Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Rumah Pelik

Straight to the point, HAPPY READING~ xD

____________________________________

.

..

...

CREEPY TOWN
Rumah Pelik

...

..

.

____________________________________

Blaze's P.O.V

Hi korang~ Nama aku Boboiboy Blaze, panggil je Blaze. Umur aku sama dengan si author, 16 tahun. Aku ni kembar yang paling muda antara kembar-kembar aku yang lainnya, kiranya aku ni adik kepada dioranglah.

Sifat aku ni 'random' sikit. Kadang bila dah seronok tu, hiper terlebih. Bila dah marah rasa macam nak bakar je semua benda yang ada depan mata. Itupun kalau aku ada kuasalah.. Ehem! Sebenarnya aku memang ada kuasa pun, tapi masalahnya si author frostbite ni buat fic AU.. Jadi power watch aku takde.. Tak guna punya author..

(Author: Aku dengar tu! *ketuk kepala Blaze*)

Adeh! Sakitlah! Ok, kat mana tadi? Oh, korang ambil tahu serba sikit dah la pasal aku. Sekarang aku nak cerita pasal kembar-kembar aku pulak.

Yang first, Gempa. Entah sengaja atau memang semua kembar Boboiboy tak beradap, atau paling senang korang faham, kurang ajar.. Kitorang tak pernah panggil dia 'abang'.

"Baru sedar ke yang korang tu kuaja ngan aku?" *sweatdrop*

Tak, sedar lama dah Abang Gempa Bumi oi..

"Nama aku Gempa! Nak aku eja satu-satu kat kau macam budak tadika ke!? Pepandai je tokok tambah nama aku.."

Hm.. Abaikan dia. Gempa ni bertanggungjawab dan tegas orangnya. Macam yang Fan bagitahu part lepas, kekadang Gempa ni poyo juga orangnya.

"Sabar.." *usap dada*

Ok! Yang kedua! Siapa lagi? Si abang temperamental dan cold tak ingat dunia tulah!

Halilintar: ..... *genggam penumbuk*

Perangai dia.. Nak aku list satu-satu ke? Kalau nak boleh je sebab aku ada buku '1001 perangai dan sifat kembar' yang aku tulis handwritten.

"Woy! Jangan berani kau-"

First dia ni.. um.. dingin. Second, jual mahal. Third, sombong. Fourth, belagak. Fifth, suka pukul orang tanpa sebab. Sixth, pukulan dia tu memang sakit. Seventh, sedikit yandere. Eighth, tsundere mengalahkan si author. Nin-

Halilintar: *belasah Blaze*

(Author: *join Hali belasah Blaze*)

Adeh.. Apa salahku..?

Halilintar: *deathglare Blaze*

Oops.. Ok, ok. Jom skip, yang ketiga pulak. Yang ketiga ni pemalas no. 2. Sebab si author ni mesti no. 1 kalau bab-bab malas ni.

(Author: Nak aku sangkutkan kepala kau kat dinding rumah aku ke? *pegang katana*)

Noo!! Ampun! Maaf! Um.. Kat mana tadi? Oh, si Ice. Dia ni kembar yang.. Apa perkataan yang sesuai? Ha! 'Rare' jugak la. Rare? Hm.. Cam tak sesuai je..

"Apa masalah kau ni..? Nak makan kaki bagitahu je lah."

Werk!! Tak nak aku makan kaki manusia Zaman Jurasik!

"Kau ni biadap tak bertempat betullah. Aku tido lagi bagus.. Grooh.. Greeh.."

Tengok? Inilah yang aku maksudkan dengan pemalas no. 2. Kalau si author tu pulak pemalas no. 1 sebab fic ni tak update-update lama dah..

(Author: Budak ni memang nak kena.. -_-||)

Ok! Yang keempat! Taufan, aka si kembar 'troll' aku! Kitorang ni memang suka sakat kembar yang lain.

"Betul tu!"

Dia ni ceria macam aku. Tak pernah lagilah tengok dia marah mengalahkan si Abang Tsundere atas sana tu ⇧

"Weyh, kau nak mati muda ke? Si 'Abang Tsundere' tu sebelah kau je kot."

Er.. Gomen ne, nii-chan. Ahahaha! In a nutshell, Taufan ni keseluruhan perangainya sama je dengan aku. Cuma dia tak se-emosional aku.

"Yup! Aku lebih kepada ceria!"

Lepastu.. Pasal kawan-kawan aku pulak kan? Yang first Fang. Dia ni ada abang yang yang bagi nickname 'Pang' kat dia sebab masa kecil dulu dia tak reti sebut 'Fang' dengan betul. Abang dia tu kapten kitorang sendirilah. Tapi tu abang dia, ni kitorang. Geng kitorang panggil dia 'mamat bajet.' Pftt- Nak gelak la..

"Eish.. Boboiboy saudara semua gila!!"

Habistu nak kata si crush kau tu gila jugak la?

"Erk! Aku takde crush la kat dia!!!"

Pembohong no. 1. Hm.. Sebab apa kitorang panggil dia mamat bajet? Sebab dia suka bajet dalam semua hal. Tu yang lekat perkataan bajet tu.. Dia ni rabun, rambut purple yang cacak. Bukan cicak ea, cacak.

"Nak aku letak cicak betul ke dalam jaket kau?"

Euw.. Gelilah! Jom skip! Gopal anak lelaki Kumaran!

"Yes! I'm here, sir!" *salute*

Sir? Aku muda setahun dari kau kot..

"Oh.. Ehehehe.. Sorry."

Gopal ni kekadang berani, kekadang tu pulak penakut sampai nak terkencing dalam seluar.

"Dey! Aku tak se-penakut tu lah!"

Dia ni detektif yang peka pada persekitaran dia. Bukan pekak! Peka! Takde 'k' di belakang!

"Hm.. Nak perli pun padalah.."

Mana ada aku perli.. Ok, kawan perempuan aku. Yang first ni Yaya. Macam nama dia la kan, dia ni gadis Melayu. Tapi tak macam nama dia, dia ni perempuan kasar.

"APA KAU KATA!?"

Wuish.. Sabar.. Aku tak habis intro pasal kau lagi!

"Hmph! Kalau kau bagitahu kat reader yang biskut aku tak sed-"

Ya, betul tu reader sekalian. Biskut dia tak sedap. Rasa macam kertas pasir adalah.

"BLAZE!! KAU NAK KENA TUMBUKAN AKU KE!?"

Hm.. Tengok? Kan aku dah kata, dia ni kasar. Macam si author.

Yaya: *belasah Blaze*

(Author: *join Yaya belasah Blaze versi kedua*)

Adoyai.. Apasal ngan semua orang hari ni? Suka sangat belasah aku.

"Haiya! Tulah! Jangan cari pasal dengan orang lain ma.."

Aik? Ying? Bila masa kau sampai?

"Hihihi.. Baru sampai ma.."

Ouh.. Ha, ni pulak Ying. Gadis Chinese yang muda setahun dari aku, kembar-kembar aku, Fang dan Yaya. Dia ni petah berkata-kata.

"Hihi.. Biasa saja ma.. Korang pun petah berkata-kata. Tu yang asyik kena belasah dengan author ma.."

(Author: *angguk kepala* Benar tu, wahai kebenaran..)

Ceh, sempat lagi tu. Hm.. Ying ni kawan baik dengan Yaya, tapi pada masa yang sama, diorang ni pun rival kalau masa periksa.

Alright! Dah habis intro, sekarang ni kitorang dah sampai ke bandar yang menyeramkan.. Creepy Town.

Gempa ajak kitorang tengok-tengok dulu bandar ni. Jadi kitorang pun ikutlah. Malangnya masa kitorang tengah berjalan, Taufan tarik tangan aku ke sebuah lorong yang.. banyak tengkorak dan tulang manusia!!

Tapi, Captain Kaizo kata.. Semua tulang dah.. mereput.. Apasal ni..

"UWAAA!! CABUT FAN!!"

"HAH!? JANGAN TINGGALKAN AKU BLAZE!!!"

Dan bermulalah pelarian kitorang hinggalah kitorang sampai ke tempat geng kitorang yang tengok aku dan Taufan dengan pelik.

"UWWAAAAAAAA!! S.O.S! S.O.S!!"

"MAAMMMAAAAAA!! BLAZE NAK BALIKK!!"

End of Blaze's P.O.V
____________________________________

Gempa, Halilintar, Ice, Fang, Gopal, Yaya dan Ying menahan nafas, tidak sabar mendengar jawapan yang akan keluar dari mulut Blaze.

"T-Tadi aku ngan Fan.. Ergh.." Blaze terus pengsan dalam pelukan Ice.

Gempa mengusap dahinya, stres dengan keadaan dua adik kembarnya, "Haih.. Bertuah betul dua orang budak ni.."

"Dey, habistu kita nak buat apa sekarang ni?" Si pemuda India bertanya.

"Kita teruskan 'meneroka' bandar ni je lah. Kan senang." Kata Fang seraya membetulkan posisi kacamatanya.

"Haiya. Kita rehat dululah. Lagipun kesian kat Taufan dan Blaze ma.." Ying membalas.

"Ha, betul tu. Kita biar diorang rehat dulu. Lepas Taufan dan Blaze sedar, baru kita boleh teruskan." Sahut si kerudung merah-jambu.

Fang memutarkan matanya, "Ye lah.." Kemudian dia menyilangkan tangannya di depan dada.

"Nak rehat kat mana ni? Takkan nak merempat tepi jalan macam ni?" Tanya Ice.

"Em.." Halilintar mengedarkan pandangannya ke sekelilingnya, sehinggalah matanya menangkap sebuah rumah kecil yang terletak bersebelahan dengan sebuah bangunan. Rumah itu sangat cerah kerana lampu yang meneranginya.

"Macam mana dengan rumah kat sana?" Halilintar menunjukkan tempat tersebut dengan jari telunjuknya.

"Hah? Er.. M-Macam menakutkan je.." Gopal lantas berlari, menyorok di belakang Gempa.

"Mencurigakanlah. Macam mana boleh ada elektrik kat situ?" Ujar Yaya sambil memegang dagunya.

"A'ah lah. Sekarang sudah berdekad-dekad takde orang hidup kat sini. Tapi..." Ying menjedakan ayatnya, tetapi dipotong oleh Ice, "Kita pergi jelah. Tengok keadaan rumah tu macam mana. Aku pun dah tak larat nak papah si Blaze ni."

Fang yang merasa kasihan terhadap salah satu kembar Boboiboy itu terus menolong Ice memapah Blaze. Begitu juga dengan Halilintar, dia menolong si abang sulung memapah tubuh Taufan.

"D-Dey! Betul ke korang nak ke sana? M-M-Menyer-ramkan!" Jerit Gopal.

Yaya memutarkan matanya, menyampah dengan sikap si paling tua antara mereka, "Ish.. Kau ni Gopal. Jangan cakap macam tu masa kita berada di tempat 'asing'. Tak baiklah." Nasihatnya.

"Betul tu! Jaga sikit mulut tu ma.." Ying menyokong pendapat dengan Yaya.

"Ok, jom kita tengok keadaan tempat tu." Kata Gempa, kemudian berjalan dengan perlahan kerana memapah Taufan bersama dengan Halilintar, diikuti Gopal yang masih menggigil ketakutan.

Ying berjalan bersama Yaya setelah Ice, Blaze dan Fang mendahului mereka. Matanya memandang kiri dan kanan, begitu juga dengan Yaya.

"Hm.. Ada yang tak kenalah Yaya. Kau perasan tak?" Bisik si gadis bertopi ke gadis bertudung.

Yaya hanya menganggukkan kepalanya sebagai balasan, tidak menjawab dengan suaranya.

Beberapa minit berlalu, kini mereka tiba di tempat yang ditunjukkan Halilintar. Ternyata tempat itu merupakan sebuah rumah seperti yang mereka duga.

Tetapi apa yang membuat otak mereka (kec Taufan & Blaze) berputar belit kerana persoalan yang bermain dalam fikiran adalah keadaan rumah itu.

Rumah tersebut seperti mempunyai 'penghuni'. Keadaan rumah itu sangat bersih, dilengkap dengan perabot-perabot dan alatan memasak. Sangat sempurna bagi tempat yang sudah ditinggalkan beberapa dekad lamanya.

Gopal menelan air liurnya, "Ok, memang pelik. Tak sedap hatilah." Gumamnya, tetapi didengari oleh Fang.

"Hish.. Jangan cakap macam tu." Tegur Fang, nada suaranya sama seperti Gopal, rendah.

Gempa dan Halilintar merebahkan tubuh Taufan di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumah tersebut. Tubuh Blaze dihempaskan oleh Ice dan Fang di sebelah Taufan.

Yaya berjalan ke arah dapur rumah. Alatan-alatan memasak tersusun rapi di tempatnya. Tandas pula sangat bersih, seperti baru dicuci. Tangan Yaya membuka peti sejuk yang terletak di sebelah rak pinggan dan cawan. Kosong.

"Hiks.."

"Eh?" Yaya membulatkan matanya setelah terdengar esakan kecil. Dengan gerakan perlahan, dia mengalihkan badannya.

Terlihat seorang budak perempuan dalam lingkungan 10 tahun berdiri di hadapan pintu tandas. Yaya tidak boleh melihat wajah budak itu kerana dia menunduk. Rambut hitamnya yang panjang menutup mukanya. Tangan kirinya memeluk anak patung perempuan yang terdapat sedikit cairan merah yang sangat Yaya kenali.

Darah.

Sebelah tangan kecilnya lagi mengusap matanya. Pakaian yang dikenakan hanyalah gaun putih yang sedikit terkoyak dan robek.

Yaya teragak-agak hendak mendekati kanak-kanak itu. Dia menarik nafas, lalu menghembuskan dengan perlahan. Kakinya mulai melangkah, menghampiri kanak-kanak perempuan tersebut.

Satu langkah.

Dua langkah.

Tiga langkah.

Empat langkah.

"YAYA!!"

Yaya terkejut mendengar namanya dipanggil. Langkahnya automatik terhenti. Dia berpaling ke belakang, 'Itu suara Ying. Apasal dia panggil aku?' Fikirnya.

Si gadis Melayu itu kemudian mengalihkan kepalanya ke depan semula. Tetapi kanak-kanak itu sudah tiada di tempat tadi.

Jantung Yaya seperti terlepas satu degupan. Matanya kemudian terlihat anak patung yang budak perempuan itu peluk. Yaya menyambung langkahnya. Dia mengambil anak patung tersebut, kemudian mengeceknya. Seperti anak patung yang kanak-kanak perempuan biasa main, cuma anak patung ini terdapat sedikit darah padanya.

"Yaya. Apa kau buat tu?"

Yaya berpaling ke belakang. Ying menghampirinya.

"Eh? Dari mana kau dapat anak patung ni?" Tanya Ying.

Yaya melihat Ying tepat pada matanya.

'Ada sesuatu yang tak kena.' Batin Yaya. Jantungnya berdegup semakin kuat. Tanpa sedar, si gadis berkerudung itu menelan air liurnya sendiri.

***

"Ergh.." Taufan membuka matanya, tetapi cahaya yang bagai menusuk matanya kembali membuat matanya tertutup semula. Dia bangun dari baringnya, diikuti Blaze yang juga tersedar dari pengsannya.

"Ha, bangun pun korang. Ingatkan tak nak bangun dah." Ujar Halilintar dengan sinis, kemudian mendapat cubitan daripada Fang, "Tak baik kata macam tu kat kembar kau sendiri tahu tak?" Tegur si rambut cacak.

Halilintar membuat muka masam.

"Eh? Mana Yaya?" Suara Gopal membuatkan semua detektif yang ada di ruang itu memandang sesama sendiri.

Ice menjongketkan bahunya, "Aku nampak dia berjalan ke arah dapur tadi. Mungkin nak tengok keadaan dapur."

Mereka mengalihkan kepala ke arah dapur. Terlihat Yaya yang sedang berdiri di hadapan peti sejuk, mengecek keadaan peti sejuk.

Gempa mengalihkan kepalanya ke Taufan dan Blaze yang sudah berada dalam posisi duduk.

"Ingat lagi tak sebab apa korang pengsan?" Tanyanya pada duo muda Boboiboy itu.

Blaze memegang dagunya, Taufan pula mengarahkan pandangannya pada siling. Mereka terlihat berfikir. Kemudian wajah mereka kembali pucat.

"Kitorang nampak-"

"AAAARRGHHHHHH!!"

Ucapan kedua prankster itu dipotong oleh jeritan seseorang, menyebabkan para detektif pemuda itu melihat ke arah dapur dengan mata dibulatkan kerana terkejut.

Lidah Gopal terlalu kelu untuk mengeluarkan perkataan, "Itu.. Itu ma-macam s-s-suara.."

"YAYAAA!!!"

____________________________________

.

..

...

TO BE CONTINUED

...

..

.

____________________________________

Sorry lambat update T▽T

Amacam dengan part ni? Menyeramkan? Tak? Ehehehe.. Kalau tak, part depan-depan lagi menyeramkan lorh~

Ok, nampaknya sisi yandere author dah muncul, cabut! Bye!! See y'all in the next part yo!



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro