Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kekasih (Scoups)

Kelihatan Seungcheol sedang membasuh sesuatu di singki. Hujan renyai yang turun tidak dihiraukannya. Sedang dia ralit membasuh, tumpuannya terganggu apabila mendengar ketukan pintu yang bertalu-talu.

Tanpa menunggu lama, dia terus bergegas ke arah pintu hadapan rumahnya. Apabila pintu hadapannya dibuka, kelihatan buah hatinya, Kim y/n sedang menangis tersedu-sedu di dalam hujan.

Matanya yang membengkak serta wajahnya yang pucat membuatkan hatinya tidak keruan.

"Kenapa ni awak?" Seungcheol menyelak rambut basah yang jatuh menutupi mata sembab y/n yang disangkanya terlalu lama menangis.

Gadis yang dicintai sepenuh hatinya dipeluk kemas. Tangannya yang terketar, dipegang kuat. Kepalanya digeleng berulang kali seperti menafikan sesuatu.

"Kita masuk dulu, bila awak dah tenang, bagitahu saya ye sayang?" Seungcheol tersenyum sambil tangannya menggosok kepala y/n.

Seungcheol memimpin y/n ke arah sofa yang terletak di ruang tamu.

"Awak tunggu kejap ye."

Seungcheol terus ke dapur untuk menjerang air, ingin membuat coklat suam yang menjadi kegemaran kekasihnya itu.

"Ding!"

Notifikasi telefon yang berbunyi tidak didengarinya kerana dia sibuk mencari tuala untuk diberikan kepada y/n.

Setelah selesai tugasan di dapur, Seungcheol terus ke ruang tamu dengan semug coklat suam dan sehelai tuala tebal untuk diberikan kepada y/n. Ketiadaan y/n di ruang tamu membuatkan dirinya terpinga-pinga.

Coklat suam tersebut diletakkan di atas meja dengan berhati-hati.

"Dia pergi mana?" Monolognya sendirian sambil menuju ke arah dapur. Mungkin dia ada di sana.

Namun hampa kerana tiada sesiapa pun di dapur melainkan dirinya. Tiba-tiba dia terdengar telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia terus mengangkat panggilan Mingyu, abang y/n.

"Yeoboseyo"

"Hyung! Ada sesuatu yang aku nak bagitau."

Seungcheol setia menanti apa yang bakal dikatakan oleh Mingyu. Dia bercadang untuk bertanya keadaan y/n yang datang ke rumahnya dengan keadaan yan sedih.

"Y/n da-dah takde hyung."

Seungcheol yang blur tidak memahami kata-kata Mingyu sebentar tadi.

"Eh, Y/n ade je. Dia datang rumah Hyung. Nanti Hyung hantar dia balik ye?"

"Apa hyung cakap nih?  Y/n dah meninggal masa dia nak pergi rumah hyung. Dia accident."

Seungcheol terkedu.

"Kau jangan main-main Gyu. Dia ade dengan aku tadi." Seungcheol bagaikan hilang arah apabila mendengar berita itu. Dirinya melilau ke kanan dan ke kiri.

"Y/n!"

"Sayang, jangan buat saya macam ni! Awak dah janji dengan saya yang kita akan sehidup semati!"

"Hyung!" Mingyu dah menyangka seungcheol akan menjadi sebegini.

Seungcheol rebah ke lantai. Mungkin y/n datang berjumpa dengannya sebagai ucapan selamat tinggal.

~

Btw gais, chapter mana yang korang paling suka setakat ni?who's next member for next chapter? Share sikit😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro