Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

Apa itu crush ? Crush bermaksud orang yang kita suka atau pun minat dalam diam. Berlainan pulak makna dengan jodoh. Apa itu jodoh ? Jodoh bermaksud jika perhubungan anda berkekalan, jika ada rezeki, jika tiada aral melintang maka bersatu juga lah anda.

Kelihatan seorang gadis berbaju biru tanda pakaian seorang pengawas sekolah sedang duduk di bangku kantin menantikan kehadiran seseorang.Di perhati sekeliling mencari kelibat seseorang.

" Ish mana dia ni ? Cakap nak jumpa dekat kantin sebelum masuk dewan ? " ngomel Adelia sendiri.

Gadis berumur 17. Diberi nama Nurul Nurin Adelia. Kini sedang mendudukki peperiksaan SPM.

" Bahhhhh ! " sergah seseorang dari belakang.

" Astagfiruallahalazim ! " melatah Adelia terkejut bukan kepalang. Haish nasib perkataan yang baik sahaja keluar. Kalau aku melatah benda lain macam mana ? Tak ke naya ?

Kedengaran suara orang ketawa berdekah - dekah kepada Adelia.Siapa lagi kalau bukan si tukang sergah lah.Ni hah kawan baik si Adelia punya kerja iaitu Naura Medina.

" Ish kau ni Naura. Kalau tak terkejut aku memang tak sah kan ? " bebel Adelia.

" Hahaha sorry lah babe..Hah ni kau buat apa dekat sini sorang-sorang? Tunggu siapa ? Tunggu kekasih hati ke kak ? " kata Naura.

Adelia tersenyum senget.

" Hahahaha tak ada maknanya aku tunggu kekasih hati lah...kekasih pun tak hado.." kata Adelia.

" Iya lah kekasih hati tak ada..tapi crush di hati ada kan ? " kata Naura tahu akan isi hati kawan baiknya, Adelia.

" Adelia ! " teriak seseorang dari jauh.

Mata Adelia dan Naura terus terarah ke arah seseorang yang sedang berlari menuju ke arah mereka. Seorang jejaka tampan yang mengenakan baju biru juga pada dirinya.Means pengawas sekolah juga lah.

" Hah tu crush di hati kau dah sampai.." bisik Naura.

Disiku terus Naura dengan Adelia.

" Sorry..Adelia..aku lambat tadi aku jumpa cikgu pengawas sekejap..mesti kau dah lama tunggu aku enn ? " kata Aman.

Adelia tersenyum lebar lalu menggeleng.

" Tak ada lah..tak lama pun.." nafi Adelia.

Eleh actually memang lama pun dia tunggu. Tadi punya duk membebel sendiri. Ni bila dah sampai depan mata baru nak nafikan bagai.

Aman atau nama penuh Muhammad Aman Syazmy. Ketua pengawas SMK Saujana Permai. Aman adalah ketua pengawas yang paling top dalam sekolah tersebut. Ketampanan dan kebijaksanaannya maka dia digilai dan disukai oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolah mereka. Tak kira dari form 1 hingga lah ke form 5.

Untuk pengetahuan, Adelia juga merupakan penolong ketua pengawas a.k.a penolong Aman Syazmy la. By the way even ramai budak perempuan suka dan terkejar-kejarkan Aman tapi Aman just berkawan dengan Adelia.Dia paling rapat dengan budak perempuan di sekolahnya juga hanya dengan Adelia.

" Amboi..Aman..kau tegur Adelia aje kan ? Memang aku tak wujud pun dekat sini kan ? " tegur Naura akhirnya.

" Oppss sorry..aku ingatkan tiang kantin tadi.." kata Aman selamba.

Naura memandang tajam ke arah Aman. Aman hanya tersengeh seperti kerang busuk.

Adelia hanya tersenyum kecil sambil menggeleng melihat telatah Naura dan Aman. Hmm act memang betul kata Naura. Aman memang crush Adelia. Keakraban yang terjalin di antara dirinya dengan Aman telah membuahkan satu perasaan suka terhadap Aman dalam diam.Sudah lama Adelia menyimpan perasaan ini terhadap Aman.

Ingin di confess akan perasaan ini kepada Aman.Namun satu aje dia takut. Takut kalau perasaannya ini hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Mungkin juga hubungannya dengan Aman akan renggang lepas dia confess tentang perasaannya.

Seketika Naura melihat jam di pergelangan tangannya.

" Eh korang..dah pukul berapa dah ni..dah jom..pergi dewan..exam nak start dah..yes ! hari ni last paper dah.." kata Naura.

Seketika Naura terus melangkah berlalu.Tinggallah berdua Adelia dan Aman di situ masih tidak berganjak.

" Hah kenapa kau ajak jumpa dekat kantin pagi ni ? " tanya Adelia.

Iya lah.Semalam si Aman ni sampai mesej bagai suruh tunggu dirinya di kantin.

" Oh tak ada apa - apa just aku nak wish luck dekat kau depan-depan macam ni.."

Adelia tersentak sedikit. Alahai Aman kenapa kau kena sweet sangat macam ni dekat aku ?

" Goodluck paper last hari ni Nurin Adelia. Buat elok-elok tau. Hope kita dapat result yang cemerlang. Then kita boleh mohon upu sama-sama.Aku harap juga kita dapat sambung satu U nanti.." kata Aman.

Adelia tersenyum kecil sambil mengangguk.

" Ya in shaa Allah..."

" Hah satu lagi..lepas habis exam nanti..aku nak bagitahu kau something...kau tunggu aku tau..jangan balik dulu.." kata Aman.

Adelia sedikit tercengang. Hah ? Bagitahu something ? Benda apa pulak ni ?

" Aman ! Adelia ! Buat apa lagi dekat situ ? Cepat lah haish sudah-sudah lah tu bedating.." teriak Naura dari jauh.

" Haish..mana ada kami dating lah.." balas Aman.

" Hahaha dah lah jom..bising pulak makcik Naura tu.." kata Adelia seraya memulakan langkahnya.

Seketika dia mula berjalan beririgan dengan Aman.

************

Kelihatannya semua pelajar telah berlalu keluar dari dewan. Adelia juga telah menunggu di Astaka sekolah. Menantikan kehadiran Aman. Apa yang Aman nak bagitahu dekat aku ea ? Macam serious aje tadi.

" Adelia..." panggil Naura.

" Eh kau tak balik lagi ? " tanya Adelia. Ingat tadi Naura macam nak balik dah?

" Hahaha nak balik lah ni tapi ternampak kau pulak..Kau buat apa dekat sini sorang-sorang? Tak balik lagi ke ?" kata Naura.

" Oh..tak..aku tengah tunggu Aman..Dia suruh tunggu kejap..dia cakap nak bagitahu aku something.." kata Adelia.

" Wah - wah...finally..dia nak confess dekat kau lah tu..Heee aiceyhceh..tahniah Adelia.." kata Naura sempat lagi mengusik.

" Kau ni merepek lah..." kata Adelia.

" Eleh-eleh malu pulak Adelia ni.." usik Naura sakan.

" Amboi borak sakan nampak ? Aku nak join boleh ? " sapa Aman tiba - tiba muncul.

" Eh Aman...errr.." kata Adelia.

" Hahahaha tak ada borak sakan apa pun..Ehh okay lah Adelia..Aman aku balik dulu...Jumpa nanti ya..cuti elok-elok..bulan 3 nanti kita meet okay amik result..Bye ! Assalamualaikum " kata Naura seraya cepat-cepat berlalu.Act dia sengaja nak tinggalkan Adelia berdua dengan Aman. Tak mahu lah dia kacau daun enn ?

" Ish Naura ni..bukannya nak teman aku dekat sini.." getus hati Adelia.

" Hahaha macam-macam lah Naura tu kan..." kata Aman sambil ketawa kecil.

Seketika Aman mula fokus berbicara dengan Adelia.

" Apa yang kau nak bagitahu aku ? Macam serious aje ? " tanya Adelia akhirnya.

" Memang serious pun..ni soal hati dan perasaan aku..Act aku dah lama nak bagitahu kau yang aku tengah jatuh cinta sekarang.." kata Aman straight to the point.

Adelia terkedu jadinya mendengar kata-kata Aman itu. Aman jatuh cinta ? Dekat siapa ? Aku ke ? Hahaha berangan !

" Aku nak confess dekat dia hari ni..." kata Aman lagi.

" Hah ? " kata Adelia tercengang.

" Aku nak confess yang aku jatuh cinta dekat...Lynda Aryna.." luah Aman teruja.

Lynda Aryna ? Macam aku pernah dengar aje nama budak tu ?

" Kau kenal dia..junior form 4 kita.." beritahu Aman lagi.

Oh betul la pernah dengar. Junior budak sekolah kitaorang jugak. Aman sukakan dia ? Aku tak pernah tahu pun ? Sebab selama ni Aman hanya rapat dengan aku sorang aje ? Tak tahu pulak dia suka dekat budak junior sekolah kitaorang. See ? Nasib baik aku tak confess kalau tak ? Memang aku bertepuk sebelah tangan lah. Baru sekejap tadi Aman nak confess pun aku dah perasan terlebih.

" Doakan aku ya Adelia..hope dia terima aku..kejap lagi aku nak jumpa dia and confess.." kata Aman betul-betul teruja.

Tidak dia perasan akan riak wajah Adelia yang  kian berubah.

" In shaa Allah..aku doakan.." kata Adelia perlahan.

" Abang Aman ! " teriak seseorang yang mendekati Aman dan Adelia.

Lynda Aryna. Ya budak tu sudah muncul. Budak perempuan yang berjaya menawan hati Aman Syazmy telah muncul.

" Eh Lynda.." jawab Aman.

" Dekat sini rupanya abang Aman..Lynda cari abang Aman dekat dewan tadi.." kata Lynda.

" Hahaha sorry..abang cakap dengan kawan abang kejap.." kata Aman.

Adelia hanya mendiamkan diri sambil menjadi pemerhati gelagat dua orang manusia di hadapannya ini.

" Oh okay lah..jom ? " ajak Lynda.

" Okay lah Adelia..aku gerak dulu ea..jumpa nanti bulan 3 ya..bye..Assalamualaikum take care best friend.." kata Aman seraya tersenyum bahagia.

Adelia hanya mengangguk lalu tersenyum hambar.

Dilihat figura Aman dan Lynda yang berlalu pergi.Angin sepoi-sepoi turut berlalu.Mata Adelia mula bertakung. Hatinya terasa sesak. Sakit hati mula datang bertandang.Tidak lama selepas itu air matanya menitis satu persatu.

" Ya Allah..sakit sangat bila cinta ini bertepuk sebelah tangan.." getus hati Adelia sambil air matanya mengalir laju.

Untung sahaja semua pelajar telah balik. Suasana sekolah juga agak sunyi tika itu.
Akan ku hapus dia dari ingatan aku.Akan aku tutup pintu hati ini untuk dia.

***************

5 tahun berlalu.

Kaki ini melangkah tanpa arah tuju di dalam Aeon mall. Sekejap - sekejap berhenti duduk di sebuah bangku yang disediakan. Sekejap-sekejap masuk kedai buku cuci mata, kejap-kejap masuk kedai baju tapi tangan tetap kosong.

Itu lah rutin harian Nurin Adelia sejak habis study ni. Alahai cari kerja pun tak dapat-dapat. Itu lah fresh graduate memang susah nak dapat kerja. Hahahaha tapi ada aje kerja untuk Adelia ni. Di syarikat babahnya.Lagi pun Adelia baru habis belajar pun dalam course perniagaan.Itu lah ikutkan Adelia ni anak Tan Sri Luqman tapi tu lah prinsip hidup Adelia, jangan terlalu bergantung pada kekayaan babahnya sahaja. Dia ingin hidup berdikari. Mencari pekerjaan sendiri dari bawah.

Ni kalau Adelia tak keluar pergi Aeon mall pastu duduk terperap aje dekat rumah mesti mamanya bising and terus membebel. Sampai dah boleh hafal lah apa yang mamanya akan cakap..

" Adelia..kerja lah dekat syarikat babah tolong along dengan abang ngah uruskan syarikat babah.."

Adelia meraup wajah mulusnya yang tanpa miss j satu pun.Well muka jerawat tak mudah naik. Untung lah kan ? Aku bukannya tak nak tolong along ngan abang ngah tapi tu la malas betul nak kerja dekat syarikat babah. Masuk- masuk terus dapat pangkat tinggi. Ish aku nak pangkat bawah! Lagi bawah lagi bagus ! Kalau cleaner pun aku sudi lah. Tapi memang babah takkan bagi punya lah.

" Hmm mana ea aku nak cari kerja ? Aku nak kerja apa pun aku tak tahu.." getus hatinya sendiri.

Bukkk ! Kedengaran bunyi barang-barang jatuh berselerak berdekatan dengan Adelia.Adelia menoleh ke arah suara itu.

Kelihatan ada seorang wanita yang berumur 60 an sedang tertunduk-tuduk mengutip beg-beg pakaian yang dibelinya jatuh.Nampak macam nenek-nenek dah.Tanpa membuang masa Adelia terus bangun dari duduknya lalu menolong wanita tersebut.

" Meh sini saya tolong.." kata Adelia sopan seraya mengutip beg-beg tersebut.

Wanita hanya membiarkan Adelia melakukan itu semua.Setelah dikutip semua beg tersebut.Adelia masih memegang beg-beg tersebut. Wanita itu kelihatan terpinga. Kenapa dia tidak dapat kembali beg - beg itu.

" Kereta puan dekat mana ? Meh saya tolong hantarkan beg - beg ni.." kata Adelia menawarkan diri. Memandangkan dia pun tak tahu nak buat apa dah kat Aeon ni. Lebih baik dia buat amal jariah kan ? Hahahah untung-untung dapat pahala free.

Wanita tersebut tersenyum sambil mengangguk laju.

" Boleh juga.."

#See you guys again ! Yaa disbbkan ramai yang comment nak kan crita crush ke jodoh ? ni so author pun publish lah ! Hope you guys like it karya author yang ke 8 ! Hahahaha banyak ea idea author ni kan ? Act story ni author dah pernah tulis sendiri dalam buku msa sekolah menengah dulu , so jalan cerita smua dh ada just ada sedikit perubahan macam tu aje. Author publish aje lah crita ni. Okay mcm biasa keep vote and comment ya 😘💕 please keep support semua cerita author ya ! saranghae reader 😉💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro