Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Vernon

Hansol pov

Ada orang cakap hantu tak wujud. Korang percaya ke dengan kewujudan hantu ni?
Pada akulah.. Takdenya benda-benda karut ni.

Lagipun aku rasa kan.. Hantu ni tak menakutkan yang menakutkan tu sebenarnya manusia. Betul tak?

Tapi kepercayaan aku mula berubah sejak satu kejadian ni. Oleh itu, jom kita dongak sikit.. Ehh tak payahlah.

*Flashback*

Di dalam kelas 10-7

"Kau dah kemas belum barang-barang kau?"

Aku memandang ke arah seungkwan yang bertanya kepadaku.

"Belum, malaslah pulak aku nak join camping tu."

Aku mengambil beg galas lalu keluar dari kelas.

"Kau jangan macam-macam eh. Sape nak temankan aku tido nanti? Sape nak jadi kawan aku nanti?"

Seungkwan mula mengejar aku dari belakang.

"Eh kau ni.. Mengada betul. Yelah aku pegi. Puas hati kau sekarang?"

Kelihatan Seungkwan menghembus nafas lega. Tangannya mengibas mukanya yang berpeluh. Dramatik sungguh anda ye.

"Kau ni buat aku gelabah je Hansol. Pagi esok kita jumpa okay."

"Hmm" responku malas.

Skip

Tepat pukul 7 pagi, dah ramai orang berkumpul. Semangat betul. Aku je ke yang malas.

Aku memandang sekeliling. Mana pulak anak Boo ni? Semalam bukan main semangat je dia tu. Beberapa minit kemudian, aku terdengar namaku dipanggil.

"Hansol, so-sorry aku lambat. Aku tak sihat sikit sebenarnya."

Kelihatan Seungkwan yang termegah-megah berlari.

"Kalau kau tak sihat kenapa kau nak join jugak? Cakaplah dekat Choi Saem. Kau rehat dekat rumah."

"Ish takpelah. Kau ingat senang ke nak join camping ni.? Lagipun aku okay ape."

Aku malas nak bertekak dengan dia pagi-pagi macam ni. Jadi aku diam jelah. Bukan tak tau perangai si Boo ni. Degil.

"Okay pelajar semua, sila beratur dan naik dalam bas. Sekejap lagi kita akan bertolak ya.  Siapa lambat aku tinggal. Haa pepandailah kau pegi sendiri HAHAHAHAHAHA"

Dan kami semua hanya.. KRIK KRIK

Erm.. Dah kenape Choi saem ni. Buang tabiat ke? Lepas tu, kitorang pon beratur masuk ke dalam bas.

Skip

"Okay, saya dah bahagikan khemah masing-masing. Satu khemah untuk 5 orang ye. Jangan ada yang sibok nak join khemas orang. Aku rotan nanti. Btw kamu semua boleh tengok ahli khemah kamu dekat kertas ni."

Choi Saem menunjukkan kertas di tangannya. Dengan itu anak Boo lah orang yang paling bersemangat nak tengok kertas tu.

"Saya nak saem!"

Dengan itu acara rebut merebut sekeping kertas yang takde nilai tu pon bermula. Aku tak berminat langsung nak tau, kalau Boo tu ade takpelah.

Aku mula memandang kawasan tapak perkhemahan. Tenang je. Penuh dengan pokok-pokok. Yelah hutan takkan ada kedai pulak kan.

"Eh kau ni, tak payahlah berebut kertas tu satu je!" Marah Choi saem.

"Alah saem, yang saem print sehelai je buat ape? Printlah banyak sikit." Kedengaran Seungkwan membebel pula. Ish anak boo ni.

"Kau ingat kertas ni murah ke? 10 sen kot. Sehelai pon dah cukup"

Ceh.. Kedekut benor saem ni. Haish. Tiba-tiba kedengaran saem berkata lagi,

"Saya nak bagi pesanan sikit. Sepanjang tiga hari dua malam kita di sini, jangan pernah pergi mana-mana sorang diri. Jangan cakap besar."

"Alah saem, tulah kitorang jaga diri" kataku malas.

"Chwe Hansol, saya hanya mengingatkan sahaja okay."

Skip

Sudah dua hari, kitorang berkhemah dekat sini. Esok dah balik. Bosan woi. Buat ape sangat dekat sini. Buat kayu api, berkawad. Dekat sekolah pon boleh buat. Aku menguis batu di atas tanah. Manalah si Boo ni, bosan aku duduk sorang diri ni. Tiba-tiba aktivitiku terganggu apabila mendengar suara saem berkata.

"Okay semua. Kita akan adakan aktiviti jungle trekking pada petang ini. Kamu semua kena pilih pasangan masing-masing ya."

"Baik saem!" Jawab kami serentak. Best jugak aktiviti camni. Aku memandang sekeliling, mana pulak seungkwan ni. Aku ingat nak pilih dia je jadi partner aku nanti.

"Okay semua boleh mula sekarang ye."

End pov

Author pov

Kelihatan Choi saem mencari Hansol.

"Mana pulak budak ni?"

Di situasi Hansol pula,

"Manalah budak debab ni?"

Hansol membebel seorang diri.
Tiba-tiba bahunya disentuh menyebabkan dia sangat terkejut.

"Eh kau ni. Terkejut aku!" Kata Hansol sambil mengurut dadanya.

"Rilek ar bro, kau ingat hantu ke?"

"Ape ah kau. Aku tak percayalah hantu ni. Dahla jom mula sekarang, cepat mula cepatlah kita siap.

Mereka berdua mula mengikuti aktiviti tersebut. Sepanjang perjalanan, Hansol dan Seungkwan langsung tidak bercakap. Setelah lama berdiam diri, Hansol mula bercakap.

"Kau okay tak Boo? Senyap je. Selalu kau yang paling bising"

Namun begitu, Seungkwan hanyalah berdiam diri dan tidak membalas pertanyaan Hansol.

"Mungkin dia badmood kot. Biasalah makhluk bernama Boo Seungkwan tu"

Mereka meneruskan perjalanan mereka. Setelah 20 minit berjalan, mereka kembali semula ke tapak perkhemahan.

"Boo, kalau kau tak sihat, duduk dalam khemah. Aku nak pegi tandas jap."
Hansol berkata tanpa memandang Seungkwan yang berjalan di belakangnya.

Selesai je ke tandas, hansol ingin kembali ke khemah namun niatnya terhalang apabila Choi Saem memanggilnya.

"Kat sini rupanya kamu. Puas saya cari. Saya nak bagitau kamu sesuatu ni."

"Apa dia saem?" Kata Hansol yang tidak fokus sambil melihat sekeliling.

"Seungkwan dah balik lepas makan tengah hari tadi. Si Chan tu yang jumpa dia pengsan dalam khemah tadi."

Hansol yang tadinya tidak fokus mula terkejut.

"Apa saem ca-cakap ni? Tadi dia ada join sayalah pegi jungle trekking. Dia ada kat khemah tu. Kalau tak caya, mari ikut saya."

Tanpa menunggu balasan Saem, dia terus berlari ke khemah dan alangkah terkejutnya apabila mendapati khemahnya kosong. Barang-barang seungkwan juga dicara tapi tiada. Hansol mula berpeluh. Choi saem mula gelabah. Dia melirik ke arah jam tangannya dan secara tiba-tiba dia membuat pengumuman.

"Kepada pelajar semua, sila kemas barang-barang. Kita akan balik sebelum pukul 6 petang."

Semua pelajar terpinga-pinga dan ya, Hansol tak akan melupakan kenangannya bersama 'Seungkwan' semasa aktiviti petang tersebut.

Vote and comment gais❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro