saya.." kata Adelia lalu memandang ke arah Benjamin..
Pandangan mereka bertaut.
" Errkkk.. pipi aku okay aje...." kata Benjamin seraya mengusap pipinya.
Tetiba dia mengaduh.
" Aduh.."
Wuishh asal sengal dhooo pipi aku ni. Adelia di rundung rasa bersalah.
" Saya minta maaf..." luah Adelia.
“ Hmm ?”
“Saya minta maaf sebab saya cuai awak yang kena tmpar tadi…”jelas Adelia.
“ Oh its okay..Memang customer tadi tu kurang ajar sangat….”kata Benjamin.
“Ermm tapi kenapa awak tiba-tiba muncul macam tadi tu? Awak tahu kan dia memang nak tampar saya?”soal Adelia..
Benjamin mengangguk kecil.
“Ya saya tahu sebab tu saya muncul….depan awak Adelia….”desis hati Benjamin sambil mata tepat memandang Adelia.
“Kenapa ?”tanya Adelia lagi setelah Benjamin tidak memberi respon.
“Errr yelah dah aku aje staff lelaki dalam cafe ni…so aku lah yang kena settle kan semuanya….Kalau kak Anis or yang lain kat tempat kau masa tu pun aku tetap buat hal yang sama lah….” Kata Benjamin cover line.
“Ermm yelah...” kata Adelia akhirnya.
“ Lagipun kau kenapa hari ni ? Moody aje aku tengok ? Ada masalah dunia apa? Tak nak share dengan aku ke?”
“Errr hah ? Ehh tak ada apa lah…”nafi Adelia.
Hmmm takkan aku nak cerita pulak dekat si Benjamin ni pasal mama nak jodohkan aku dengan abang conan. Buat malu aje !
“ Adelia….”panggil Benjamin.
“Ermm aku harap kita boleh jadi kawan lepas ni?”kata Benjamin.
“Hah ? Bukan kita memang dah kawan?”
“Hahaha yeke ? Bukan kita macam musuh ke ?”
kata Benjamin tahu akan situasi sebenar dirinya dengan Adelia.
Adelia tersenyum senget. Nampak sangat ke ? Hahaha.
“ Ermm yelah kita kawan…”putus Adelia.
“Okay…hai…saya Benjamin Aydan…saya staff The Milkcow…”
Benjamin mula membahasakan “ awak saya” dengan Adelia.
“Ermm hahah hai…saya Nurin Adelia…saya pun staff The Milkcow…”
Selepas itu Adelia dan Benjamin masing-masing ketawa. Lawak pulak bila kenalkan nama masing-masing macam ni. Tapi kan tetiba Adelia sedar sesuatu. Kenapa ea nama penuh Benjamin iaitu Benjamin Aydan seperti familiar aje di pendengaran Adelia ?
****************
Sejak dari hari itu, Adelia dan Benjamin mula berkawan rapat sehinggakan muncul satu perasaan cinta dan suka dalam lubuk hati seorang gadis iaitu Adelia. Adelia juga makin selesa dengan Benjamin. Dapat dirasakan Benjamin seorang lelaki yang amat baik dan memahami akan dirinya. Benjamin juga menunjukkan sifat care terhadap Adelia. Bagi Benjamin pulak , perasaan cinta dan suka dirinya terhadap Adelia makin tumbuh mekar. Hanya tunggu saat yang tepat, Benjamin akan luahkan segalanya.
“ Adelia….malam ni awak free tak ?” soal Benjamin yang tangannya ligat mengelap mangkuk ais krim yang baru di cuci.
“Ermm free kot kenapa?”
“ Tak lah ingat nak ajak awak pergi makan malam pastu tengok wayang kejap…”kata Benjamin
“Oh hah boleh aje, saya free aje malam ni…”kata Adelia lagi.
“ Hah okay lah macam tu…pukul 8 malam ni saya ambik awak ea…”kata Benjamin.
“ Eh tak payah…awak share location aje dekat saya…saya pergi sana sendiri….”kata Adelia.
Hmmmm mana boleh Benjamin ambik aku dekat rumah, nanti mama banyak tanya lah. Lagipun sejak mama nak jodohkan aku dengan abang conan, mama tak nak aku kawan rapat dengan mana-mana lelaki. Takut aku tak setuju nak terima abang conan nanti.
Adelia kau kena hapus juga perasaan kau terhadap Benjamin ni lama-lama. Kau tak boleh ada perasaan macam ni. Mama takkan setuju punya lah.
“ Kenapa saya tak boleh ambik awak terus dekat rumah?”
“ Errr saya tak nak susahkan awak…sebab rumah saya dalam sikit dan susah nak jumpa…”kata Adelia tipu.
“Errmm yelah kalau macam tu nanti saya share location aje lah…”kata Benjamin.
Adelia mengangguk laju.
Benjamin berulang kali melihat jam tangannya. Seketika dia memandang sekeliling. Menantikan kehadiran si pujaan hati. Mana Adelia ni? Sesat ke ? Ke mana pilihan location Benjamin? Benjamin memilih mall IOI. Senang makan dekat situ dan tengok wayang dekat situ jugak. Sebab Adelia kan datang asing, so susah jugak lah kalau nak pergi tempat lain.
Haish kenapa lah Adelia tak bagi aku ambik dia aje?
“ Benjamin…”panggil Adelia yang baru datang.
Benjamin menoleh.
Toleh-toleh aje dia sedikit terpegun. Dia terpegun akan kecantikkan Adelia malam ini. Berpakaian dress purple yang bercorakkan bunga kecil. Lepastu dia pakai pashmina pulak, alahai sumpah comel weyhh.
Eh macam sedondon pulak dengan baju Benjamin. Hahaaha Benjamin pun pakai baju t-shirt warna purple.
“Sorry lambat…mesti awak tunggu lama kan?”
Benjamin menggeleng.
“Awak datang naik apa?”tanya Benjamin.
“Saya datang dengan along saya…saya suruh dia hantarkan kejap….”
“ Oh dengan along awak….”
“ Okay jom? Nak pergi mana dulu?” tanya Adelia.
“Ermm wayang dulu ye ? Jom…”kata Benjamin seraya membuat tangan menyuruh Adelia berjalan terlebih dahulu di hadapannya.
Adelia mengangguk lalu menuturkan langkahnya di hadapan. Selepas itu Benjamin menyusul di belakang.
#Nah chapter baru ! Heee agak-agak ujian apa yang akan melanda mereka lagi ya ? Keep vote and comment pls ! Rindu feedback yg gempak2 dari reader semua 😭💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro