👑13👑
🌞🌞🌞🌞🌞
Hari ni adalah aktiviti terakhir kami.
Kami dibawa ke sesuatu tempat.
Selepas beberapa minit, akhirnya kami sampai di tempat aktiviti kami yang akan dijalankan.
Aku melihat kawasan itu.
Hanya ada satu dewan yang sangat besar di kawasan itu.
Kami semua masuk ke dalam dewan itu.
Apa yang kami nampak di dalam dewan itu hanya ada Kolam.
Kolam yang sangat besar.
Terdapat perlampung besar di tengah2 kolam.
Kami pandang Encik Jaesuk.
"Okey... Aktiviti terakhir kamu untuk kali ni akan bermain di dalam kolam." Beritahu Encik Jaesuk teruja.
Semua pelajar bersorak kegembiraan kerana mereka suka game untuk kali ni.
Tak delah kami rasa panas.
Boleh la aku main air!!!😃😃
"Okey semua.. Sila tukar baju. Baju kamu telah disediakan di bilik persalinan." Arah Encik Jaesuk.
Kami semua masuk ke bilik persalinan.
Aku cari loker yang ada nama aku.
Aku buka loker dan terdapat baju renang yang aku perlu pakai.
Selesai sahaja kami siap pakai baju kami, kami berkumpul di depan kolam.
Pelajar lelaki sudah selesai menukar baju mereka.
Orang pertama yang aku akan cari ialah CRUSH aku Hyunjae.
Woahh!!!
Dia nampak Hot sangat!!😍😍
Baju renang yang dipakai olehnya, menampakkan badan dan lengannya yang berotot.
Aku sebenarnya pernah ternampak sixpack dia sebelum ni.
Masa tu aku ngendap dia main bola sepak. Lepas dia habis main, dia buka separuh baju dia untuk lap peluh dia.
Masa tu lah aku ternampak sixpack dia...
Selain Hyunjae, badan pelajar2 lelaki lain pun nampak berotot.
Tapi cuma tak sehebat Hyunjae la.😏
Aku dan Yerin berkumpul bersama dengan Hyunjae dan Haknyeon.
Aku rasa gugup pula nak berdiri berdekatan dengan dia.
Dia terlalu sempurna untuk aku.
"Saya akan terangkan cara aktiviti kali ni dimainkan. Mula2, kamu semua perlu berdiri di depan kolam.
Selepas wisel ditiupkan, kamu semua perlu masuk ke dalam kolam dan pergi ke arah pelampong besar yang ada dekat tengah2 kolam tu.
Masa akan di set secara random. Jika kamu berjaya berdiri di atas pelampong itu sehingga masa tamat, kamu akan berjaya dan dikecualikan dari pusingan yang seterusnya.
Group yang semua ahlinya berjaya berdiri di atas pelampong dahulu, akan mendapat markah yang paling tinggi.
Arraseo?"
"Nae!!"
Kami semua bersiap sedia berdiri di depan kolam.
Aku melihat Encik Jaesuk yang sedang memegang wisel.
Aku sangat gementar sekarang ni.
Encik Jaesuk bermain-main dengan wiselnya agar kami rasa lebih gementar.
"Encik Jaesuk! Janganlah main2" bebel Yoojung.
"Hahaha!! Okey2." Balas Encik Jaesuk.
"🗣"
Apabila Encik Jaesuk meniup wisel, kami semua terjun ke dalam kolam.
Kebanyakkan pelajar lelaki akan terjun macam atlet penerjun negara.
Yeoja pula masuk dalam kolam dengan keadaan yang berhati-hati.
Sementara, pelajar yeoja masuk ke dalam Kolam, pelajar namja telah sampai di bahagian tengah kolam.
Apabila aku sampai sahaja di kawasan dimana pelampong berada, pelajar2 lelaki bertolak sesama sendiri di atas pelampong.
"Roa!! Yuha!! Cepatlah!!" Teriak Mingyu pada ahli groupnya.
"Moonbin! Kenapa kau tolak aku?! Kitakan satu group!" Marah Cha Eun Woo yang jatuh ke dalam air yang ditolak oleh Moonbin.
"Sorrylah.. aku salah tolak" balas Moonbin yang bertahan daripada terjatuh dalam kolam.
"Hyunjae cepat tolak diorang!" Arah Haknyeon yang tolak WonWoo.
Hyunjae turut dengar arahan Haknyeon.
"Yerin! Cepatlah naik!" Jerit Haknyeon sambil menghulurkan tangannya pada Yerin.
Yerin pegang tangan Haknyeon lalu berusaha naik di atas pelampung itu.
Memandangkan pelampong itu sedikit tinggi, Yerin tidak berjaya naik atas pelampong itu.
Tidak mudah untuk panjat naik atas pelampong tu.
Akhirnya, Haknyeon yang memegang tangan Yerin terjatuh ke dalam air.
Dan turut bersama Hyunjae yang pada mulanya hendak menahan Haknyeon dari jatuh.
"🗣"
Encik Jaesuk meniup wisel.
Masa telah tamat.
Pelajar yang berjaya berdiri di atas pelampong itu hanya Mingyu dan Doyeon.
Mingyu dan Doyeon dikecualikan dari bermain pusingan yang seterusnya.
Kami semua berdiri di depan Kolam untuk bersiap sedia untuk pusingan kedua.
"Moonbin, Cha Eun Woo, kenapa korang tak tolong aku naik atas pelampung tu? Aku dah la pendek.." bebel Yoojung pada ahli groupnya.
"Mianhae.. kami tak ingat kau" balas Cha Eun Woo.
"Apa kau cakap?!"
"Eh.. jangan gaduh2. Buat bersabar.." selit Yerin.
"Okey.. semua.. sila bersedia.." arah Encik Jaesuk.
"🗣"
Kami semua terjun ke dalam kolam.
Kali ni, pelajar2 yeoja berenang ke arah pelampong dengan lebih cepat dari sebelum ni.
"Yerin! Cepat!" Jerit Haknyeon yang sedang panjat naik ke atas pelampong.
Haknyeon menarik Yerin naik ke atas pelampung.
Aku tolong Yerin naik ke atas pelampung.
Selepas Yerin dah naik, Hyunjae pula tolong aku naik.
Hyunjae tarik aku naik ke atas pelampung.
Tapi..
Malang nasib aku, apabila Wonwoo tolak Hyunjae.
Hyunjae terjatuh di atas aku.
Kami sama2 tenggelam dalam air.
Aku berada di bawah Hyunjae.
Hyunjae tarik aku naik ke permukaan air.
Dia pegang kedua belah bahu aku.
"Gwenchana?" Tanyanya dengan wajah yang risau.
Aku pandangnya.
Aku...
Aku...
Tergoda...
Dengan rambutnya yang basah...
"Gwenchana?" Tanyanya lagi.
"Nae.." jawab aku.
Dia mengusap rambut aku dengan senyuman.
Jantung aku...❤
Berdegup dengan laju...💓
Baru je kami nak naik semula ke atas pelampung, Encik Jaesuk telah bunyikan wisel.
Pelajar yang berjaya naik atas pelampung ialah Haknyeon, Yerin, Cha Eun Woo dan Yuha.
Mereka berempat dikecualikan bermain untuk pusingan yang seterusnya.
Sekarang hanya tinggal aku, Hyunjae, Moonbin, Yoojung, WonWoo dan Roa.
Kami bersedia di depan kolam.
"🗣" sekali lagi Encik Jaesuk tiup wasel.
Kali ni, Hyunjae pegang tangan aku sambil berenang.
Kami berdua berjaya sampai di pelampung terlebih dahulu.
Hyunjae naik atas pelampong lalu tarik aku naik atas pelampong.
Apabila aku sudah berada di atas pelampong, tanpa sengaja...
Aku terjatuh di atas Hyunjae kerana licin.
Hyunjae sempat peluk aku sebelum kami jatuh terduduk.
Wajah kami sangat dekat.
Aku pandang wajah dia.
Aku tak tahu nak cakap apa lagi.
Jantung aku berdegup dengan kencang.
Wajahnya sangat sempurna.
Pandangan dia boleh membuatkan aku pengsan.
"🗣"
Akhirnya, kami berjaya bertahan berdiri di atas pelampong.
Group kami berjaya mendapat tempat pertama.
Selepas aktiviti telah tamat, Encik Jaesuk beri kelepasan kepada kami untuk berseronok bermandi-manda di kolam.
Kami semua buat hal sendiri.
"Solbin, jom kita main tahan nafas. Siapa yang paling lama tahan nafas dalam air, dia menang." Ajak Yerin.
"Okey"
Baru je kami nak masukkan muka kami kedalam air, Hyunjae dan Haknyeon datang ke arah kami.
"Korang main apa?" Tanya Haknyeon.
"Tahan nafas dalam air" jawab Yerin.
"Kita orang nak main juga" sampuk Cha Eun Woo yang tiba2 muncul di belakang aku.
Semakin lama, semakin ramai yang datang ke arah kami berdua.
Last2 semua pelajar berkumpul ke arah kami berdua.
"Okey. Kita semua main. Siapa yang paling lama tahan nafas dalam air dia menang" arah Yerin seperti ketua.
Kami semua membuat bentuk bulatan.
"Satu... Dua... Tiga!"
Kami semua masuk muka kami ke dalam air.
Aku hanya dapat bertahan hanya 10 saat sahaja.
Aku angkat kepala aku.
Rupanya, aku orang yang ketiga angkat kepala.
Apabila aku angkat kepala, Yoojung dan Yuha telah angkat kepala mereka dahulu.
Tidak lama kemudian, Roa dan Doyeon juga angkat kepala mereka.
Sekrang tinggal 6 pelajar lelaki dan 1 yeoja iaitu Yerin.
Beberapa saat kemudian, akhirnya Yerin angkat kepalanya.
Selepas Yerin angkat je kepalanya, satu per satu pelajar namja angkat kepala mereka.
Mula2 Cha Eun Woo, Wonwoo, Moonbin, Haknyeon.
Hyunjae dan Mingyu masih tidak angkat kepalanya.
Sudah lebih 1 minit mereka berdua tahan nafas.
Apabila dah nak dekat dengan 2 minit, Hyunjae angkat kepalanya dan diikuti dengan Mingyu.
Aku sangat kagum dengan kebolehan mereka.
"Pemenang kita ialah Mingyu!!" Sorak Yerin teruja.
"Boleh tak aku nak minta sesuatu atas kemenangan aku?" Tanya Mingyu.
"Boleh je. Apa kau nak?" Balas Yerin ingin tahu.
"Aku... nak berkawan dengan Solbin."
Aku terkejut dengan permintaan Mingyu.
Aku pandangnya pelik.
"Awak terima saya jadi kawan awak?" Tanya Mingyu pada aku.
Semua pelajar pandang aku.
Aku pandang Hyunjae yang juga turut pandang aku.
"Emm.." aku menganggukan kepala aku tanda terima.
"Wuuu.." usik pelajar lain.
Aku rasa sedikit malu dan tidak selesa.
TBC😙
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro