Bab 6
" Hoiii Haziq...kau buat apa dekat sini ?" bisik Benjamin. Takut kantoi dengan Adelia.
" Aku beli ais krim lah..Asal ? " kata Al- Haziq selamba.
Benjamin menampar dahinya.Ish mamat ni.Suka hati dia aje nak datang tanpa bagitahu aku. Nanti kantoi dengan Adelia macam mana ?
" Ish kau ni..lain kali kalau kau..."
" Haziq.." panggil Adelia yang tiba-tiba muncul bersama ais krim yang dipesan oleh Al- Haziq tadi.
Terdiam.Terkelu terus Benjamin.
" Wahhh ais krim aku dah sampai.." kata Al-Haziq teruja.
" Eh Ben ? Dah balik beli barang ? " kata Adelia.
" Errr dah.." kata Benjamin sedikit gugup.
Adelia mengangguk kecil.
"Siapa ni ? " tanya Al-Haziq tiba-tiba saja nak kenakan Benjamin.
" Oh ni kawan kerja aku...Benjamin nama dia..." perkenal Adelia.
Benjamin mengetap bibirnya. Kurang asam punya Haziq ! Buat-buat tanya pulak aku siapa.
" Oh Benjamin..heeee saya Al-Haziq Amsyar..kawan sekolah Adelia.." kata Al-Haziq sengaja mengenalkan dirinya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Benjamin kononnya.
Benjamin menyambut huluran tangan itu.
" Oh Al- Haziq..sedap nama.." kata Benjamin sinis.
"Hahahaha thank you Encik Benjamin.."balas Al-Haziq.
" Hah Haziq..kawan kau buat apa sekarang ? " tanya Adelia tiba-tiba.
" Kawan aku ? Siapa ? " soal Al-Haziq pelik.
" Alah..kawan kau si mat dan ? yang budak nerd dekat sekolah kita dulu tu ? " kata Adelia lagi.
Bukk ! Terjatuh satu bungkusan yang dipegang Benjamin.Al-Haziq dan Adelia serta merta memandang ke arah Benjamin.
" Awak dah kenapa? " kata Adelia.
" Errr hah ? " kata Benjamin seraya mengangkat semula bungkusan yang jatuh tu.
" Dah lah pergi lah simpan barang-barang tu dekat belakang..." kata Adelia.
Berat hati Benjamin hendak beredar dari situ.Ingin juga dia mendengar perbualan mereka tentang si " Mat Dan " yang dimention oleh Adelia tadi.
Siapa Mat Dan ? Apa kaitannya dengan Benjamin ?
" Oh kau ingat lagi ea dengan Mat Dan ? " kata Al-Haziq.
" Haah..tapi dulu dia kan budak-budak nerd, pendiam gitu.." kata Adelia.
Benjamin masih memasang telinga dan tidak beredar dari situ pun.
" What ? Adelia panggil Mat Dan budak nerd ? " desis hati Benjamin.
Eh ? Cakap pasal Mat Dan tapi kenapa Benjamin pulak yang panas dalam hati ni ?
" Hahaha oh Mat Dan dia still study dekat luar negara..lagi 2 bulan dia baru balik Malaysia..." kata Al-Haziq selamba.
Benjamin mencebik dalam diam.
" Still study luar negara konon. Hakikatnya mat Dan ada dekat sini lah..Sampai hati Adelia cakap aku nerd ? Nerd sangat ke aku dulu ? So handsome lah aku sekarang ni sampai dia sendiri tak kenal aku.." desis hati Benjamin.
Ya Mat Dan yang disebut Adelia itu adalah gelaran nama Benjamin waktu sekolah menengah dulu. Memang Benjamin yang sekarang bukan lagi Benjamin yang dulu. Benjamin telah berubah penampilannya 100% sebab tu Adelia tak kenal langsung Benjamin.
" Oh macam tu...nanti kirim salam dekat dia ea.." pesan Adelia.
" Waalaikumusalam.." jawab Benjamin terlepas cakap.
Adelia menoleh ke arah Benjamin.
" Eh awak still ada dekat sini ? Heyy..saya bukan kirim salam dekat awak lah...menyibuk aje..dah lah pergi masuk dalam sana tu." kata Adelia.
Kelihatan Al-Haziq sedaya upaya menahan tawa. Aduhaiii lawak bhaiii...Memang tuan punya badan dah jawab salam Cik Adelia kita ni pun..
Benjamin hanya tersenyum senget dan menjeling ke arah Al-Haziq. Siap kau Haziq ! Aku hampir kantoi disebabkan kau datang cafe nenek aku !
***************
Pada malam itu, sungguh kusyuk si Adelia menonton drama di Tv3 tetiba kehadiran mamanya menegur dan menyampaikan suatu hal membuatkan tontonannya sedikit terganggu.
“ Amboi kusyuknya anak dara mama ni tengok Tv….”kata Fatmah.
Adelia melirih ke arah mamanya seketika lalu tersengeh seperti kerang busuk.
“Tengok cerita apa tu ?”
“ Ni hah drama Tv3…” balas Adelia lalu mata melirih ke arah televisyen semula.
“Ohhh…”
“Babah mana mama ?” tanya Adelia mata tidak lepas-lepas memandang televisyen.
“ Dah tidur…penat sangat babah hari ni dekat syarikat tu..”kata Fatmah.
Adelia mengangguk kecil..
“ Along? Angah?”
“Angah dah tidur kot…Along keluar kejap dengan kawan dia tadi…”jelas Fatmah lagi.
“Ohh….”balas Adelia.
Seketika suasana di antara Fatmah dengan anak daranya menjadi sunyi seketika. Fatmah melirih lama ke arah Adelia tanpa Adelia menghiraukan dirinya.
“ Adel….”panggil Fatmah.
“Hmmm?” sahut Adelia lalu menoleh ke arah mamanya.
Kenapa mama memanggilnya dengan panggilan Adel ? Selalu kalau mama panggil aku dengan panggilan tu mesti ada apa-apa. Panggilan Adel tu hanya panggilan aku masa kecik-kecik aje aku selalu guna. Sebab aku tak suka orang panggil nama penuh aku “ADELIA”. Pelik kan aku masa kecik ? Aku sendiri pun tak tahu kenapa.
“ Adel ada boyfriend?” soalan cepumas diberikan oleh Fatmah.
Adelia sedikit tersentak ! Tidak pernah-pernah mamanya bertanyakan soal boyfriend kepadanya.
“Err kenapa mama tiba-tiba tanya?”kata Adelia gugup.
“Saja mama nak tahu….”kata Fatmah.
“Err kalau Adelia cakap taka dak boyfriend?”
“Kalau tak ada bagus lah….”
“Kenapa pulak?”
“Ermmm tak lah kalau tak ada….mama ingat nak jodohkan kamu dengan anak kawan mama….anak aunty Yasmeen…”
Adelia sedikit terkejut.
“Hah ? Mama nak jodohkan Adelia dengan anak aunty apa ? Aunty Yasmeen ? Siapa tu maaa?”
Terasa nama aunty Yasmeen tu macam pernah dengar tapi kat mana ea?
“Alaa…takkan kamu dah tak ingat dengan aunty Yasmeen yang tinggal sebelah rumah lama kita dulu tu? Kamu kawan baik dengan anak lelaki dia satu-satunya…apa yang kamu panggil tu? Abang….hah abang conan…”
Adelia cuba mencerna kata-kata mamanya seketika. Abang conan ? Apa ke pelik aku panggil nama anak aunty Yasmeen tu?
“Kenapa abang conan pulak Adelia panggil?” tanya Adelia.
“Hahaha sebab anak aunty Yasmeen tu masa kecik muka dia macam conan sebab pakai spek mata…Dah tu kamu masa kecik-kecik pulak suka tengok cerita conan….sampai kamu panggil anak aunty Yasmeen tu abang conan….”kata Fatmah seronok bercerita.
“Hmm abang conan ea…..hahaha lawak lah maa…pelik-pelik aje Adelia panggil dia….”kata Adelia mula mengingat sedikit demi sedikit.
“Itu lah kamu….macam-macam perangai…Hah macam mana kamu setuju ea mama jodohkan kamu dengan abang conan….”tanya Fatmah.
Adelia berfikir sejenak.
“Hmmm aku tak ready lah nak dijodohkan ni…aku takut cinta aku bertepuk sebelah tangan lagi…Aku tak nak jatuh cinta dekat orang yang sia-sia kan aku….”desis hati Adelia.
“Oii…mengelamun pulak dia…Setuju ea?”sergah Fatmah.
Adelia memandang tepat ke wajah mamanya yang berharap itu.
“Adelia tak boleh buat keputusan lagi…Bagi Adelia waktu…Lagipun Adelia dah lama tak jumpa dengan abang conan tu…..”jujur Adelia.
“Hmmm tak apa lah..Adelia fikir-fikirkan dulu ya….mama Cuma harapkan keputusan setuju dari Adelia…sebab mama hanya nak rapatkan hubungan keluarga kita dengan keluarga aunty Yasmeen….nanti mama aturkan pertemuan Adelia dengan abang conan okay?”
Adelia mengangguk kecil. Nak terus menolak takut terguriskan hati mama pulak. Haish.
*******************
Benjamin bermain dengan phonenya sambil baring-baring di atas sofa di office neneknya. Hish dah lah selalu masuk kerja lambat pastu asyik mengulat aje kerja Benjamin ni dekat office neneknya Ammara.
“ Ben…” panggil Ammara yang sedang duduk di mejanya sambil menyemak rekod keluar masuk urusan cafenya.
“ Hmmm ?"
“ Sampai bila kamu nak kerja sini? Kamu tahukan mama kamu dah bising-bising dekat rumah tu suruh kamu tolong papa dekat syarikat dia?” kata Ammara.
“Ye Ben tahu tapi nek..misi Ben untuk tawan hati Adelia masih belum selesai…Ben tak nak lepaskan peluang ni sekali lagi…..Ben tak nak Adelia jatuh ke tangan orang lain….”kata Benjamin.
“Hmm ye nenek tahu tentang misi kamu tu tapi…..”kata-kata Ammara terhenti tiba-tiba.
Kedengaran bunyi gelas jatuh pecah berderai. Terhenti terus perbualan Benjamin dan Ammara.
“Bunyi apa tu? Cuba pergi tengok Ben?”
Benjamin lantas bangun dan keluar dari office neneknya.
Di luar dan di bahagian hadapan kelihatannya ada seorang customer perempuan bersama Adelia dan juga ada cebisan-cebisan kaca di atas lantai.Customer tersebut sedang memarahi Adelia.Sehinggakan dia menolak- nolak sedikit tubuh Adelia.
Panas hati Benjamin dibuatnya apabila melihat Adelia diperlakukan sedemikian rupa. Tak tahu adab langsung customer ni.
" Lain kali mata tu pakai lah ! Jangan letak dekat kepala lutut ! " tengking customer perempuan tersebut.
" Maaf cik..saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja..." pinta Adelia takut sambil tertunduk-tunduk.
" Kau ingat ucapan maaf kau boleh bayar baju aku yang mahal ni ke hah ? Bodoh ! Baju aku ni dah lah mahal! Gaji kau setahun pun tak mampu nak ganti lah ! " jerkah customer perempuan tersebut.Dia benar-benar naik berang.
Ya hari ni Adelia sedikit hilang fokus akibat memikirkan tentang permintaan mamanya semalam. Sebab tu lah kejadian tumpah ini berlaku.
" Saya minta maaf.." ucap Adelia lagi tanpa henti.
" Ish kau ni kan ! Memang nak makan penampar aku ! " kata customer perempuan tersebut lalu mengangkat tangan ingin menampar pipi Adelia kuat.
Pang !
Adelia tersentak. Kenapa ? Dia dah kena tampar dengan customer tu ke?
Kelihatannya semua customer lain yang ada dan pekerja bahkan juga nenek Ammara agak terkejut dengan apa yang berlaku.
" Ben...ja..min..? " nama itu yang meniti di bibir mungil Adelia.
Benjamin menyentuh pipinya yang ditampar oleh customer perempuan tadi.Ya Benjamin tiba-tiba muncul dan berdiri di hadapan Adelia. Maka tamparan itu lah yang terkena di pipi Benjamin bukan pipi Adelia..
#Wahhhhhhh Benjamin dah mula jadi hero untuk Adelia nampaknya. Tapi adakah abang conan akan menjadi saingan bagi Benjamin suatu hari nanti ? Nak tahu ? Tunggu chapter seterusnya ya ! Heeee keep vote and comment 😊💕 p/s:sorry for late update sis bz skit hari ni 😹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro