Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

Senyuman tidak lengkang daripada bibir Adelia. Mana tak happy bila semua yang terpendam selama ini telah terlerai.

Kini Adelia dan Benjamin telah menjadi pasangan kekasih dengan rasminya. Benjamin juga terasa amat bahagia, kerana usahanya selama ini mendapat hasil dan tidak sia -sia lagi.

" Amboi tersenyum sampai ke telinga..Lama - lama boleh jadi joker dah ni..." tegur Ammara.

" Ehh nenek..." kata Adelia gugup.

" Macam mana ? Dah settle hal Adelia dengan Benjamin ? " tanya Ammara.

" Errrr dah heee.."

Ya Adelia tahu yang nenek Ammara pasti dah tahu akan hal dirinya dengan Benjamin.

" Bagus lah...nenek harap kamua dengan Benjamin akan kekal sampai ke jinjang pelamin ya..." kata Ammara bahagia.

Adelia terdiam seketika. Hmmm harap sangat lah macam tu. Tetiba dia rasa risau akan penjodohan dirinya dengan abang conan.

" In shaa Allah nekk..."

" Okay lah buat lah kerja kamu...nenek masuk dalam dulu ya..."

Setelah Ammara berlalu. Adelia terduduk seketika di sebuah bangku di situ. Dia menghembus nafas berat.

" Macam mana aku nak explain dekat mama ea soal hubungan aku dengan Benjamin ? " desis hati Adelia.

" Bahhhhhhh ! " sergah Benjamin pulak tiba-tiba.

Namun Adelia tidak memberi respon. Dia tak fokus langsung pada sergahan Benjamin. Dia mengelamun jauh saat itu. Seketika Benjamin mengambil tempat duduk di hadapan Adelia. Dia menatap wajah kekasih hatinya itu.

Adelia masih sama. Termenung jauh aje.

" Heyyyy....sayang.." panggil Benjamin seraya menyentuh pergelangan tangan Adelia yang berlapik baju.

Adelia sedikit tersentak !

" Ehhh awak...sorry..."

" Amboii termenung jauhnya..sampai saya sergah pun tak terkejut...kenapa ni ? Ada masalah apa lagi ? " tanya Benjamin.

Adelia diam seketika sambil mengamati setiap inci wajah milik Benjamin. Lelaki yang betul-betul terpahat dan menetap di hatinya saat ini.

" Tak ada apa lah...saya cuma sedih sikit aje..." kata Adelia.

" Sedih kenapa ni ? "

" Hmmm yelah lepas ni awak dah tak kerja dekat sini lagi dah....rindu lah saya macam ni....." kata Adelia sengaja tidak mahu beritahu hal yang sebenar.

" Alalala...itu rupanya yang dia fikirkan..." kata Benjamin.

Adelia acah buat muka sedih. Benjamin tenung wajah Adelia sedalam-dalamnya. Seketika dia tersenyum kecil.

" Its okay..kalau saya balik kerja awal  saya datang jumpa awak dekat kedai nenek ea ? " kata Benjamin.

Adelia mengangguk laju lalu tersenyum lebar.

Jam menunjukkan pukul 5 , Adelia dah siap-siap nak balik.

" Sayang...jom biy hantar balik...." teriak Benjamin tiba-tiba acah sweet.

Adelia menoleh sedikit terkejut. Apa lah Benjamin ni jerit kuat- kuat panggil " biy sayang " pulak tu...Malu lah wehhh.

" Amboi sweet sangat lah ! Sampai nak termuntah kak Anis dengar ni..." perli Anis yang juga ingin bergerak balik.

Dekat kafe hanya tinggal mereka bertiga sahaja. Yang lain dah balik terlebih dahulu.

" Hahahah mana ada lah kak Anis. Kak Anis tak payah nak layan sangat si Ben ni...dia ni kan betul sangat..." kata Adelia.

" Apa yang tak betul nya sayang ? Comel kan Biy sayang ? " kata Benjamin lalu mendekati Adelia.

" Ish sudah lah jangan lah panggil macam tu...malu la dekat kak Anis..." bisik Benjamin.

Benjamin muncung sedepa.

" Okay lah saya dah nak balik ni.." kata Adelia.

" Eh kejap ! Saya hantar awak balik ea ? " kata Benjamin.

" Hah ? Hantar saya balik ? Awak dah lupa ke saya datang naik scooter ? dan awak pun datang naik superbike tu kan ? " kata Adelia.

Benjamin menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak terasa gatal.

" Haah jugak kan ? Hah ! Its okay saya follow awak dari belakang...Saya nak pastikan awak selamat sampai rumah..." kata Benjamin bersungguh-sungguh.

" Hah ? Hahaha suka hati awak lah Ben..." kata Adelia lalu ketawa kecil. Haish macam-macam.

Seketika Adelia menghidupkan enjin scooternya begitu juga Benjamin. Setelah dah siap semuanya, mereka memulakan perjalanan. Benjamin follow Adelia dari belakang sehingga sampai di hadapan rumah Adelia.

Adelia terasa terharu dengan sikap Benjamin yang begitu ingin menjaga dirinya. Hmmm kenapa lah aku tak pernah nampak kehadiran Benjamin waktu sekolah dulu ? Kalau tak mesti lagi awal aku bahagia macam ni kan ? Tak ada lah aku broken disebabkan Aman Syazmy lagi. Ya Allah aku bersyukur sebab aku bertemu semula dengan Mat Dan a.k.a Benjamin ni.

" Okay kita dah sampai ni..." kata Benjamin lalu menoleh ke arah Adelia.

Adelia masih mengelamun sendiri sambil melihat ke arah Benjamin.

" Eh mengelamun pulak dia...kenapa ni sayang ? "

Adelia tersedar dari lamunannya.

" Hah ? Eh tak ada lah..mana ada mengelamun..saja nak tengok muka awak...esok dah tak boleh nak tengok dah..." kata Adelia.

" Alololo...sian dia ehh..tak apa lah kalau rindu kita vc aje lah...apa susah zaman dah maju sekarang..." kata Benjamin.

Adelia tersenyum lalu mengangguk.

" Okay awak balik lah...Take care ea...bawa motor tu hati-hati.." pesan Adelia.

" Ehh wait ! " kata Benjamin tiba-tiba.

" Kenapa ? "

" Mana phone awak ? Bak sini kejap.." kata Benjamin.

Adelia sedikit pelik namun dihulurkan juga phone miliknya kepada Benjamin.

Seketika Benjamin menaip sesuatu. Setelah itu dia memulangkan semula  phone Adelia. Selepas itu Benjamin mendail satu no di phone miliknya.

Lantas phone Adelia berbunyi. Tertera nama " Rindu " . Hah ? Contact Adelia ada nama rindu ?

" Tengok ni..." kata Benjamin seraya menunjukkan phonenya yang sedang membuat panggilan kepada Adelia.

Tertera nama " Cinta " di situ. Akhirnya Adelia baru faham. Rupa-rupanya Benjamin save nama contact phone untuk Adelia dia panggil CINTA manakala dirinya pulak  RINDU. Alahaiii sweetnyaa Benjamin ni.

Seketika panggilan di matikan.

" Okay lah..saya balik dulu ya..bye take care cinta..." kata Benjamin lalu menghidupkan enjin superbikenya.

Adelia hanya tersenyum bahagia sambil melihat figura Benjamin berlalu pergi.

***************
Melangkah masuk sahaja Adelia ke dalam rumah, kelihatannya mamanya sedang menunggu di ruang tamu utama.

" Balik dengan siapa tadi ? " soal Fatmah serious.

" Errr..."

" Adelia tahukan yang mama nak jodohkan Adelia dengan abang conan ? " kata Fatmah.

" Ye Adelia tahu...tapi maa Adelia dah buat keputusan...Adelia tak setuju dijodohkan dengan abang conan..." kata Adelia straight to the point. Dia dah tak mahu pendam lagi.

Fatmah kelihatan agak terkejut. Tak sangka anaknya akan terus buat keputusan tak setuju seperti ini.

" Kenapa Adelia tak setuju ? Bagi sebab dekat mama..." kata Fatmah tidak berpuas hati.

" Sebab...Adelia dah..."

" Adelia dah apa? Dah ada orang lain ? Macam tu ? Siapa ? Budak lelaki yang hantar balik tadi tu ke ? " herdik Fatmah agak kasar.

Adelia terdiam jadinya. Tidak berani dia membalas kata-kata mamanya apabila mama sudah mula berubah nada percakapannya. Dia tahu mamanya tengah marah sekarang ni.

" Dengar sini baik-baik ea Adelia..mama tak nak tahu yang Adelia dah ada orang lain ke apa. Mama takkan restu hubungan Adelia dengan orang lain kecuali abang conan...Mama dah janji dengan aunty Yasmeen yang kami nak satukan kamu berdua. Takkan mama nak mungkir janji mama ? Please lah Adelia jangan hancurkan harapan mama dan aunty Yasmeen..." kata Fatmah mendatar lalu berlalu pergi.

" Ya Allah..apa aku nak buat ni ? Aku tak boleh terima orang lain selain Benjamin...Aku hanya sayangkan Benjamin...bukan abang conan.." desis hati Adelia sedih.

Sejak balik kerja tadi, Adelia asyik terperap dalam bilik aje. Mood Adelia hilang entah ke mana.Dia juga asyik memandang ke arah phonenya. Dia ingin call Benjamin untuk luahkan perasaan sedih dan serabutnya ini namun apabila difikirkan dia terasa takut pulak hendak bagitahu Benjamin. Takut kalau Benjamin salah faham dan mereka jadi gaduh pulak ke apa.

Namun tetiba telefon milik Adelia berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama " Rindu " di screen phone.

Adelia menarik nafas dan hembus terlebih dahulu baru dia angkat call tersebut.

" Hello assalamualaikum cinta.." ucap Benjamin teruja di hujung talian.

Dengar sahaja suara Benjamin, air mata Adelia mula bergenang.

"Hello....wa..alaikumusalam....rindu.." balas Adelia gugup menutupi kesedihannya.

" Cinta buat apa tu ? Dah makan ke ? " tanya Benjamin prihatin.

" Hmmm dah...tak buat apa...saja baring-baring..." jawab Adelia acuh tak acuh.

Tetiba Benjamin seperti dapat menangkap sesuatu. Kedengaran suara Adelia sedikit ada getaran.

" Sayang kenapa ? Are you okay ? " tanya Benjamin.

Adelia tersentak. Hmmm no i am not OKAY ! Adelia diam di hujung talian.

" Sayang ? " panggil Benjamin agak meleret.

Dengar saja Benjamin memanggil Adelia " Sayang " lagi lah Adelia rasa air mata dia nak turun laju.

" Kenapa diam ni ? Ada problem ke ? Tak nak share dengan saya ke ? " tanya Benjamin risau.

" Ermmm nothing lah...saya ngantuk aje ni.." bohong Adelia cuba mengawal suaranya juga.

" Ohh alalala sian dia ehh....tak apa lah awak tidur ya..esok kan nak kerja...goodnight sayang...sweet dream...Assalamualaikum cinta..." ucap Benjamin sweet dihujung talian.

Air mata Adelia jatuh satu persatu jadinya. Maafkan saya awak...saya tak mampu nak berterus terang dekat awak lagi.

" Ermmmm goodnight too...sweet dream...waalaikumusalam rindu...." balas Adelia seraya menamatkan panggilan tersebut.

***************
Pagi itu , Fatmah hanya menunjukkan sikap agak dingin terhadap Adelia. Dia juga tidak bercakap banyak dengan Adelia. Adelia tahu mama masih marahkan dirinya. Hmm tak apa lah biar mama tenangkan dirinya dulu.

Seketika Adelia mula bersiap untuk pergi kerja. Namun apabila Adelia baru sahaja ingin menghidupkan enjin scooternya tiba-tiba abang sulungnya menahan.

" Adelia..." panggil Adrian abang sulung a.k.a along Adelia.

" Ye along ? "

" Ermm mama kirim pesan.." kata Adrian.

" Kirim pesan ? Pesan apa ? " tanya Adelia.

" Mama suruh kerja half day hari ni...Adelia ada temu janji dengan anak aunty Yasmeen pukul 3:00..." kata Adrian menyampaikan pesanan.

Apa ? Ada temu janji dengan anak aunty Yasmeen ? Apa yang mama cuba buat ni ? Dia still nak paksa aku ?

" Jangan lupa tau...kalau tak nanti mama marah pulak..." kata Adrian lagi seraya masuk ke dalam.

Adelia menghembus nafas berat seraya memulakan perjalanannya ke kafe The Milkcow.

Dipandang jam di dinding cafe. Lagi sejam cukup pukul 3 ! Arghhhh stress aku hari ni . Hmmmm aku tak ready lah nak jumpa abang conan tu ! Entah macam mana lah muka dia pun aku tak tahu.

" Eh Adelia ? Tak balik lagi ? Cakap kata nak half day hari ni ? " kata Ammara.

" Err hah ? Oh saja tak balik awal..sebab Adelia ada hal tu pukul 3 nanti..." kata Adelia.

" Oh tak apa lah Adelia balik lah...nanti lambat pulak nak uruskan urusan Adelia tu..." kata Ammara lagi.

Akhirnya Adelia akur. Seketika dia mula bergerak untuk balik ke rumah terlebih dahulu. Di rumah , tiada sesiapa kecuali angah. Entah angah balik awal pulak kerja. Dah tu mama tinggal pesan pulak dekat angah. Mama pesan dekat angah supaya bagitahu aku suruh pakai dress purple yang mama dah siapkan tu..

Hmmm serious talk hari ni aku memang diatur oleh mama. Adelia terpaksa ikut semua arahan dan kehendak mamanya ini kalau tak nak dapat title anak derhaka nanti.

Jam menunjukkan pukul 3:10 namun kelibat seseorang yang akan mengaku - ngaku sebagai abang conan masih tidak kelihatan. Hmm mana dia ni hah ? Tak tepati masa betul lah ! Ni baru first date tapi dah buat hal.

Adelia terduduk sendirian di salah satu bangku taman rekreasi di bawah pokok yang rendang.

Dilihat kiri dan kanan masih tidak ada figura manusia yang melambangkan abang conan.

" Haish mana dia ni ? Dah pukul berapa dah ni..." ngomel Adelia sendiri.

Tiba - tiba datang seseorang dari arah belakang Adelia menyapa.

" Nurin Adelia..."

" Hmm datang pun...kenapa lambat sangat..." ngomel kecil Adelia seraya menoleh ke arah suara itu.

Toleh-toleh saja Adelia tersentak hebat ! What ? Takkan lah dia ni ? Tak mungkin lah !

#Wuish siapa agak-agaknya abang conan ya ? Misteri tak guys ? Hahahha sorry for late update. Sis bru ada msa nak taip 😂 so far rasa cerita CKJ ni makin menarik and best tak guys ? keep vote and comment ! 💕😚





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro