Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

203 ; Message From My Ex

***

"Aku merindukanmu.”

“Yeah right!” aku menjulingkan mataku keatas. Sudah kesekian kalinya SMS itu masuk ke handphoneku.

Aku baru sahaja membeli telefon sebulan lalu beserta nombor baru. Belum lama aku menggunakannya , sudah ada nomor yang tidak dikenal yang selalu mengirimkan mesej yang sama berbunyi “Aku merindukanmu.”

Aku hairan ketika pertama kali menerimanya. SMS macam apa itu? Terlalu berlebihan bukan untuk SMS yang tersalah nombor atau sekedar orang yang ingin mencari kenalan. Kemudian akupun mulai mengaitkan semua kejadian ini.

Setahun yang lalu, aku memutuskan hubungan dengan kekasihku dan membuangnya dari hidupku.

Sambil berpaling ke belakang, aku mengatakan bahwa dia adalah lelaki dengan fikiran seperti kebudak-budakkan.

Dia tidak pernah bersikap dewasa, itulah masalahnya. Dia betul-betul racun dalam hidupku, tapi aku bertahan cukup lama dengannya disebabkan wajahnya yang sangat kacak.

Hingga suatu hari aku berkata “CUKUP! kita putus!" Akupun mengakhiri hubungan kami, sesuatu yang seharusnya aku lakukan sejak dulu lagi.

Pasti ini perbuatan dia . Dia pasti mendapat nombor baruku dari kawanku atau mungkin hasil dari stalk facebook-ku?

Yang pasti, ini bukan kali pertama dia cuba menghubungiku dan aku menduga itu juga takkan jadi yang terakhir.

Alih-alih , aku memilih untuk tidak mengangkat panggilan dari nombor itu. Aku mencuba tidak memberi rasa kasihan padanya, walaupun kadang-kadang aku tergoda untuk melakukannya.

Jangan hairan kenapa dia masih mencariku setelah sekian lama, aku adalah kekasihnya yang paling lama bertahan dengannya.

Yah, mungkin kerana aku saat itu masih naif sehingga menjadi target sempurna baginya.

Mesejnya selalu sama sehingga lama-kelamaan aku menjadi bosan,

“Aku merindukanmu.”

Selepas itu ia semakin menjadi-jadi.

“Aku berharap dapat berjumpa dengan kau lagi... "

Aku fikir aku melihatmu hari ini di antara kerumunan orang, namun ternyata itu hanyalah mimpi ...”

Ew. Menyedihkan!

Suatu malam, sekitar sembilan bulan sejak mesej-mesej itu terus dihantar, akhirnya aku sudah tidak dapat menahannya.

Aku akui, mood-ku sedang tidak baik saat itu. Dan mesej-mesej tidak jelas yang terus masuk ini membuat aku bertambah kesal .

Apalagi mesej-mesej ini makin lama makin bertambah panjang. Terutama mesej terakhir ini.

“Aku benar-benar sangat merindukanmu. Aku tahu kau membaca ini. Tapi dihari ini, aku ingin kau betul-betul tahu bahwa aku menyayangimu. Aku akan melakukan apa-apa sahaja supaya dapat bertemu dengan kau sekali lagi ...”

Dihari ini? Memangnya ada apa dengan hari ini? Adakah harini adalah hari kami mula-mula bercinta? Ah, aku lupa.

Kau ingin bermain? Okey, aku akan ikut bermain. Apapun supaya kau menghentikan semua mesej bodoh ni!

Akupun mulai mengetik.

“kalau kau ingin berjumpa dengan aku, kenapa tak datang kesini saja? Kau tahu dimana tempat untuk berjumpa dengan aku!”

Dan dengan mengirimkan mesej itu, segalanya berubah.

Saat itu aku belum sadar apa yang telah kulakukan.

***

Ketika aku bangun keesokan harinya, aku mendapat 13 missed call dari nombor itu.

Aku mencuba mengingat kembali, pasti aku langsung terus tidur setelah menghantar mesej malam tadi. Tambahan lagi telefon aku di dalm mode silent.

Dalam hati aku mula timbul rasa menyesal. Bagaimana kalau lelaki tak guna itu betul-betul datang?

Aku diam-diam berharap dia berhenti menghantar mesej atau menghubungiku .

Yang mengejutkan, semua harapanku terkabul! Dia betul-betul berhenti menghantar mesej. Sudah seminggu berlalu dan telefonku bebas dari mesej bodoh itu. Aku memberi ucapan tahniah kepada diriku sendiri dan hidupku yang baru.

***

Minggu berikutnya, aku terdengar ketukan di pintu rumahku. Aku membukanya dan melihat dua anggota polis dengan wajah tegas.Tentu sangat mengejutkan bagiku mendapat kunjungan dari anggota polis pagi-pagi seperti ini. Aku merasakan aura yang aneh dari cara mereka menatapku.

“Ehm, selamat pagi encik. Ada apa yang boleh saya tolong?”

“Kami ingin menyoal beberapa soalan kepada awak , adakah awak Anna Whitney?”

"Ya,  saya " aku mengangguk lalu mempersilakan mereka masuk.

Aku tak begitu yakin apa tujuan mereka datang, tapi yang jelas ini bukan hal yang bagus.Mungkin aku melakukan kesalahan, fikirku. Aku mulai terkejut ketika mereka menyoalku dengan pertanyaan.

“Awak tahu seseorang bernama Madison?”

Aku terkejut mendengarnya, “Saya tak pernah mendengar nama itu sebelumnya. Kenapa?”

“Kami menemukan banyak mesej ke nombor awak dari dalam telefonnya. Tapi kami hanya menemukan satu balasan dari awak.” Salah satu anggota polis tersebut mengeluarkan hasil print dari mesej yang selama ini aku terima, disertai balasan yang pernah aku kirimkan sekali.

Polis itu masih menatapku dengan tajam, “Adakah awak betul-betul mesej macam ini?”

“Ten ... tentu ...” jawabku, “Tapi saya menerimanya dari nombor yang tidak dikenal. Saya fikir mesej ini dari bekas kekasih saya.”

“Dan kenapa awak membalas mesej semacam itu?” soal anggota polis itu.

Aku mula berpeluh dan gugup. “S ... Saya fikir itu akan membuatnya berhenti. Kenapa sebenarnya?’

Polis itu menghela napas, “Telah jadi satu musibah...”

***

Madison adalah seorang gadis yang mengalami masa-masa sulit di sekolahnya. Tahun pertama, kelas-kelas yang ia masuk semuanya sulit. Dia merasa tak sesuai dengan jurusannya . Seluruh hidupnya hanya berkutat pada tugas dan kuiz.

Dan ketika ia merasa beban yang tidak terhintung, sahabatnya yang bernama Rachel meninggal dalam kemalangan langgar lari. Kematiannya amat terkesan pada Madison kerana Rachel adalah satu-satu sahabatnya ditiap susah senang.

Ia mulai menarik diri dari kehidupannya. Ia berhenti sekolah. Semua keluarga dan sahabatnya berduka atas kematian Rachel, namun mereka berhasil “move on”.

Tapi tidak bagi Madison. Dia tidak dapat melupakan kepergian sahabatnya.

Dia cuba bertahan dengan mencari psikolog, mengikuti terapi depression, dan memasang wajah tersenyum ketika bertemu orang lain. Namun yang ia tahu, ia terus-menerus terhisap dalam pasir keputusa-asaan dan kesendirian.

Saat semuanya betul-betul terlalu menyakitkan baginya, dia mencuba menghubungi nombor lama Rachel. Dia tahu dia tidak akan mendapat balasan, namun baginya hal tersebut memberinya sedikit kelegaan.

Dia berasa nyaman dapat berkomunikasi lagi dengannya, mencurahkan semua perasaannya.

Pada hari itu, hari peringatan setahun kematian Rachel, dia betul-betul berada dalam titik terendah dalam hidupnya. Dan pada hari itu pula, terjadi suatu keajaiban, paling tidak menurutnya.

Dia mendapat balasan.

Dia mencoba menghubungi nombor itu terus-menerus, namun hanya masuk ke voicemail.

Akhirnya dia melakukan satu-satunya hal yang terpikirkan olehnya kala itu.

Dia melaksanakan apa isi pesanan itu. Dia akan menemui Rachel, dia akan pergi ke tempatnya Rachel berada.

Dia memotong nadi pergelangan tangannya sendiri dengan cutter.

***

Aku membuat kesalahan yang besar saat itu. Kesalahan yang teramat besar, yang mengakhiri nyawa seorang gadis yang tidak tahu apa-apa.

Gadis yang semestinya ditolongnya, gadis yang mencuba mencari bantuan dengan menghubungiku. Namun dengan naif, aku menjerumuskannya ke dalam kematiannya.

Rasa bersalah terus mengakar dalam hatiku. Hidup Madison, benar aku yang telah mencabutnya. Tak peduli apapun yang aku buat, rasa bersalah itu terus menghantuiku.

Hingga kemudian, ketika aku sudah mulai melupakannya, muncul mesej dari nombor tersebut.

Nombor Madison yang seharusnya sudah tidak digunakan lagi.

Dia akhirnya membalas satu-satunya mesej yang terakhir aku kirimkan.

Balasannya, 

“Tunggulah. Aku ke situ.”

***

hello guys!  ohmygod lamanya nies tak update creepypastaa,  ni sebab terlalu boring la duduk rumah jee kerja  . Makan tido makan tido

tengah nies scroll cerita-cerita best creepypasta terjumpa pulak crita ni, hm... agak menarik bagi nies sebab pasal nombor tu kan. Ambik masa jugak nies nak translate sebab dah lama tak buat hehe

kalau nombor phone kita dah tak pakai kan sampai dah expired date mmng auto nombor tu orang jual balik eh , sebbnya kan ada la beberapa kejadian yng nies nak call kawan nies eh jadi orang lain angkt.

So mmg meremang jugakla kalau kita call nmbr kawan kita yng dah mati tetiba ada yang angkt hahaha

guyss jaga diri basuh tangan selalu jangan keluar rumah just #stayathome okeiis

muah sayang
nies.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro