👑21👑
Aku ingatkan Omma aku, tapi sebenarnya...
Hyunjae...
Dia masih pakai baju sekolahnya.
Mesti dia baru balik sekolah.
"Hyunjae? Apa awak buat dekat sini?" Tanya aku yang masih terkejut.
Aku betulkan kedudukan aku.
Dia datang ke arah aku.
"Saya datang sini nak melawat awak. Awak dah Okey ke?" Jawabnya.
"Saya dah Okey. Terima kasih sebab melawat saya." Ucapku.
Dia hanya tersenyum lalu duduk di kerusi belajar aku.
Dia tenung mata aku.
Dia ni kalau tak buat jantung aku nak meletup tak sah agaknya.
"Kenapa awak...pandang saya macam tu?" Tanya aku.
Dia gelak.
Kenapa gelak😞
Kelakar ke soalan aku?🤔
"Saya...gembira dapat jumpa awak. Saya.. rin.. emm..tak ada apalah..." jawabnya.
Rin?
Rin apa?
Kenapa tak nak habiskan ayat dia?
Aku nak tahu!
Rin apa Hyunjae?!😯
"Oh! Saya terlupa nak beri awak sesuatu" katanya sambil keluarkan sesuatu dari beg sekolahnya.
"Nah. Jam tangan." Dia hulurkan sebuah kotak Jam Tangan yang berjenama Rolex.
"Jam Tangan? Untuk apa?" Tanya aku sambil ambil Kotak Jam itu dari Hyunjae.
"Jam Tangan ni hadiah kita sempena menang dalam program hari tu." Beritahunya.
"Ouhhh.." hanya itu sahaja yang keluar dari mulut aku.
Aku belek Jam itu.
Siapa kata aku tak suka.
Aku suka tau.
Jenama Rolex tu...😋
🏫🏫🏫🏫🏫
Akhirnya, aku datang sekolah seperti biasa.
"Solbin, kau nak tahu tak... tadi aku nampak Mingyu yang dari sekolah Hanlim tu ada dekat sekolah kita." Beritahu Yerin yang berada di sebelah aku.
"Biarlah dia..." jawab aku yang tidak berminat.
Yerin hanya memberi pandangan menyampah pada aku.
Bukan apa...
Aku baru je nak sihat...
Jadi aku tidak berapa nak semangat.
Mianhae Yerin...
Tidak pama kemudian, Cikgu kelas aku iaitu Cikgu Lee masuk ke dalam kelas kami.
"Kenapa Cikgu yang masuk? Bukan sekarang waktu Cikgu Song ke?" Tanya Haknyeon pada Cikgu Lee.
"Saya datang ni sebab saya nak perkenalkan 2 orang pelajar baru yang akan masuk dalam kelas ni." Beritahu Cikgu Lee.
"Ouhh.. Namja ke Yeoja?" Tanya New.
"Namja ada Yeoja ada..." jawab Cikgu Lee.
"Okey.. Pelajar baru sila masuk" sambung Cikgu Lee.
2 orang pelajar baru masuk ke dalam kelas kami.
Aku rasa macam kenal pelajar namja baru tu.
Aku kecilkan mata aku untuk mengenal pasti.
"Wehhh!! Mingyu la..." kataku pada Yerin.
"Eleh.... tadi aku nak beritahu kau, kau tak nak dengar." Balas Yerin dengan wajah yang menyampah.
"Ala... sorryla.." maafku pada Yerin.
Aku sambung pandang Mingyu.
Mingyu pandang aku.
Dia senyum pada aku.
Aku hanya balas dengan senyuman yang kekok.
"Sila perkenalkan diri kamu" arah Cikgu Lee kepada 2 pelajar baru itu.
"Annyeonghasaeyo. Saya Kim Mingyu dari Sekolah Hanlim." Mingyu memperkenalkan dirinya.
"Annyeonghasaeyo. Saya Kim Dahyun dari Sekolah Seongnam." Pelajar Yeoja baru itu memperkenalkan dirinya.
"Okey.. kamu berdua boleh duduk di tempat yang kosong" arah Cikgu Lee.
Mereka berdua tunduk hormat pada Cikgu Lee terlebih dahulu lalu mereka berdua duduk di tempat kosong.
Mingyu sempat melambai tangan pada aku lalu duduk di sebelah Sangyeon yang turut di belakang Hyunjae.
Aku perasan yang Hyunjae pandang Mingyu dengan wajah yang...
Menyampah?😮🤔
Dahyun duduk di depan aku iaitu di sebelah SinB.
Dari pandangan aku, Dahyun seperti orang yang ceria.
"Hai!" Sapa Dahyun pada aku dan Yerin.
"Hai" balas aku dan Yerin.
"Nama korang apa?" Tanya Dahyun.
"Aku Yerin. Yang sebelah aku ni Solbin bakal jadi YeojaChingu Hyu-" aku cepat2 tutup mulut Yerin.
Aku tahu apa yang dia nak cakap.
Dia pandang aku dengan pandangan yang ada niat jahat.
"Bakal jadi YeojaChingu Hyu apa?" Tanya Dahyun yang ingin tahu.
"T-Tak ada apalah.." kataku resah.
🕥🕥🍽🍽🕥🕥
Akhirnya waktu rehat telah tiba.
Perut aku asyik bergendang-gendang je.
"Hai Solbin!" Sapa Mingyu.
"Hai.." balas aku kekok.
"Boleh saya rehat dengan awak?" Tanyanya.
"Emmm.. Bo-"
"Kau boleh rehat dengan aku" sampuk Hyunjae yang tiba-tiba muncul.
Hyunjar pandang aku lalu pandang Mingyu.
"Jom rehat dengan aku" ajaknya sambil tarik Mingyu keluar dari kelas.
Aku hanya pandang Mingyu pelik.
"Siapa tu?" Tanya Dahyun.
"Ouhh.. itu Hyunjae." Beritahu Yerin.
"Ouhh.." hanya itu keluar dari mulut Dahyun.
Aku dan Yerin pergi ke kantin.
Aku nampak Hyunjae, Haknyeon dan Mingyu sedang makan bersama.
Hyunjae seperti kekok dengan Mingyu.
Kalau dia kekok dengan Mingyu, kenapa dia tiba-tiba ajak Mingyu rehat dengan dia?
Peliklah dia ni...
Hyunjae pandang aku lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Tak pernah-pernah aku tengok dia berkelakuan macam tu.
🕭🕭🕭🕭🕭
Waktu pulang telah tiba.
Aku berjalan pulang dengan Yerin sambil berbual.
Tiba-tiba muncul Mingyu di sebelah aku.
"Eh? Mingyu? Awak balik ikut laluan ni ke?" Tanyaku.
Mingyu hanya anggukan kepalanya.
Baru je Mingyu nak cakap sesuatu pada aku, tiba-tiba Hyunjae muncul dan selit di antara aku dan Mingyu.
Hyunjae berjalan di sebelah aku.
"Eh? Hyunjae. Kau bukan bawa kereta ke? Mana kereta kau?" Tanya Yerin yang terkejut.
"Kereta... rosak!" jawab Hyunjae teragak-agak.
Aku hanya perhatikan Hyunjae.
Hyunjae asyik mengelak daripada memandang aku.
Peliklah dia ni...
Sejak Mingyu muncul, kelaluan dia berubah.
Kan bagus kalau aku boleh baca fikiran dia...
TBC😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro