Apa?! Creepy Town?!
Wohoo!! Cerita baru! Sorry lah saya delete cerita BROTHERHOOD. Ehem! Bukan saya sebenarnya, tapi sepupu saya yang annoying-nya minta ampun! Suka-suka dia je ambil phone saya, buka wattpad pastu delete cerita T.T Takpe, dia dah saya tendang sampai keluar galaksi (memang boleh?)
Hehe, okay. Saya bawakan cerita baru ni, Creepy Town. Menakutkan ke cerita ni? Kalau nak tau, baca yo my lovelies~ ^^
Warning(s) : Detective!AU, Typo(s), Bahasa tak baku, OOC melebihi kepanasan matahari(?)
Jangan lupa tinggalkan bintang-bintang untuk saya~ ☆
____________________________________
.
..
...
CREEPY TOWN
Apa?! Creepy Town?!
...
..
.
____________________________________
Gempa's P.O.V
Selamat pagi, tengah hari, petang, malam para reader sekalian. Nama aku Boboiboy Gempa. Jangan tanya kenapa nama aku macam tu. Mungkin sebab waktu aku dilahirkan, gempa bumi terjadi? Biarlah.
Umur aku 16 tahun. Muda? Tua? Terserah koranglah nak kata apa. Tapi bagi aku, sebagai detektif pemula macam aku, aku dikira agak hebat jugalah. Umur macam aku, dah boleh jadi detektif.
Sebenarnya bukan aku saja. Adik-adik kembar aku pun sama. Oh, tak lupa kawan-kawan aku.
Aku yang paling sulung antara kesemua kembarku. Yang kedua Halilintar. Korang kenal pemuda dingin, tak suka cakap banyak dan tsundere tu kan?
"Woy Gempa! Diamlah!"
Eh? Dia dengar apa yang aku cakap? Misteri nusantara apakah ini? Dia tu mind-reader ke?
Apa-apapun, yang ketiga Ice. Dia tu suka tidur dan pemalas. Aku sendiri pun tak tahu macam mana orang pemalas macam dia boleh masuk dalam kumpulan para detektif ni. Satu lagi misteri tak terjawabkan.
"Gempa. Aku dengar tau tak?!"
POOFFTTTTT-
Aduh.. Sakit muka aku. Suka-suka dia je lempar bantal yang dipenuhi peta a.k.a air liur dia ke aku.
Okay, kat mana kita tadi? Oh.. Yang keempat Taufan. Dia tu ceria terlebih, boleh dikatakan hiperaktif.. Terencat akal? Entahlah (tak baik kata macam tu T.T)
"Sampai hati kau kata macam tu kat aku. Huhuhuhu.."
Abaikan je si ribut taufan tu. Tapi ceria-ceria dia pun, ada time dia serius.
Dan yang terakhir, tak lain dan tak bukan, si Blaze. Sifat dia ni lebih kurang sama je dengan Taufan. Ceria, suka mengenakan orang a.k.a prankster. Tapi sekali dia marah, macam T-Rex menari PPAP pun ada.
"Apa?! Sini kau Gempa! T-Rex dah datang! Groourrr!!"
Tengok? Kan aku dah kata. Macam T-Rex tak cukup akal (Gempa kejam T.T)
Kawan-kawan aku pula, Fang, Gopal, Yaya dan Ying.
Fang, pemuda Cina yang bajet popular dan gila popular. Dia ni suka perasan. Sebab tu lah aku gelar dia budak bajet. Bila sebut je nama gelaran dia tu, mesti dia muncul.
"Hoy! Kau tu apa kurangnya hah? Budak gempa!"
Kan aku dah kata, tak boleh sebut nama gelaran dia tu. Sebut je terus muncul entah dari mana. Macam bayangan. Oh, satu lagi, dia ni pun gila bayang.
Em.. Aha! Satu lagi kawan se-gender aku, Gopal. Pemuda India berbadan gempal ni suka makan. Eloklah tu, Gopal, gempal. Nak dekat dah tu.
Tak kisahlah kau bagi dia makanan apapun, mesti dia makan. Tapi janganlah sampai masukkan racun dalam makanan tu. Disebabkan teringin nak masuk TV korang pergi buat kes macam tu.
"Hiks.. Sungguh dalam sekali kata-kata kau Gempa.."
Abaikan dia. Oh, ada aku mention? Gopal tu tua setahun dariku.
Okay, siapa pula? Ah.. Yaya. Gadis penggila pink. Setiap hari pakaian dia pink. Boboiboy dari kecil, sampai dah berumur 14 tahun pun Yaya masih pakai baju warna pink (apa kena-mengena? OAO)
Oh.. Aku lupa nak bagitau korang. Kalau dia bagi korang biskut dia, jangan ambil sebab--
Readers : *ambik biskut yang Yaya bagi* Terima kasih Yaya *makan biskut*
"Sama-sama! Kalau korang nak lagi, jangan malu-malu nak minta!"
Readers : *pengsan*
Aku dah kata. Jangan ambil biskut maut dia tu. Nama pun maut, masuk batu dua a.k.a kubur lah namanya.
Okay, yang terakhir Ying. Seorang gadis Cina. Kalau korang cakap dengan dia, mesti korang akan kata, "Hah?"
Dia cakap laju gila! Dah lah laju, pastu gila pulak tu. Naik gila lah jawabnya. Dia ni pun agak pemalu sikit orangnya.
"Haiya Gempa! Saya memang macam tu ma.."
Aduh.. Mulalah muka merah dia. Ha, Ying ni muda setahun dari aku. Kiranya lagi hebatlah dari aku. Frost yang tahun depan baru masuk umur 16 pun tak jadi detektif.
Author : Woy, woy. Apa ni mention-mention nama author.
Abaikan author tak betul tu. Aku, para kembar aku dan keempat kawan aku sekara-
"Ehem! Gempa? Awak ada nak cakap apa-apa ke?"
End of Gempa's P.O.V
____________________________________
Gempa tersentak mendengar namanya dipanggil oleh orang atasannya. Dia menelan ludahnya, "Er.. Takde, Captain." Jawabnya dengan suara garau (alahai Gempa, kau dah matang rupanya XD)
Orang yang menegur Gempa, Captain Kaizo, abang kepada sahabatnya, Fang. Captain Kaizo sangat baik, walaupun tertutup oleh sifat garang dan tegasnya. Bukan itu sahaja, Captain Kaizo juga merupakan seorang yang bertanggungjawab. Disebabkan itulah dia menegur Gempa kerana detektif pemula itu terlihat seperti melamun.
"Kalau macam tu, boleh aku teruskan?" Tanya Captain Kaizo, menongkat dagunya dengan sebelah tangan sambil memasang senyum sinis.
Gempa pula hanya tersenyum innocent, mengaru pipi dia, "Ehehe.. Maafkan saya Captain. Captain boleh teruskan.."
Halilintar, Ice, Taufan, Blaze, Fang, Gopal, Yaya dan Ying melihat sahabat dan saudara mereka dengan muka datar. Boleh pulak Gempa melamun waktu penting-penting macam ni?
Kali ini Captain Kaizo menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya, "Aku ada misi khas untuk korang." Katanya dengan singkat.
"Hah?"
Sebuah perkataan meluncur keluar dari mulut yang ada dalam ruangan itu.
Captain Kaizo menghela nafas, kemudian dia memetik jarinya, "Lahap, bawakan aku dokumen tu."
Sesuai arahan, seorang lelaki dengan rambut berwarna ungu berjalan ke arah Captain Kaizo sambil membawa fail dokumen, "Seperti yang anda minta, ini dokumennya Captain." Ucapnya dengan sopan, menghulurkan fail itu kepada lelaki yang menjadi kaptennya.
Tanpa berkata banyak, Captain Kaizo mengambil fail itu, kemudian diberi pada detektif muda di depannya, "Bukalah. Dan korang akan tahu."
Gempa mengalihkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, melihat saudara dan sahabatnya, "Aku ke?" Tanyanya, lalu mendapat anggukan daripada mereka (Gempa slow - -")
Dengan degupan jantung seperti baru habis lari 5 kilometer, Gempa mengambil fail yang dihulurkan padanya. Tangannya sedikit bergetar. Dengan hairan, Gempa mulai membuka isi fail itu. Saudara dan sahabatnya mulai berjalan mendekatinya, ingin melihat isi dokumen itu.
Gempa mengambil beberapa helai kertas yang berada dalam fail itu. Terdapat beberapa keping gambar juga disertakan dengan kertas-kertas itu.
Blaze yang merasa teruja, mengambil gambar-gambar tersebut, "Woah! Gambar apa ni?" Tanyanya, melihat gambar yang kurang jelas.
Mendengar Blaze berkata begitu, sahabat dan saudaranya juga turut mendekat.
"Ha'ah lah. Gambar apa ni?" Tanya Taufan.
"Tak berapa jelaslah." Ucap Ice pula.
"Hm.. Biar aku tengok." Yaya merampas gambar yang dipegang Blaze, "Ok, aku pun tak tau."
"Haiya! Sini, biar saya tengok!" Kali ini giliran Ying pula, tapi hasilnya sama saja, "Haiyo! Gambar apa ini?"
"Tepi! Biar Gopal anak lelaki Kumaran saja yang tengok!" Dengan bangganya, Gopal mengambil semua gambar-gambar itu (karpet merah mana? XD) Dilihatnya satu per satu, kemudian berkata, "Hehe.. Aku pun tak tau."
GEDUBRAKKK-
Semua yang berada di ruangan itu terus jatuh pengsan, pengsan sementara mungkin.
"Dah tak tahu tu buatlah cara orang tak tahu! Belagak bijak!" Halilintar berkata dengan tajam, setajam gigi jerung (woah, parah dah tu)
Captain Kaizo hanya mengusap dahinya, 'Apa nak jadilah dengan budak-budak ni?' Katanya dalam hati, kemudian dia melihat First Assistant-nya "Lahap, kau boleh keluar dari ruangan ni. Semakin lama kau kat sini, boleh naik gila kau dibuatnya."
Dengan sebuah anggukan kepala, Lahap mulai berjalan ke arah pintu, kemudian hilang di sebalik pintu yang ditutupnya.
Seisi ruangan yang diketahui bilik Captain Kaizo itu mula bising dengan suara-suara tak bermutu, iaitu suara-suara dari 9 makhluk tak dikenali wujudnya(?)
Captain Kaizo mengeluarkan rotan kayu, lalu meja yang menjadi tempat dia menongkat dagu dipukul dengan kuat, "Diam-diam!" (dia ni ketua detektif ke guru besar? XD)
Mendengar rotan keinsafan(?) dipukul di atas meja, membuatkan 9 makhluk tadi terdiam membatu-bisu(?)
"Itu gambar sebuah bandar." Ucap Captain Kaizo kepada para detektifnya.
Semua yang ada di ruangan itu mulai melihat lagi gambar yang dipegang Gopal.
"Iyelah. Nampak tak bentuk bangunan-bangunan tu?" Fang menunjukkan gambar.
"Erm.. Kenapa dengan bandar ni Captain?" Gempa bertanya pada kaptennya.
"Seorang budak perempuan ditemui mati di bandar tu. Jadi, aku nak korang, sebagai detektif pemula, yang menyiasat tentang kes pembunuhan tu. Cari semua data tentang budak tu. Macam mana dia boleh mati. Macam mana dia boleh berada kat bandar tu seorang diri. Berapa umur dia. Siapa keluarga dia. Cari semua maklumat tentang budak tu." Captain Kaizo menjelas panjang × lebar + tegas.
'Melebih-lebih lah pulak Captain ni.' Ayat yang berada dalam fikiran semua dalam ruangan itu.
"Jauh ke tak bandar ni?" Tanya Ice.
"Tak jauh mana pun. Dalam 350km dari sini." Jawab Captain Kaizo sekenanya.
GEDUBRAKKK-
Sekali lagi, semua di ruangan itu pengsan sementara.
"JAUHNYAA!!" Jerit mereka secara berjemaah.
"Jauh gila! Macam dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur!" Taufan membantah.
Yaya melihat Taufan dengan muka hairan, "Kau silap Taufan. Jauh mana boleh gila." Tegurnya pada Taufan.
"Iya lho~ Jauh sangat ada lah!" Balas Ying pula.
"Cikgu mana lah yang ajar kau Taufan, sampai parah macam tu sekali Bahasa Melayu kau." Fang bersuara.
Taufan melihat sahabatnya dengan pandangan tajam, "Diamlah korang!"
Untuk kesekian-kalinya, Captain Kaizo menghela nafas berat, "Boleh gila aku kalau macam ni terus."
"Wey, sudahlah. Korang ni bising je lah." Halilintar menyilangkan tangan di depan dada.
"Ala~ Kau ni tak seronoklah Hali~" Blaze berkata dengan nada manja, menggosokkan pipinya ke Halilintar.
"Plastik mana plastik? Aku nak termuntah." Halilintar pura-pura memegang dada dan mulutnya.
"Baik kau muntah darah terus Hali, muka kau pun dah hijau macam katak." Ice bergurau.
"Katak muntah darah. Hahahaha!" Gurauan Gopal mendapat sahutan tawaan daripada para sahabatnya.
Pengecualian untuk Gempa dan Fang. Mereka hanya memandang teman dan saudara mereka dengan setitis air berbentuk embun di tepi kepala, a.k.a sweatdrop.
"Hoy-hoy, sudahlah. Dengar baik-baik yang aku nak kata!" Captain Kaizo kembali memukul meja dengan rotan keinsafan.
Sekali lagi, seluruh ruangan terus terdiam. Hanya bunyi cengkerik yang dihuni.
"Baiklah. Aku nak korang ke bandar tu hari ni juga." Captain Kaizo mengarah.
"Haiya, Captain! Macam mana kami nak ke sana wo?" Tanya Ying.
"Entahnya. Dah lah 350km. Jauhlah." Yaya merungut.
"Yang tu korang tak payah risau. Lahap akan hantarkan korang ke sana dengan helikopter. Jadi korang kena siap-siapkan barang korang untuk dibawa ke sana secepatnya." Kata Captain Kaizo lagi.
"Wuu~ Aku suka misi kali ni~" Blaze tersengih-sengih.
"Hooaam~ Boleh kita siap sekarang? Aku mengantuklah~" Suara ini korang tahu kan suara siapa? Siapa lagi? Mestilah si beruang kutub hibernasi tu *ditembak meriam pembeku*
"Hm.. Captain, apa nama bandar tu?" Gempa bertanya. Dari tadi berbincang tentang bandar itu, tapi tak tahu nama bandar? Sadis betul.
"Nama bandar tu ialah Creepy Town."
"APA?! CREEPY TOWN?!"
____________________________________
.
..
...
To Be Continued
...
..
.
____________________________________
Yuhuu~ Creepy Town aku datang! Ehem! Sebenarnya bukan author, tapi para karakter Boboiboy yang akan datang~
Macam mana dengan cerita ni? Seronok? Tak suka? Nak di sambung atau delete macam BROTHERHOOD?
Saya ada satu soalan, kalau boleh korang jawablah eh? Nak adegan shounen-ai ke tak?
Ok, tu saja! Kalau panjang umur(?), kita jumpa di next chappy~
Gimme some votes! ^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro