Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

Hari demi hari Adelia kini didatangi oleh Aman Syazmy di cafe the Milkcow. Adelia dihuni rasa rimas. Yelah hampir setiap hari kot dia singgah.

" Aman..please Adelia mohon jangan ganggu Adelia lagi. Tolong faham Adelia ni tunang orang dan tak lama lagi kitaorang dah nak kahwin dah pun...." kata Adelia separuh merayu.

" Hmmm yes i know Adelia tunang orang but susah untuk Aman lupakan Adelia...please bagi Aman peluang untuk buat Adelia bahagia..." rayu Aman.

Adelia menggeleng.

" No..Tak boleh...tolong lah faham..Aman kena move on...kalau Adelia boleh move on dari Aman. Kenapa Aman tak boleh ? Please Aman...be matured...jangan ganggu Adelia lagi..." kata Adelia seraya melangkah pergi masuk ke dalam.

Aman menghembus nafas berat. Dia meraut wajahnya kasar. Seketika Aman mula beredar dari cafe tersebut. Namun tanpa dia sangka - sangka dia terserempak dengan Benjamin di luar cafe.

" Eh Aman ? Kau buat apa dekat sini ? " soal Benjamin even dia tahu apa mamat kerek ni buat kat sini sebenarnya .

" Hm disebabkan mamat ni lah Adelia tolak cinta aku ! Tak guna betul lah ! " desis hati Aman.

" Hello ? Aman ? "

" Errr sorry - sorry kau tanya apa tadi ? "

" Aku tanya kau buat apa dekat sini ? " soal Benjamin semula.

" Oh hahaha aku makan ice cream lah...buat apa lagi.. " nafi Aman.

Benjamin memandang curiga ke arah Aman. Ingat aku tak tahu apa motif kau ehh ?

" Ermm okay lah aku gerak dulu bye..." kata Aman seraya ingin melangkah pergi.

" Kau jangan harap yang kau dapat rampas Adelia dari tangan aku.." kata Benjamin serious.

Langkah Aman terhenti jadinya.

" Lebih baik kau lupakan hasrat kau untuk tawan hati Adelia balik.Aku takkan lepaskan Adelia sampai bila-bila. Harap kau faham.." kata Benjamin baik-baik.

Tiba - tiba Aman menoleh lalu memandang sinis ke arah Benjamin.

" Oh ya ? Sorry aku pun takkan mengalah untuk dapatkan hati Adelia semula. Aku tahu dia masih sayangkan aku. Sebab apa kau tahu ? Sebab aku lah first love dia. Best man win bro.." kata Aman dengan sinis dan angkuh lalu melangkah pergi.

Benjamin mengenggam penumbuknya erat..

" Tak guna ! " desis hati Benjamin.

***********
Beberapa hari kemudian , Aman Syazmy datang semula menganggu Adelia. Adelia sampai naik menyampah lah. .

" Adelia...boleh kita berborak kejap ? " tanya Aman.

" Tak boleh...saya tengah kerja ni...kalau awak just nak cakap soal hati dan perasaan awak tu lebih baik awak lupakan aje lah...saya tak nak dengar apa-apa lagi..." kata Adelia straight to the point.

" Okay - okay....saya nak berborak kejap aje ...saya nak selesaikan semua ni...please bagi waktu untuk saya..." kata Aman.

" Okay 5 minutes..." kata Adelia.

Seketika mereka berdua di suatu sudut secara berdepan.

" Hmm okay lah...saya nak minta maaf dekat awak kalau kehadiran saya benar - benar buat awak terganggu. Aman dah fikirkan masak - masak...yang Aman akan stop kacau Adelia...Aman akan cuba move on...but boleh kan kalau kita still kawan ? Please Adelia kalau Adelia memang tak boleh terima Aman dalam hati Adelia lagi , please terima Aman sebagai kawan ?  " kata Aman penuh sandiwara.

Adelia merenung ke arah wajah Aman yang kasihan itu. Dia mengangguk kecil.

" Baik..kita boleh jadi kawan...dan Adelia harap Aman boleh lupakan Adelia...dan hanya anggap Adelia kawan aje.." kata Adelia.

Aman tersenyum penuh manis lalu mengangguk kecil.

Setelah Adelia menerima Aman sebagai kawannya semula. Mereka berbual  seketika. Sepanjang perbualan kelihatannya mereka begitu mesra dan ketawa bersama - sama. Yelah dah tak ada rasa akward bila mereka menganggap yang mereka ni kawan.

Namun lain pula dari pandangan Benjamin. Entah macam mana Benjamin tiba - tiba datang lalu menumbuk pipi Aman Syazmy kuat.

" Kau ni kan memang tak malu kan ? Aku dah cakap jangan kacau Adelia ! Apa yang kau tak faham - faham lagi hah ?! " teriak Benjamin sambil menarik kuat kolar baju Aman.

Haish buat malu aje lah Benjamin ni ! Tiba -tiba serang orang macam ni...Nasib baik lah customer tak ada lagi masa tu. Kalau tak ? Hmmm nenek Ammara pun tak ada jugak.

Aman hanya membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu oleh Benjamin. Dia tidak membalas. Kenapa ? Hahaha itu lah motifnya. Ingin buat Benjamin nampak teruk dekat depan Adelia.

Benjamin bertambah geram bila Aman tidak melawan semula dan hanya berdiam diri. Lantas dia menumbuk pipi Aman lagi.

" Benjamin ! Cukup ! " kata Adelia seraya menarik Benjamin dari terus menumbuk Aman.

Benjamin tersentak !

" Aman tak ganggu saya lah...Dia cuma nak berkawan aje dengan saya...Awak jangan bertindak melulu boleh tak ? " kata Adelia meninggi.

" Oh macam ni nak kawan ? Saya tahu lah dia ada agenda lain..." balas Benjamin masih tidak mahu mengalah.

" Sudah lah Ben...jangan tuduh orang main cakap mulut aje kalau awak tak ada bukti..." kata Adelia.

Benjamin mula bengang apabila Adelia seperti memback up Aman Syazmy pulak kali ni. Apa yang dah jadi sekarang ?

" So awak back up dia lah ni ? " kata Benjamin masih menahan amarahnya.

" Tak ! Saya tak back up sesiapa pun kat sini...saya just tak nak awak buat kacau dekat cafe nenek ni..."

" Arghhh sudah lah ! " tengking Benjamin terus lalu beredar keluar dari cafe tersebut.

Staf yang lain hanya melihat dari jauh pergaduhan itu. Takut diaorang nak masul campur. Bukan diaorang tak tahu kalau Benjamin marah macam mana. Jangan sesiapa pun berani nak kacau.

Adelia memejamkan matanya yang dah mula berkaca. First time dia kena tengking macam ni dengan Benjamin.

" Errr Adelia ? Awak okay ? " tanya Aman.

" Hmm ye saya okay...sepatutnya awak tu yang saya patut tanya okay ke tak...Awak kena tumbuk tiba-tiba...mesti sakit kan ? " kata Adelia.

" Its okay..saya faham...Benjamin tak sengaja tu...dia salah faham..." kata Aman hebat bersandiwara. Padahal pergaduhan seperti ini lah yang dia amat inginkan. Mudah untuk dia merebut Adelia kalau macam ni.

Part of Benjamin.

Benjamin menghempas kuat pintu kereta almeranya. Ehhh ? Tak naik superbike ke ? Tak , hari ni dia naik kereta ingatkan nak ajak Adelia lunch. Tengok - tengok jadi macam ni pulak.

" Arghhhhhh ! Kenapa Adelia ? Kenapa awak kena back up dia ?!" teriak Benjamin di dalam keretanya.

Stereng kereta juga menjadi mangsa hentakkannya. Dia terlalu marah + bengang + kecewa.

Ting ! Ting !

Benjamin mengeluarkan phonenya yang berbunyi itu. Terpapar satu kiriman mesej dari no yang tidak dikenali. Selepas itu dia terus buka dan membacanya.

Unknown

Best man win bro ! Kau dah nampakkan sekarang ? Kalau betul dia dah tak sayangkan aku takkan dia nak back up aku kan ? Get ready lah ya bro untuk angkat kaki lepas ni !

" Arghhh tak guna punya Aman Syazmy ! Mana dia dapat no phone aku ni ? Hmmmm ni mesti Adelia yang kasi kan ? " kata Benjamin sendiri.

Benjamin meraup wajahnya kasar seketika. Tubuhnya tersandar lemah sekejap.

" Adelia...betul ke yang awak masih sayangkan Aman ? Awak tak betul-betul sayangkan saya ke ? " luah Benjamin sedikit sedih dan mula tidak yakin dengan perasaan Adelia.

*************
Hampir 2 hari Adelia contact Benjamin namun tidak berangkat satu pun. Benjamin betul-betul marah ke dengan dia ? Benjamin merajuk teruk kali ni. Hmmm Adelia mula dirundung rasa risau.

Benjamin juga sudah tidak muncul di cafe nenek Ammara lagi.

" Hmm Benjamin...mana awak pergi ? Saya rindukan awak...jangan lah buat saya macam ni.." desis hati Adelia.

Adelia duduk termenung sendiri di tempat duduk yang disediakan di luar cafe The Milkcow. Act sekarang dah tiba masanya untuk dia balik namun Adelia masih menunggu di situ. Mengharapkan kehadiran Benjamin di situ. Benar dia amat rindukan Benjamin.

" Eh Adelia ? Tak balik lagi ke ? " tanya Anis.

" Hmmm belum lagi.."

" Kenapa ni ? "

" Adelia tunggu Benjamin...kot - kot dia datang ke..." kata Adelia sedih.

Anis dah tahu tentang masalah yang melanda hubungan di antara Adelia dan Benjamin saat ini.

" Adelia risau lah dekat Benjamin...dia tak contact Adelia langsung lah.." kata Adelia.

" Ermmm cuba lah pergi rumah dia ? Tengok dia ada dekat rumah mungkin...tak try call mama Ben ke ? " kata Anis memberi cadangan.

" Hmmm ya tak ya jugak...okay - okay nanti Adelia try pergi rumah dia ea...Thanks kak Anis bagi cadangan..."

" Hahaha no hal lah..."

Sesampainya Adelia di rumah besar Benjamin, dia hanya berjumpa dengan mama Benjamin iaitu aunty Yasmeen. Adelia juga baru dapat tahu yang Benjamin tak ada di sini. Sebenarnya Benjamin outstation dekat Singapore. Dia kena uruskan projek di sana selama seminggu.

Hmmmm marah betul Benjamin dengan dirinya ea ? Sampaikan pergi outstation pun tak inform dekat dia. Dah tu mesej , ws , call semuanya tak berjawab.

Semasa balik pun , berat langkah Adelia. Dia memerhati setiap inci rumah milik Benjamin itu.

" Hmm sempat ke aku jejakkan kaki lagi dekat rumah Benjamin ni  sebagai satu keluarga ? "

********************
Seminggu kemudian.

Benjamin telah selamat balik ke rumahnya. Cukup outstation di Singapore. Kini tiba masa untuk dia balik ke rumahnya. Rindu familynya dan rindu juga Adelia. Rasanya dah cukup kot seminggu untuk dia menyendiri dari Adelia. Ya dia mengaku selama seminggu ni dia tak contact dan balas langsung chatt or call dari Adelia. Hahaha sengaja dia nak uji Adelia risau akan dirinya atau tidak.

Namun Benjamin agak pelik bila 2 hari yang lalu sudah tidak ada lagi panggilan or chatt dari Adelia. Hmm Benjamin cuba berfikiran positif maybe Adelia busy kot ?

" Mama ! I'm back ! " ucap Benjamin teruja.

" Alhamdulillah anak mama dah balik..." kata Yasmeen juga teruja.

" Rindunya dekat mama.."

" Mama pun rindu Ben...even baru 1 minggu aje Ben pergi outstation.." kata Yasmeen.

Benjamin tersenyum lebar.

" Yang lain macam mana ? Sihat ? Adelia ada cari Ben tak ? "

" Alhamdulillah sihat...Hah ? Errrr Adelia ?"kata Yasmeen agak terkejut..

Benjamin sedikit curiga.

" Kenapa ni maa ? "

" Ermmm kejap ea Ben..." kata Yasmeen seraya mendekati satu laci  almari.

Yasmeen mengeluarkan sesuatu kotak baldu kecil dari laci almari tersebut. Seketika dia mendekati Benjamin lalu menghulurkan kotak baldu tersebut...

" Apa ni maaa ? " tanya Benjamin berdebar.

Seketika dia menyambut huluran tersebut lalu dibuka kotak itu. Terpapar lah sebentuk cincin yang amat dia kenali. Cincin tunang Adelia !

Benjamin agak tersentak ! Dia masih tak faham . Lantas dia memandang tepat ke wajah mamanya. Yasmeen kelihatan agak muram.

" Adelia putuskan pertunangan kamu dengan dia ..."

Sebaris ayat yang keluar dari mulut Yasmeen telah  merobek - robek hati Benjamin..

" Apa ? Tapi kenapa maaa ? Apa salah Ben ? Kenapa tiba - tiba aje ni..." tanya Benjamin bertubi - tubi.

Yasmeen menggeleng kecil..

" Ermmm mama pun tak tahu lah Ben.."

Benjamin mengetap bibirnya kuat. Dia tak boleh nak fikir apa - apa dah. Dia kena jumpa dengan Adelia sekarang juga ! Dia perlukan penjelasan dari Adelia sekarang juga !

Sekelip mata , Benjamin sudah sampai di hadapan rumah Adelia. Ehhh Benjamin tak cari Adelia dekat cafe ke ? Ye Benjamin dah pergi cafe , namun Adelia tak ada di sana. Lagi terkejut Benjamin apabila dia dapat tahu dari Anis yang Adelia dah tak kerja dekat cafe neneknya lagi. Kenapa ? Kenapa Adelia tiba - tiba berhenti kerja ?

Benjamin call , chatt Adelia suruh keluar dari rumah namun satu pun tak berjawab. Mana Adelia ni ? Akhirnya setelah mencuba berulang kali call baru Adelia memunculkan diri keluar dari rumah.

Sekarang Adelia berdepan dengan Benjamin di luar rumah Adelia...

" Awak nak apa lagi Benjamin ? " tanya Adelia mendatar sikit pun dia tak pandang wajah Benjamin.

Adelia betul - betul dah lain sekarang. Kenapa tiba - tiba aje ni ?

" Apa semua ni Adelia ? Kenapa awak buat keputusan tanpa berbincang dengan saya pun ? " tanya Benjamin lalu menunjukkan cincin  tunang yang dipulangkan oleh Adelia.

"Buat keputusan tanpa berbincang dengan awak ? Habis yang awak pergi outstation seminggu macam tu aje tanpa bagitahu saya tak apa pulak kan ? Hahahaha ignored call and chatt saya tak apa pulak kan ? So buat apa kita bertunang kalau hubungan kita macam ni...And one more thing saya baru sedar sekarang..yang saya dah tak sayangkan awak lagi Benjamin Aydan....Better saya stopkan hubungan ni sebelum kita pergi lebih jauh...kan ? " hambur Adelia di hadapan wajah Benjamin.

Kprakkkkkkk ! 💔

Hati Benjamin seperti patah berkeping - keping jadinya.

" Dah lah awak pergi balik lah ! Lepas ni jangan cari or contact saya lagi ! Anggap aje yang kita ni tak ada jodoh...by the way thanks for everything..." kata Adelia agak sinis seraya ingin melangkah pergi.

" Awak buat semua ni sebab awak masih sayangkan Aman Syazmy kan ? " luah Benjamin tiba - tiba.

Langkah Adelia terhenti.

" Saya tahu awak buat semua ni sebab Aman kan ? Awak memang masih sayangkan dia kan ? Awak tak pernah sayang or cintakan saya  sepenuh hati awak kan ?! " teriak Benjamin.

Adelia menoleh dengan pandangan yang agak sinis.

" Yes you are right ! Bagus lah kalau awak tahu....memang saya masih sayangkan Aman...tak ada sesiapa yang boleh gantikan dia dekat hati saya...maaflah kalau saya hanya gunakan awak untuk saya lupakan Aman dulu but since Aman sendiri yang dah confess perasaan dia dekat saya...so cinta saya tak bertepuk sebelah tangan lagi...hope awak boleh cari pengganti saya lah lepas ni...goodluck..." kata Adelia angkuh seraya meneruskan langkahnya masuk ke dalam rumah..

Bagaikan memahami rasa mendung di hati Benjamin. Tetiba hujan mula turun membasahi bumi. Benjamin ? Benjamin masih terpaku di situ . Di hadapan pintu rumah Adelia. Dia masih terpaku dan cuba hadam kata - kata Adelia itu. Ya Allah ujian apa yang engkau berikan ini ? Sungguh berat . Sungguh perit. Hati lelakinya benar - benar sakit ketika ini. Bukan ini yang dia inginkan. Bukan ini yang dia harapkan.

" Ya Allah...." desis hati Benjamin..

#Nah last chapter untuk minggu ni. Hmmm sedih tak guys ? Why semuanya jadi macam ni ea ? Apa yang jadi pada Adelia dlm masa seminggu tu ? Keep vote and comment pls 💕😘




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro