👑25👑
Sekarang adalah waktu pelajaran Seni.
Cikgu Seni kami ialah Cikgu Solji.
Cikgu Solji minta kami satu kelas untuk pergi ke bilik seni.
Sampai sahaja kami di bilik seni, Kami terus diberi kerja untuk melukis dan mewarna gambar buah-buahan.
Cikgu Solji telah sediakan pelbagai buah yang diletakkan di dalam mangkuk.
Mangkuk itu diletakkan di tengah-tengah kelas.
Kami semua ambil tempat masing-masing lalu melukis buah itu.
Semua memberi tumpuan kepada lukisan mereka.
Selepas beberapa minit kemudian, Cikgu Solji pergi ke setiap pelajar untuk melihat hasil lukisan kami.
"Sunwoo apa ni? Kenapa mangkuk awak macam kena lenyek je.." tegur Cikgu Solji pada Sunwoo.
"Eric yang pijak mangkuk saya, Cikgu" jawab Sunwoo.
"Banyaklah kau. Aku duduk je dekat tempat aku. Tak ada masa aku nak pijak kau punya mangkuk" balas Eric yang sedang khusyuk mewarna.
"Dah-dah. Sunwoo betulkan mangkuk awak tu." Arah Cikgu Solji.
"Hey! Eric!" Terkejut Cikgu Solji melihat Eric.
"Wae?" Tanya Eric.
"Awak guna pemberus terbalik la" beritahu Cikgu Solji sambil terbalikkan pemberus Eric.
"HAHAHAHAHA!! Bonggok!!!" Sunwoo Ketawa terbahak-bahak sehingga terjatuh dari kerusi.
"HAHAHAHA!!! Jatuh!!!" Balas Eric.
"Jatuh lagi okey dari guna pemberus terbalik. HAHAHAHA!! Bonggok!!! Pemberus pun tak pandai guna. HAHAHAHAH!!!" Sunwoo sambung ketawakan Eric.
Cikgu Solji sambung melihat hasil lukisan pelajar lain dan tidak perdulikan Sunwoo dan Eric.
"Banyak-banyak lukisan disini, paling cikgu suka, lukisan Dahyun dengan Hyunjae." Beritahu Cikgu Solji.
Aku pandang Hyunjae dan Dahyun.
Hyunjae hanya senyum malu selepas dapat pujian dari Cikgu Solji.
Dahyun pula tersenyum-senyum sambil pandang Hyunjae.
Tiba-tiba aku rasa cemburu pada Dahyun.
"Kalau diorang bergabung mesti meletop punya" sambung Cikgu Solji.
"Uuuuuuu...." usik pelajar lain.
"HyunDa! HyunDa!" Jerit Yerin.
Tidak lama kemudian, semua pelajar turut menjerit 'HyunDa'
Hyun tu Hyunjae.
Da tu Dahyun.
Aku semakin cemburu.
Aku tak ada mod nak habiskan lukisan aku.
Aku mewarna lukisan aku dengan bersahaja.
Habis sahaja waktu Seni, masing-masing pergi ke tandas untuk bersihkan tangan yang terkena color air.
Semasa aku sedang basuh tangan, Dahyun berada di sebelah aku yang turut sedang basuh tangan.
Aku tak boleh nak benci pada dia sebab dia layan aku terlalu baik.
"Solbin. Lukisan awak tadi cantik. Saya suka." Pujinya sambil pandang aku melalui cermin tandas.
"Emm.. awak punya lukisan lagi cantik" balasku dengan tak ikhlas.
"Hahaha...Lukisan kita berdua sama-sama cantik. Dah la. Jom masuk kelas." Ajaknya sambil tarik tangan aku.
Aku hanya ikut dia.
Apabila kami berdua keluar dari tandas, Hyunjae juga turut keluar dari tandas.
Kami pandang satu sama lain.
Tapi sekejap sahaja sebab Dahyun tegur Hyunjae.
Aku sedikit hampa kerana kami dapat bereye contect sekejap sahaja.
Hyunjae pandang Dahyun.
"Ada color air dekat pipi awak" beritahunya.
Hyunjae cuba lap color air seperti kejadian aku dengan Hyunjae dekat The B Cafe.
Aku teringat pada kejadian itu.
Tiba-Tiba Dahyun rapatkan dirinya dengan Hyunjae.
Dahyun menjengketkan kakinya dan lapkan kesan color air di pipi Hyunjae.
Semasa Dahyun sedang lapkan kesan color air itu dekat pipinya, Hyunjae pandang aku.
Aku rasa cemburu sangat.
Walaupun diorang bukan pasangan kekasih, tapi keadaan ini membuatkan aku cemburu.
Aku ambil keputusan untuk pergi dari situ.
Aku taknak tengok...
Buat sakit hati aku je.
Aku masuk ke kelas aku dengan wajah yang sakit hati.
Tapi aku masih control wajah aku supaya orang lain tidak perasan.
Tidak lama kemudian, Hyunjae dan Dahyun masuk ke kelas sama-sama.
Aku terus alihkan pandangan aku ke arah lain.
Aku dapat rasa ada seseorang datang ke arah aku.
"Solbin. Kenapa awak tak tunggu saya?" Soal Dahyun.
"Emm... tadi... Yerin panggil saya..." jawabku teragak-agak.
"Kalau Yerin panggil awak, mana Yerin?" Soal Dahyun lagi.
"Emm.. Yerin...Yerin... pergi tandas" jawabku.
"Ouh..."
Aku mengeluh berat sambil pandang ke depan.
Hyunjae pandang aku.
Aku terus pandang ke arah lain.
Aku merajuk😝.
🍽🍽🍽🍽🍽
Apabila waktu rehat tiba, semua pelajar pergi ke kantin.
Tapi hanya aku tidak pergi ke kantin.
Aku tak ada selera nak makan.
Yerin pergi rehat dengan Sowon.
Aku letakkan kepala aku di atas meja aku.
Aku termenung.
Suasana sangat sunyi.
Tidak lama kemudian, aku terdengar bunyi tapakan kaki mendekati kelas aku.
Aku hanya memerhati ke arah tingkap.
Aku nak tahu siapa yang lalu depan kelas aku.
👣
👣
👣
Alamak Hyunjae!
Aku pusingkan kepalaku ke arah lain dan buat-buat tidur.
Mintak-mintaklah dia tak masuk ke dalam kelas.
Aku nak berseorangan sekarang ni.
"Solbin"
Haishh...
Dia ada dekat sini pulak...
Aku taknak pandang dia. 😒
Aku merajuk.😝
Aku tidak jawab panggilannya.
Aku diamkan diri.
Aku dengar bunyi kerusi diheret.
Aku dapat rasakan yang dia duduk di sebelah aku.
"Awak tak makan ke?" Tanyanya.
Aku tidak jawab.
"Awak tak sihat ke?" Tanyanya lagi.
Aku diamkan diri.
Aku mendengar keluhan dari dia.
Aku bukan yeojachingu dia pun.
Kenapa dia nak ambil berat pasal aku pulak.
Tidak lama itu, aku tidak dengar apa-apa soalan dari dia.
Mungkin dia dah pergi kot.
Kepala aku dah lenguh pusing ke arah kiri.
Aku tukarkan kepala aku ke arah kanan pulak.
Apabila aku pusingkan kepala aku ke arah kananku, muka aku terus berada betul-betul depan wajah Hyunjae.
Aku sangat terkejut.
Sikit lagi aku nak kena heart attack.
Rupanya, selama dia berdiamkan diri, dia turut letakkan kepalanya di atas meja sebelah aku.
Hanya 2 cm jarak wajah kami berdua.
Badan aku tak boleh nak gerak.
Aku beku.
Dia tenung wajah aku.
Jantung aku dup dap dup dap💓💓💓
Rasa nak meletup je jantung aku.
Matanya tenung seluruh wajah aku.
Matanya berhenti bergerak pada bahagian bibir aku.
Dia tenung bibir aku.
Semakin laju jantung aku berdegup.
Dia pandang mata aku semula.
Tiba-Tiba dia rapatkan dirinya dengan aku.
Sekarang tinggal hanya 1 cm jarak antara wajah aku.
Semakin bertambah laju jantung aku berdegup💓💓
Cara pandangannya membuatkan seluruh badan aku kesejukkan.
Aku tak boleh nak bernafas.
Arghhh!!!😣
Aku dah tak tahan dengan semua ni..
Aku angkat kepala aku.
Aku betulkan pernafasan aku.
Pernafasan aku betul-betul tak normal sekarang ni.
Dia turut angkatkan kepalanya.
Dia masih tenung aku.
Tolonglah Hyunjae...
Aku tak tahan dengan semua ni.
"Awak sakit ke?" Soalnya.
Aku menggeleng kepala aku.
"Awak tak nak makan ke?"
Aku menggelengkan sekali lagi kepala aku.
"Awak pergilah makan sana." Kataku tanpa memandangnya.
"Awak nak saya belikan makanan tak?"
"Tak apa. Awak pergilah. Saya nak berseorangan" kataku lalu letakkan kepala di atas meja sekali lagi.
Dia keluar dari kelas dengan wajah yang hampa.
Tidak lama kemudian, ada seseorang masuk ke dalam kelas.
Kali ni, Dahyun pulak.
"Solbin kau dah makan?" Tanyanya sambil duduk di tempat Yerin.
"Dah" tipu aku.
"Awak?" Soalku pulak.
"Dah" jawabnya dengan ceria.
"Solbin. Aku nak beritahu kau sesuatu. Tapi, kau boleh rahsiakan?" Tanya Dahyun.
"Apa yang awak nak beritahu saya?" Soalku pulak.
Tiba-tiba aku rasa berminat nak tahu.
"Saya nak beritahu awak yang Saya suka....."
TBC😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro