Special chap! (Scoups)❤
Sekarang, Seungcheol sedang duduk di bangku yang terletak di bawah sebatang pokok yang rendang.
Suasana taman yang meriah dan dipenuhi manusia tidak langsung menganggu dirinya untuk mengelamun sambil memandang sungai Han yang terbentang luas di hadapannya.
Matanya terus melilau keadaan sekeliling dan matanya terhenti kepada sepasang kekasih yang duduk di bawah sebatang pokok yang pernah menjadi tempat kegemarannya dahulu.
Seungcheol berdecit kecil. Matanya tidak lepas memandang pasangan tersebut. Agak familiar susuk tubuh mereka berdua di matanya.
"Tch, aku rindu dia."
Tiba-tiba dia terkejut melihat wajah lelaki tadi yang secara tidak sengaja memandangnya.
Mata Seungcheol membulat dan kepalanya digeleng berulang kali.
"Ta-tak mungkin"
Wanita itu turut berpaling dan muka Seungcheol berubah pucat. Rambutnya diramas kasar
"Ta-takk! Dia dah takde! Dia dah takde!"
Jeritan Seungcheol tak ubah seperti orang gila dan ianya telah berjaya menarik beberapa pengunjung di situ untuk menghampirinya.
Seungcheol yang masih menjerit terus rebah dan jatuh pengsan. Beberapa orang pengunjung yang berada di disekeliling mulai panik.
Beberapa minit kemudian, dua orang lelaki berpakaian seragam hospital menghampiri mereka.
"Dr Hong. Kita dah jumpa patient yang hilang tadi."
"Syukurlah. Jeonghan, bantu patient ni untuk masuk ke dalam ambulance."
Jururawat lelaki itu terus mengangguk dan memapah Seungcheol untuk masuk ke dalam ambulance.
Baru sahaja Dr Hong yang memakai nametag 'Joshua' mahu meninggalkan tempat itu, dia telah ditegur oleh seorang pengunjung.
"Hyung, kenapa dengan pesakit tu?"
Wajah lelaki yang menegurnya dipandang. Rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan jiran rumahnya.
"Ah, Choi Seungcheol tu baru sahaja terlibat dalam kemalangan maut. Kekasih dia telah meninggal di tempat kejadian. Jadi, emosi dia tak stabil dan disahkan mengalami gangguan mental."
Lelaki yang bertanya tadi mengangguk faham.
"Hyung minta diri dulu ye, Kwan."
Seungkwan hanya memandang Joshua yang telah pun pergi meninggalkannya.
HAPPY BIRTHDAY TO URI LEADER, CHOI SEUNGCHEOL! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro