Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

198; Fun Facts

1. Tahukah anda? Diantara 200 orang yang anda temui di jalan. 198 di antaranya adalah manusia.

2. Pernah ditemukan kes seorang wanita mati akibat urine dari tandas pesawat yang beku terjatuh di udara dan membentuk tombak yang menusuk jantungnya.

3. Kebanyakan suara ketawa yang ada di televisyen yang anda dengar pada tahun 1850-an. Secara teknis, anda mendengar suara ketawa orang mati.

4. Ketika anda bangun dari tidur pada jam 2 hingga 3 pagi tanpa ada alasan. Ada sesuatu sedang menatap anda.

5. Rata-rata anda melewati seorang pembunuh 36 kali dalam hidup anda.

6. Sugar Ray Robinson seorang peninju unggul yang popular tiba-tiba mengundurkan diri dari sebuah pertandingan kerana mendapat mimpi bahawa yang dia akan membunuh lawannya sendiri di ring. Setelah seorang pelatih memujuknya , akhirnya dia kembali bertanding di ring. Namun dia menewaskan lawannya sehingga mati. Iaitu Jimmy Doyle.

7. Ada salah satu episod filem kartun Johny Bravo yang bertajuk 'Chain Gang Johny' di salah satu adegan di mana background terpampang sebuah poster bangunan terbakar.

Itu mengingatkan tragedi serangan 11 september 2001. Episod ini ditayangkan pada 27 april 2001 , 4 bulan sebelum tragedi itu berlaku. Tapi hal yang menyeramkan di sini adalah pada poster itu tertulis 'coming soon'

8. Pada 13 april 1984, seorang kanak-kanak lelaki telah hilang di sebuah bandar kecil di Carolina Selatan. Sekeping gambar ditemukan di tempat parking kereta. Dan di gambar itu terdapat seorang kanak-kanak lelaki itu bersama dua lelaki dewasa bertopeng. Kanak-kanak lelaki itu tidak pernah ditemukan sehingga sekarang. Dan kesnya masih lagi dibuka sampai sekarang.

9. Seorang nenek di temukan meninggal dan telah menjadi kerangka di atas sofa di rumahnya dalam keadaan televisyen masih lagi menyala selama 3 tahun di London.

10. Leonarda Ciancuilli adalah seorang pembunuh berantai dari Itali yang membunuh dan menjadikan mangsanya biskut dan sabun.

11. Sebuah kes seorang lelaki hairan dengan semua persediaan makanannya yang selalu hilang. Akhirnya dia memasang cctv di rumahnya dan menemukan seorang wanita yang telah tinggal di dalam almari selama satu tahun.

12. Setelah 200 tahun menghilang akhirnya 3 kapal muncul kembali pada tarikh yang sama 5 Disember. Di tempat yang sama Coast of Wales dan 3 orang penumpang yang samar dengan nama yang sama iaitu Hugh William.

13. Pada tahun 1911 , Bobby Leach selamat setelah terjun dari air terjun di dalam sebuah tong baja. Empat tahun kemudian , Bobby meninggal kerana tergelincir kulit jerut.

14. Menurut Albert Einstein jika lebah pupus dari bumi. Maka manusia hanya mempunyai 4 tahun lagi untuk bertahan hidup.

15. Tahukah anda? Saat anda anda fokus memandang ke arah seseorang, terdapat satu energi yang dirasakan oleh orang tersebut. Dan tidak hairanlah kenapa jika dia tiba-tiba menoleh ke arah anda.

Jadi apa yang anda fikirkan ketika anda terbangun pada tengah malam dan entah kenapa saat itu tiba-tiba sahaja anda ingin menoleh ke arah sudut bilik anda ?

###

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro