Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿1✿

"YA Allah budok ni.... Anok daro apo la tido pagi-pagi buto gini. Dina, bangun!"

Suara bingit Idlan menunjah di gegendang telingaku, berkali-kali aku menggosok telinga kerana suara yang terlampau bingit itu. Dah macam bunyi dolphin tercekik tulang aku dengar.

Idlan sudah bercekak pinggang dan menggeleng kepalanya berkali-kali, sudah masak dengan perangai aku yang suka tidur dari dulu. Nak buat macam mana? Umi cakap dalam adik beradik aku, aku seorang je yang paling pelik masa baby, asyik tidur je memanjang. Kalau bangun pun nak susu, lepas tu tidur balik.

"Bangun la dik.... Pahni lewat pulok nok siap, nok cek bare lagi takut tinggal ko."

"Ho, ore bangun doh ni. Gi tubik nuh, ore nok mandi ni. " Kataku dengan suara yang serak, biasalah baru bangun tidur.

Idlan masih setia berdiri di sebelah katilku, aku membuka sedikit mata dan memandang ke arahnya dengan pelik. Dah kenapa tercegat macam tu? Dah macam patung cendana.

Dia memandangkan dengan wajah dinginnya. Dah kenapa pula dengan abang aku ni? Hantu mana pergi rasuk sampai dia jadi patung macam ni?

"Bakpo tengok ore gitu?" 

"Ore suruh bangun, buke dok baring gini."

"Abe le tubik la dulu, nanti ore bangun la..." Tanpa berkata apa-apa Idlan terus manarik lenganku.

Aku merengek kecil apabila dipaksa bangun olehnya, awal pagi macan ni memang sedap kalau tidur dulu daripada bangun mandi. Lagipun langit masih gelap kan? Apa yang kecoh sangat nak suruh aku bersiap awal-awal ni?

Sekarang baru pukul 7. Ayam pun tak berkokok bunyi lagi. Apabila aku sudah berdiri tercegat di depannya, aku terus memasamkan wajah. Nak suruh aku senyum dan happy setelah dipaksa begini?

Memang tidaklah jawapannya! Idlan mengambil tuala di penyangkut almari bajuku sebelum dia melemparkan tuala itu tepat di wajahku.

"10 minit mandi, 10 minit siap. Pahtu tubik make." Usai itu dia keluar dari bilikku.

Aku mengeluh malas. Dalam malasku, kakimu tetap juga melangkah masuk ke dalam bilik air. Kalau lambat bersiap karang, ada jugak kena curah satu baldi air nanti karang.















AKU keluar dari bilik dengan mengenakan pakaian tudung shawl biru, kemeja biru dan seluar slack biru. Kenapa semua biru? Sebab memang warna favorite aku, dan wajib semua benda yang aku minat kena ada warna biru.

Jadi tak peliklah kalau semua barangan aku dekat dalam bilik warna biru. Dengan katil sekali aku hias menjadi warna biru.

"Tubik doh adik tu." Dari tadi aku mendengar kekecohan dekat luar tapi aku tak tahu pula apa yang mereka kecohkan sangat.

Aku memandang di ruang meja makan, aku agak sedikit terkejut apabila melihat diruangan meja makan yang dipenuhi dengan saudara-mara aku yang duduk berdekatan dengan rumah datang ke sini.

Bukan setakat mereka sahaja, tok ayah dengan nenek pun ada bersama mereka. Dah macam majlis perpisahan sekolah pula kalau tengok. Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah nenek.

"Dik, make dulu. Pahni nok cek bare wak masuk dale keto pulok." Aku hanya mengangguk dengan kata-kata nenek.

"Bilo nenek mari sini?" Soalku sambil mencedok nasi.

"Baru jah. Tadi nenek gi rumoh pokok, melawat dio sakit. Ale-ale tu nenek mari sini jengok adik, adik nok gi KL doh kea umi oyak ko nenek hari tu. Ni belajar berapo tahun sano?"

"Kalu ikut surat hok dio bui tu, 2 tahun setengoh jugok." Terangguk-angguk kepala nenek mendengarkan jawapanku.

"Lepas habis belajar nok sambung lagi ko? Ambik master jadi lecturer kolej."

"Hok tu adik tok tahu lagi sebab tok mikir lagi sapa situ. Kalu boleh nok ngabih diploma dulu baru mikir ko hok lain." Sejujurnya aku tidak berfikir akan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi.

Kerana aku hanya sekadar ingin menjadi cikgu tadika, bukanlah seorang lecturer. Tapi kalau dah nanti rezeki, tak akankah aku nak tolak peluang yang ada kan?

"Nati Dina dok sano, belajar la rajin. Jange ikut sangat ore hok tok molek, jago diri. Kito tok tahu ore sano Gani, baik ko, buruk ko." Aku hanya mengiyakan kata-kata ibu saudaraku.

Ataupun aku senang dengan gelarannya sebagai 'ACIK'. Dalam ramai-ramai saudara-mara sebelah umi, aku hanya rapat dengan 3 orang ibu saudaraku.

Acik, cik Lily dan cik su. Kerana sejak aku kecil lagi aku selalu menghabiskan masa bersama mereka hinggalah mereka sudah menjadi mak orang. Dan akulah yang selalu rajin melayan segala karenah anak-anaknya, aku tak kesah pun tentang hal itu. Kerana aku suka budak-budak.

"Baik Acik. Ayoh cik mano? Tok mari sekali ko?" Kelibat bapa saudara aku langsung tidak terlihat sejak tadi.

"Ayoh cik adik duk luar nga tok ayoh." Aku hanya mengangguk.

"Kalu nanti Dina tak dok duit, telepon ko cik Lily. Nanti cik Lily transfer duit dale akaun bank Dina."

"Tak apo la cik Lily, nyusoh ko cik Lily Jah bui duit. Dina cari kijo nanti duk sano." Memang aku berniat untuk cari kerja setelah aku sampai di KL nanti.

Aku tidak mahu jadi beban keluarga, terpaksa mencari duit demi aku. Aku ingin hidup berdikari semasa disana dan bekerja dengan hasil titik peluh aku sendiri.

Aku kasihankan keluargaku di sini, mereka ada tanggungjawab sendiri sebagai seorang ibu dan juga sebagai seorang isteri. Tak akanlah aku nak jadi pengemis pula, mengemis duit mereka. Macam orang tidak tahu malu.

"Takyoh cari kijo sano, Dina fokus belajar jah. Duit tu boleh jah cik Lily, cik Su ngan Acik bui kalo umi nga walid tokleh bui."

"Keluargo ado tolong, nok susoh cari kijo bakpo?" Sudah aku duga, aku bakal dibebel oleh kedua ibu saudaraku ini.

"Duit tu cik Lily ngan Acik sipey jah, hok tu hak cik Lily nga Acik. Buke hok Dina."

"Duit tu cik Lily nga Acik bui untuk Dina sambung belajar. Nok tapong kos hidup sano, kalu duk sano mesti mahal-mahal sajo bare. Dina ambik jah duit cik Lily nga Acik bui ni." Aku tersenyum kecil.

"Terimo kasih Acik. Cik Lily." Tak terbalas rasa budi kedua ibu saudaraku ini kerana sanggup membantu aku dalam aku menyambung pengajianku.

Sudah aku berjanji pada diri aku, kalau aku sudah berjaya nanti. Aku akan balas balik jasa mereka yang sudah membantuku selama ini.

Jasa mereka tak akan aku lupakan sampa bila-bila.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro