Bab 5
Benjamin berpusing-pusing dengan kerusi roda di office nenek Ammara.Itu kesukaannya tiap kali masuk ke dalam office nenek Ammara.
" Macam mana? Dah dapat tawan hati si dia ?" tanya Ammara.
Benjamin berhenti berpusing.Dia menoleh tepat ke arah nenek Ammara.
" Hmmm belum.." jawab Benjamin.
Eh ? Siapa sebenarnya nenek Ammara kepada Benjamin ? Lagaknya Benjamin hanya bersahaja dengan nenek Ammara. Bukan tingkah laku di antara pekerja dengan bossnya ?
Actually Benjamin ni merupakan cucu kandung nenek Ammara.Benda yang dia rahsiakan dari Adelia ni lah. Tentang status dia dengan nenek Ammara.Semua pekerja The Milkcow memang tahu akan statusnya kecuali Adelia.Entah lah Benjamin belum ready lagi nak Adelia tahu tentang ini. Biar setakat ini dia hanya tahu yang dirinya hanya lah seorang pekerja biasa sahaja.
Satu lagi. Kenapa nenek Ammara tanya akan soalan menawan hati si " Dia " ?
Ya nenek Ammara tahu akan misi Benjamin yang ingin menawan hati Nurin Adelia.Nenek Ammara memang menyokong Benjamin dari belakang sebab dia juga amat suka kan Adelia. Budaknya baik.Hormat orang tua.Lihat sahaja tempoh hari waktu Adelia menolong dirinya. Memang Ammara kagum dengan sikap Adelia.
" Kenapa belum ? " tanya Ammara.
" Hmm dia jual mahal sangat lah nek.." kata Benjamin.
" Ala biasa lah tu...perempuan mesti lah kena jual mahal.." kata Ammara.
" Hmm dia tak pernah nampak Ben pun..." luah Benjamin sedih sedikit.
Ammara memandang ke arah Benjamin.
" Dari zaman sekolah lagi dia tak pernah nampak kehadiran Ben.." sambung Benjamin.
What ? Zaman sekolah ? What do you mean Benjamin ?
Tetiba Benjamin tersenyum sinis.
" But ! Ben takkan mengalah ! Untuk buat dia nampak kehadiran Ben..Ni Benjamin Aydan lah..Takkan mengalah untuk dapatkan apa yang dia nak..." kata Benjamin serious..
Ammara tersenyum akhirnya.Cucu satu-satunya ini memang ada semangat yang tinggi.Dia juga amat rapat dengan Benjamin memandangkan Benjamin memang satu-satunya cucu yang dia ada.Semua kisah suka dan duka Benjamin, Ammara tahu. Sebab apa ? Sebab Benjamin memang suka luah dekat dia kalau ada apa-apa.
" Macam tu lah cucu nenek..Dah kamu pergi keluar sana..nanti kantoi dengan Adelia baru kamu tahu.." kata Ammara.
Seketika Benjamin bangun lalu mula beredar keluar dari ruang office neneknya.
**********
Jari diketuk-ketuk di atas meja milik KFC.Otak juga ligat memikirkan sesuatu.
" Hmm siapa ea agak-agaknya yang bagi kau bunga tu ? Aku jadi curious lah..." kata Naura.
" Hmmm entah.." jawab Adelia sambil mulut mengunyah burger ayam KFC.
Ish minah ni ajak aku lepak KFC malam-malam tapi sibuk nak fikir dan bahaskan soal si pengirim bunga yang acah-acah misteri tu.
" Kau tak rasa ke kalau si pengirim bunga tu crush lama kau ? " kata Naura lagi.
" Hmm ? Crush lama ? What do you means ?"
" Yes crush kau..Aman ? Aman Syazmy right ? " kata Naura.
Terhenti kunyahan Adelia seketika. Aman Syazmy ? Dah lama dia tak bersua muka dengan pemilik nama itu.Hmm last jumpa waktu last paper SPM.Lepastu masa ambik result Adelia tak pergi pun. Tak nak jumpa Aman punya pasal lah..
" Oii Adelia.." panggil Naura.
" Hah ? " Adelia tersedar dari lamunannya.
" Kau mengelamun ea ? Kenapa teringatkan wajah Aman ke?" kata Naura ingin mengusik.
" Hmmm tak ada masa nak ingat wajah dia lah...and please lah bukan crush aku tapi dah jadi EX crush okay.." kata Adelia lalu mengunyah makanannya semula.
" Hah lah tak kesah lah...dia apa yang bagi kau bunga..mana nak tau tiba-tiba dia mula skodeng kau balik ke? " kata Naura.
" Banyak lah kau dia skodeng aku..dah lah kau ni makan lah cepat...aku dah nak habis dah makan burger ni..kau tu ayam pun tak habis-habis lagi.." bebel Adelia.
Naura mencebik.
" Ermm yelah-yelah..."
Gadis berbaju biru sedang bermuram wajah. Duduk seorang diri di astaka sekolah.Mana tak murah wajah kalau roti serunding kesukaannya yang dijual di koperasi sekolah telah habia dijual.
Dia menggosok perutnya perlahan-lahan.
" Hmm laparnya...dah lah aku teringin nak makan roti favourite aku tu..." ngomel Adelia sendiri.
Tetiba ada seorang junior perempuan datang mendekati Adelia lalu menghulurkan roti serunding yang Adelia inginkan.
" Nah kak.."
" Eh? Kenapa bagi akak pulak ni? "tanya Adelia sedikit terkejut.
" Ada abang senior bagi.." kata junior tersebut.
" Hah ? Abang senior ? "
Lantas junior tersebut menarik tangan Adelia lalu memberikan roti itu ke tangan Adelia.
" Abang senior mana ni?"
" Abang senior pengawas! Okay bye kak.." kata junior tersebut seraya berlari pergi.
Adelia masih terpinga-pinga. Hah? Abang senior pengawas.
" Oh Aman kot ? Heee macam tahu-tahu aje yang aku memang teringin roti ni... " desis hati Adelia seraya tersengih kecil.
Dari jauh dua pasang mata milik Benjamin memerhati.Dia tersenyum kecil. Bahagia rasanya dapat melihat senyuman kecil pujaan hatinya itu.
" Woiiii.." sergah Al Haziq tetiba.
Terkejut Benjamin dibuatnya.Habis flashback semua terhenti.Haish kacau betul lah mangkuk satu ni. Orang baru nak feeling-feeling..
" Apa benda kau ni...Main sergah orang aje.." kata Benjamin.
" Dah kau tu..mengelamun sampai mana dah ? Sampai bulan ? " kata Al Haziq.
" Suka hati aku lah nak mengelamun sampai mana...even sampai pluto sekali pun..." balas Benjamin.
" Hahahaha banyak kau punya pluto..Hah kau dah order ? " kata Al Haziq.
Ya sekarang ni diaorang tengah lepak dekat Bistro Nash.
" Dah order dah...Kau aje belum aku order kan lagi..." kata Benjamin.
Yelah Benjamin sampai dulu. Tunggu mamat ni sampai punya lambat. Tu lah kalau dah melayu,melayu juga. Janji melayu !
" Waiter ! " kata Al Haziq sambil menggamit.
****************
Adelia mengemas - ngemas meja customer yang baru sahaja beredar dari cafe The Milkcow.Sedang Adelia kemas tiba-tiba datang seorang customer lelaki.Cafe ketika itu juga sudah sunyi dan tiada customer lain lagi.
Dia mengambil tempat duduk di suatu sudut. Seketika Adelia mendekati customer itu bersama buku catatan di tangan.
" Ye Encik nak order apa ? " tanya Adelia.
Seketika customer itu membuka cermin mata hitamnya lalu memandang ke arah Adelia.
Adelia terkesima melihat kehandsomeman customer tersebut.
" Handsomenya.." desis hati Adelia.
" Oh ya saya nak order ais krim banana satu dengan ais krim capucino.." kata Al Haziq.
Hahahaha ye customer tu Al Haziq.Adelia ternyata masih terkesima melihat ke arah Al Haziq. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Al Haziq juga memiliki wajah tampan seperti Benjamin yang dapat mencairkan hati gadis yang melihatnya..Aceywahhhh....
" Hello ? " kata Al Haziq setelah Adelia tidak memberi respon.
" Err hah ? Sorry..Encik..order apa tadi? " tanya Adelia yang mula sedar.
" Saya order ais krim bananan dengan capucino.." kata Al Haziq.
Adelia mencatat sambil mengangguk kecil.
" Sekejap ya Encik.." kata Adelia seraya ingin berlalu pergi..
Baru sahaja selangkah Adelia tiba-tiba Al Haziq menegur sesuatu.
" Nurin Adelia anak Tan Sri Luqman ? Don't you remember me ? " kata Al Haziq selamba.
Adelia tersentak ! Weyhhhh mana customer ni tahu nama aku ? Siap babah aku pun dia tahu ? Adelia automatik memandang tepat ke arah Al Haziq.
" Encik ? Mana tahu nama saya ? Siapa encik ni ? " tanya Adelia straight to the point.
Sangkaan Adelia bahawa customer ni adalah si pengirim bunga yang misteri itu.
" Hahahaha serious ahh kau tak kenal aku ?" kata Al Haziq sambil ketawa kecil.
" Hah ? Encik siapa ? " tanya Adelia masih tidak dapat mengenali si jejaka itu.
" Aduhaiii..hey girl..ni aku lah abang pengawas sekolah sado + hot Smk Saujana Permai..." puji Al Haziq sendiri.
Dengar-dengar sahaja Al Haziq mention perkataan " Sado + Hot ", automatik Adelia tersenyum sinis.Macam tak kenal aje siapa yang selalu guna perkataan tu masa sekolah menengah dulu. Semestinya bendahara pengawas sekolah kita Al Haziq Amsyar. Jangan tanya kenapa yang pegang duit pengawas lelaki hahahaha sebab Al Haziq Amsyar ni bab simpan dan mengira memang no 1.
" Lahhhh...kau ke karpet ?" kata Adelia.
Al Haziq tayang muka toya. Sah minah ni memang tak pernah berubah.
" Kau ni kan Adelia..dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah..Tak habis-habis panggil aku karpet...Mama ngan daddy aku letak nama aku punya sedap " Al Haziq Amsyar...sedap kau aje panggil aku karpet ? Sedih betul lah.." kata Al Haziq.
" Hahahaha dah muka kau dulu sama dengan karpet...tu yang aku panggil kau macam tu..."
" Habis sekarang still macam karpet ke ? " tanya Al Haziq.
Adelia menggeleng pantas.
" Sumpah aku tak kenal kau tadi sebab kau makin handsome..aku ingatkan siapa lah tadi..."
Tersipu malu jadinya Al Haziq apabila dipuji sedemikian rupa. Orang puji aku handsome lah..
" Hahahaha sudah lah..hah kau macam mana boleh kerja dekat cafe sini ? Bukan babah kau ada syarikat ke ? Asal tak kerja dengan dia? " tanya Al Haziq.
" Oh hmmm macam ni..syarikat babah aku dah bank up...Kami sekeluarga hidup merempat..Sebab tu lah aku terpaksa kerja sini.." reka cerita Adelia.Sengaja nak kena kan si karpet ni.
Al Haziq tayang muka blur.
" Eh kejap..Babah kau punya syarikat bank up ? Kau tak payah nak berdrama sangat..Baru-baru ni tak silap aku, aku baru aje terserempak dengan mama kau..Siap tanya lagi pasal syarikat babah kau...mama kau kata makin maju aje..." kata Al Haziq.
" Alamak kantoi ahhh macam ni..baru aje aku nak kena kan kau.." kata Adelia.
" Ish kau ni kan..dari dulu asyik nak kenakan aku aje...dah lah pergi buat ais krim aku...lepas ni aku ada hal lagi.." kata Al Haziq.
" Hahahah yelah-yelah..." kata Adelia seraya beredar.
Baru beberapa minit,Benjamin tiba-tiba muncul dengan plastik-plastik barang.Benjamin sedikit terkejut dengan kehadiran Al Haziq yang tiba-tiba datang ke cafe milik neneknya itu.
Melihat kiri dan kanan, Benjamin terus mendekati dan menyapa Al Haziq.
" Hoiii Haziq...kau buat apa dekat sini ?" bisik Benjamin. Takut kantoi dengan Adelia.
#Hahahaha best tak best guys ? So dah makin tahu kan siapa Benjamin sebenarnya ? Keep vote and comment ya tq 😊💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro