Bab 22
Benjamin melangkah lemah keluar dari wad Adelia. Berat hatinya melihat keadaan Adelia itu. Hmm andai saja dapat diputarkan waktu , dia nak jaga Adelia. Dia nak ada di samping Adelia waktu Adelia tengah sakit dulu. Dia nak jadi orang pertama yang Adelia nampak lepas koma setahun dulu.
" Ehem - ehem " berdehem Aman.
Ya Aman ada aje dekat situ. Tengah memeluk tubuh sambil tersandar pada dinding di sebelah pintu wad Adelia. Sengaja dia menunggu di situ dan ingin memberi peluang untuk Benjamin melawat Adelia.
Benjamin sedikit tersentak. Dia memandang ke arah Aman Syazmy. Lama dia tak bersua muka macam ni.
" Boleh kita borak kejap ? " kata Aman serious.
Dua insan yang amat menyayangi Nurin Adelia kini sedang bersua muka. Masing - masing merenung antara satu sama lain. Cafeteria hospital menjadi pilihan tempat mereka untuk berborak.
" Kau apa khabar ? Sihat ? " kata Aman mula berbicara.
" Ermmm khabar baik. Alhamdulillah sihat. Kau ? "
Aman mengangguk kecil.
" Ermmm so kau dah tahu soal Adelia 3 tahun yang lalu ? " tanya Aman straight to the point.
" Hmm dah..."
" Habis apa kau nak buat sekarang ? "
Benjamin terdiam.
" Kau nak rampas Adelia dari tangan aku pulak ke ? " pintas Aman setelah Benjamin terdiam tadi.
" Ermmm bukan macam tu ...aku..."
" Hmm macam ni lah Ben...aku takkan semudah tu lepaskan Adelia dekat tangan kau semula...bukan niat aku nak kejam dengan kau....tak...tapi tak mudah untuk aku tawan hati Adelia selama 3 tahun setelah kepergian kau macam tu aje...aku yang dah banyak susah payah dengan dia...jaga dia dalam tempoh 3 tahun tu...means aku layak lah kan untuk hidup dengan dia ? " kata Aman serious.
Benjamin masih terdiam untuk seketika namun selepas itu dia mengangguk kecil. Mengiyakan kata - kata Aman itu.
" Hmm baiklah. Betul lah tu cakap kau tu..kau lebih layak untuk Adelia berbanding aku...Kau yang banyak berkorban untuk dia selama 3 tahun tu..." kata Benjamin sedih.
" Thanks sebab kau faham..." kata Aman.
Benjamin mengangguk kecil. Hmm ini akhirnya balasan yang aku patut terima. Aku dengan Adelia memang takkan dapat bersatu. Sampai bila - bila pun. Jodoh kitaorang tak panjang.
***************
Adelia dah keluar dari hospital. Alhamdulillah keadaan Adelia dah makin bertambah baik. Dia juga telah melakukan aktiviti hariannya semula. Shooting juga makin banyak sekarang.
Wajah Adelia yang memperagakan pelbagai jenis koleksi tudung juga makin membanjiri banyak majalah - majalah hot.
Dalam diam , ingatan Adelia juga makin membaik. Dia dah ingat semuanya. Namun semua itu masih dirahsiakan olehnya.
" Cik Adelia...lepas ni nak pergi mana ? Balik terus kan ? " tanya Syazwina.
" Ermmm...boleh singgah kejap tak cafe The Milkcow ? Saya teringin nak makan ice cream lah..." kata Adelia.
Ya dah lama sebenarnya dia tak jejakkan kaki dekat cafe tu. Rindu benar dia pada tempat itu setelah dia mendapat ingatannya semula ini.
" Hah baiklah Cik..."
Seperti yang diinginkan sampai lah Adelia di cafe tersebut. Adelia dan Syazwina menapak masuk ke dalam cafe itu. Adelia memerhati sekeliling. Dilihatnya setiap sudut.
Dulu kat sini lah tempat dia bekerja. Dekat situ pulak tempat kali kedua dia berjumpa dengan Benjamin. Hahahha masa tu Benjamin kerek nak mampus ! Dekat sini lah dia kenal kak Anis , Auni dan Safora.
" Cik ? Nak duduk dekat mana ni ? " soal Syazwina setelah melihat Adelia yang asyik kusyuk memerhatikan sekeliling.
" Hah ? Errr duduk situ lah..." kata Adelia menunjuk ke arah tempat duduk yang kosong.
Cafe The Milkcow hari ni agak ramai jugak. Well ice cream dia sedap kan ?
Beberapa minit kemudian ice cream yang Adelia dan Syazwina pesan pun sampai.Mereka berdua masing - masing menikmati ice cream tersebut.
" Ermmm sedap gila ice cream ni cik..." puji Syazwina.
Adelia hanya tersenyum kecil.
" Memang sedap pun..."
Syazwina tersenyum lebar.
" Adelia ? " sapa seseorang dari belakang Adelia tiba – tiba.
Adelia lantas menoleh. Dia memandang kea rah so pemanggil.
" Nenek Ammara ?" sahut Adelia teruja.
Ya orang itu adalah Ammara. Kini dia sudah pulang dari outstationnya. Benjamin juga sudah mula menguruskan syarikat papanya.
Hari itu Adelia jadi berborak lama pulak dengan nenek Ammara di officenya. Syazwina di suruh tunggu di luar sahaja.
" Jadi kamu dah ingat semuanya lah Adelia ?" kata Ammara agak teruja.
Yelah mana tak teruja. Dah hampir 3 tahun Adelia tak menjejakkan kaki di cafenya. Dah tu dirinya juga Adelia tidak ingat. Dia amat merindukan kehadiran Adelia sejak 3 tahun itu. Ammara juga tahu tentang penyakit Adelia dan kesan dari kemalangan Adelia yang hilang ingatan itu.
" Ye nek..Adelia dah ingat..Semuanya...."
" Habistu ? Benjamin dah tahu ?"
Adelia tersentak dan terdiam.
" Ermm tak nek...setakat ni nenek sorang aje yang tahu...Hmm Adelia tak bagitahu sesiapa lagi kecuali nenek.... Adelia nak rahsia kan semua ni dulu....Harap nenek tak bagitahu sesiapa tau pasal ni..." jelas Adelia.
Ammara kelihatannya mengangguk kecil.
" Hmmm nenek.....Adelia buntu sekarang ni..."
" Buntu kenapa sayang ?"
" Hmm bila Adelia dah ingat... hmmm Adelia jadi confius dengan pasangan hidup Adelia....Adelia tak tahu dan tak pasti siapa yang betul-betul ada dekat hati Adelia...."
Ammara kelihatannya agak fokus dengan luahan hati Adelia itu.
" Kamu tak tahu kamu sayang siapa ? Benjamin atau Aman ?" soal Ammara.
Adelia mengangguk kecil.
" Hmm kamu tanya dengan hati kamu...macam mana perasaan kamu bila kamu ada dekat dengan Aman ? Dan macam mana pulak bila kamu berada dekat dengan Benjamin?"
" Ermmm kalau dua-dua Adelia sayang macam mana ?"
Ammara pantas menggeleng.
" Tak boleh lah macam tu Adelia...kita ni perempuan...mana kita boleh pilih dua lelaki dalam satu masa..."
Adelia mengeluh panjang.
" Tapi nek....Adelia tak sanggup nak lukakan hati sesiapa pun dalam situasi ni.."
" Hmmm ya nenek tahu..."
" Jujur Adelia cakap masa Adelia tak ingat dulu, memang Adelia sayangkan Aman....Cintakan Aman...nak hidup dengan Aman....tapi bila ingatan Adelia dah kembali...Adelia mula rasa yang cinta dan sayang Adelia masih pada Benjamin....hmmm tapi Adelia rasa tak adil bagi Aman kalau Adelia buat keputusan untuk kembali pada Benjamin...." Luah Adelia.
" Macam ni lah..Adelia balik rumah...Adelia cuba fikir masak-masak..buat solat istikarah...mintak petunjuk dari Allah..itu aje pilihan terbaik saat ini.."nasihat Ammara.
Akhirnya Adelia mengangguk.
**********************
Tempoh perkahwinan Adelia makin hari makin dekat. Kejap aje tinggal lagi sebulan. Hmm apa yang aku perlu buat ni ? Tinggalkan Aman ? Kembali pada Benjamin ? Atau tetap teruskan perkahwinan ni dan lupakan Benjamin untuk selamanya ?
Adelia memerhati orang-orang yang lalu di dataran ini. Ada juga couple yang kelihatan bahagia aje bila berdua. Hmm seronoknya jadi diaorang.
Seketika Adelia mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Butang lampu ditekannya. Keluarlah cahaya lampu yang berwarna warni pada satu gelang. Gelang ? Ya gelang pemberian Benjamin.Dekat dataran ni juga lah gelang itu dibeli. Hahaha sekarang ni makcik yang jual gelang tu pun dah pindah.
Adelia merenung dalam-dalam gelang tersebut. Satu persatu kenangannya bersama Benjamin bermain di ingatan.
*Flashback*
" Adelia.." panggil Benjamin
" Hmmmm apa ? "
" Awak kenapa diam ? Marah ke ? "
" Hmmm haah marah bengang semua ada..." balas Adelia sambil matanya memandang ke arah hadapan.
" Kenapa ? " tanya Benjamin pura-pura tak faham.
" Sebab awak lah..Kenapa tak bagi saya explain hal yang sebenar dekat makcik tadi tu ? Dia salah faham kan? " jelas Adelia lalu memandang tajam ke arah Benjamin.
Benjamin tersengeh kecil.
" Hahaha ohh sebab tu...alahhh biarlah...biar makcik tu anggap yang kita ni suami isteri. Not bad lah kan ? " kata Benjamin selamba.
" Hah ? Awak cakap not bad ? Hish tak baik lah tipu orang..." kata Adelia.
" Its okay...kalau tak baik tipu orang...nanti saya akan buat status tu jadi kenyataan. Amacam ? " kata Benjamin selamba sambil menatap mata Adelia.
Adelia terkaku dengan kata-kata Benjamin.
" Errr..." Adelia kelu untuk berkata-kata.
" Hahah sudah lah..hah cer awak cuba pakai gelang tadi tu...lawa tak ? " kata Benjamin mengubah topik.
*End Flashback*
Terasa kaki Adelia terkena sesuatu. Adelia melihat ke arah kakinya. Adelia sedikit terpinga. Gelang lampu ? Lantas tangannya cepat saja mencapai gelang tersebut.
" Eh gelang ni samadengan aku lah...."gumam Adelia sendiri sambil mendekatkan gelang yang dia jumpa dengan gelang miliknya.
Tetiba Adelia baru tersedar yang ada seseorang sedang berdiri terpacak berdekatan dengan dirinya. Adelia mendongak memandang ke arah orang itu. Adelia tersentak ! Begitu juga riak wajah orang tersebut.
Seketika baru Adelia tahu gelang ini milik siapa. Suasana ketika itu agak awkward. Benjamin juga masih terpacak di situ dan memandang kosong ke arah Adelia. Adelia menarik nafas dalam-dalam seraya bergerak mendekati Benjamin sambil menggengam erat kedua-dua gelang tersebut.
Benjamin terpinga.
Sampai – sampai saja depan Benjamin , jarak mereka terlalu lah dekat. Adelia menapak ke belakang setapak. Menjarakkan dirinya dengan Benjamin sedikit. Dia mendongak memandang tepat ke wajah Benjamin.
" Gelang awak ?" kata Adelia lalu menghulurkan gelang tadi kepada Benjamin.
Ya itu gelang Benjamin. Terlepas dari pegangan Benjamin tadi sampai la ia bergolek hingga ke kaki Adelia. Semuanya seperti satu kebetulan.
Benjamin tidak menjawab dia pantas merampas gelang tersebut dari pegangan Adelia.
Adelia tersentak dengan tindakan Benjamin.
Seketika Benjamin terus membelakangi Adelia dan ingin melangkah pergi. Baru beberapa langkah Benjamin tiba-tiba.....
" Benjamin Aydan ! I miss you !" teriak Adelia kuat sehinggakan tidak mempedulikan orang lain yang ada di situ.
#Nahh ! Sorry smlm sis tak sempat nak update :) Keep vote and comment !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro