Kawan (Dino)
Chan pov
Hari ini merupakan hari pertama aku bersekolah di Seoul. Aku mengikut ibu bapaku yang terpaksa berpindah kerja ke sini.
Berdebarlah jugak bila nak pergi sekolah baru ni. Macam mana kalau diorang tak nak terima aku? Mesti aku kesunyian nanti. Lebih teruk lagi kalau diorang buli aku.
Sampai je dekat sekolah, semua kata-kataku berubah. Semua orang sangat baik denganku. Guru-guru yang mengajar semuanya mesra. Apatah lagi murid-murid di sini.
Mereka semua cuba untuk mendekat dan ingin berkawan denganku. Oleh itu, aku dah dapat ramai kawan baru.
Tapi, ada seorang budak lelaki yang pelik di dalam kelasku. Dia hanya berdiam diri dan tidak sedikit pun dia mendekatiku. Apatah lagi untuk menegur diriku.
Mungkin dia malu. Jadi, aku tak mengambil kisah. Tunggulah seminggu dua nanti, mesti kami akan berkawan.
2 minggu kemudian,
Hari-hari di sekolah baharu berlalu dengan begitu cepat. Namun, budak lelaki itu masih seperti itu.
Aku baru perasankan sesuatu. Kawan -kawanku yang lain tidak pernah bertegur sapa dengannya. Cikgu-cikgu pon begitu. Seolah-olah dia tidak pernah wujud.
Aku memandang tag nama di bajunya. Lee Seokmin. Aku tak pernah lihat dia bercakap dengan siapa-siapa. Dia hanya duduk bersendirian di tempat duduknya di belakang kelas.
Suatu hari,
Aku datang sekolah lebih awal dari biasa pada hari ini. Keadaan di sekolah masih senyap dan lengang kerana tidak ramai pelajar yang datang awal ke sekolah.
Sampai je di kelas, aku menyedari bahawa Lee Seokmin telah sampai ke sekolah. Aku membuat keputusan untuk menegurnya dahulu.
"Hai Seokmin, awalnya awak sampai hari ini"
Seokmin tersenyum memandangku lalu berkata,
"Saya memang selalu sampai awal dekat sekolah pon."
Sejak itu, kami mula berkawan. Aku selalu datang ke sekolah lebih awal pada waktu pagi.
Seokmin mengatakan dia tidak suka untuk berkawan dengan kawan-kawanku yang lain kerana sering mengata pada dirinya. Sebab itulah, dia membuat keputusan untuk tidak bercakap dengan siapa-siapa di sekolah.
Hari-hari terus berlalu, kami menjadi semakin rapat. Terdetik juga di hatiku untuk bertanyakan tentang Seokmin kepada kawan-kawanku yang lain kerana Seokmin tidak pernah memberitahu aku tentang kehidupan dan keluarganya.
Suatu hari,
Aku mengulangkaji pelajaran di rumah kawanku Seungkwan bersama-sama dengan Hansol.
"Seungkwan, aku nak tanya kau sesuatu boleh?"
"Haa.. Apa dia? Kalau aku boleh jawab, aku jawablah"
"Kau tahu tak apa-apa pasal Lee Seokmin?"
Mukanya yang pada awalnya biasa berubah pucat.
"Kenapa kau nak tahu pasal dia?"
Tiba-tiba kawanku si Hansol mencelah.
"Kau kenal dia dekat mana Chan?"
Muka Hansol juga mula berubah.
"Tak.. Dia kan sekelas dengan kita. Aku nampak takde sorang pon nak kawan dengan dia. Sebab tu aku tanya korang ni." Panjang lebar ku bercakap.
Hansol dan Seungkwan saling berpandangan. Muka diorang dan berdebar semacam.
"Kenapa muka korang macam tu.?"
"Tak.. Sebenarnya Seokmin dah meninggal sebelum kau datang sini"
Kata Hansol.
"Habis tu? Selama ni, aku tengok siapa dalam kelas?"
Kami bertiga hanya saling berpandangan.
Keesokkan harinya, aku tidak melihat Seokmin di dalam kelas. Seungkwan dan Hansol mendekatiku.
"Takpelah, mungkin dia nak kenal je dengan pelajar baru kelas ni" kata Seungkwan yang cuba untuk senyum.
Thanks for 1.7k reads♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro