Rindu (Dino)
"Chan! Masuk dalam rumah cepat! Dah nak senja ni."
Kedengaran suara Puan Lee memanggil anak tunggalnya yang berusia 7 tahun ini.
Chan yang sedang bermain di halaman segera menyahut panggilan ibunya yang memanggilnya sejak tadi. Tanpa menunggu lama, dia terus masuk ke dalam rumah.
"Chan, lepas ni mandi ya. Badan tu dah berpeluh. Lepas ni kita tunggu appa balik, kita makan sama-sama okay?"
Kata Puan Lee sambil mencubit pipi anaknya itu.
"Baik eomma. Chan pergi mandi dulu ya."
Chan terus mencapai tuala yang tergantung elok di depan pintu biliknya dan terus mandi di dalam bilik air.
Skip
Chan melihat eomma dan appanya yang duduk di ruang tamu dan sedang membincangkan sesuatu.
Jelas kelihatan kerutan di dahi mereka berdua. Encik Lee yang menyedari kehadiran anaknya ke ruang tamu terus memanggil Chan untuk duduk di atas ribanya. Rambut lebat anaknya digosok lembut.
"Appa, kenapa dahi eomma berkerut? Eomma sakit ke?" Chan menatap muka ibunya dengan penuh kehairanan.
"Takdelah sayang, eomma ngan appa tengah fikir ni."
Chan bertanya tanpa memandang wajah ayahnya itu. Tangannya ralit bermain tangan ayahnya itu.
"Pikir apa?"
"Lepas ni kita nak pindah rumah. Appa ditukarkan dekat tempat lain." Terang Puan Lee sambil menggosok lembut rambut anaknya itu.
"Jadi, kita dah tak duduk sini?"
Puan Lee dan encik Lee mengangguk serentak. Wajahnya diangkat untuk memandang ibunya. Jelas kelihatan riak mukanya sedikit sedih.
"Nanti kita pindah dekat rumah yang lagi besar. Jadi Chan jangan sedih-sedih tau. Lepas tu Chan dapat cari ramai kawan baru."
Kata Encik Lee yang sedar akan reaksi anaknya yang sedih itu.
"Baik appa." Katanya sambil mengangguk.
Skip
Keesokkannya,
Kelihatan Chan berlari ke luar rumah dengan tergesa-gesa. Puan Lee yang melihat anaknya yang berlari itu terus bertanya.
"Chan nak pergi mana tu? Jangan main jauh-jauh tau. Main dekat halaman rumah je."
"Baik eomma!"
Puan Lee meneruskan aktiviti mengemas yang tergendala sebentar tadi. Kalau diikutkan hari ini adalah hari terakhir mereka akan berada di rumah ini kerana esok mereka akan berpindah keluar.
Chan terus berlari sehingga ke depan pintu pagar rumahnya. Kawasan tempat tinggal Encik Lee sedikit sunyi kerana hanya terdapat beberapa rumah yang mendiami kawasan tersebut.
Chan mencari kawan yang sentiasa menjadi rakan sepermainannya pada waktu petang.
Cariannya terhenti apabila kelibat seorang budak lelaki yang dinanti telah pun muncul.
"Awak, Chan nak bagitau yang lepas ni Chan dah tak dapat jumpa awak lagi. Sebab Chan nak ikut eomma ngan appa pindah rumah."
Kata Chan dengan suara yang sayu. Mungkin sedih kerana dirinya mungkin tidak dapat berjumpa dengan rakannya itu semula.
"Takpelah Chan. Seokmin faham. Kalau ada rezeki, kita boleh jumpa lagi."
Kata budak lelaki yang bernama Seokmin itu.
Dirinya juga sedih kerana akan berpisah dengan satu-satunya kawan yang pernah dia ada.
"Awak jangan lupa makan ubat tau. Lepas ni Chan dah tak dapat ingatkan awak setiap hari." Air mata yang berlinangan cuba untuk ditahan namun gagal kerana dua-duanya sudah menangis.
"Baik Chan! Hari-hari Seokmin akan makan ubat." Kata Seokmin dengan suara yang terketar-ketar kerana menangis.
"Besar nanti Chan akan datang sini dan cari Seokmin semula. Chan janji." Chan menghulurkan cari kelingkingnya dan disambut boleh Seokmin yang hanya mengangguk.
Skip
Keesokkannya,
Seokmin hanya mampu melambai ke arah Chan yang sudah menangis tersedu-sedu di tempat duduk belakang dalam kereta.
"Seokmin harap dapat jumpa Chan lagi lepas ni."
Skip
13 tahun kemudian,
Kelihatan Chan berdiri di hadapan sebuah rumah di satu kawasan perumahan. Tiba-tiba dia disapa oleh seorang wanita yang seusia ibunya.
"Kamu cari siapa ya?" Tanya wanita sebentar tadi.
"Makcik, saya Chan. Jiran makcik 13 tahun yang lalu. Saya datang sini sebab nak jumpa dengan Seokmin. Dia ada makcik?"
Chan melilau melihat sekeliling rumah tersebut namun hampa kerana bayang-bayang Seokmin pon tiada.
"Ouh. Kamu rupanya Chan. Dah besar kamu sekarang ya."
"Ya makcik. Seokmin takde kat rumah ke?"
Matanya masih melilau mencari Seokmin.
"Seokmin dah lama pergi Chan."
"Dia pergi mana makcik? Takpelah. Chan tunggu sampai dia baliklah."
Dengan suara yang berat, Puan Lee berkata,
"Seokmin dah meninggal 13 tahun yang lepas. Lepas Chan pergi, dia asyik menangis je. Ubat pon dia tak nak makan. Dia cakap nak tunggu Chan datang jumpa dia."
Seraya dengan itu, air mata mula membasahi pipi Chan. Rindu yang terkumpul di dalam hati tidak dapat dilupus. Siapa sangka pertemuan 13 tahun lepas merupakan pertemuan terakhir mereka berdua.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro