Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

Toleh-toleh saja Adelia tersentak hebat ! What ? Takkan lah dia ni ? Tak mungkin lah !

" Nurin Adelia right ? "

" Errr yes. Who are you ? " sengaja Adelia bertanya even dia tahu siapa lelaki yang terpacak depan dia sekarang ni.

" Heyy...ni Aman lah...Aman Syazmy . Takkan dah lupa ? Ketua Pengawas Seri Impian ? " kata Aman.

Ya lelaki di hadapan Adelia saat ini adalah Aman Syazmy a.k.a ex crush Adelia. Why ? Why dia muncul balik setelah beberapa tahun tak pernah bersua muka ? One more thing jangan cakap dia anak aunty Yasmeen a.k.a abang conan ?! Impossible 😥

" Oh Aman Syazmy haha....ya ingat-ingat...sorry  tak perasan tadi..." kata Adelia dengan ketawa kecil yang dibuat-buat.

" Tak perasan ? Aman makin handsome ea ? Sampaikan Adelia tak perasan Aman ? " kata Aman cuba beramah mesra dengan Adelia.

Adelia hanya tersenyum nipis. Menyampah dhooo ! Aku tak nak pun jumpa kau !

" By the way Adelia buat apa kat sini sorang -sorang ? " tanya Aman.

" Errrr Adelia...ada nak jumpa kawan.." kata Adelia.

" Oh kawan...ermmm Adelia sekarang nampak makin cantik ea ? Ni dah berpunya ke belum ? " kata Aman selamba.

Adelia terkelu sekejap.Dah kenapa baru jumpa terus tanya aku dah berpunya ke belum ?

" Dah...Adelia dah berpunya...Dia aku yang punya..." jawab seseorang yang tiba-tiba muncul.

Aman dan Adelia masing-masing menoleh ke arah suara tersebut.

" Benjamin ? " nama itu yang meniti di bibir Adelia.

Benjamin mula menapak mendekati Aman dan Adelia. Adelia dah kecut perut. Mintak-mintak lah dia tak salah faham. Eh kenapa Benjamin tiba-tiba boleh ada dekat sini ?

" Adelia siapa ni ? " tanya Aman mula rasa ada saingan.

" Ermm ni Benjamin Aydan...boyfriend Adelia..." kata Adelia gugup.

Riak wajah Aman mula berubah sedikit. Dia tetiba jadi tak senang hati bila munculnya kehadiran Benjamin dan dikenalkan sebagai boyfriend Adelia. Tapi...macam familiar aje nama tu ?

" Haah aku Benjamin Aydan...takkan kau tak ingat aku Aman Syazmy ? " kata Benjamin sedikit sinis.

" Ermmm jap kalau tak silap aku...kau Mat Dan kan ? Pengawas pusat sumber dulu yang nerd tu ? " kata Aman dengan nada mengejek sedikit.

Pehhhh panas dho hati Benjamin. Mamat ni dah kenapa ?! Nak mention yang dia ingat aku tak payah lah cakap aku ni nerd ! Nerd sangat ke aku ni dulu ?

" Haah aku lah tu..tapi alhamdulillah lah sekarang aku tak nerd lagi...kan sayang ? " kata Benjamin dan sengaja dia guna perkataan sayang itu di hadapan Aman.

Aman mengetap bibirnya sedikit.

" Ermm congrat lah korang...nanti kahwin jangan lupa jemput ea..." kata Aman sengaja.

" In shaa Allah...kau orang first yang akan aku jemput..." balas Benjamin pedas.

" Eh diaorang ni main balas - balas pulak. Dah kenapa ? " desis hati Adelia.

" Ermm okay lah aku gerak dulu ea dengan Adelia...see you soon bro...jom sayang..." kata Benjamin seraya menarik pergelangan tangan Adelia yang berlapik baju.

Adelia hanya mengikuti langkah Benjamin. Dia tidak banyak soal.

Aman Syazmy hanya memandang dari jauh dengan satu pandangan sinis.

" Hmm Nurin Adelia..." nama itu disebut Aman sinis.

*************
Sesampainya mereka berdua di tempat parkir motor mereka.Benjamin tersandar pada superbikenya. Dia parkir betul-betul sebelah dengan scooter milik Adelia. Untuk beberapa minit mereka masing-masing membisu.

" Ermm...macam mana awak boleh ada dekat sini ? Bukan awak kerja dekat office ke ? " kata Adelia.

" Hmmm saya ikut awak dari belakang...saya datang cafe nenek tadi nak jumpa awak...tapi tengok-tengok awak start motor nak balik..so saya follow awak sampai lah awak datang sini....Dah tu jumpa Aman Syazmy pulak kan tanpa pengetahuan saya  ? " kata Benjamin cemburu.

" Bukan macam tu awak....saya datang sini bukan nak jumpa Aman....saya pun tak tahu yang dia ada dekat sini...Semuanya hanya kebetulan..." jelas Adelia.

" Dah tu awak buat apa dekat sini ? " tanya Benjamin serious.

" Errr saya..nak jumpa ....jumpa kaw..an saya..." kata Adelia gugup.

" Kawan ? Siapa ? Saya kenal ? " tanya Benjamin lagi.

Adelia menggeleng.

" Tak...awak...tak..kenal..." kata Adelia.

" Oh hmmm apa-apa aje..tapi satu aje saya nak pesan..jangan jumpa or dekat-dekat lagi dengan Aman Syazmy...Saya tak suka sebab saya jelous..." kata Benjamin jujur.

Hahahhaa Benjamin ni memang kuat jelous lah. Dah tu jujur sangat pulak tu yang dia jelous.

" Ye baiklah saya tak dekat-dekat dengan dia...Awak jangan lah jelous ....Dia bukan siapa-siapa pun bagi saya..." kata Adelia.

" Hmm mana boleh saya tak jelous..dia crush awak kan ? "

" Itu dulu lah...tapi sekarang dia ex crush saya..dan awak boyfriend , future fiance and in shaa Allah future husband saya juga..." kata Adelia cuba memujuk Benjamin.

Dengar saja Adelia berkata seperti itu pipi Benjamin blushing jadinya.

" Dah jom balik ? " kata Adelia.

Benjamin mengangguk namun tiba-tiba dia mencapai helmet milik Adelia.

" Awak nak buat apa dengan helmet saya ? Bak sini saya nak pakai..." kata Adelia.

Dengan pantasnya Benjamin mendekati Adelia dengan jarak yang sangat dekat. Mereka berhadapan antara satu sama lain. Adelia mendongak memandang Benjamin memandangkan Benjamin agak tinggi. Well lelaki normal lah tu tinggi dari perempuan kan ?

" Awak nak buat apa ? " tanya Adelia masih tidak mengerti.

Seketika Benjamin menyarungkan helmet tersebut ke kepala Adelia. Adelia tersentak.

" Nak letak dekat kepala kesayangan saya lah...Nak pakaikan helmet dekat dia.." kata Benjamin seraya memaikan helmet di kepala Adelia dengan kemas. Tertunduk sedikit tubuh dia  jadinya.

Adelia sedikit terdiam. Wajahnya mula membahang. Yelah wajah dia dengan Benjamin teramatlah dekat saat ini disebabkan Benjamin nak pasangkan tali helmet kan ?

" Okay done..." kata Benjamin seraya mengusap kepala helmet yang dipakai Adelia. Alahaii sweetnya. Cair Adelia jadinya.

Seketika Benjamin mengundur beberapa langkah ke belakang.

" Serious ni nak balik terus ? Ke nak pergi makan dulu ? " kata Benjamin.

" Haah makan lah dulu...mesti awak laparkan ? " kata Adelia.

Benjamin mengangguk kecil. Akhirnya mereka mula bergerak untuk mencari kedai makan terlebih dahulu.

****************
Balik- balik sahaja rumah , mama bagitahu yang abang conan tak jadi datang tadi sebab ada hal urgent. Pehhhh angin dho bila aku dapat tahu. Mana tak angin dah la disebabkan pertemuan tak jadi ni lah aku jumpa balik dengan Aman Syazmy !  Nasib baik Benjamin tak buat hal merajuk ke apa dengan aku lama-lama . Kalau tak ?

Pada malam itu Adelia duduk bersendirian di luar rumahnya. Ambil angin kejap dekat luar. Duduk dalam rumah rasa panas aje. Buaian yang terletak elok di suatu sudut menjadi pilihan dirinya.

Kelihatannya langit malam ni cantik dipagari bulan dan bintang. Adelia mendongak memandang langit yang banyak bintang itu.

Tetiba dia teringatkan Benjamin yang memakaikan helmet kepadanya. Memori tersebut diimbas satu persatu.

" Hmmm aku rasa aku dah makin jatuh hati dengan Benjamin. Semakin hari rasa cinta semakin besar..." desis hati Adelia.

Adelia menghembus nafas berat. Tetiba satu figura mengambil tempat di sebelah Adelia.

Mama.

Ya mama yang duduk.

" Buat apa sorang-sorang dekat sini ? " tanya Fatmah.

" Ermmm tak ada apa-apa..saja ambik angin kat luar ni.." balas Adelia.

" Oh. Hmmm mama ada benda sikit nak cakap ni..."

Hmmm. Pasal abang conan lah tu.

" Esok malam jangan keluar mana-mana. Kita ada tetamu nak datang..." kata Fatmah.

" Tetamu ? Siapa ? " soal Adelia.

" Aunty Yasmeen sekeluarga nak datang esok...dan makan malam dekat rumah kita...lepastu kitaorang nak bincang terus soal kamu dengan abang conan..."

Adelia tersentak kecil. Mama tetap dengan keputusan mama ?

" Adelia...mama harap kamu tak buat hal dan jangan kecewakan mama...Kamu kena ingat apa yang mama buat ni untuk kebaikan kamu jugak..." kata Fatmah seraya bangun meninggalkan Adelia.

Adelia hanya melihat figura mamanya berlalu dengan perasaan sedih.Dia menggeleng kecil.

" Tak mama. Adelia tak boleh...Adelia cuma nak hidup bahagia dengan Benjamin...bukan dengan orang lain..." desis hati Adelia sedih.

Okay tak apa esok jumpa aje abang conan. Aku nak explain dekat dia. Aku nak suruh dia cancle kan semua penjodohan ni. Maybe kalau abang conan yang buat , aku takkan disalahkan. Harap sangat abang conan memahami keadaan aku.

Keesokan malamnya. Seperti yang dikatakan oleh mama tetamu yang ditunggu - tunggu telah tiba. Adelia disuruh mama untuk bersiap cantik- cantik. Hmm malam tu Adelia ni dah macam robot. Disuruh itu dan ini. Dia hanya mengikut saja. Jujur hanya jasad dia saja yang ada di situ namun roh dan hatinya terbang entah ke mana.

Kelihatan wanita dan lelaki  yang berumuran 40 an masuk ke dalam rumah Adelia bersama mama dan papa. Adelia masih duduk di tangga rumah bahagian atas. Dia hanya mencuri - curi tengok di bahagian celah-celah tiang tangga. Seketika papa membawa tetamu lelaki a.k.a uncle Yusree tersebut pergi duduk ke ruang tamu. Mama pulak sibuk borak dengan aunty Yasmeen sambil berdiri macam tak menyempat nak duduk dulu.

" Nurin Adelia ! " panggil Fatmah tiba-tiba .

Hmmm dia dah panggil dah ! Hish ! Adelia lambat - lambat turun ke bawah. Malas nyaaa ! Meluat semua ada !

" Wahhh ni Adelia ke ? Besar dah dia...makin cantik sekarang yaa.." puji Yasmeen.

Adelia hanya tersenyum hambar apabila dipuji sebegitu. Seketika dia mencium tangan aunty Yasmeen.

" Aunty sihat ? " tanya Adelia cuba beramah mesra even terpaksa.

" Alhamdulillah sayang...sihat aje..." jawab Yasmeen.

" Eh hah mana anak kamu Yasmeen  ? Tak nampak pun ? Tak datang ke ? " tanya Fatmah mencelah.

Hish mama ni excited sangat nak jumpa dengan abang conan kenapa entah ? Macam dia pulak yang nak kahwin.

" Oh datang-datang...dia tengah on the way...dia naik kereta asing..." kata Yasmeen.

Oh patut lah tak nampak pun kelibat dia. On the way rupanya. Ingatkan tak datang . Tak datang terus pun tak apa ahhhh...Malas aku nak bersua muka.

" Assalamualaikum...sorry lambat..."

Sapa seseorang tiba-tiba.

" Hah dah sampai pun dia..." kata Yasmeen.

Adelia hanya memandang ke arah lain. Malas nak tengok abang conan.

" Wahhh handsome anak kamu ye Yasmeen...macam artis korea...hahaha " puji Fatmah.

Nak termuntah Adelia dengar. Tahu lah aunty Yasmeen puji dia tadi tapi tak payah lah mama puji dia cakap handsome macam artis korea bagai !

Tetiba Adelia di siku oleh Fatmah.

" Pandang lah muka abang conan kamu...jangan tunjuk sangat yang kamu tu tak suka dia..." bisik Fatmah.

Ish mama ni !

Akhirnya lambat-lambat Adelia menoleh memandang ke arah abang conan. Kelihatannya abang conan sedang tersenyum manis kepada Adelia.

" Hai Nurin Adelia right ? "

Jantung Adelia berhenti berdetak untuk seketika. Matanya juga terkebil - kebil. Dia abang conan ? Means dia memang datang lah tadi ? Memang dia dekat taman rekreasi tadi ! Tapi kenapa dia tak mengaku pun yang dia abang conan ! Why ?!!!!!!!!!!

#Siapa ni ? Alahaiii masih tak terjawab lagi siapa abang conan yang sebenarnya. Memandangkan Adelia cakap abang conan ada masa kat taman rekreasi tadi so di antara Aman Syazmy dengan Benjamin Aydan lah kan ? Korang rasa mana satu yang sesuai jadi abang conan untuk Adelia ? Cer comment tgk ?
Heeee okay last update untuk minggu ni yaa..see you soon ! Keep vote and comment 😊💕

#For umat islam , selamat menjalani ibadah puasa ya start esok ! Puasa penuh okay kalau tak ada apa2 yng menghalang ! 😘💕











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro