Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑23👑

Aku sangat terkejut apabila melihat....

Ramai orang berada di dalam rumah aku.

Aku memerhati sekeliling rumah aku.

Ada banyak makanan di atas meja makan aku.

Terdapat kain rentang yang tertulis..

'HAPPY BIRTHDAY TO AHN SOLBIN'

Hari ni hari jadi aku ke?

Aku buka kelender di phone aku.

19 Ogas?

Macam mana aku tak perasan yang hari ni hari jadi aku?!😮

Aku melihat Hyunjae yang berada di sebelah aku.

"Seanggil Chukahamnida..😊" katanya dengan senyuman yang manis.

Aku melihat Omma, Appa dan Rakan-Rakan kelas aku.

Sekejap...

Aku nak menangis.

Aku terharu sangat...

Tiba-Tiba aku terdengar seseorang menyanyi Lagu Hari Jadi pada aku.

Aku cari suara itu.

Aku melihat ke arah dapur.

Seorang lelaki yang sudah lama aku tak jumpa, keluar dari dapur.

Dia bawa kek sambil menyanyi untuk aku.

Apabila dia mula menyanyi, orang lain juga turut menyanyi untuk aku.

Dia berjalan ke arah aku sambil bawa kek dengan berhati-hati.

Dia berikan aku senyuman yang sangat manis macam Hyunjae.

Aku masih terkejut dengan kedatangan dia.

Aku rindu sangat dengan dia.

Habis sahaja mereka menyanyi untuk aku, dia minta aku untuk tiup lilin🕯.

"Solbin, tiuplah lilin" arahnya.

Aku buat hajat terlebih dahulu lalu meniup lilin itu.

Semua tepuk tangan kepada aku👏.

"Okey... semua dah boleh makan." Kata Omma aku pada rakan-rakan kelas aku.

Mereka terus ke meja makan kecuali aku dan dia.

Aku masih memandangnya.

"Wae? Tak percaya Oppa datang?" Tanyanya.

"Bogum Oppa!!!" Jerit aku lalu peluk lelaki itu atau nama sebenarnya ialah Park Bo Gum.

Siapa yang tak kenal Park Bogum tu, sila terjun bangunan.

Hahahah!! Gurau je..😅😅

Park Bogum ni pelakon yang sangat terkenal.

Dia ialah Cousin aku belah Omma aku.

Kami sangat rapat.

Semasa aku kecil, dia selalu bermain dengan aku.

Dah lama aku tak jumpa dia atas kesebukkan kerjanya.

Dia balas pelukanku sambil mengusap kepala aku.

"Solbin rindu sangat dengan Oppa..." kataku yang hampir hendak menangis.

"Oppa pun rindu sangat dengan Solbin" balasnya yang masih mengusap kepala aku.

Aku leraikan pelukan kami.

"Bila Oppa balik sana?" Tanya aku sambil pandangnya.

"Esok pagi." Jawabnya.

"Habistu, Oppa tidur mana malam ni?" Soalku.

"Mestilah tidur sini" jawab Bogum Oppa ceria.

"Jinjja?"

"Nae. Boleh tak kalau Oppa tidur dengan Solbin malam ni?"

"Boleh je..."

Kami saling ketawa.

Aku tidak henti-henti berborak dengan Bogum Oppa sehingga aku terlupa pada Hyunjae.

"Solbin!" Panggil Omma aku yang sedang layan rakan-rakan kelas aku.

"Wae?"

"Berhentilah berborak tu... kesian kawan-kawan Solbin tak dilayan." Kata Ommaku.

"Solbin pergilah layan Kawan-Kawan Solbin dulu. Nanti kita berborak lagi." Kata Bogum Oppa sambil menyerabutkan rambut aku.

"Arraseo.."

Aku pergi ke arah Rakan-Rakan kelas aku yang dimana ada Hyunjae.

Hyunjae pandang aku macam ada benda yang dia nak beritahu sesuatu pada aku.

Aku pandang dia cuba untuk faham riak wajahnya.

"Solbin" mingyu panggil aku.

Wajah Hyunjae terus berubah apabila Mingyu muncul di sebelah aku.

"Wae?" Tanya aku pada Mingyu.

"Jom ikut saya pergi keluar sekejap." Katanya sambil tarik tangan aku ke luar rumah aku.

Apabila aku dan Mingyu keluar dari rumah aku, dia pandang aku dengan senyuman.

"Saya nak beri awak hadiah" katanya.

"Hadiah? Hadiah apa?" Tanyaku teruja.

"Awak kena pusing belakang dulu dan tutup mata" arahnya.

Aku hanya ikut arahannya dengan teragak-agak.

Tidak lama kemudian, dia suruh aku buka mata semula dan pusingkan badan aku.

Aku pandangnya dengan wajah 'mana hadiahnya?'

"Tu.." beritahunya dengan muncungkan mulutnya ke arah leher aku.

Aku terus melihat leher aku.

Rantai?

Di rantai silver itu ada berbentuk hati❤.

"Ini... hadiah saya?" Tanya aku untuk kepastian.

"Nae. Wae? Awak tak suka?"

"T-Tak.. saya suka. Gomawoo" ucapku.

"Solbin! Masa untuk ambil gambar!" Jerit Ommaku yang berada di dalam rumah.

"Jomlah" ajak Mingyu.

Aku dan Mingyu masuk ke dalam rumah.

Apabila aku masuk rumah, aku terus cari Hyunjae.

Walau baru beberapa minit, aku sudah rindukannya.

Aku nak tengok muka dia pada setiap masa.

Aku jumpa dia yang sedang duduk di ruang tamu.

Dia sedang pandang sesuatu dengan pandangan yang tajam.

Tak pernah aku tengok dia macam tu.

Selalunya.. dia akan tersenyum kalau dia bersama aku.

Aku melihat ke arah yang dipandang oleh Hyunjae.

Aku ikut pandangannya.

Mingyu?

Dia tengah tenung Mingyu?

Tapi...

Kenapa?

Diorang bergaduh ke?

"Okey.. semua..sila berkumpul.." arah Omma aku.

Kami semua berkumpul di ruang tamu.

Bogum Oppa membetulkan kamera dan susunan kami agar semua dapat masuk dalam gambar.

Dia setkan kamera kepada 5 saat.

Bogum Oppa terus duduk di tempatnya.

Kami semua buat pose masing-masing.

5

4

3

2

1

'KLIK!'📸


Kami semua sambung makan dan buat hal masing-masing.

Kebanyakan pelajar namja main Truth or Dare.

Yerin dengan Sowon main DAM HAJI.

Eunha dan Umji main CHESS.

SinB, Yuju, Dahyun dan Eric maim JUTARIA.

Nayeon dan Jihyo pulak tengah ambil gambar dengan BoGum Oppa.

Patutlah... diorang berbaik-baik dengan aku dekat sekolah tadi...

Ada niat lain rupanya...😏

Rakan-rakan kelas aku tahu yang aku cousin dengan Park BoGum, disebabkan Yerin.

Pada mulanya aku cuma beritahu Yerin je sebab dia Chingu baik aku.

Lepas 1 hari je, satu sekolah kecoh tentang aku.

Yerin tu buka boleh simpan rahsia.

Walupun perangai dia macam tu, dia tetap baik.

Kalau benda yang tak betul, dia takkan beritahu orang.

Sebab tu.. aku masih berkawan dengan dia.

Aku duduk di ruang tamu sambil melihat pelbagai kelakuan orang-orang yang berada di dalam rumah aku ini.

Tiba-Tiba aku terbau minyak wangi yang memang aku cukup kenal.

Aku toleh ke arah bau itu.

Kan betul...

Hyunjae.😏

Dia jalan ke arah aku lalu duduk di sebalah aku.

"Awak.. dah makan?" Tanya aku padanya.

Aku rasa kesian pulak pada dia.

Sepanjang majlis hari jadi aku ni, aku tidak berkesempatan untuk berbual dengan dia.

Aku tak nak CRUSH aku rasa dipinggirkan.

Jadi, aku berusaha untuk berbual dengannya.

"Dah. Saya dah makan. Sedap Omma awak masak" balasnya dengan senyuman.

Aku lega yang dia senyum.

'KLIK!'📸

Terkejut aku apabila ada cahaya terang pada kami berdua.

Aku pandang Bogum Oppa yang sedang pegang phonenya di depan kami berdua.

Dia yang ambil gambar kami berdua.

"Ala.. baru nak ambil gambar senyap-senyap. Kantoi pulak.." rungut Bogum Oppa dengan senyuman yang sinis.

Aku pandangnya dengan wajah yang kosong.

"Oh! Hai! Saya Cousin Solbin. Park BoGum imnida.." sapa BoGum Oppa sambil menghulur tangan pada Hyunjae.

"Saya Chingu Solbin. Lee Hyunjae imnida.." balas Hyunjae sambil balas salaman dari BoGum Oppa.

"Chingu? Ingatkan NamjaChingu tadi..." kata BoGum Oppa sambil pandang aku.

Aku dan Hyunjae terkejut dengan kata-kata Bogum Oppa.

Hyunjae pandang aku.

Aku mengelakkan dari pandang dia.

Aku malu...


🕚🕚🕚🕚🕚

Jam telah menunjukan pukul 11 malam.

Mereka semua telah pulang.

Aku, Bogum Oppa, Appa dan Omma aku mengemas rumah.

Selesai sahaja kami mengemas rumah, aku masuk ke dalam bilik aku.

Aku baring di atas katil aku dan pandang siling bilik aku.

Aku rasa penatttttt sangatttt.

Aku toleh ke arah meja belajar aku.

Hadiah-hadiah yang aku dapat dari rakan-rakan aku di susun di atas meja belajar aku.

Banyak juga aku dapat hadiah dari Rakan-rakan aku.

Aku turun dari katil aku lalu bawa semua hadiah ke atas katil aku.

Aku buka hadiah yang paling besar terlebih dahulu.

Aku baca nama yang tertulis dia atas hadiah itu.

Oh! Yerin yang bagi rupanya.

Baru je aku nak buka hadiah dari Yerin itu, ada ketukan di pintu bilik aku.

'KNOCK KNOCK!'🚪

"Boleh Oppa masuk?" Tanya Bogum Oppa yang berada di luar bilik aku.

"Masuklah.."

Bogum Oppa masuk lalu duduk di sebalah aku.

"Buat apa?" Tanyanya Bogum Oppa.

"Tengok hadiah yang Solbin dapat" jawabku.

"Ouhh.. yeke.. cepatlah buka.. Oppa nak juga tahu apa yang Solbin dapat." Kata BoGum teruja.

Aku hanya tersenyum melihat gelagat BoGum Oppa.

Aku koyakkan sampul hadiah.

Terdapat kotak besar.

Aku buka kotak itu.

Ada kotak kecil didalamnya.

Ceh!😒

Ingatkan besar sangat hadiahnya.

Rupanya kecil je.

"Hahahah!! Kotak punyalah besar, hadiahnya kecil je..." BoGum Oppa telah ketawa terbahak-bahak.

Aku hanya memberi jelingan tajam padanya lalu buka kotak kecil itu.

Ada kichin di dalamnya.

Di kichin itu ada gambar kami berdua.

Di belakangnya tertulis 'Best Friend Forever'

Aku terharu dengan hadiah yang aku dapat dari Yerin.

"Woahh.." BoGum Oppa ambil kichin itu.

Sementara dia melihat-lihat kichin itu, aku buka hadiah yang lain.

Ada hadiah yang menarik perhatian aku.

Hadiahnya kecil sahaja.

Tiada nama yang tertulis di atas hadiah itu.

Aku buka hadiah itu.

Rantai lagi?

Takkanlah Mingyu bagi lagi?

Aku melihat rantai itu.

Di rantai itu ada kristal berbentuk bintang kecil berwarna putih.

Ada sesuatu tertulis di tengah-tengah kristal itu.

Aku mengecilkan mata aku.

'H&S'

Apa maksud 'H&S'?

"Nak tengok! Nak Tengok!"

Bogum Oppa ambil rantai itu daripada aku.

Dia juga pelik dengan 'H&S' itu.

"Oppa rasa.. apa maksud 'H&S' tu?" Tanya aku.

"Emm... Ha! Oppa tahu!" Kata Bogum Oppa.

"Apa?"












TBC😗




























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro