Bab 3
Semua pekerja berkumpul di tengah - tengah ruang menghadap Ammara.Cafe The Milkcow masih belum dibuka.Ada sedikit meeting dengan pekerja-pekerja.
" Okay hari ni nenek buat meeting ni..untuk beritahu tentang beberapa perkara." jelas Ammara.
Ya Ammara lebih gemar menggelarkan dirinya sebagai nenek dengan pekerja-pekerjanya. Itu juga akan merapatkan mereka dan tidak lah seperti boss dan pekerja malah akan menjadi seperti satu keluarga.
Semua pekerja memberi perhatian sepenuhnya kepada Ammara.
" First memandangkan cafe ni baru sahaja dibuka cawangannya di sini,maka nenek akan buat promotion hari ni..So nenek akan bahagikan tugas kepada kumpulan.." kata Ammara.
Semua kelihatannya hanya mengangguk-angguk sahaja.
" Okay pekerja kita pun tak ramai hanya 5 orang sahaja..so nenek bahagikan kepada 2 iaitu satu group akan ada 3 orang..dan satu lagi akan ada 2 orang...Okay group 3 orang tu akan jalankan tugas di dalam bahagian dalam melayan customer..dan 2 orang lagi tu akan buat promotion diluar sambil edarkan pamplet.." jelas Ammara panjang lebar.
Serta merta masing-masing berbisik antara satu sama lain kecuali Benjamin dan Adelia.
Mereka masing - masing melayan perasaan sendiri hahahah.
" Group promotion 2 orang tu akan nenek letakkan Ben dengan Adelia.."
Dengar saja nama Benjamin dan Adelia meniti di bibir nenek Ammara, mereka terus memandang sesama sendiri.
What ? Asal aku kena satu group promotion dengan mamat kerek ni? Dah la belagak ya amat !
" Group 3 orang yang lain tu akan jaga di bahagian dalam lah...siapa lagi kalau bukan kamu bertiga ? Anis, Auni dan Safora.." kata Ammara.
Mereka bertiga yang disebut hanya mengangguk setuju dengan agihan nenek Ammara. Ni hah yang tak setuju hanya 2 orang ni saja ! Benjamin dengan Adelia..
" Errr nekk.." panggil Adelia menyuarakan diri.
" Ya Adelia ? Ada apa ? "
" Hmmm memang Adelia berdua aje ke dengan Ben..Benjamin? Errr lagi pun Adelia tak tahu la nak buat promotion-promotion ni.." kata Adelia takut-takut.
" Haah kamu berdua lah...tak tahu nak buat promotion ? Tak apa..Ben tahu kan ? Boleh tolong ajar Adelia kan ? " kata Ammara.
Benjamin hanya berlagak biasa.Kelihatannya dia tidak menunjukkan sebarang tanda protes.Dia hanya mendiamkan diri.
" Ish mamat ni...buat derkk aje? Protes lah sama cakap tak nak buat promotion dengan aku ! " teriak Adelia di dalam hati.
" Okay kalau dah tak ada apa-apa..semua boleh bersurai dan buat tugasan masing-masing ya.." kata Ammara akhirnya lalu berlalu pergi.
Adelia menghembus nafas berat.Hmm nak tak nak kena jugak lah ikut arahan nenek Ammara. Nanti kang kena buang kerja siapa yang rugi ?
Kelihatan ramai orang lalu lalang di hadapan cafe The Milkcow.Benjamin dan Adelia masing-masing mengedarkan pamplet dengan cara mereka sendiri.
" Cik ! Jemput singgah ya nanti dekat cafe ni.." kata Benjamin bersemangat kepada beberapa kumpulan girl - girl gitu.
Seketika kumpulan girl - girl yang terdiri dari 4 orang perempuan itu mula berminat...tapi lagak mereka lebih berminat kepada tukang pengedar pamplet aje hahahah bukan cafe The Milkcow pun !
"Eeeee awak ni handsome lah..." kata salah satu perempuan dari group tersebut.
Benjamin tercengang.Adelia tayang muka menyampah ya amat.
" Boleh kitaorang nak no phone awak ? " tanya seorang gadis berambut pendek di situ. Ya diaorang semua freehair.
" Ehhh mengadanya minah ni ! Orang offer cafe aje bukan offer pekerja cafe..tak malu betul.." desis hati Benjamin namun riak wajahnya masih biasa.
" Hahaha padan muka kau dapat jumpa minah mengada macam ni ! " ejek Adelia di dalam hati.
Tak baik sungguh lah Adelia ni hahaha.
Tiba - tiba angin, ribut , bencana alam apa pun tak ada, Benjamin terus memaut pergelangan tangan Adelia yang berbaju tangan panjang itu lalu menarik Adelia ke sisinya.Adelia tersentak !
" Maaf la cik..tak boleh nak bagi..nanti girlfriend saya marah.." kata Benjamin selamba sambil memegang kejap pergelangan tangan Adelia.
Adelia memandang penuh tanda tanya dan tanda geram ke arah Benjamin di sisi. What the fish yang dia tengah mengarut ni ?!
**********
Adelia melabuhkan punggungnya di satu kerusi di dalam cafe. Fuhhhh penatnya. Panas betul dekat luar tu. Nasib baik lah cafe ni beraircond.
Adelia mengibas-ngibas sedikit wajahnya dengan pamplet yang berlebihan. Mencari sedikit angin untuk wajahnya.
Tetiba satu cawan ais krim mendarat di hadapannya. Kebetulan ada juga meja di situ. Adelia lantas mendongak memandang si pemberi ais krim. Hah ?
" Nahh makan lah ais krim ni.." kata Benjamin seraya mengambil tempat duduk di hadapan Adelia.
Adelia tercengang. Mamat ni dah kenapa ? Tadi dah lah mengaku-ngaku aku ni girlfriend dia.Ni bagi ais krim pulak? Rasuah ke hape ni ?
" Thanks tolong aku tadi..."kata Benjamin serious.
" Siapa yang tolong awak ?" balas Adelia pantas.
Benjamin terdiam seketika.
" Ni hah tak payah nak rasuah saya sangat eh bagi ais krim bagai...Saya tak tolong awak pun tadi...awak aje yang tiba-tiba tarik tangan saya..pastu mengaku-ngaku bagai yang saya ni...."
Zappp ! Adelia tersentak ! Kata-katanya juga tergantung.
" Bising lah kau ni...hah tau pun senyap..." kata Benjamin.
Hahaha mana tak senyap, Benjamin terus suap sesudu ais krim ke dalam mulut Adelia. Gila punya orang !
Ingin dimarah Adelia namun tiba-tiba rasa ais krim di dalam mulutnya kini lebih menarik perhatiannya. Wuish sedapnya ais krim cafe ni...Ya lah Adelia belum lagi pernah merasanya. Ni dapat free pula en ?
" Aku bagi ais krim ni..makan aje lah...nak aku suap baru nak diam ke ?" kata Benjamin seraya menghulurkan sudu ais krim tadi kepada Adelia.
Akhirnya Adelia hanya berdiam diri lalu menyambut huluran Benjamin. Selepas itu dia terus makan dengan rakusnya. Hahahaha. Menikmati ais krim tersebut. Tidak dipedulikan Benjamin yang sedang menjadi pemerhati itu.
"Stop.." kata Benjamin tiba-tiba.
Adelia berhenti makan ais krim. Dipandang ke arah Benjamin perlahan. Dah kenapa mamat ni suruh aku stop ? Orang tengah sedap makan ais krim ni.
Seketika dilihat Benjamin sedikit bangun lalu dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Adelia. Adelia sedikit terkedu. Dia tertelan liur sendiri. Dah kenapa dengan mamat ni pulak ? Dia nak buat apa?
Dapat dirasakan deruan nafas Benjamin. Boleh bayangkanlah betapa dekatnya wajah mereka berdua saat ini. Tetiba Benjamin berkata sesuatu....
" Umur kau berapa ?"
" Hah ?" Adelia tercengang.
" Umur kau berapa ?" tanya Benjamin sekali lagi.
" Errr 22 tahun...." Jawab Adelia gugup. Dah kenapa mamat ni tanya umur aku ?
Benjamin tersenyum sinis apabila mendengarkan jawapan itu.
" Aku rasa kau silap ni....Kau bukan 22 tahun tapi lebih kepada 2 tahun.....makan ais krim pun comot !" kata Benjamin seraya mengelap comot-comot di tepi mulut Adelia dengan sapu tangan miliknya yang diambil dari dalam poketnya tadi.
Adelia tersentak ! Satu pergerakkan yang amat pantas. Benjamin mengelap mulutnya ? What ? Jantung Adelia berdegup kencang seperti formula 1 tika ini.
Gila ! Mamat ni dah kenapa buat jantung aku sampai macam ni ?
Dalam diam ada sepasang mata sedang memerhati dari jauh adegan di antara Benjamin dan Adelia itu.
" Cepat-cepat pikat hati dia..." desis hati si pemerhati.
************
Jam di dinding cafe sudah menunjukkan pukul 6 petang. Cafe juga telah siap dikemas bersama-sama oleh Adelia, Kak Anis , Auni dan Safora. Benjamin? Alahh lelaki kan pemalas sikit. Mana mahu kemas-kemas ni. Errr makan gaji buta aje tahu.
Setelah siap semuanya, Adelia mula melangkah untuk balik. Adelia meminta diri kepada semua dan juga nenek Ammara. Namun apabila perjalanan dia hendak menuju ke pintu keluar cafe tiba-tiba dia ternampak, Benjamin yang masih duduk di salah satu kerusi yang disediakan di luar cafe. Eh ? Mamat kerek ni tak balik lagi ke ?
Adelia memutuskan untuk buat-buat tak tahu aje dekat Benjamin. Buat-buat tak nampak lepas tu terus blah balik naik scooter pinknya hahaha. Itu lah rancangan Adelia namun siapa tahu ? Kita yang merancang tapi Allah yang menentukan aceywahhh.
Keluar-keluar aje dari pintu cafe, seakan –akan Benjamin dapat tahu aje siapa yang akan keluar dari pintu tersebut, maka dengan pantasnya dia bangun lalu menahan langkah Adelia.
" Kau dah nak balik?" tanya Benjamin.
Errrr. See ? Baru aje aku nak buat-buat tak nampak tapi dia yang tahan aku dulu haish !
" Eh tak lah saya baru aje datang kerja ni....Tak nampak ke?" perli Adelia tepat kena batang hidung Benjamin.
Benjamin menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Errr aku hantar kau balik jom?" ajak Benjamin straight to the point.
Adelia tercengang ? Hah ? Hantar aku balik ? Seketika Adelia melirih ke arah scooter pinknya yang diparkir elok di hadapan cafe. Kebetulan superbike Benjamin juga disebelah scooternya.
"Hantar saya balik naik superbike tu ?" soal Adelia.
Benjamin mengangguk bangga. Dirasanya pasti Adelia akan bersetuju. Siapa aje yang tak sudi naik superbike style macam tu. Mesti bangga lah di sepanjang jalan.
" Hahaha habis scooter pink yang dekat sebelah superbike tu saya nak campak mana ?" kata Adelia sambil ketawa yang dibuat-buat.
Benjamin melirih ke arah scooter pink tersebut. Tak perasan pulak ada scooter pink kat situ. Ingatkan perhiasan aje.
"Dah lah Ben..saya nak balik dulu....terima kasih aje lah atas ajakan tadi tu...bye Assalamualaikum..." kata Adelia seraya berlalu pergi.
Akhirnya Benjamin hanya menjadi pemerhati di situ sehingga figura Adelia lesap berlalu begitu sahaja. Dia menghembus nafas berat.
"Its okay Ben...masih ada waktu untuk kau pikat hati dia..." desis hati Benjamin.
#Nahh chapter baru untuk minggu ni. Hope korang semua suka lah ya ? Heee siapa rasa watak Benjamin ni macam something sikit lah ? Heee nak tahu siapa Benjamin sebenarnya ? Tunggu next chapter okay ! Keep vote and comment guys ! :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro