Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑10👑

Tiba2..

Ada orang menarik aku ke arah belakang langsir yang labuh.

Sekarang aku berada di sebalik langsir.

Aku terkejut apabila melihat orang yang menarik aku.

"Hyunjae?"

Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Dia mengarahkan aku senyap.

Aku hanya turuti arahannya.

Tapi...

Jantung aku tak tenang...

Jantung aku berdegup dengan sangat laju.

Kami berdiri terlalu rapat...

Dan...

Tangannya masih memegang tangan aku dengan kemas.

Wajahnya sangat dekat dengan aku.

Aku dapat rasa hembusan nafasnya yang mendarat di kepala aku.

Aku tak boleh nak fikir apa2.

Otak aku kosong..

Kami sembunyi di sebalik langsir.

Kami terdengar ada seseorang yang sedang berjalan menghampiri kami.

Tidak lama kemudian..

Seseorang itu telah pergi dan tidak dapat temui kami.

Aku dan Hyunjae bertentangan mata.

Dia senyum pada aku.

Tolonglah sesiapa selamatkan aku sekarang ni....

Aku betul2 dah tak tahan dengan semua ni.

Muka aku betul2 merah sekarang ni.

Tiba2 ada orang menyelak langsir dimana tempat persembunyian kami.

"Dah Jum-"

Yoojung kelihatan sangat terkejut apabila jumpa kami berdua bersama.

Aku juga terkejut.

"Mian.. sebab kacau korang Date" ucap Yoojung sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Bu-Bukan. Kau jangan salah faham. Kami cuma bersembunyi je. Bukan Date" terang aku gelabah.

Aku tak nak dia ingat aku bercouple dengan Hyunjae.

"Yeke? Habis tangan tu.. kenapa?" Tanya Yoojung sambil memuncungkan mulutnya ke arah tangan Hyunjae yang sedang memegang tangan aku.

"Ma-Mana ada..." kataku sambil meleraikan tangan kami.

"Emm..okey.." balas Yoojung.

Yoojung tersenyum nakal sebelum dia meninggalkan kami berdua.

"Mianhae sebab buat awak rasa tak selesa." Maaf Hyunjae.

"T-Tak. Saya okey.." jawab aku lalu turun ke tingkat bawah.

Selepas aktiviti kedua telah selesai, tiba masanya untuk beritahu pemenang bagi aktiviti kali ini.

"Pemenang bagi aktiviti yang kedua ini ialah... Group Hanlim!!"

"Yaeyyy!!" Group Hanlim bersorak gembira.

"Saya akan beritahu markah sekarang untuk group kamu semua. Hanlim 70 markah. SOPA 63 dan Kang Dong 52.

Sekarang kamu boleh berehat. Kita jumpa esok pada pukul 8 pagi. Anyeong!!" beritahu Encik Jaesuk.

Kami semua pun masuk ke rumah tumpangan kami itu.

Kebanyakkan mereka mencari makanan. Nasib baik aku dah makan sebelum aktiviti 2 dijalankan.

Aku duduk di dalam bilik seorang diri.

Yerin pulak sedang makan di dapur dan ditemani Cousinnya, Haknyeon.

Aku teringat akan kejadian tadi.

Aku takkan lupakan semua tu.

Itu ialah kenangan yang paling indah bagi aku.

Tapi...

Kalau dia dah ada yeojachingu...

Macam mana?

Apa terjadi pada aku??

Sebab...

Sekarang aku semakin sayang pada dia..

Mungkin susah bagi aku untuk lupakan dia...
😩😩



☉☉☉☉☉☉☉☉☉☉☉☉☉☉

Seperti biasa, kami semua berkumpul di halaman luar.

Kami semua naik bas untuk pergi ke tempat dimana aktiviti 3 diadakan.

Kami semua sangat teruja apabila ternampak pantai.🏖

Tak tahu pula dekat kawasan ni berdekatan dengan pantai.

Apabila kami turun dari bas, kami semua mula mendekati air.

Kami semua sangat teruja dapat pergi pantai.

Bukan kami je, Encik Jaesuk dan Cikgu2 kami juga turut teruja.

"Okey.. semua sila berkumpul" arah Encik Jaesuk.

"Nae!!" Jawab kami semua.

Kami berkumpul di hadapan Encik Jaesuk.

"Aktiviti kali ni ialah Bola tampar" beritahu Encik Jaesuk teruja.

"Yeayy!!"

Aku tak tahu kenapa diorang teruja sangat dengar Bola tampar.

Mungkin diorang suka main bola tampar.

Tapi bukan aku.

Aku tak berapa minat dengan bola tampar sebab..

Aku tak pandai main.

Kami hantar wakil untuk bermain batu, kertas, gunting.

Siapa yang kalah, main dulu.

Hanlim hantar Yuha.

Kang Dong hantar Doyeon.

Kami hantar Yerin.

Akhirnya, Yerin menang main batu, kertas, gunting.

Jadi Hanlim dan Kang Dong bermain dulu.

Sebelum perlawanan Bola Tampar dijalankan, kami semua letakkan krim perlindung matahari di muka kami.

Aku sapu krim tersebut tanpa melihat cermin.

Jadi aku tak tahu kalau aku sapu dengan rata.

"Solbin" panggil Hyunjae.

Aku menoleh ke arahnya.

Tiba2 dia mengusap pipi aku dengan lembut.

Muka aku mula kemerahan.

Jantung aku tak payah nak cakaplah.

"Krim dekat muka awak tak rata" beritahu Hyunjae sambil ratakan krim yang ada di wajah aku.

Aku hanya tenung matanya.

Kenapa dia asyik buat aku macam ni?
😳😳

Kami duduk di tepi sambil memerhati mereka lawan.

"Yerin.. macam mana ni.. aku tak pandai mainlah.." bisik aku pada Yerin.

"Kau tak pandai main?!" Terkejut Yerin dengan suara yang kuat.

"Ish! Kau ni. Tak payah la cakap kuat2." Marah aku.

"Ha?! Solbin tak pandai main?" Tanya Haknyeon yang terdengar perbualan kami.

Aku menganggukkan kepala.

"Mianhae.." maafku pada mereka.

Aku taknak group aku kalah disebabkan aku.

"Tak apa. Awak duduk je dekat belakang kami." Beritahu Hyunjae dengan tenang.

"Baiklah"

Akhirnya, group Kang Dong telah menang dan Hanlim kalah.

Jadi, sekarang Group kami akan berlawan dengan group Kang Dong.

Aku sangat gementar.

Aku hanya ikut arahan diorang.

Yerin dan Haknyeon jaga bahagian depan.

Aku dan Hyunjae pula jaga di bahagian belakang.

Aku hanya berdiri di bahagian belakang tanpa buat apa2.

Tanpa aku sedari, Bola yang ditampar kuat oleh Moonbin datang ke arah aku.

Otak aku jadi kosong.

Aku tak tahu nak buat apa.

Tiba2, aku dapat rasakan kekuatan yang muncul dalam diri aku.

Aku beranikan diri aku.

Apabila bola itu datang dekat ke arah aku, aku menampar bola itu ke arah Group Kang Dong dengan kuat.

Group Kang Dong tidak dapat menyambut bola itu dan terlepas.

Aku tergamam.😮

Biar betul...

Betul ke aku tampar bola tu tadi?😃

Yerin berlari ke arah aku lalu memeluk aku.

"Woahh!! Terbaiklah Solbinnn!!" Puji Yerin.

Aku hanya ketawa kecil.

"Tamparan yang baik" puji Hyunjae sambil menyerabutkan rambut aku.

Aku hanya tersenyum malu.😊



Yeay!!

Akhirnya group kami menang dalam perlawanan bola tampar.

Dan kami telah memperoleh sebanyak 93 markah bagi jumlah markah yang kami kumpul dari aktiviti2 yang lain.

Selepas perlawanan Bola Tampar berakhir, Encik Jaesuk memberi kebenaran kepada kami semua untuk bermandi-manda di pantai.

Aku rasa macam aku sedang bercuti.

Aku tak menyesal setuju untuk sertai program ni.

Lebih baik daripada belajar dekat kelas.

Aku terapungkan badan aku atas air dan memandang langit.

Aku rasa sangat tenang sangat.

Selepas aku dah puas main air, aku pun naik ke darat untuk membersihkan diri aku.

Apabila aku pijak je di atas tanah, kaki aku rasa macam terpijak benda yang tajam.

Aku melihat di atas tanah.

Eh?😮

Ini....











TBC😙
















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro